The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mimismkskr, 2019-12-12 02:17:58

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN 4 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN
09410 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN.
Tel.Pej. & Fax : 04-4858590, Tel.Pengetua : 04-4858690
E-mel : [email protected]

:
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

Bil 4 Tahun 2019



Tarikh : 11.06.2019 ( Selasa )
Masa : 11.00 tengah hari hingga 1.45 petang
Tempat : Bilik Pengetua


HADIR :
1. EN. ISHAK BIN AWANG - TUAN PENGETUA
2. PN. SALMAH BINTI HAMDAN - PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3. EN. ANUAR BIN OTHMAN - PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
4. EN. AMRAN BIN MAT NOH - PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5. PN. MIMI SUZIANA BINTI KHAIRUDIN - GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK
6. PN. NOR AZIAN BINTI MOHAMAD - GURU KANAN TEKNIK VOKASIONAL
7. PN. UMMI FADZILAH BINTI SAAIDIN - GURU KANAN KEMANUSIAAN
8. PN. LADDA JULAPHONG A/P EDENG - GURU KANAN BAHASA


I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru yang
hadir ke Mesyuarat Pengurusan Kali ke-4 pada hari ini. Semoga perjumpaan pada hari ini dapat berjalan
dengan lancar dan memperoleh kata sepakat dalam meneruskan program-program sekolah bagi tahun
2019.

2. Pengerusi turut memaklumkan bahawa semua keputusan yang bakal dibuat oleh pihak pengurusan adalah
berdasarkan pertimbangan dan keputusan bersama.


II LAPORAN DARIPADA PIHAK ATASAN (PPD/JPN/KPM)

3 Pengisian Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) secara online hendaklah
diselesaikan sebelum 23.06.19.

4 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) perlu disi dan dilengkapkan dengan segera sebelum
16.06.19.

Tindakan: Makluman

III MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5 Pn. Ladda Julaphong a/p Edeng mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh En. Amran bin Mat Noh.







1

IV PERKARA BERBANGKIT

6 Perkara 5 : Puan Ummi Fadzilah binti Saaidin, GK Kemanusiaan memaklumkan bahawa kerja kursus
calon yang mengambil Pendidikan Seni Visual SPM berada pada tahap 70%.


V LAPORAN PENGURUSAN KURIKULUM

7 Puan Salmah binti Hamdan, Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan beberapa perkara iaitu:

7.1 Semua guru perlu mengisi keputusan gred Bahasa Melayu SPM ke dalam e-Operasi dengan kadar
segera.
Tindakan: Semua Guru

7.2 PKP juga memaklumkan bahawa sekolah menerima dua orang guru POL untuk mata pelajaran Bahasa
Cina pada bulan Februari yang lalu.
Tindakan: Makluman

7.3 Guru-guru diminta untuk menyiapkan post mortem, analisis item dan PILL bagi semua mata pelajaran
AR2 (Peperiksaan Pertengahan Tahun).


8 Tuan Pengetua mengingatkan bahawa semua program yang dirancang mestilah berfokuskan akademik dan
dapat meningkatkan prestasi pelajar.

Tindakan: Makluman


VI LAPORAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

9 Encik Anuar bin Othman, PK HEM melaporkan :-

9.1 Enrolmen murid setakat ini adalah seramai 654 orang.

9.2 Program Pembangunan Sahsiah yang melibatkan pelajar 10 orang murid akan diadakan pada
12.06.19. Program ini akan dikendalikan oleh dua orang kaunselor dan seorang guru disiplin.

9.3 Bayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan masih belum dituntut oleh seramai 7 orang murid.

9.4 Laporan berkaitan dengan denggi telah dibuat.

9.5 Pihak ICU telah memberi kelulusan untuk pembiayaan surau dan pihak sekolah diminta menyediakan
surat-surat berkaitan kepada pihak yang berkenaan.
Tindakan: PKH


VII LAPORAN PENGURUSAN KOKURIKULUM


10 Encik Amran bin Mat Noh, PK Kokurikulum memaklumkan tentang beberapa perkara :-





2

10.1 Perkhemahan Unit Uniform anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Kedah ditetapkan pada 22.09.19.
hingga 24.09.19. Minimum bilangan pelajar adalah seramai 45 orang bertempat di Kem Singkir,
Kedah. Sasaran pelajar adalah dari tingkatan 1, 2 dan 4.
Tindakan: Makluman

10.2 Hari Kokurikulum dan Koakademik akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada
24 Jun 2019 (Isnin). Satu taklimat berkaitan akan diadakan pada 12.06.19.
Tindakan: Makluman
10.3 Pendaftaran PAJSK dan SEGAK (Tingkatan 1) telah selesai.


VIII HARI KONFERENSI WARIS

11 Hari Konferensi Waris bagi semua tingkatan akan diadakan pada 16.06.19(Ahad). Program ini bermula
pada jam 12.00 tengah hari di kelas masing-masing.
Tindakan: Makluman

12 Tuan Pengerusi meminta agar pelaporan PBD dapat diserahkan kepada waris semasa perjumpaan
tersebut.
Tindakan: PKP

IX HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019

13 Perasmi yang dicadangkan untuk majlis tersebut ialah En. Abdul Razak, Penyelaras DUN Merbau Pulas.
Tarikh HAK adalah pada 21.07.19.

14 Tuan Pengetua mencadangkan agar AJK Persembahan menyediakan persembahan nyanyian solo oleh
Nur Aida Husna binti Hassan dan persembahan nyanyian dengan iringan keyboard.

15 Buku Program dan kehadiran VIP akan didaftarkan dengan menggunakan pengimbas QR Code.



XI HAL–HAL LAIN

16 Pengerusi meminta guru-guru yang menghadiri mesyuarat atau kursus untuk mengisi minit curai.
Tindakan: Semua guru

17 Pn. Ladda Julaphong a/p Edeng memaklumkan bahawa dummy majalah akan siap pada minggu hadapan.

18 Pn. Nor Azian binti Mohamad meminta pemantauan serius unit HEM berkaitan penampilan diri pelajar.
Tindakan: PK HEM

19 En. Amran bin Mat Noh memaklumkan bahawa ramai pelajar yang lewat masuk ke kelas selepas waktu
rehat.
Tindakan: Semua guru

XI UCAPAN PENANGGUHAN

20 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Pengurusan pada
hari ini. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai peranan dan bertanggungjawab
dalam memastikan kejayaan sekolah tercapai.




3

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................... ................................................
........................................................... ................................................
( MIMI SUZIANA BINTI KHAIRUDIN )
( ISHAK BIN AWANG)
( MIMI SUZIANA BINTI KHAIRUDIN ) ( ZAINURIN BIN MAT NOOR)
GURU KANAN SAINS & MATEMATIK
PENGETUA
SMK SUNGAI KARANGAN SMK SUNGAI KARANGAN







































































4


Click to View FlipBook Version