PENGENALAN 1M1S yang diperkenalkan telah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak MSSD Segamat untuk melahirkan para pelajar yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) melalui penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk pembangunan sahsiah dan potensi individu. Dari aspek sukan dan permainan, salah satu program tersebut adalah Kejohanan Bola Jaring MSSD Segamat bagi tahun 2024. Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya permainan bola jaring. Di samping itu, diharapkan sekolah-sekolah MSSD Segamat akan dapat mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring berkaliber yang mampu memartabatkan sukan bola jaring di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. OBJEKTIF Melalui penganjuran pertandingan: 1. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring. 2. Menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan. 3. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada pelajar-pelajar. 4. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar kepada mereka yang terlibat. 5. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru-guru penasihat bola jaring daerah Segamat.
JAWATANKUASA PENGELOLAAN PENGERUSI : EN. HAIRILANUAR BIN MASON (GURU BESAR SK KEMEDAK) TIMB. PENGERUSI : EN. MOHAMAD FAUZAN BIN MOHAMAD YUSOF (GPK KOKURIKULUM SK KEMEDAK) SETIAUSAHA : PN. NURUL ADILA BINTI JAMRI (SETIAUSAHA SUKAN SK KEMEDAK) BENDAHARI : PEMBANTU TADBIR SK KEMEDAK PENGERUSI TEKNIK : CIK ROHAYA BINTI MUHAMAD (SMK PADUKA TUAN) TIM. PENGERUSI TEKNIK : PN. NOR RAZITA BINTI AB RAHMAN (SK DATO SERI MAHARAJALELA) PENGERUSI PENGADIL : PN. NUR AINI HIKMAH BINTI LOKMAN (SK LKTP TENANG) AHLI JAWATANKUASA 1. J/K TEKNIK PERTANDINGAN : GURU BESAR SJKC HWA NAN : GURU BESAR SJKT FORTROSE : GURU BESAR SJKC TAMBANG 2. J/K TEKNIK ALATAN : GURU BESAR SK BATU ANAM 3. J/K HADIAH /CENDERAMATA : GURU BESAR SJKT LADANG GOMALI 4. J/K SERANTA DAN SIARAYA : GURU BESAR SJKC TAH KANG : GURU BESAR SK MENSUDUT PINDAH 5. J/K SIJIL : GURU BESAR SK MENSUDUT LAMA 6. J/K MAKANAN/VIP : GURU BESAR SK TAMBANG 7. J/K BUKU PROGRAM, BANNER : GURU BESAR SK KAMPONG AWAT 8. J/K PERTOLONGAN CEMAS : GURU BESAR SJKC KASAP : GURU BESAR SJKT LADANG SG MUAR 9. J/K RAKAMAN DAN MULTIMEDIA : GURU BESAR SK KEMEDAK (RAKAMAN/ GAMBAR) : GURU BESAR SK LKTP PALONG TIMUR 2 (LAPORAN) : GURU BESAR SJKT LADANG SG SENARUT (LAPORAN) 10. J/K KAWALAN KESELAMATAN : GURU BESAR SJKT BATU ANAM 11. J/K KEBERSIHAN : GURU BESAR SJKC CENTRAL SITE : GURU BESAR SK SPANG LOI 12. J/K PENDAFTARAN : GURU BESAR SK KEMEDAK 13. J/K MAJLIS PENUTUP : GURU BESAR SK LKTP PALONG TIMUR : GURU BESAR SK BALAI BADANG
LOKASI KEJOHANAN SMK BANDAR PUTRA SEGAMAT (P12) SJK(C) AI CHUN SEGAMAT (P12)
SENARAI KONTINJEN BIL SEKOLAH BILANGAN PASUKAN 1 SK FELDA PEMANIS 2 1 2 SK BULOH KASAP 1 3 SK KUALA PAYA 1 4 SK (LKTP) REDONG 1 5 SK SEGAMAT BARU 1 6 SK TEBING TINGGI 1 7 SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1 8 SK BANDAR PUTRA 1 9 SK KG JAWA 1 10 SK MAOKIL 2 1 11 SK GELANG CHINCIN 1 12 SK PALONG TIMUR 1 1 13 SK GEMEREH 1 14 SK LABIS 1 15 SK KEMEDAK 1 16 SK DATO SERI MAHARAJALELA 1 17 SK(LKTP) KEMELAH 1 18 SK SRI LABIS 1 19 SK POGOH 1 20 SK LKTP TENANG 1 21 SK SERI BALI 1 22 SK BATU ANAM 1 23 SJKT BATU ANAM 1 24 SRAB 1 25 SK MEDOI 1
ATUR CARA 12 JUN 2024 (RABU) 5.00 petang : Ketibaan tetamu VIP : Nyanyian Lagu Bangsa Johor : Ucapan aluan pengacara majlis : Bacaan doa : Ucapan aluan Guru Besar SK Kemedak : Ucapan perasmian penutupan kejohanan bola jaring oleh Datuk Hajah Norshida binti Haji Ibrahim (Pengerusi Persatuan Bola Jaring Daerah Segamat) : Penyampaian hadiah : Nyanyian Lagu Negaraku : Bersurai : Jamuan
JADUAL PERLAWANAN
JADUAL PERLAWANAN
JADUAL PERLAWANAN
PERATURAN PERLAWANAN PERATURAN PERMAINAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2024 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring, Bola Jaring Dunia (World Netball) yang terkini. 1.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan Undang-Undang Permainan dan Undang-Undang Permainan Bola Jaring, Bola Jaring Dunia, maka adalah diputuskan bahawa Undang-Undang Permainan Bola Jaring Dunia (World Netball) akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.3.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola yang sedang berkuatkuasa. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang Permainan Bola Jaring Dunia (World Netball). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan adalah MUKTAMAD. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah. 2.2 Kategori yang dipertandingkan: 2.2.1 Perempuan Bawah 12 Tahun 2.3 Tarikh pertandingan: 11 dan 12 Jun 2024 2.4 Tempat pertandingan: SJKC Ai Chun dan SMK Bandar Putra
