The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 498-10-zulaikha, 2023-07-13 08:30:32

SITI ZULAIKHA T2 TESL B

MPU3081_TUGASAN 2_ZULAIKHA

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KO-KURIKULUM TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI / SEMESTER 5 JUN 2021 Nama : SITI ZULAIKHA BINTI AZMAN Angka Giliran : 2021212350043 Nombor Kad Pengenalan : 021207010066 Kumpulan / Unit : TESL B Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : EN. ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ...................................................................................................................................3 1.2 Latar Belakang Kajian ............................................................................................................3 1.3 Objektif Kajian..........................................................................................................................3 2.0 Sejarah Penubuhan.....................................................................................................................4 3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Persatuan..........................................................................5 4.0 Aktiviti yang Dijalankan.............................................................................................................5 5.0 Strategi Kewangan......................................................................................................................6 6.0 Analisis SWOT .............................................................................................................................6 6.1 Kekuatan....................................................................................................................................6 6.2 Kelemahan.................................................................................................................................6 6.3 Peluang ......................................................................................................................................7 6.4 Ancaman....................................................................................................................................7 7.0 Cadangan Penambahbaikan.....................................................................................................7 8.0 Kesimpulan...................................................................................................................................8 RUJUKAN.............................................................................................................................................9


Laporan Kajian Kes: Persatuan Sains dan Matermatik (STEM), SK Bandar, Kota Tinggi, Johor 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, pertubuhan ditakrifkan sebagai badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan sesuatu, lembaga, organisasi atau persatuan. Selaras dengan konteks kajian kes ini, penubuhan persatuan dapat dilihat dalam kokurikulum sekolah. Dalam Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerangkan bahawa kokurikulum bermaksud program yang merangkumi semua pengetahuan untuk membantu perkembangan murid secara holistik. Maka, satu kajian kes telah dijalankan untuk mengkaji penubuhan Persatuan Sains dan Matematik (STEM) SK Bandar, Kota Tinggi, Johor (SKB). 1.2 Latar Belakang Kajian Kajian kes ini telah dilakukan ke atas penubuhan Persatuan STEM di bawah SK Bandar. Saya telah memilih SKB sebagai sekolah untuk dikaji kerana sekolah tersebut mempunyai reputasi yang baik dari segi pencapaian kokurikulum. Dalam proses untuk mendapatkan informasi tentang persatuan yang dipilih, terdapat pelbagai kaedah yang telah saya cuba, antaranya ialah seperti temu bual dan juga berdasarkan pengalaman pemerhatian yang pernah saya lakukan sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah tempoh hari. 1.3 Objektif Kajian I. Mengkaji sejarah penubuhan Persatuan Sains dan Matematik (STEM) SK Bandar Kota Tinggi Johor II. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan STEM, SK Bandar. III. Mengenal pasti strategi kewangan bagi Persatuan dan cara penjanaan kewangan bagi Persatuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum. IV. Menganalisis secara kritikal tentang kelebihan dan kekurangan penubuhan Persatuan STEM ini bagi tujuan penambahbaikan.


2.0 Sejarah Penubuhan Persatuan Sains dan Matematik (STEM) ini telah ditubuhkan seawal 1997 selaras dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyeru sekolah-sekolah untuk menubuhkan kokurikulum di sekolah yang berasaskan daripada unit beruniform, persatuan dan juga permainan. Disebabkan sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1899 lagi, maka penubuhan persatuan juga dibuat berdasarkan peredaraan semasa dalam dunia pendidikan di Malaysia. Tujuan penubuhan Persatuan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang lebih kritis dan berinovasi dalam subjek STEM. Seiring dengan aspirasi Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan pelajar holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Penubuhan STEM di SK Bandar ini juga lebih bertujuan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif dalam menghasilkan inovasi-inovasi baharu seiring dengan kemajuan Sains dan Matematik di era ini. Persatuan STEM ini mempunyai ahli daripada pelajar tahap dua iaitu pelajar darjah empat hinnga enam yang bersekolah di SK Bandar. Berikut merupakan carta organisasi bagi Persatuan STEM SK Bandar. Nama Persatuan: Persatuan Sains dan Matematik (STEM) No. Rujukan: SKB600 – 3/3/3 Status: Aktif Taraf: Peringkat Sekolah


