TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
Tokoh Kemerdekaan Negara
1.0 – BIODATA PESERTA
NAMA : ZULFAHMI BIN MUHAMMAD
UMUR : 17 TAHUN
SEKOLAH : SM SAINS JOHOR
GURU : EN. ABDUL AZIZ BIN HUSSEIN
NO I/C : 040815-01-1357
2.0 – PENDAHULUAN
Tunku Abdul Rahman merupakan seorang tokoh pemimpin negara
yang terkenal kerana beliau merupakan tokoh utama yang
membebaskan negara kita daripada belenggu penjajahan. Jasa dan
sumbangan beliau dalam memerdekakan negara telah menyebabkan
beliau dinobatkan sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Negara’. Sejarah
perjuangannya meniti dari satu generasi ke generasi yang lain.
Setiap kali menjelang tarikh 31 Ogos, pasti wajah beliau merupakan
antara wajah tokoh kemerdekaan yang sentiasa terpampang dalam
ingatan rakyat Malaysia seluruhnya. Ketokohan beliau dalam
membawa negara ke arah kemerdekaan sangat dihargai dan
disanjungi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
3.0 – BIODATA TOKOH
NAMA : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah
Diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.
Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul
Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri
beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama
Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara.
Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai, anak kepada
Luang Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya Maha
Kota, Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan
Utara Thailand. Nama timangan Tunku ialah ‘Awang’
kerana kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
6 tahun di Sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan (Kolej Sultan
Abdul Halim).
Tahun 1913 – Bersekolah di Sekolah Debsurin, Bangkok, Thailand.
Tahun 1915 – Bersekolah di Penang Free School, Pulau Pinang.
Tahun 1919 – St. Catherine’s College
Tahun 1925 – Universiti Cambridge, England.
Bidang perundangan di Inner Temple, England.
Tahun 1949 – Memperoleh kelulusan di Universiti Cambridge malah ditauliahkan
sebagai seorang peguam.
Meskipun rekod akademiknya bukan sesuatu yang boleh
dibanggakan, beliau merupakan orang Melayu yang pertama
dari Kedah yang memperoleh kelulusan dari sesebuah
Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat Ijazah
Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari
Universiti Cambridge.
4.0 – RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH Tunku merupakan orang pertama yang mencetuskan
idea penggabungan Persekutuan Malaya, Singapura,
Saya memilih tokoh ini kerana : Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menjadi Malaysia
(1961). Bagaimanapun Negara Malaysia akhirnya
Tunku Abdul Rahman memiliki sifat kepimpinan yang terbentuk pada tanggal 16 September 1963 tanpa
dikagumi oleh semua pihak. Meskipun Tunku berasal Singapura dan Brunei.
dari Istana namun beliau tidak pernah berbangga dan
memandang rendah orang-orang di sekelilingnya. Tunku seorang yang mementingkan pendidikan dan
mementingkan pemikiran intelek. Beliau tidak
Beliau merupakan tokoh yang telah dinobatkan sebagai pernah berputus asa dalam kegagalannya. Tunku
Bapa Kemerdekaan Negara kerana jasa-jasa yang pernah gagal dalam jurusan undang-undang di London
disumbangkan ketika membebaskan negara daripada tetapi menebusnya semula dengan berusaha untuk
penjajahan tanpa sebarang peperangan dan belajar semula. Bagi Tunku, pendidikan mampu
kesengsaraan rakyat. mengubah nasib seseorang dan pendidikan jugalah yang
akan membawa sesebuah negara ke mercu kejayaan.