PERATURAN PERLAWANAN 3. PEMAIN 3.1 Pemain 3.1.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang. 3.1.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja. 3.1.3 Borang daftar R02 yang ditandatangan perlu diserahkan semasa pendaftaran. 3.1.4 Borang kebenaran ibu bapa (versi sekolah) disimpan oleh pengurus 4. KELAYAKAN PEMAIN 4.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta yang telah mendaftar menjadi ahli gabungan MSSJ adalah layak menyertai pertandingan permainan MSS Johor. 4.2 Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil bahagian dalam kejohanan MSSJ tetapi tidak layak mewakili MSSJ ke peringkat MSSM. 4.3 Kelayakan mewakili Daerah/MSSD adalah mengikut daftar sekolah terkini seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan (SSN / SSM) dan akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 4.4 Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan yang bergabung dengan MSS Johor. 4.4.1 Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan bergabung serta membayar yuran penuh kepada MSSJ. 4.4.2 Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pejabat Pendidikan Daerah untuk menggalakkan sekolah-sekolah ini bergabung dengan MSSJ dengan menulis surat hasrat bergabung kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. 4.4.3 Murid sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan MSSD/MSSJ/MSSM. 5. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/ atau kalah mati seperti berikuit: 5.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C, dan D) 5.1.1 Pusingan Pertama
PERATURAN PERLAWANAN a) Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD pada tahun 2023 akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang- undang permainan berkenaan. c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) a) Pasukan Pertama dan Pasukan Kedua dari setiap Kumpulan adalah layak memasuki Peringkat Suku Akhir yang akan dijalankan secara KALAH MATI seperti berikut: Kumpulan E = A1 lawan C2 Kumpulan F = D1 lawan B2 Kumpulan G = C1 lawan A2 Kumpulan H = B1 lawan D2 b) Pemenang dari Kumpulan E, F, G, dan H layak ke Peringkat Separuh Akhir seperti berikut: Kumpulan L = Menang E lawan Menang F Kumpulan M = Menang G lawan Menang H c) Pasukan yang menang dalam Kumpulan L dan M akan bertanding untuk menentukan Johan/ Naib Johan. Manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk menentukan tempat Ke-3/ Ke-4. d) Pasukan yang kalah dari Kumpulan E, F, G dan H akan bertanding untuk menentukan tempat Ke-5 hingga Ke-8 seperti berikut: Kumpulan J = Kalah E lawan Kalah F Kumpulan K = Kalah G lawan Kalah H
PERATURAN PERLAWANAN e) Pasukan yang menang dalam Kumpulan J dan K akan bertanding untuk menentukan tempat Ke-5 dan Ke-6. Manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk menentukan tempat Ke-7 dan Ke-8. f) Pasukan kalah di Peringkat Awal akan bertanding dalam Kumpulan Kalah. Kumpulan ini akan bertanding secara kalah mati. Atau Secara undian Pusingan Kedua (Suku Akhir) 5.1.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. 5.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut: i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT
PERATURAN PERLAWANAN 5.1.2.3. Pasukan yang tidak berjaya ke Pusingan Kedua akan bermain untuk menentukan tempat ke sembilan (9) hingga ke enam belas (16) dalam pusingan klasifikasi. i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Ketiga KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 9,11,13 dan 15. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Keempat KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 10 atau 12, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 9 atau 11. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. 6. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 6.1 Cara Liga 6.1.1 Pemberian mata Cara pemberian mata adalah seperti berikut: Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 6.1.2 Keputusan Seri Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara Liga, maka keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan akan di ambil kira bagi menentukan pemenang, walau bagaimanapun: 6.1.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri, atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, PURATA GOL, akan menentukan kedudukan iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena.