Keahlian Persatuan STEM di SK Bandar ini pula dapat dilihat mendapat sambutan yang agak baik apabila terdapat 24 pelajar yang menyertai persatuan ini. Mungkin nilai ini agak kecil, namun SK Bandar hanya merupakan sekolah yang kecil yang mempunyai jumlah murid yang sedikit. Maka taburan murid dalam setiap persatuan juga adalah lebih kurang 20 hingga 30 orang murid sahaja. 3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Persatuan Menurut dapatan saya, proses penubuhan Persatuan STEM ini adalah selaras dengan proses penubuhan mana-mana persatuan yang tidak mempunyai badan induk. Pertama sekali, guru yang berminat untuk menubuhkan Persatuan STEM ini telah membuat kertas kerja dan menghantarnya kepada Guru Besar. Setelah kertas kerja diluluskan oleh Guru Besar, permohonan tersebut perlulah diberitahu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai simpanan maklumat. Setelah itu, guru yang berkenaan perlulah menubuhkan jawatankuasa bagi menguatkan lagi struktur organisasi sesebuah persatuan. Setelah selesai, guru-guru berkenaan perlulah membuka penyertaan kepada pelajar dan Persatuan boleh dijalankan seperti biasa. 4.0 Aktiviti yang Dijalankan Sepanjang Persatuan STEM ini ditubuhkan, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan dan SKB juga telah menerima banyak pencapaian yang baik dari segi penyertaan dalam Persatuan STEM ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ialah seperti Program Bijak Sains dan Matematik. Program ini adalah program anjuran pihak sekolah sendiri yang bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam subjek Sains dan Matematik. Dalam usaha yang sama, pihak sekolah juga ada membuat Program Rekreasi Sains dan Matematik dengan anjuran bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Selain daripada itu, aktiviti Persatuan STEM SK Bandar ini juga bukan sahaja tertumpu kepada murid-murid malah, guru-guru juga perlu menyertai Program Celik Sains dan Matematik anjuran sekolah dengan kolabrasi bersama Pusat STEM Negara. Program ini adalah untuk melatih guru-guru tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat para murid dalam STEM. Di samping program yang diadakan sepanjang tahun, pihak sekolah juga ada menganjurkan Karnival Sains dan Matematik yang mempromosikan Inovasi Sains dan Matematik yang boleh menarik perhatian semua murid yang berada di SK Bandar.


5.0 Strategi Kewangan Dalam penubuhan sesebuah persatuan, kewangan merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan sesebuah persatuan itu kekal relevan. Ini selari dengan pendapat Jemaah Nazir Persekutuan (1993) seperti yang dirujuk dalam Mohamed et. al (2017) yang menyatakan bahawa penyediaan kemudahan adalah faktor utama untuk memastikan kemenjadian murid di sekolah. Dengan strategi kewangan yang baik, ianya dapat membantu guru-guru dalam menghasilkan program dan aktiviti yang menarik bagi murid-murid. Bagi penubuhan Persatuan STEM SKB ini, strategi kewangan yang mereka gunakan ialah dengan duit yuran kokurikulum sebanyak RM10 bagi setiap seorang pelajar. Ini bermakna, setiap pelajar mempunyai quota sebanyak RM10 dalam program kokurikulum sekolah. Selain daripada itu, sumber kewangan lain datang daripada Bantuan Khas Sukan Sekolah (BSS). Menurut KPM, BSS merupakan insentif kewangan yang diperuntukkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan bagi pelaksanaan sukan dan permainan. Namun dalam konteks ini, SKB telah membahagikan perbelanjaan secara adil dan saksama kepada semua bahagian kokurikulum termasuklah untuk persatuan dan kelab. Dari segi perbelanjaan wang BSS ini adalah termaktub kepada syarat yang dikeluarkan oleh PPD. 6.0 Analisis SWOT 6.1 Kekuatan Berdasarkan keseluruhan kajian, kekuatan yang dapat dilihat daripada Persatuan STEM ini ialah dari segi penglibatan program dengan pihak luar. Berdasarkan senarai aktivitiaktiviti yang telah dilakukan oleh Persatuan STEM ini, ia telah membuktikan bahawa guruguru persatuan ini mempunyai kemahiran yang baik dalam mempromosikan persatuan. Kolabrasi besar dengan pihak UTHM juga bukan sahaja akan menarik minat murid malah telah membuka satu hubungan yang baik antara guru-guru dengan pihak luar. Kolaborasi program dengan pihak luar ini tentu sekali akan membuka ruang untuk memperluaskan nama Persatuan STEM di bawah SK Bandar ke peringkat yang lebih tinggi. 6.2 Kelemahan Dari segi kelemahan pula, kelemahan Persatuan STEM ini dapat dilihat dari segi kutipan dana yang terhad. Melalui data yang dapat dikumpul, dana yang dikutip secara tahunan hanyalah daripada Yuran Kokurikulum sebanyak RM10 dan juga BSS yang diperuntukkan kerajaan sebanyak RM6 bagi seorang murid. Jika dibuat kira-kira dana ini


