The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umijazmin, 2019-12-24 03:43:20

Minit Mesyuarat Guru_bil.6/2019

17 Oktober 2019

Keywords: Minit

Tarikh SMK TINGGI KLANG
Masa JALAN MERU, 41050 KLANG ,SELANGOR
Tempat
Pengerusi MINIT MESYUARAT GURU
BIL 6/2019

: 17 Oktober 2019
: 12.50 tengah hari (Khamis)
: Balai Warisan SMK Tinggi Klang
: YM Hjh Raja Rozita bt Raja Hanafi

KEHADIRAN : Pengetua
1 YM Hjh Raja Rozita bt Raja Hanafi PK Pentadbiran
2 Pn Hjh Umi Kalsom bt. Mohd Wahi PK Hal Ehwal Murid
3 Pn Wan Faizah bt Wan Mahmood PK kokurikulum
4 En Mohamed Nizam b Banaji PK Petang
5 Pn Norani bt Mohamed PK Tingkatan 6
6 Pn Hjh Azizah bt Badar GKMP Sains & Matematik
7 Pn H. Fariza bt Othman GKMP Teknik & Vokasional
8 Pn Siti Nazura bt Ammi @Azmi GKMP Bahasa
9 YM Tengku Maryam bt Tengku Mokhtar GKMP Kemanusiaan
10 En Mohammed Najib b Abdul Rahim
11 Pn Mariam bt Haron
12 Cik Nir Azmin bt Adnan
13 Pn Zakia bt Mohsin
14 Cik Maziah bt Mohd Zain
15 En Md Yusri b Ahjam
16 Pn Bathma Devi a/p Suppiah
17 Pn Fathlin bt Ab Bahar
18 Pn Tan Chee Eng
19 Pn Khor Guay Yong
20 Tn Haji Aidi Jonli b Saion
21 Pn Ariza bt Mohd. Nawi
22 Pn Hjh Norma bt Hamzah
23 Pn Leela Devi a/p Oolaganadan
24 Pn Swee Lee Yen
25 Pn Siti Norhanizah bt Zainuddin Yahya
26 Pn Shahniza bt Mohd Shahri
27 Pn Rohana bt Omar
28 Pn Siti Sabiah bt Ismail
29 Pn Siti Ashiah bt Abd Hamid
30 Pn Sariah bt Salleh
31 Pn Intan Zulida bt Md, Sabri
32 Pn Hasmawati bt Che Abdullah
33 En Masalinorreza b Mohd Sharif

1

34 Pn Hanafisah bt Ahmad 75 Pn Norliza bt Mohamed Basar
35 Pn Hjh Mashitah bt Mahmood 76 Pn Suriani bt Mohd Nor
36 Pn Atifah bt Shamdin @ Shamsuddin 77 Pn Zanaria bt Ariffin
37 En Tasrudin b. Marpongi 78 Pn Kheryani bt Matori
38 Pn Chong Siew Fong 79 En Akram Hijri b Abdullah Akhili
39 Pn Rozainal bt Muda 80 Pn Noor Zakirah bt Zarawi
40 Pn Siti Nourbayah bt Abu Bakar 81 Pn Juraida bt Jariah
41 Cik Hjh Norhayati bt Mohamad 82 Pn Nurul Farihah bt Mad Rozali
42 Pn Shahrun Niza bt Sofian 83 Pn Anis Athiras bt Yazid
43 Pn Hjh Zuaiza bt Paiman 84 Pn Sahidawati bt Ithnin
44 Pn Saripah bt Abd. Hamid 85 Pn Naru Malar a/p Patmanathan
45 Cik Hanietha a/p Mohana Krishnan 86 Pn Faiza Suhaida bt Mohd Salleh
46 Pn Zasmaliza bt Osman 87 Pn Nik Nurul Aizam bt Mohd Azrizal
47 Pn Noriyah bt Mohsim 88 Pn Zaleha bt Ismail
48 Pn Nurliena bt Mohamad 89 Pn Fairoz Fadhilah bt Hanif
49 Pn Nor Masura bt Masran 90 Pn Wanita a/p R.H Patel
50 Pn Zariah bt Ab Rahman 91 Pn Margaret Chia Mei Je
51 Pn Shakina bt Ismail 92 Pn Nik Norfarhana bt Nik Yusoff
52 Pn Suhail bt Muhamad Nor 93 Pn Rohaizah bt Md. Rodzi
53 Pn Siti Azlin bt Norani 94 En Mohd Firdaus bin Ahmad

