RedAppleLela 4. MACARONI SUP/ PASTA SUP/ SPAGETI SUP Bahan-bahan; 1 bngkus makaroni 1 labu bwg besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 st serbuk sup 1 st serbuk lada hitam kasar Daun sup / bawang 2 ketul isi ayam (potong kecil) 1 batang carrot (potong kecil) 1 biji brokoli (potong kecil) Air secukupnya Cara buat Sup Makaroni • Panaskan kuali letak sedikit minyak, kemudian tumis bawang, bawang putih & halia kacau sekejap dan masukkan rempah sup, kacau sampai agak keperangan masukkan air secukupnya di ikuti ayam. • Reneh sampai ayam agak lembut, masukkan serbuk lada hitam reneh sekejap. • Kemudian masuk carrot, pasta makaroni, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa. Reneh sampai masak last sekali tabur sedikit daun bawang dan daun sup okey dah siap.
RedAppleLela 5. BIHUN GORENG IBU Bahan-bahan: • Bahan-bahan untuk tumbuk halus 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Bahan-bahan untuk lain: 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar cili kisar 2 ketul isi ayam (potong kecil) 3-4 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap manis 1/2 sudu kecil garam 2 pek bihun 1 ikat sayur sawi 1 biji carrot Cara Penyediaan: • Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil. • Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan. • Masukkan cili kisar. • Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap. • Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam. • Boleh tambah telur (optional). • Masukkan bihun yang dah direndam. • Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut. • Masukkan daun sawi & carrot yg telah disagat halus. • Hidangkan dengan tauhu yang digoreng.
RedAppleLela 6. NASI GORENG CINA Bahan-bahan; • Nasi • Bawang Putih – 5 ulas besar (ketuk-ketuk dengan anak lesung lepas tu cincang halus) • Minyak Bijan – 1 @ 2 sdb • Isi Ayam/ Ikan bilis • Telur ( telur goreng 1biji/orang) • Sayur campur (potongan carrot, kacang panjang dan kubis) *(Bahan2 brgantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya, tambah juga bahan-bahan yang lain) Cara-cara; 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih smpai naik bau dan garing sikit. 2. Masukkan isi ayam, garam & gula secubit untuk balance rasa. Biarkan masak sekejap. 3. Masukkan nasi & sayur campur. 4. Masukkn Minyak Bjian & kacau lagi hingga masak. Hidangkan bersama telur goreng.
RedAppleLela 7. KUETIAU LADNA Bahan-bahan: • 3 kg kuetiau • kicap manis secukupnya • 1 ketul ayam bahagian dada • 4 ulas bawang putih, diketuk • 2 batang carrot • 6 batang sayur sawi • 1 biji bunga kobis • 4 sudu besar sos tiram • 2 sudu besar tepung jagung • minyak untuk menumis • air secukupnya Cara Penyediaan: 1. Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuetiau bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan. 2. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga naik bau. 3. Masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi & bunga kobis. 4. Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuetiau tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.
RedAppleLela 8. NASI PUTIH & SUP AYAM BAHAN-BAHAN Tauhu telur Bawang putih – cincang Serbuk lada hitam isi ayam Sos tiram – anggaran 2 sudu besar Saderi—hiris tipis Lobak merah – hiris halus memanjang Sawi – asingkan batang & daun Kubis—hiris halus Garam CARA-CARA 1. Sebelum membuat sup, potong dulu tauhu untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan tauhu. Bila dah kekuningan baru terbalikkan supaya tak hancur. Bila dah siap goreng, angkat, tos dan ketepikan. 2. Sekarang sediakan periuk untuk memasak supnya pula. Mula-mula tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Seterusnya masukkan ayam dan serbuk lada hitam. 3. Seterusnya masukkan sos tiram & air. Tunggu hingga mendidih. 4. Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. 5. Selepas itu, masukkan tauhu telur yang sudah digoreng tadi & sayuran lain. Kemudian, biarkan mendidih & padamkan api 8. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata. Siap!