sebenarnya tidak mencukupi kerana bilangan murid dalam Persatuan STEM ini tidaklah ramai. Selain itu, duit kutipan yuran kokurikulum serta dana daripada BSS tidaklah sepenuhnya digunakan ke atas Persatuan STEM sebaliknya akan dibahagikan dengan kegunaan untuk aktiviti lain. Maka, di sini dapat dilihat bahawa strategi kewangan bagi Persatuan STEM ini agak lemah dan perlu diperbaiki. 6.3 Peluang Melihat daripada sudut peluang, Persatuan STEM ini mempunyai banyak peluang dari segi sokongan daripada pihak luar. Daripada kolaborasi yang dilakukan bersama dengan pihak luar seperti universiti dan sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi, ini dapat dijadikan peluang dari segi berkongsi modul pengajaran. Kolaborasi antara pelbagai pihak dapat menguntungkan Persatuan STEM ini untuk berkongsi bahan ilmiah serta bahan rujukan daripada sumber yang berbeza dan meluas. Perkara ini juga dapat mempromosikan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menumpukan pembelajaran bersama dan bermakna. 6.4 Ancaman Berdasarkan kelemahan Persatuan STEM, kita dapat lihat bahawa antara ancaman yang mungkin dihadapi adalah dari segi pelajar tidak ingin membayar wang tambahan bagi membantu kelangsungan kewangan bagi Persatuan ini. Perkara ini adalah perkara yang biasa berlaku dan mudah difahami kerana mungkin ada sesetengah murid-murid yang tidak berkemampuan untuk membayar wang tambahan. Namun begitu, ancaman ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mengadakan program yang lebih menarik pada masa akan datang. 7.0 Cadangan Penambahbaikan Bagi tujuan penambahabaikan, Persatuan STEM SK Bandar mungkin boleh mengadakan jualan atau pameran berbayar yang boleh menarik minat murid-murid lain untuk menyumbang kepada dana Persatuan. Sekiranya penambahan yuran akan membebankan sesetengah pelajar, maka cara jualan dan pameran berbayar ini merupakan strategi yang berkesan untuk menjana kewangan. Selain daripada itu, ianya juga dapat mempromosikan inovasi Persatuan STEM kepada murid-murid lain. Tambahan lagi, guru-guru juga boleh menambah aktiviti tahunan kepada aktiviti yang lebih menarik. Antara aktiviti yang boleh dicuba adalah seperti lawatan sambal belajar ke


tempat-tempat yang berunsurkan Sains dan Matematik seperti Petrosains. Ini dapat membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meluaskan pengalaman mereka. Selain itu, ini juga dapat mencungkil minat para pelajar kepada bidang pekerjaan yang berunsurkan STEM yang boleh mereka ceburi pada suatu hari nanti. 8.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, strategi penjanaan kewangan bagi sesebuah Persatuan adalah amat penting untuk menjamin keberkesanan sesuatu persatuan itu. Sekiranya strategi kewangan sesebuah persatuan itu lemah, ianya akan menyukarkan pihak sekolah untuk mengadakan program yang menarik serta bermanfaat buat para pelajar. Maka, ianya adalah amat penting bagi guru untuk mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku.


RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022, June 11). Kamus Dewan Online DBP - carian umum PRPM. Kamus Bahasa Melayu - Cari Maksud Perkataan Secara Online. https://kamusbm.com/carian-umum/ Kementerian Pendidikan Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (1996). Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohamed, N. A. S., Mohamed, N. A., & Mohamed, N. H. (2017). PROSES PELAKSANAAN PENGURUSAN KOKURIKULUM YANG DIAMALKAN OLEH KUMPULAN PENGURUSAN KOKURIKULUM (KPP KOKU) DI SEKOLAH MENEGAH HARIAN, LEMBAH KLANG. Jurnal Kurikulum Dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 46. https://doi.org/juku.um.edu.my


Lampiran Figure 1: Ahli Persatuan STEM SK Bandar Figure 2: Ahli Jawatankuasa Persatuan STEM SK Bandar


Figure 3: Inovasi Persatuan STEM


Click to View FlipBook Version