54 Pn Lau Chai Wee 95 Pn Zuzaini bt Abu Bakar
55 Cik Cik Zawiyah bt Razali 96 Pn Rafidah bt Nawi

56 Pn Nurulnadian bt Mohamad Rohani 97 Pn Roslina bt Abdullah
57 Pn Siti Norasikin bt Basri 98 Cik Umi Suraya bt Md Salleh
58 En Mohd Azlan b Alias 99 Pn Norsuhainy bt Ibrahim
59 Pn Siti Nurul Ain bt Abdul Manan 100 Pn Nor Hafizah bt Misran
60 Pn Sheela a/p M. Tiruchelvam 101 Pn Siti Norhidayah bt Mohd. Ali
61 En Leong Cha Fatt 102 Pn Norhawani bt Mohd Zahari
62 Pn Ng Poh Lay
63 Pn Subasree a/p Unnikumaran
64 Pn Kavitha a/p Arumugam
65 Pn Zarinah bt Selamat
66 Pn Thye Ngit Moi
67 En Ahmad Aiman b Muhamad
68 Pn Koo Tsui Min
69 En Rosmawi bin Zakaria
70 Pn Norhanita bt Othman
71 Pn Jasvir Kaur a/p Ishar Singh
72 En Khairulsyapawi b Sawbri
73 Pn Maziani bt Ismail
74 En Wan Ahmad Rumaizi bt Wan Abdul

Fatah

2

Tidak Hadir Dengan Maaf: Setiausaha Mesyuarat Guru
1 En Karuna Garan a/l Kandasamy
2 Cik Noorashikeen bt Hussin
3 En Nagaretnam a/l Nagamuthu
4 Pn Norhasifah bt Mohd Salleh
5 En Mohd Syarudin b Mohd Nazir
6 Pn Siti Aishah bt Mohd Razali
7 En Te Choon Kiong
8 Pn Loh Soon Keng
9 Pn Wan Mastura bt Wan Abas
10 Pn Roszana bt Mohamed Asru
11 En Mohd Fazri bin Ibrahim
12 En Nasruddin b Zakaria
13 Pn Esah@ Asiah bt Sanawi
14 Pn Nurdiyana bt Ali
15 Pn Normala bt Abdullah
16 En Syed Syaqiel b Syed Sharifuddin
17 En Khairuman b Mohamed Jais
18 Cik Nazirah bt Rohanip
19 En Amir Mohd Ridzuan b Ismail
20 En Norizwan b Anuar
21 Pn Jesse Chong
22 En Zaidi b Zainuddin
23 Pn Noor Hazwani bt Anuar
24 Pn Noor Fazliyatun bt Sobiren
25 En Mohd Shahar Shah b Basar
26 Pn Nik Nur Sajidah bt Nik Osthman
27 Pn Noor Jasniwati bt Mat Ghani
28 Pn Nik Rahimah bt Jusoh

Urus Setia Mesyuarat:
1 Pn Rozainal binti Muda

3

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para pentadbir dan guru.

1.2 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
telah bekerjasama dalam setiap pemantauan sama ada unit Kurikulum,
HEM dan Kokurilulum.

1.3 Pengerusi memaklumkan dasar terkini Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu pembubaran Aliran Sains dan Sastera mulai tahun 2020. Murid boleh
memilih subjek mengikut pilihan masing-masing. Pemilihan subjek bukan
lagi ditentukan oleh guru-guru sebagaimana sebelum ini. Guru-guru
hanya diberi kuasa untuk menentukan senarai subjek yang akan
diperkenalkan oleh sekolah berdasarkan beberapa faktor seperti
keputusan PT3, kemudahan sekolah, sumber tenaga pengajar dan lain-
lain.

