The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by <lily>, 2022-06-23 00:42:05

MINIT MESYUARAT BIDANG TVET BIL 1 2022

MINIT MESYUARAT BIDANG TVET BIL 1 2022

MINIT MESYUARAT BIDANG PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
(TVET) BIL 1/2022

Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
Masa : 2.45 petang – selesai
Tempat : Secara dalam talian (google meet)

AGENDA:
1.0 Ucapan pengerusi
2.0 Pengesahan minit mesyuarat dan perkara berbangkit
3.0 Pengurusan Panitia 2022

3.1 Pengurusan Kurikulum (DSKP/RPT/eRPH/PBD/PLC)
3.2 Perancangan Panitia - pelan strategik pelan, taktikal dan pelan operasi 2022
3.3 Perancangan aktiviti Panitia 2022
3.4 PCG Panitia
3.5 Agihan tugas papan kenyataan bidang
3.6 Pencerapan dan SKPMg2 Standard 4
3.7 Pengunaan buku kerja / semakan buku latihan dan buku kerja
3.8 Peperiksaan pertengahan tahun dan ujian topikal
4.0 Karnival Bulan Bidang
5.0 Hal-hal lain

KEHADIRAN: Ketua Kanan Bidang TVET
1. Cik Dayang Ku Nazirah binti Pg. Umar Ketua Panitia Sains Rumahtangga
2. Pn Sulinah binti Bongsu Ketua Panitia Pertanian
3. Pn Afizah binti Shuhaibun Ketua Panitia Rekaan & Jahitan Pakaian
4. Pn Dorithy Misir Ketua Panitia Sains Komputer
5. Pn Dg Siti Norbaizora binti Othman Ketua Panitia Grafik Komunikasi Teknikal
6. Cik Siti Zarina binti Arifin Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi
7. Pn Mariani binti Nurdin Ketua Panitia Perniagaan
8. Pn Siti Mardiah binti Tarip Ketua Panitia Ekonomi
9. Pn Nur Fadhilah binti Ibrahim Penyelaras Prinsip Perakaunan
10. Pn Effa Salwa binti Abdin @ Abidin Penyelaras Landskap & Nurseri
11. Cik Pryscilla Mugah@Mojos Setiausaha Bidang TVET
12. Pn Lilyanty binti mohd padzir Penolong Setiausaha Bidang TVET
13. Cik Farahani binti Md Noor Guru Grafik Komunikasi Teknikal
14. Pn Marianah binti Zainurahim Guru
15. Pn Noorfidah binti Abd Razak

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru baharu iaitu Puan Lilyanty binti Mohd
Padzir dan ucapan tahniah kepada Cik Siti Zarina binti Arifin atas perlantikan
sebagai Ketua Panitia Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) yang baharu dan Puan
Effa Salwa binti Abdin@Abidin sebagai pemangku penyelaras mata pelajaran
prinsip perakaunan.
1.3 Pengerusi juga merakamkan mengucapkan terima kasih atas tugas yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini.
Tindakan : Makluman semua

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN PERKARA BERBANGKIT
2.1 Minit mesyuarat Bil 2/2021 telah disahkan oleh Puan Dg. Siti Norbaizora binti
Othman dan disokong oleh Puan Sulinah binti Bongsu.
2.2 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

3.0 PENGURUSAN PANITIA 2022
3.1 Pengurusan Kurikulum (DSKP/RPT/eRPH/PBD/PLC)
3.1.1 DSKP yang mengalami perubahan perlu ditandatangan sebelum disimpan
dalam fail panitia. Selain itu, DSKP juga perlu disimpan dalam folder eRPH
dan sentiasa menjadi rujukan semasa pdp.
3.1.2 RPT 2022/2023 terkini perlu dihantar sebelum 29 April 2022, ditantatangan
oleh ketua bidang dan dimasukkan dalam fail panitia.
3.1.3 eRPH yang lengkap perlu dihantar pada setiap hari Jumaat atau selewat-
lewatnya pada hari sabtu kepada pemeriksa dan pengetua.
3.1.4 PBD
Pengerusi meminta semua guru menyemak semula rubrik tahap
penguasaan dan menjalankan intervensi bagi pelajar yang belum
mencapai tahap 4.
3.1.5 PLC
- Semua guru perlu terlibat dengan PLC panitia.
- Pengerusi meminta supaya Puan Dg Siti Norbaizora binti Othman
merancang PCL berkaitan pembelajaran digital dan inovasi.
Tindakan : Makluman semua

3.2 Perancangan panitia – Pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi 2022
Pengerusi meminta supaya membuat semakan semula pelan taktikal dan pelan
operasi yang telah dirancang sebelum ini. Pelaporan aktiviti perlu dibuat beserta
dengan gambar.
Tindakan : Semua ketua panitia dan penyelaras

3.3 Perancangan aktiviti panitia 2022
Pengerusi meminta supaya setiap panitia merancang dan menyediakan takwim
sepanjang tahunan sehingga Februari 2023.
Tindakan : Semua ketua panitia dan penyelaras

3.4 PCG panitia

3.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah PCG tahun 2022 bagi mata

pelajaran di bawah bidang TVET adalah seperti berikut:

Bil. Mata pelajaran Peruntukan Jumlah (Baki
2022 sehingga 31
Mac 2022)
1 Prinsip akaun RM98.00
RM98.00
2 Perniagaan RM168.00 RM168.00
RM966.00
3 Ekonomi rumahtangga RM966.00 RM1445.53
RM8312.27
4 Pertanian RM1093.00
RM4442.25
5 Rekaan dan jahitan RM7315.00 RM1758.03

pakaian RM675.00

6 Landskap dan nurseri RM4242.70 RM1058.28

7 Sains komputer tingkatan RM1037.40 RM4965.97
RM223.55
4-5

8 Lukisan kejuruteraan / RM665.00

Grafik komunikasi teknikal

9 Asas sains komputer RM1048.00

Tingkatan 1-3

10 Reka bentuk dan teknologi RM3621.59

11 Ekonomi asas tingkatan 4-5 RM182.00

3.4.2 Pengerusi juga memaklumkan supaya peka dengan bilangan pelajar bagi
memastikan jumlah PCG yang diguna tidak melebihi daripada jumlah
sepatutnya.

