INTERAKSI ANTARA
HIDUPAN
SUBJEK: SAINS TAHUN 6
MASA:11.00-12.00TGH
TARIKH:4.2.2021
4.1 Interaksi Antara Haiwan
4.1.1 Menyatakan maksud interaksi antara haiwan ialah bentuk hubungan yang berlaku
dalam intraspesis dan interspesis bagi memperoleh keperluan asas.
4.1.2 Menjelas dengan contoh terdapat haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup
bersendirian melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
4.1.3 Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan
hidup bersendirian.
4.1.4 Memerihalkan faktor persaingan antara haiwan intraspesies dan interspesies
melalui pemerhatian menerusi pelbagai media seperti:
➢ makanan
➢ air
➢ tempat tinggal atau kawasan
➢ pasangan
4.1.5 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara haiwan seperti simbiosis
mutualisme, komensalisme dan parasitisme.
4.2 Interaksi Antara Tumbuhan
4.2.1 Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan melalui
pemerhatian menerusi pelbagai media iaitu: air, cahaya matahari, nutrien,
ruang.
4.2.2 Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor yang
menyebabkan persaingan antara tumbuhan.
4.2.3 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara tumbuhan seperti
simbiosis: komensalisme dan parasitisme.
MAKSUD INTERAKSI
Interaksi ialah perhubungan
aktif yang berlaku dalam
intraspesies dan
interspesies bagi memperoleh
keperluan asas.
(A)PERSAINGAN INTERAKSI HAIWAN
*INTRASPESIES
-ialah interaksi spesies yang sama.
Contohnya:
-lebah bekerjasama membina sarangnya
-anak-anak ayam bersaing untuk mendapatkan
makanan
*Faktor persaingan :
-makanan
-tempat tinggal atau kawasan
-air
-pasangan
(A)PERSAINGAN *INTERSPESIES
-ialah interaksi spesies berlainan.
Contohnya:
-helang dan ular bersaing untuk
mendapatkan makanan yang terhad
-antelop dan babun hidup dalam satu
habitat yang sama bekerjasama untuk
mengesan kehadiran pemangsa.
*Faktor Persaingan
-makanan
-tempat tinggal
-air
(B)SIMBIOSIS *MUTUALISME
HAIWAN
-ialah interaksi yang membawa manfaat
kepada kedua-dua haiwan
Contoh:
-simbiosis antara kerbau dengan burung
gembala (burung gembala makan kutu atas
badan kerbau, mengurangkan rasa gatal di
belakang kerbau)
(B)SIMBIOSIS PARASITISME
HAIWAN
-ialah interaksi yang memberi MANFAAT
sebelah pihak SHJ dan MERUGIKAN satu pihak
lain.
contoh:
simbiosis antara kucing dengan sengkenit
(B)SIMBIOSIS KOMENSALISME
HAIWAN
-ialah interaksi ini hanya memberi MANFAAT
kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi
tidak mendapat sebarang manfaat
Contoh:
Simbiosis antara ikan jerung dan ikan remora
INTERAKSI TUMBUHAN
*Faktor Interaksi :
1) Nutrien
2) Air
3) cahaya Matahari
4) Ruang
(C)SIMBIOSIS KOMENSALISME
TUMBUHAN
-ialah interaksi ini hanya memberi MANFAAT kepada
satu spesies tetapi satu spesies lagi tidak mendapat
sebarang manfaat
Contoh:
Pokok paku langsuyar menumpang pada pokok kelapa
sawit yang lebih tinggi untuk mendapatkan sumber air
dan cahaya matahari. Keadaan ini tidak
membahayakan pokok yang ditumpanginya.
(C)SIMBIOSIS PARASITISME
TUMBUHAN
-ialah interaksi yang memberi MANFAAT sebelah pihak
SHJ dan MERUGIKAN satu pihak lain.
Contoh: pokok dedalu tumbuh pada batang pokok
mangga (pokok perumah) untuk mendapatkan sumber
nutrient dan air daripada pokok mangga. Dalam
tempoh yang lama, sebahagian daripada pokok
perumah akan mati.
(D)BERKUMPULAN CARA HIDUP HAIWAN
*Contoh haiwan:
-lebah, anai-anai, burung bangau, burung layang-layang , kambing,
rusa, singa, ikan, gajah
KELEBIHAN:
1) Bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan makanan
2) Mampu memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan
musuh
3) Melindungi anak-anak
4) Mengawal wilayahnya
KEKURANGAN:
1) Mudah dijangkiti wabak penyakit
2) Haiwan yang lemah dalam kumpulan sukar untuk menyelamatkan diri
daripada musuh
(E)BERSENDIRIAN
*Contoh haiwan:
-burung belatuk, tapir, tupai, labah-labah, burung
kenyalang, harimau, ular sawa
KELEBIHAN:
1) Dapat mengatasi masalah sumber makanan
yang terhad
2) Mengurangkan persaingan untuk
mendapatkan pasangan
KEKURANGAN:
1) Sukar mempertahankan diri daripada musuh
2) Mengalami kesukaran mencari pasangan
ketika musim mengawan
3) Mudah terdedah kepada ancaman kepupusan