1.4 Pengerusi memaklumkan SMK Tinggi Klang mengambil langkah
mewujudkan borang soal selidik melalui aplikasi Google Form kepada
murid tingkatan 3 2019. Murid akan memilih mata pelajaran elektif yang
disenaraikan berdasarkan minat. Guru-guru tingkatan 3 khususnya
diminta memasukkan Google Form ini ke dalam whatsApp kelas masing-
masing. Hasil dapatan soal selidik ini untuk mengenalpasti minat murid
terhadap pakej mata pelajaran elektif dan bilangan guru mata pelajaran
berkaitan adalah seimbang dan bersesuaian. Di dalam Google Form itu
murid perlu sertakan keputusan Matematik dan Sains semasa Program
Peningkatan Prestasi Tingkatan 3 (PPPT3) yang lepas.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Guru Bil 5/2019 disahkan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk maklum balas Minit Mesyuarat Bil. 5 /2019

4.2.7 Buku kuning dan folder PJPK sudah dilengkapkan pada bulan Julai
lalu sebagai persediaan pemantauan Anugerah Kualiti Kategori
Pengurusan Sukan.

4.2.10 Semakan BLKM juga dapat diselesaikan sehingga berakhirnya
bulan Ogos yang lalu.

4.2.11 Semua guru terlibat dikehendaki menghantar sebanyak 6
Rancangan Pelajaran Harian ( RPH) pada bulan November ini ke dalam
folder yang disediakan dalam bilik GKMP (Bilik Dahlia). RPH Sivik dalam
kurikulum ini melibatkani mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah .

4

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengurusan Pentadbiran

4.1.1 Waktu Datang dan Balik Bertugas

4.1.1.1 Pengerusi mengingatkan waktu datang dan balik sekolah
bagi guru sesi pagi dan petang seperti ketetapan berikut:

Isnin -Khamis Jumaat

Guru Pagi 7.20-1.40 7.20-12.30

Guru Petang 12.20-6.40 2.00-6.40

4.1.2 Kehadiran Lewat ke Sekolah dan Keluar Tanpa Kebenaran

Pengerusi memaklumkan bahawa masih ada guru yang tidak
akur iaitu hadir lewat ke sekolah dan keluar tanpa kebenaran. Hal
ini perlu ditegaskan kerana hasil pemantauan JPN, sekolah di
mana ramai guru-gurunya lewat hadir 2 minit daripada tempoh
sepatutnya telah menyebabkan pengetuanya dikenakan
tindakan. Pengetua perlu beri ulasan sebagai ketua jabatan. Kad
perakam waktu tiada penipuan. Guru perlu menjaga integriti dan
amanah sebagai guru. Lewat 1 atau 2 minit adalah satu
kesalahan dan tindakan perlu dikenakan jika lewat melebihi 3 kali.
Guru-guru lelaki SMK Tinggi Klang khususnya pada hari Jumaat
dikehendaki fingertech balik selepas jam 12.30 tengah hari
kerana sekolah mempunyai surau sendiri sebagai tempat untuk
solat Jumaat. Tiada sebab untuk guru lelaki balik sebelum 12.30
dan gagal fingertech balik. Begitu juga guru lelaki sesi petang,
tetap perlu fingertech bertugas sebelum pukul 2.00 petang
supaya tidak dikira sebagai lewat.

Pengerusi menjelaskan bahawa tiada alasan untuk datang lewat
terutamanya yang tinggal di kuarters/ berhampiran sekolah atau
bertugas di sesi petang. Rekod kehadiran menjadi bukti
kehadiran lewat. Semua guru diminta merancang pengurusan
masa dengan berkesan agar tidak menjejaskan tanggungjawab
sebagai seorang guru kerana kepimpinan melalui teladan. Begitu
juga dengan kes keluar tanpa pengetahuan pengetua yang telah
dapat dikesan melalui bukti cctv. Pengerusi menegaskan, pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab jika sesuatu perkara buruk
berlaku. Kesannya keluarga yang ditinggalkan tidak akan
mendapat pembelaan seperti pencen.