Tunku seorang yang berjiwa rakyat, gemar
membantu rakyat, baik hati dan mudah bergaul dengan
pelbagai lapisan masyarakat. Tunku juga disenangi oleh
semua pihak
5.0 – KELEBIHAN TOKOH
Merupakan seorang putera raja. Anakanda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24. Meskipun bukan pewaris
takhta Kedah kerana bondanya, bukan berdarah gahara namun Tunku mudah mendapatkan peluang Pendidikan yang wajar dan
mencukupi sama ada dari sudut Pendidikan moden mahupun Pendidikan agama. Pengalaman pembelajaran ini memberi peluang
Tunku menjadi individu yang berfikiran luas dan matang.(Berketurunan istana dan mudah mendapatkan peluang menimba
pengalaman menerusi Pendidikan)
Tunku memiliki pengalaman berharga dalam kerjaya pentadbiran bermula sebagai Pegawai di Pejabat Penasihat Latihan
Undang-Undang Kedah (1931), selepas menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang dari Universiti Cambridge,United
Kingdom. Setelah menjawat beberapa jawatan pegawai selepas itu, Tunku akhirnya berjaya menjawat jawatan peguam pada
tahun 1949. Pengalaman berharga menerusi kedua-dua bidang kerjaya ini telah menyumbang kepada kejayaan Tunku dalam
pengurusan pentadbiran dan kepimpinannya sama ada di dalam mahupun di luar negara. (Pengalaman dalam kepelbagaian
kerjaya terutamanya bidang pentadbiran dan guaman menyumbang kepada kematangan kepimpinannya)
Sifatnya yang mudah bertoleransi dengan berbagai bangsa dan mudah bergaul dengan sahabat serta pelbagai pihak bermula
daripada pergaulan dengan rakyat biasa hinggalah ke peringkat atasan pegawai British merupakan bonus yang berharga kepada
Tunku. Kemampuan ini telah membuka ruang kepada Tunku berusaha gigih menerusi pelbagai perbincangan dan pertemuan dengan
pelbagai pihak untuk mendapatkan kemerdekaan Malaya tanpa melalui fasa peperangan yang melibatkan pertumpahan darah dan
kesengsaraan rakyat. ( Mudah bertoleransi dengan pelbagai bangsa dan mudah bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat)
Kesungguhan Tunku memperjuangkan semangat nasionalisme akhirnya telah meletakkan beliau sebagai pengerusi Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO), Kedah dan kemudiannya dilantik menjadi Presiden UMNO peringkat Pusat, yang membolehkan Tunku merealisasikan
hasratnya menuntut British segera memerdekakan negara. ( Melaksanakan cita-citanya untuk memerdekakan negara secara
berperlembagaan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu )
Keutamaan Tunku ialah kepada Kepentingan perpaduan antara kaum. Sebagai Presiden UMNO beliau telah menggesa ahli-ahlinya supaya
mengamalkan “ Dasar Tidak Mementingkan Diri Sendiri”. Dasar ini telah berjaya menambat hati pelbagai kaum di negara ini dan berjaya
menggabungkan UMNO,MCA dan MIC dalam sebuah Parti Perikatan. Kesungguhan usaha penggabungan ini akhirnya memberi kemenangan
kepada Parti Perikatan dalam pilihanraya Malaya yang pertama. Kejayaan ini telah memberi keyakinan pihak British untuk memberi
kemerdekaan kepada negara pada 31 Ogos 1957 dan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya pertama. ( Sikapnya yang suka
mementingkan perpaduan antara kaum demi keharmonian negara memudahkan Tunku mencapai kejayaan dalam kepimpinan )
Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan masa depan negara, Tunku telah mengusahakan pula
penggabungan Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Usaha ini berjaya direalisasikan pada 16 September 1963. Meskipun
Singapura akhirnya keluar daripada penggabungan ini, namun ia tidak mematahkan semangat Tunku untuk meneruskan kepimpinannya
sebagai Perdana Menteri Negara yang pertama. (Pemimpin yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan masa depan rakyat
dan negara akhirnya berjaya melahirkan negara yang cemerlang dan dikenali pihak luar )
6.0 – BUKTI KREDIBILITI TOKOH PEMIMPIN BERPENGETAHUAN LUAS.
Kredibiliti Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh pejuang kemerdekaan negara Tunku memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Tunku telah mendapat
dapat dilihat menerusi ciri- ciri berikut: pendidikan peringkat rendah dan menengah yang mencukupi
daripada institusi pendidikan yang berkualiti.
KETINGGIAN PERIBADI TUNKU ABDUL RAHMAN Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang
sebelum menjawat jawatan dalam bidang pentadbiran dan menjadi
Tunku merupakan seorang tokoh pemimpin yang sentiasa memperlihatkan seorang peguam. Pengalaman pendidikan dan kerjaya yang
ketinggian peribadinya seperti sentiasa berhemah, mudah mesra dengan pelbagai ditimbanya menyumbang kepada kematangan Tunku dalam
lapisan masyarakat dan bijak berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur. Ini tanggungjawab kepimpinannya dalam meneruskan misi kemerdekaan
jelas terbukti daripada sikapnya yang tidak sombong meskipun berasal daripada negara.
keluarga diraja. Tunku terkenal dengan sikap baik hatinya dan suka bergaul
dengan anak-anak kampung . Dalam melaksanakan aktiviti hariannya, Tunku tidak PEMIMPIN YANG BERUPAYA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK.