PERATURAN PERLAWANAN 6.1.2.2 Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah jaringan gol di tolak jumlah gol yang kena. 6.1.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. 6.1.2.4 Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut dikira sebagai pemenang. 6.2 Cara Kalah Mati Sekiranya berlaku seri pada jumlah jaringan di akhir prlawanan secara KALAH MATI, maka prosedur masa tambahan untuk menentukan pemenang adalah seperti berikut 6.2.1 Masa rehat selama empat (4) minit hendaklah diberi selepas tamat permainan. 6.2.2 Masa tambahan hendaklah mengandungi dua (2) bahagian dan dimainkan selama tujuh (7) minit setiap separuh masa dengan satu (1) minit masa rehat di akhir separuh masa. Kedua-dua pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol di akhir separuh masa. Hantaran Tengah seterusnya akan di ambil oleh pasukan yang berhak mengambilnya. 6.2.3 Semasa kedua-dua waktu rehat ini, penggantian dan/atau pertukaran posisi boleh dibuat. Rujuk Undang-Undang Permaianan 6.1.1(i) 6.2.4 Dalam tempoh masa tambahan ini, prosedur kecederaan atau sakit yang biasa hendaklah digunapakai. 6.2.5 Jika berlaku seri setelah masa permainan tamat, satu isyarat yang boleh dilihat hendaklah digunakan untuk menunjukkan permainan hendaklah diteruskan sehingga satu pasukan mendapat kelebihan dua (2) gol. 7. MASA BERMAIN 7.1. Masa bermain untuk semua kategori umur ialah empat (4) suku dengan masa permainan selama 10 minit bagi tiap-tiap suku dan masa rehat selama 3 minit di antara suku pertama dengan suku kedua dan suku ketiga dengan suku keempat. Masa rehat separuh masa ialah selama 5 minit. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sebarang luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap suku. 7.2. Masa bermain untuk kumpulan klasifikasi ialah dua separuh masa dengan 10 minit setiap separuh masa dan 3 minit rehat.
PERATURAN PERLAWANAN 7.3 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari atau jika masa terhad, tempoh permainan hendaklah dipersetujui oleh pegawai pasukan. Jika persetujuan tidak tercapai, maka permainan itu hendaklah dimainkan dengan dua (2) bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh. Masa rehat adalah selama 5 minit. Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan. 8.1 Pemain 8.1.1 Pakaian bermain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan. 8.1.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan skirt atau seluar track. “Bloomers: yang sama warna dengan skirt hendaklah dipakai. Seluar pendek dan “tight” tidak dibenarkan. 8.1.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib. Ketinggian ukuran huruf pada bib adalah 6 inci. 8.1.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka pertukaran bib akan dibuat oleh pasukan kedua mengikut jadual pertandingan. 8.2 Pegawai Pasukan/Pegawai Pertandingan/Pegawai Teknikal & Pembantu Teknikal. 8.2.1 Pegawai Pasukan hendaklah memakai pakaian yang melambangkan pasukannya. 8.2.2 Pakaian Pegawai Pertandingan hendaklah mematuhi etika pakaian seperti berikut: 8.2.2.1 Tidak terlalu ketat. 8.2.2.2 Tidak mencolok mata 8.2.2.3 Baju T tidak terlalu pendek dan mesti berlengan. 8.2.3 Pegawai Teknikal dan Pembantu Teknikal hendaklah memakai pakaian yang seragam dan berlainan daripada Pegawai Kejohanan. 11. HADIAH DAN SIJIL BERPASUKAN 11.1 Tempat pertama hingga Keempat akan menerima medal dan sijil pemenang. 11.2 Semua pasukan yang menyertai kejohanan akan menerima sijil penyertaan.
PERATURAN PERLAWANAN 11.3 Hadiah dan Sijil Individu akan diberikan kepada: 11.3.1 Penjaring Terbanyak (dikira dari peringkat suku akhir) 11.3.2 Pemain Penghadang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir) 11.3.3 Pemain Penyerang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir) 11.3.4 Pemain Terbaik Kejohanan (berdasarkan perlawanan akhir 12. KELEWATAN Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. 13. MENARIK DIRI 13.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan dalam kejohanan ini. 13.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa pelawanan diberhentikan kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini. 13.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 13.1 dan 13.2 dianggap tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperolehi dibatalkan. 14. PENGADILAN 14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil-pengadil disepanjang kejohanan ini. 14.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad. 16. BANTAHAN 16.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam selepas tamat perlawanan melainkan dinyatakan lain dalam Undang-Undang Permainan. 16.2 Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS SAHAJA) bagi acara BERPASUKAN dan INDIVIDU. WANG TERSEBUT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. (Sila rujuk Peraturan AM (16) MSS Johor)
KEPUTUSAN KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA JARING PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN MSSD SEGAMAT TAHUN 2024 SEKOLAH JOHAN …………………………………………………….. NAIB JOHAN …………………………………………………….. KETIGA …………………………………………………….. KEEMPAT ……………………………………………………..
PENGHARGAAN SUKACITANYA, JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN BOLA JARING PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD) MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT SEMUA GURU BESAR DAERAH SEGAMAT SEMUA PENGETUA DAERAH SEGAMAT SJK(C) AI CHUN SEGAMAT SMK BANDAR PUTRA SEGAMAT PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN PARA PESERTA KEJOHANAN SERTA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN INI. TERIMA KASIH
CATATAN __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________
CATATAN __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________