Tindakan : Makluman

5

4.1.3 Folder Rekod Mengajar

Pengerusi memaklumkan banyak sekolah pada tahun 2020
menggunakan e-RPH google. Namun begitu, SMK Tinggi Klang
belum dapat mengimplimentasikan kaedah ini lagi. Untuk itu, fail
RPH seperti yang digunakan sebelumnya sudah ditempah. RPH
adalah satu dokumen penting dan pengerusi menegaskan agar
RPH dihantar pada setiap minggu dan menjadi satu kesalahan
jika ingkar arahan. Tindakan tatatertib boleh dikenakan dan
kenaikan pangkat ditangguhkan. RPH membantu perancangan
sebelum masuk ke kelas masing-masing agar PdPc lebih
berkesan.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Google Classroom (GC)

Pengerusi memaklumkan bahawa setakat ini 100% daripada
guru-guru telah sign in dalam Google Classroom tetapi hanya
10% sahaja jumlah murid yang telah berbuat demikian. Isu ini
agak mengecewakan dan semua guru tingkatan diminta
memastikan semua muridnya telah mula sign in. Guru-guru
diminta merujuk Cik Nir Azmin bt Adnan dan AJK Google
Classrom yang lain.

Tindakan: Makluman

4.1.5 Program Peningkatan Kesejahteraan Psikologi Guru (Sedar,
Peka, Tindak) KPM

Pengerusi menjelaskan isu guru di Malaysia yang hilang
pertimbangan akibat kegagalan mengurus stress. Program
(Literasi) melalui satu soal selidik telah dijalankan. Pengerusi
mengingatkan agar guru-guru yang berisiko dapat mencari cara
untuk tenangkan diri atau menyalurkan tekanan berkongsi
dengan rakan-rakan yang dipercayai, kaunselor PPD atau
pengetua sendiri untuk meluahkan perasaan. Perkongsian video
yang dipaparkan sebelum mesyuarat bermula diharapkan sedikit
sebanyak membantu guru.

Tindakan: Makluman

4.1.6 Keberhasilan Pegawai Penilai Pertama (PP1) dan Pegawai

Penilai Kedua ( PP2)
Pengerusi mengingatkan kepada semua pegawai yang dinilai
(PYD) boleh berjumpa dengan pegawai penilai (PP) masing-
masing untuk membincangkan keberhasilan dan sertakan
bersama borang markah dan eviden sebagai bukti seperti sijil

6

selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2019.
Tindakan: Semua Guru

4.2 Pengurusan Kurikulum

4.2.1 Peperiksaan STPM 2019/2020

Pengerusi memaklumkan tarikh penting berkaitan peperiksaan
STPM Tahun 2019/2020 :

Tarikh Perkara

31.10.2019 STPM(Semester 3 & Semester 1)
(Khamis) • 7.30 - 10.10 : Susun kerusi meja
4-7.11.2019 • 10.30 – selesai : Majlis Restu Ilmu
• Semester 3 (STPM 2019)

14-20.11. 2019 • Semester 1 (STPM 2020)

14-20.11.2019 • Ulangan Semester 1 (STPM 2019)

21-27 .11.2019 • Ulangan Semester 2 (STPM 2019)

Tindakan : Makluman

4.2.2 Analisis Percubaan SPM 2019

4.2.2.1 Pengerusi meminta Ketua Panitia berkongsi analisis
dengan guru lain dan laksanakan dialog prestasi. Pengerusi
mengingatkan agar langkah ini dibudayakan dengan ahli panitia
sepanjang masa. Pengerusi memaklumkan secara keseluruhan,
pencapaian peperiksaan Percubaan SPM 2018 adalah lebih baik
berbanding peperiksaan percubaan SPM 2019, tetapi
keputusannya tidak jauh berbeza iaitu:

TOV GRED PURATA PERATUS LAYAK MENDAPAT
PPT SEKOLAH (GPS) SIJIL (LMS)
48.08%
SPMc 2019 7.25
ETR SPM 2019 52.05%
7.01 (2018=44.05%)
(2018=6.78)
53.30%
6.67 (SPMc 2018=57.7%)
(SPMc 2018=6.54)
88.20%
5.39 (SPM 2018=84.96%)
(SPM 2018 = 5.5)

7

Pengerusi mengingatkan guru untuk merancang rawatan yang
berkesan untuk murid kerana guru masih mempunyai masa
sebelum peperiksaan SPM yang sebenar.

Tindakan : Makluman

4.2.2.2 Near Miss Bahasa Melayu dan Sejarah (Percubaan
SPM 2019)

Pengerusi memaklumkan program ‘Near Miss’ BM dan Sejarah
seramai 53 orang murid yang terlibat. Guru perlu mencari 21
murid lain (10%) supaya ETR sekolah tercapai. Situasi ini agak
sukar dibuat perbandingan kerana muridnya berbeza. Guru mata
pelajaran tahu ‘PILL’ berbeza untuk menjawab soalan dengan
baik.