suka dikawal oleh pengawal istana. Ini menunjukkan Tunku seorang yang suka
metendah diri. Sikapnya telah banyak memberi teladan kepada rakyat secara Tunku memiliki kemampuan membuat keputusan yang baik dalam setiap
keseluruhannya. Tunku juga tidak suka memilih kawan dalam persahabatan. Beliau perancangan yang diatur. Keputusan ini bukan sahaja baik untuk dirinya
tegas memperjuangkan haj persamaan sesama manusia. tetapi juga untuk rakyat dan negara. Ini terbukti menerusi segala
perancangan yang diatur untuk membebaskan negara daripada belenggu
PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT. penjajahan. Beliau dengan penuh yakin telah berjaya mengatur
pilihanraya Malaya yang pertama bersama sahabat-sahabatnya daripada
Tunku sentiasa berusaha untuk mendengar sendiri masalah rakyat UMNO, MCA dan MIC sehingga beroleh kemenangan dan seterusnya
dan sentiasa berlapang dada untuk menghulurkan bantuan. Tunku mendapatkan kepercayaan British untuk mentadbir negara secara bebas.
disenangi dengan sikapnya yang mesra rakyat.
7.0 – JASA & SUMBANGAN TOKOH
Antara jasa dan sumbangan beliau termasuklah :
Menyatupadukan Rakyat Berbilang Kaum Menamatkan Darurat Daripada Ancaman
Komunis
Tunku Abdul Rahman berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di
Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India di samping menjaga keutuhan Meskipun diancam dengan gerakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya
bangsa Melayu. Buktinya ialah Kerjasama antara pemimpin-pemimpin (PKM), Tunku Abdul Rahman tetap berani berunding dengan pemimpin-
MCA, MIC dan UMNO yang melahirkan Parti Perikatan. Pada kemuncaknya, pemimpin PKM seperti Chin Peng dalam Rundingan Baling, iaitu pada 28
kerjasama antara parti politik ini membawa kemenangan kepada Parti hingga 29 September 1955 secara damai. Walaupun rundingan antara
Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1955 dengan memperoleh 51 kerusi pihak Kerajaan dan pihak PKM tersebut menemui kegagalan, namun usaha
daripada 52 kerusi. tersebut menunjukkan kesungguhan Tunku Abdul Rahman untuk
menamatkan darurat daripada ancaman komunis malahan usaha tersebut
sedikit sebanyak telah menyumbang kepada penamatan darurat.
Mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu Merealisasikan Idea Gagasan Pembentukan Malaysia
Tunku Abdul Rahman bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk Sebagai seorang pemimpin, Tunku Abdul Rahman amat mengambil berat
membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah dan ancaman tentang masa depan pembangunan negara. Beliaulah individu yang
komunis. Kegagalan rombongan pertamanya ke London pada tahun 1954 mencadangkan idea gagasan pembentukan Malaysia. Tunku Abdul Rahman
sedikit pun tidak menggugat semangat Tunku bagi memperjuangkan mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah, dan Brunei untuk menyertai
kemerdekaan Tanah Melayu. Setelah memenangi Pilihanraya Umum 1955 , Malaysia dalam ucapannya di Persidangan Agung UMNO pada Oktober
Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan Parti Perikatan 1955. Meskipun berhadapan dengan pelbagai tentangan seperti
pada tahun 1956 ke London dan akhirnya memperoleh kejayaan dalam Konfrontasi Indonesia, azam dan usahanya yang teguh telah berjaya
rundingannya bersama kerajaan British. Akhirnya, Persekutuan Tanah merealisasikan pembentukan Malaysia dan mengisytiharkan pembentukan
Melayu secara rasminya merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Malaysia pada 16 September 1963.
8.0 – PENUTUP RUJUKAN
Rumusannya, Tunku ialah seorang individu yang istimewa, dilahirkan 1) https://umno.org.my/en/presiden/tunku-
untuk memimpin rakyat dalam keadaan yang mencabar seperti di abdul-rahman/
Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya
ataupun petah bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara 2) https://iluminasi.com/bm/5-pengajaran-
ini di celah liku-liku perkauman yang menghendaki kebijaksanaan dan daripada-kepimpinan-tunku-abdul-
kesabaran yang bukan sedikit. Tunku tidak ada ilmu yang banyak, rahman.html
tetapi peribadinya memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang
yang mendampinginya. Tunku Abdul Rahman, seorang pemimpin yang 3) Ridzuan bin Hasan, 2020, Sejarah Tingkatan 5
memiliki banyak kredibiliti, kelebihan tersendirinya dan jasa-jasa KSSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
beliau terhadap negara yang tidak terbalas menjadikannya seorang Pustaka
pemimpin yang amat disegani. Izharnya, gelaran beliau sebagai
‘Bapa Kemerdekaan Negara’ terbukti amat sesuai dengan 4) Tok Ayah Zahalan bin Man, 2014. Daulat UMNO
sumbangannya yang bersungguh-sungguh memerdekakan negara Edisi Khas. Selangor : Cahaya Nur Modal Insan
tanpa sebarang pertumpahan darah.