RedAppleLela 9. NASI AYAM SI COMEL Bahan-bahan Nasi & Sup: 1 ekor ayam 2 sudu planta 2 inci halia dihiris nipis 2 helai daun pandan 2 ulas bawang besar dihiris nipis 2 ulas bawang putih dihiris nipis 2 helai daun pandan dicarik dan disimpul Rempah 4 sekawan Cara-cara 1. Mula-mula Mama panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. 2. Kemudian, masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan ayam dan rebus selama 20 minit, apabila ayam sudah masak angkat dan ketepikan. Kemudian panaskan planta di dalam kuali, masukkan halia dan daun pandan. Tumis sehingga berbau wangi. 3. Cuci beras dan toskan air, tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk bersama beras. Masukkan bahan tumisan ke dalam beras dan masukkan sedikit garam. 4. Taburkan daun sup dan bawang goreng di atas nasi yang telah masak. Bahan-bahan Ayam; • 1 sudu besar sos tiram • 1 sudu besar kiap manis/pekat • 4 sudu besar madu Cara-cara 1. Lumurkan ayam yang telah direbus tadi dengan bahan perapan dan perap selama 2 jam. 2. Ayam yang siap diperap, goreng / bakar menggunakan oven. Setelah masak, boleh potong ayam mengikut citarasa Bahan-bahan Sambal Cili; • 5 tangkai cili merah • 1 biji tomato • 2 ulas bawang putih • Gula & garam • 1 cawan air Cara-cara 1. Masukkan cili merah, bawang putih, tomato, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar semua bahan sehingga lumat. 2.Kemudian, Mama masukkan pula garam dan didihkan di atas api sehingga kuah menjadi sedikit pekat. *Boleh dihidang bersama daun salan & hirisan tomato
RedAppleLela 10. MI HAILAM BAHAN-BAHAN 3 ulas bawang putih Biji lada hitam Kicap pekat Ayam / daging Sayuran – kubis, carrot, kobis bunga, dll Mee kuning CARA-CARA 1. Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam. 2. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi.Sambil tu masukkan sekali dengan stok ayam. 3. Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat. 4. Seterusnya masukkan ayam. Kalau nak ganti daging pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak. 5. Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh. 6. Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air. 7. Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api. 8. TABUR DAUN SUP, CILI & BAWANG GORENG. HIDANGKAN BERSAMA TELUR REBUS 1/2 BIJI PER SEORANG
RedAppleLela 11. BIHUN GORENG CINA BAHAN-BAHAN; 2 bungkus bihun(rendam biar lembut) 8 ulas bawang putih(tumbuk) 8 ulas bawang merah(tumbuk) Sebiji cili merah(tumbuk) 4 sudu besar sos tiram Isi ayam(Potong kecil) Carrot( potong memanjang) Kubis (hiris halus) Lada sulah 2 sudu besar bawang goreng Daun sup(potong kecil) Gula dan garam Minyak untuk menumis CARA-CARA; Tumis bahan tumbuk sampai wangi. Masukkan isi ayam/daging. Pecahkan telur dan kacau biar telur berketul kasar. Masukkan sos tiram. Masukkan air(kalau kak 2 cawan..bergantung pada jenis bihun dan masa kita rendam bihun) Bila mendidih masukkan gula(2 sudu besar), garam, dan bihun. Kacau sehingga hampir masak dan kering airnya. Masukkan bawang goreng, serbuk lada hitam dan daun sup. Kacau dan pastikan bihun kita masak. Angkat dan boleh dihidangkan.
RedAppleLela 12. KUETIAU SUP Bahan-bahan kuah: • Bawang putih 1 labu • Air • Tauhu • Sayur sawi • Carrot • Kubis • Stok ayam • Dada ayam/isi ayam Cara-cara: 1. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga keperangan dan naik bau (tak nak tumis pun boleh, terus rebus je air) 2. Kemudian masukkan air dalam 3@4 cawan besar, agak mengelegak masukkan stok ayam dan isi ayam (ini sebagai tambahan) 3. Dah mendidih masukkan sayur sawi, carrot & kubis. 4. Akhir sekali, masukkan garam. (boleh jugak letak minyak bijan sikit, wangi je nanti) Hidang bersama tauhu yang digoreng.