Percubaan SPM 2019 PERATUS LAYAK MENDAPAT
‘Near Miss’ BM & SEJ SIJIL (LMS)
Jika ‘near miss’ telah lulus
113/212 = 53.30%
ETR SPM 2019 53 orang

113+53 = 166 = 78.3%
88.20%

BAHASA SPM Gred Purata MP Peratus
MELAYU 2018
4.79 98.23%
TOV
6.04 67.32%
PPT 5.87 63.64%
2019 (PPT 2018=5.38) (PPT 2018=80.86%)
SPMc 5.42 80.38%
2019 (SPMc 2018=5.47) (SPMc 2018= 81.74%)

Gred Purata MP Peratus

SPM 5.24 85.33%
2018

SEJARAH TOV 7.98 35.44%

PPT 7.24 51.0%
2019 (PPT 2018=7.17 (PPT 2018=48.34%
SPMc
2019 6.84 55.39%

(SPMc 2018= 6.58 (SPMc 2018=63.29%

Pengerusi memaklumkan peratus lulus Sejarah perlu ditingkatkan
kerana masih ada masa yang berbaki sebelum peperiksaan SPM
2019.

Tindakan : Makluman

8

4.2.3 Analisis Program Peningkatan Prestasi Pentaksiran
Tingkatan 3 (PPPT3) 2019

Pengerusi juga membincangkan Analisis Program Peningkatan
Prestasi Tingkatan 3 (PPPT3) 2019. Mata pelajaran yang
menunjukkan penurunan apabila dibuat perbandingan dengan
Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun 2019 ialah mata
pelajaran:

a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Asas Sains Komputer
d) Bahasa Cina.

Tindakan : Makluman

4.2.4 Postmortem Peperiksaan Percubaan SPM (SPMc) dan PPPT3
2019

4.2.4.1 Pengerusi menegaskan agar Ketua Panitia menghantar
postmortem bersama kuadran penyelesaian masalah panitia
masing-masing seperti yang telah dimaklumkan dalam group
‘WhatsApp’ sebelum ini. Pengerusi mengingatkan keputusan
peperiksaan adalah hasil usaha guru-guru dan mengharapkan
supaya semua guru SPM bersungguh-sungguh semasa aktiviti
‘Final Touch’ supaya dapat meningkatkan lagi keputusan
peperiksaan.

Tindakan : Ketua Panitia

9

4.2.4.2 Pengerusi memaklumkan mulai tahun 2020 setiap mata
pelajaran/ Ketua Panitia perlu membuat analisis item (soalan) dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 perlu dibuat. Jika tapak belum ada
panitia perlu membuat bengkel/PLC untuk membina tapak
analisis itu kerana ini juga merupakan salah satu cara membuat
postmortem.

Pengerusi memaklumkan keputusan PT3 akan diumumkan pada
12 Disember 2019. Semua KP dan penyelaras perlu hadir untuk
membuat postmortem dan analisis item. Setiap panitia perlu
bersedia untuk membina tapak analisis mulai sekarang.

Tindakan :Makluman

4.2.5 Pelan Strategik 2020

Pengerusi mengingatkan bahawa semua Ketua Panitia dan
Setiausaha di bawah unit kurikulum boleh mula merancang
Pelan Strategik 2020 mengikut panitia masing-masing dan akan
diminta hantar dalam masa terdekat pada awal bulan November.

Tindakan : KP/ Setiausaha

4.2.6 Kajian Tindakan 2019

Pengerusi memaklumkan kepada 15 orang guru yang yang
terlibat agar menyiapkan Laporan Kajian Tindakan untuk tahun
2019 dan menghantarnya kepada En.Mohd Yusri b Ahjam dan
Pn. Hjh.Umi Kalsom bt Mohd. Wahi selewat-lewatnya 24 Oktober
ini.