3.4.3 Setiap pembelian menggunakan PCG mestilah mempunyai rekod stok,
sentiasa dikemaskini dan disimpan.

3.4.4 Sebarang permasalah berkaitan pengurusan PCG perlu merujuk ketua
kerani.
Tindakan : Makluman semua

3.5 Agihan tugas papan kenyataan bidang

3.5.1 Jadual mengurus papan kenyataan bidang TVET 2022 adalah seperti

berikut:

Bil Bulan Panitia

1 Mei dan Jun PGN / LN / PP / GKT

2 Julai dan Ogos ASK&SK / RBT / EKO

3 September dan Oktober PTN / RJP / SRT

4 November dan Disember PGN / LN / PP / GKT

5 Januari dan Februari ASK&SK / RBT / EKO

6 Mei dan April PTN / RJP / SRT

3.5.2 Pengerusi melantik cik Siti Zarina binti Arifin sebagi ketua yang mengurus
papan kenyataan bagi giliran bulan Mei dan Jun 2022.

3.5.3 Pengerusi meminta Cik Pryscilla Mugah@Mojos menyediakan carta
organisasi bidang TVET.
Tindakan : Makluman semua

3.6 Pencerapan dan SKPMg2 Standard 4
Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan pertama akan dibuat bermula
selepas cuti raya manakala pencerapan kali kedua pada bulan Ogos dengan
menggunakan borang SKPMg2 Standard 4.
Tindakan : Makluman semua

3.7 Penggunaan buku kerja / semakan buku latihan dan buku kerja
3.7.1 Pengerusi memaklumkan penggunaan buku kerja adalah tidak dibenarkan
di dalam bilik darjah berikutan arahan surat pekeliling ikhtisas yang
dikeluarkan oleh KPM.
3.7.2 Semakan latihan pelajar perlu dibuat dengan terperinci dan perlu mengisi
borang laporan semakan kemudian diserahkan kepada Puan Hamiznah
binti Hamid.
Tindakan : Makluman semua

3.8 Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Ujian Topikal
3.8.1 Semua penggubal soalan dikehendaki bersedia dengan soalan
peperiksaan pertengahan tahun dan ujian topikal. Peruntukan masa
adalah selama dua jam bagi setiap subjek.

3.8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa muka depan mestilah mempunyai
maklumat nama dan tandatangan penyedia soalan, disemak oleh ketua
panitia dan disahkan oleh ketua bidang.
Tindakan : Makluman semua

4.0 KARNIVAL BULAN BIDANG
Karnival sepatutnya dijalankan pada April tetapi ditangguhkan ke bulan Ogos.
Tindakan : Makluman semua

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Program Bakarih – Program Prestij bagi kumpulan pelajar cemerlang, program
tunas bagi pelajar kritikal dan Program “Straight A” bagi memastikan keputusan
pelajar yang lebih baik. Guru dikehendaki mengenalpasti pelajar yang mempunyai
masalah kehadiran mengikut mata pelajaran untuk makluman kepada guru kelas
dan diambil tindakan oleh HEM.
Tindakan : Makluman semua

5.2 Pengerusi meminta supaya nama program Intervensi bagi subjek RJP perlu
diperbaiki.
Tindakan : Ketua Panitia RJP

5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan bengkel RJP dan SRT pada 27
April 2022 dan pemantauan kali kedua pada 11 Mei 2022 oleh JPN dan PPD.
Manakala pemantauan kali ketiga adalah pada 12 Mei 2022 dari pihak KPM. Oleh
itu, bengkel perlulah berada dalam keadaan kemas dan bersih serta
mengemaskini rekod pengurusan.
Tindakan : Ketua Panitia SRT dan RJP

5.4 Puan Mariani binti Nurdin memaklumkan bahawa soalan tugasan 1 RBT
Tingkatan 5 yang bermula dari April hingga September memerlukan perisian
Autocad dan penggunaan komputer. Pelajar adalah seramai 9 orang dan tugasan
ini perlu disiapkan semasa sesi persekolahan. Pengerusi memaklumkan bahawa
jika pelajar menggunakan laptop sendiri boleh mengemukakan surat kebenaran.
Tindakan : Ketua Panitia RJP dan Sains Komputer

5.5 Puan Effa Salwa binti Adbin@Abidin mencadangkan supaya kelas gabungan
subjek perakaunan kelas tingkatan 4 Plato dan 4 Avicenna adalah terlalu ramai
dan perlu diasingkan.
Tindakan : Penyelaras Prinsip Perakaunan

6.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(LILYANTY BINTI MOHD PADZIR) (DAYANG KU NAZIRAH BINTI PG UMAR)
Setiausaha Bidang TVET Guru Kanan Bidang TVET
SMK Benoni SMK Benoni

Cadangan disahkan :
Cadangan disokong :

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version