RedAppleLela 13. BIHUN SUP UTARA Bahan-bahan: Bihun (rendam dengan air biasa dan sedikit serbuk kunyit selama 30 minit. Kukuskan sehingga lembut.) Bahan-Bahan Kuah Sup: • 2 ulas bawang putih* • 3 ulas bawang merah* • 1 ulas bawang besar* • 15 gram halia* • 4 sekawan • Rempah sup babas • Isi ayam & tulang ayam Cara memasak: 1. Kisar semua bahan bertanda*. 2. Masukkan minyak, tumis bahan kisar dengan 4 sekawan sampai garing (naik bau). 3. Masukkan rempah sup. 4. Masukkan isi ayam dan tulang. 5. Kacau semua bahan sampai sebati (10minit). 6. Masukkan air dalam 1.5liter. 7. Masukkan bahan perasa (garam, gula). 8. Masak dalam 1 jam sehingga betul-betul didih. 9. Tutup api (pastikan isi ayam, tulang betul-betul masak). . Bahan Garnish: • Brokoli potong kecil • Bawang goreng • Daun sup • Carrot dihiris nipis-nipis • Kubis dihiris nipis-nipis Carikkan ayam halus-halus (ambil dalam kuah sup)
RedAppleLela 14. BIHUN GORENG PUTIH Bahan bahan: 2 pek mee hoon vermicelli - 350 gram 1 ikat kecil kacang panjang 3 batang karot - hiris panjang 10 biji telur 2-3 sudu besar Seafood sauce/sos tiram ½ sudu kecil serbuk lada hitam ½ sudu besar garam 1/2 cawan minyak masak Bahan hiris; 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Cara cara: 1. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng telur scramble, angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali sama, tambah 1/4 cawan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris hingga wangi. 3. Masukkan karot, kacang panjang dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan kacau rata. 4. Masukkan serbuk lada hitam. 5. Masukkan mee hoon dan kacau rata. Masukkan daun sawi. Sesuaikan rasa. Masukkan garam jika perlu. 6. Akhir sekali, masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau rata. Bila mee hoon terbit minyak, bolehlah tutup api..
RedAppleLela 15.NASI PUTIH, AYAM MASAM MANIS & SUP SAYUR Bahan-bahan ayam masam manis: Bahan untuk menggoreng ayam • 1.5 kg Ayam (dipotong dadu) • 300gm Tepung Jagung • Garam • Lada Sulah Bahan lain • 1 biji Bawang Merah • 2 ulas Bawang Putih • 1/2 inci Halia • 1 sb Cili Kering Kisar • 2 sb Sos tomato • 3 sb Sos Cili • Air • Gula • Garam • 1/2 biji Buah Tomato Cara-cara membuat ayam masam manis: 1. Gaul ayam bersama tepung jagung, garam dan lada sulah sehingga rata. Kemudian, goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Tambahkan cili kering kisar dan kacau sebentar. Selepas itu, masukkan sos tomato, sos cili dan air. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. 3. Akhir sekali, masukkan ayam, buah tomato, kacang pis, cili merah yang telah dipotong dan kacau sehingga rata. Siap! Angkat dan sedia untuk dihidang.
RedAppleLela 16. KUETIAU GORENG Bahan bahan: 3 kg kuetiau 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap 1 sudu besar sos tomato 1 biji telur goreng/ per person Garam Sawi Carrot Isi ayam Bahan tumbuk: 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1-2 sudu besar cili kering kisar Cara cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga cili benar benar garing dengan api perlahan. Masukkan kicap dan sos serta sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 2. Kacau rata. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau. 3. Kemudian masukkan sayur karot dan sawi. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sayur lembut. 4. Masukkan kue teow dan kacau rata. Masukkan kicap dan sos tiram jika mahukan kuetiau berwarna sedikit gelap. 5. Sebelum dihidangkan bersama telur goreng, tabur daun bawang, bawang goreng dan cili hiris. (optional)
RedAppleLela 17. LEMPENG SUSU LEMPENG SUSU FULL CREAM Bahan 2 cawan Tepung gandum Susu full Cream secukupnya ( nak cair lebihkan susu) 1 biji telur 1 sudu besar buttercup 2 sudu besar susu pekat Sedikit garam 1 sudu minyak masak Cara 1-Pukul tepung gandum, susu full Cream, telur , sedikit garam, buttercup dan susu pekat sehingga sebati. Saya guna hand mixer. 2- Bila dah sebati masukkan minyak masak sedikit demi sedikit. 3- Panaskan kuali leper. Letakkan 1 adunan lempeng tadi. Pusingkan supaya adunan supaya ianya menjadi leper 4- Terbalikkan lempeng jika bahagian atas sudah masak (bertukar warna kuning kecoklatan) 5- ulang no.3 sehingga adunan siap.
RedAppleLela 18. SANDWICH SARDIN BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN 1 tin kecil sardin 1 buku roti sandwich(saya guna roti brand mighty white) 2 biji bawang besar(dhiris) Garam & cili sos Sedikit timun & kobis yang dihiris halus Panaskan minyak dalam kuali Masukkan bawang,cili sos dan gaul rata. Kemudian ,masukkan sardin yang telah dhancurkan tadi dan sebatikn dgn bawang. Gaul rata & masukkan bahan perasa secukupnya. Tutup api sardin tadi bila sudah masak. Selepas itu,ambik 2 keping roti tadi dan letakkn sedkit sardin yang telah dimasak ke atas roti & ratakan. Kemudian,hiaskan masuk timun n kobis(macam buat burger). Potong 3 segi dan hidangkan
RedAppleLela