Tindakan: Guru Penulis Kajian Tindakan

4.2.7 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD)

Pengerusi mengingatkan semua guru agar menyimpan rekod
pembelajaran dan mengisi data PBD dalam sistem offline.
Pentaksiran bukan akademik jua perlu dilengkapkan. Eviden
seperti salinan sijil perlu diminta daripada pelajar untuk tujuan
pemberian markah kokurikulum dalam PAJSK. Pengerusi turut
mengingatkan bahawa PBS mencangkupi 2 bidang utama iaitu :

i) Akademik
- Pentaksiran Pusat (PT3)
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

ii)Bukan Akademik
- Pentaksiran Psikometrik
-Pentaksiran PAJSK (Segak dan Kokurikulum)
Tindakan: Semua Guru

10

4.3 Pengurusan HEM

4.3.1 Kemaskini APDM

Semua guru tingkatan diminta mengemaskini nama, status
kewarganegaraan, kaum, agama, jantina (berdasarkan sijil
kelahiran) bagi tingkatan 2, 4 sebagai persediaan peperiksaan
awam. Begitu juga dengan maklumat penjaga utama dan penjaga
kedua,pendapatan, pekerjaan, nombor telefon, maklumat majikan
dan alamat rumah. Maklumat bayaran Fi (RM 240) dan surat
kebenaran belajar bagi murid bukan warganegara juga perlu
dikemaskini. Tarikh akhir kemaskini APDM ialah 5 November
2019. Kegagalan guru tingkatan kemaskini APDM boleh
menyebabkan:

1) Murid gagal mendapat bantuan seperti Biasiswa Kecil
Persekutuan, Bantuan Awal Persekolahan, Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan lain-lain.

2) Kegagalan murid masuk ke Universiti Awam mulai 2020 kerana
ia bergantung pada data APDM sepenuhnya.

Pengerusi mengingatkan bahawa APDM sangat penting sebagai
pangkalan data kemasukan universiti dan kelayakan untuk
menerima wang bantuan persekolahan RM100. Bagi mereka
yang tidak mengisi jumlah pendapatan secara automatik akan
dicatatkan berpendapatan RM10,000.00 .Apa-apa pengesahan
yang berkaitan borang tersebut dan pengesahan pendapatan
penjaga boleh diambil tandatangan penghulu, ketua taman
perumahan.Tandatangan pengetua dan pentadbir sekolah sendiri
tidak dibenarkan. Pihak sekolah perlu akur dengan ketetatapan
KPM ini.

Tindakan : Guru Tingkatan

4.3.2 Kemaskini e-Kehadiran atas talian

Pengerusi mengingatkan kepada semua guru tingkatan agar
dapat mengemaskini e-Kehadiran setiap hari mengikut ketteapan
berikut:

Sesi pagi : sebelum jam 9.30 pagi.
Sesi petang : sebelum 3.30 petang.

Pengerusi memaklumkan sesi petang buat masa ini
menggunakan sistem giliran untuk hadir ke sekolah. Murid
ditanda hadir berdasarkan sejarah kehadiran murid tersebut
sebelum ini. Bagi kelas-kelas yang tidak berkenaan murid boleh
berada di rumah. Analisis kehadiran bulanan perlu dimasukkan ke
dalam fail kelas masing-masing dan unit Pengurusan Kelas akan

11

mula failkan semua analisis mulai 18 Oktober 2019.

Tarikh Hari Tingkatan Tingkatan Bil.kelas sesi
Bersekolah Direhatkan petang
14 - 18 Okt ISNIN- 1S,1T,1K,1J
2019 JUMAAT 1L,1M,1N,1R, direhatkan
1L,1M,1N,1R 2S,2T,2K,2J, 11
21 - 24 Okt ISNIN-
2019 KHAMIS 2S,2T,2K,2J 2L,2N,2M 11
1S,1T,1K,1J ,
30 Okt - 1 RABU- 2L,NL,2M 2S,2T,2K,2J, 11
Nov 2019 JUMAAT
4 - 8 Nov ISNIN- 1S,1T,1K,1J 2L,2N,2M 12
1S,1T,1K,1J ,
2019 JUMAAT 2S,2T,2K,2J 1L,1M,1N,1R, 11

11-15 Nov ISNIN- 2L,2N,2M 11
2019 JUMAAT 1S,1T,1K,1J ,
1L,1M,1N,1R,
18-21 Nov ISNIN- 2S,2T,2K,2J
2019 KHAMIS 1L,1M,1N,1R,
2S,2T,2K,2J,

2L,2N,2M
1S,1T,1K,1J ,
1L,1M,1N,1R,

2L,2N,2M

Tindakan : Guru Tingkatan

4.3.3 Pelan Strategik HEM 2019 dan 2020

Pengerusi mengingatkan agar Pelan strategik tahun 2019 yang
lengkap dengan respon menggunakan pen perlu dihantar
selewat-lewatnya 31 Oktober 2019. Bagi Pelan Strategik Unit
HEM tahun 2020 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 8
November 2019.

Tindakan: SU & Unit HEM berkaitan

4.4 Pengurusan kokurikulum

4.4.1 Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum 2019

Pengerusi memaklumkan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM
dan Kokurikulum peringkat dalaman akan dilaksanakan pada 21
Oktober 2019. Pengerusi memohon kerjasama semua AJK dan
guru pada hari tersebut memastikan semua murid berada di
Dewan Putera pada waktu pertama. Tidak ada alasan untuk tidak
turun ke dewan dan pukul 7.20 semua guru dan murid telah
bersedia.

Pengerusi juga memaklumkan Guru Penasihat boleh
mencalonkan nama-nama individu bukan guru yang memainkan
peranan penting dalam menyumbang khidmat bakti terhadap
kejayaan kurikulum sekolah. Nama-nama tersebut perlu diajukan

12

segera kepada PK Kokurikulum untuk diberi penghargaan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK dan guru-guru
yang telah menghantar nama kepada unit kokurikulum.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Bulan Sukan Negara

Pengerusi memaklumkan Bulan Sukan Negara akan berlangsung
sepanjang bulan oktober. Setiausaha Sukan telah merancang
pelbagai aktiviti untuk pelajar.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Pasukan Permainan 2020

Pengerusi mengingatkan kepada guru penasihat agar membuat
persiapan mulai sekarang bagi MSSD tahun 2020. SMKTK tidak
akan menghantar pasukan permainan yang kurang bersedia.

Tindakan : Makluman

4.4.4 Markah Kokurikulum dan Kertas Kerja Program

Pengerusi memaklumkan bahawa markah kokurikulum sudah
boleh dimasukkan dalam sistem PAJSK. Guru penasihat perlu
memastikan tiada murid yang tercicir markah ketika ‘key in’ online
dalam PAJSK. Guru Tingkatan diminta mematuhi tempoh ‘key in’
markah mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah
kerana setiausaha perlu buat semakan dengan teliti satu persatu
sebelum sistem ditutup. Pengerusi memaklumkan buku kuning
dan kad kokurikulum tidak sesuai lagi digunakan dan akan diganti
dengan folder untuk tahun 2020 nanti. Untuk setiap pertandingan
peringkat daerah, Laporan satu-satu program perlu disertakan
dengan tiga minit mesyuarat, kertas kerja dan elemen KBAT.

Tindakan : Makluman

4.4.5 Pelan Strategik Kokurikulum 2019 & 2020

Pengerusi mengingatkan agar Pelan Strategik Kokurikulum tahun
2019 lengkap dengan respon (menggunakan pen) dihantar
selewat-lewatnya 31 Oktober 2019 dan Pelan Strategik bagi
tahun 2020 pula perlu dihantar selewat-lewatnya pada 8
November 2019.

Tindakan : SU Kokurikulum dan Guru Penasihat

13

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PCG dan Anggaran Belanjawan

5.1.1 Pengerusi mengingatkan agar ketua panitia yang belum
menyerahkan invois untuk menyerahkannya dengan kadar
segera kepada kerani kewangan (En. Hazwan b Bagowai) dan
kepada guru-guru yang membuat tuntutan makan, minum dan
sebagainya diminta agar bersabar kerana kekangan kewangan
berlaku dan sedang diuruskan kerana duit yang diterima sangat
terhad. Sekiranya ada pembelian yang ingin dibuat ketika ini,
guru diminta untuk berbincang terus dengan pengetua bagi
mendapat kelulusan pembelian.

5.1.2 Pengerusi mengingatkan Ketua Panitia agar merancang
setiap pembelian. Setakat ini PCG dilaporkan bersih oleh audit.
Cuma terdapat teguran yang melibatkan SUWA. Anggaran
Belanja Mengurus (ABM) untuk tahun 2020 perlu diserahkan
selewat-lewatnya pada 4 November 2019 ini.

5.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa baki peruntukan setiap
subjek akan dipindahkan ke dalam akaun LPBT. Ini bertujuan
untuk menampung pembelian atau perbelanjaan peyelenggaraan
keperluan dan kerosakan sekolah seperti pembayaran “meter
reading” mesin fotostat, pembelian kertas tambahan, pembelian
mentol, kebocoran, pendawaian elektrik , dan sebagainya.
Sebarang kerosakan boleh dimaklumkan kepada pentadbir.
Perkara ini telah mendapat sokongan sebulat suara daripada
semua ketua panitia.

5.1.4 Pengerusi mengingatkan Ketua Pantia berkenaan proses
pembelian pada tahun hadapan. Semua KP diminta
memanfaatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% wang
PCG. Ini kerana pada tahun ini terdapat panitia yang berbelanja
sekitar 20%-30% sahaja daripada duit yang diterima.
Perbelanjaan perlu dirancang dengan rapi. Sebarang program
perlu ada kertas kerja dan adalah lebih baik dihantar awal untuk
tujuan penilaian. Untuk tahun hadapan juga hanya pembelian
drastik dan kecemasan sahaja boleh dituntut dalam Panjar Wang
Runcit (PWR). Bagi perbelanjaan runcit, pihak audit meminta
semua pembelian menggunakan PCG dan mesti disertakan 3
sebut harga sepertimana ia mula dilaksanakan tiga tahun yang
lalu. Perlu ditaip secara ringkas sahaja dan serah kepada En.
Hazwan b Bagowai. Jika tiada dokumen ini pihak audit akan
membuat teguran.

Tindakan : Ketua Panitia

14

5.2 Kutipan Wang Majalah Semarak

Pengerusi memaklumkan masih terdapat guru yang belum
mengambil buku resit bayaran majalah daripada pejabat sekolah
sedangkan persekolahan tahun 2019 sudah hampir berakhir.
Guru berkenaan diminta ambil dan uruskan segera. Guru
tingkatan lain juga diminta untuk memastikan kutipan dibuat
hingga selesai dan serahkan segera kepada En. Hazwan b
Bagowai.

Pengerusi mengingatkan guru tingkatan agar memberi gambaran
positif tentang majalah dan berusaha untuk mendapatkan kutipan
duit majalah secara berhemah daripada murid/ ibubapa.

Tindakan : MaklumaN

5.3 Kedudukan Semasa Aset Alih 2019 Sehingga Oktober 2019

Pengerusi memaklumkan penerimaan aset alih bernilai rendah
sebanyak 15 item berjumlah RM 7470 iaitu kabinet dari pihak
JPN. Tiada penerimaan harta modal bagi tahun ini sehingga
Oktober 2019.

Pengerusi juga memaklumkan tentang rekod penerimaan stok
yang dibuat setakat ini adalah RM 217,336.67 dan pengeluaran
adalah berjumlah RM 201,672.97. Jumlah stok semasa bagi
tahun semasa adalah RM 17,285.48

Tindakan : Makluman

5.4 Persediaan 2020

Pengerusi mengingatkan berkaitan persediaan bagi tahun 2020.
Mesyuarat Guru dan kurikulum kali pertama akan diadakan pada
hari Khamis 26 Disember 2019, sementara Mesyuarat
Kokurikulum, HEM, Tingkatan 6 dan guru sesi petang pada hari
Jumaat 27 Disember 2019. Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2020
pula akan diadakan pada hari Ahad 29 Disember 2019 bermula
pukul 7.30 pagi.

Pada hari yang sama mesyuarat panitia Tingkatan 6 dan mata
pelajaran elektif arus perdana akan diadakan seretak bersama
pengurusan kelas dan persediaan papan notis
kelab/persatuan/unit sukan di persekitaran sekolah.

Tindakan : Makluman

15

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir tanpa mengira masa dan tenaga demi melonjakkan
kecemerlangan dan pembangunan sekolah. Ucapan selamat
menyambut Deepavali dan selamat bercuti kepada semua guru
mengakhiri mesyuarat kali ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.55 petang

Urus Setia Mesyuarat : Unit Mesyuarat Guru / Sesi Info Guru
SMK Tinggi Klang

Tarikh : 17 Oktober 2019

16


Click to View FlipBook Version