The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siewsiew9900, 2022-04-09 00:11:15

Peti Pertolongan cemas

BSMM

Tajuk : Peti Pertolongan Cemas

Disediakan oleh : Lai Chung Ming

Pengenalan

Gambar rajah di atas menunjukkan peti pertolongan
cemas(First aid kit).

Peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkara
penting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana
seseorang itu boleh memberikan rawatan awal kepada
pesakit sebelum sampai ke klinik ataupun hospital.

Sesuatu kecederaan yang tidak serius tidak
memerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika
mengetahui cara untuk merawatnya dan mempunyai
kelengkapan first aid kit yang mencukupi.

Barang yand perlu ada dalam peti pertolongan
cemas adalah seperti berikut:
1)Plaster
2)Bandage
3)Kain Anduh(Triangular Bandage)

4)Kain Kasa Perubatan (Gauze)
5)Kapas (cotton)
6)Povidone iodine
7) Krim pemanas
8) Gunting
9)Micropore
10) Ubat-ubatan

1)Plaster

Plaster ini merupakan barangan asas yang semua first aid kit
perlu ada. Ia boleh digunakan untuk menutup luka-luka kecil
yang tidak mengalami pendarahan yang teruk.

Jika seseorang mengalami luka, pesakit perlulah membasuh
kawasan luka tersebut dengan air yang banyak. Pastikan luka
tidak mengandungi apa-apa kekotoran terlebih dahulu. Lap
disekeliling kawasan luka itu supaya ia tidak basah dan boleh
dilekatkan dengan plaster ini.

Selalunya, luka kecil seperti ini tidak terlalu kotor. Oleh itu,
tidak perlu mencuci luka tersebut menggunakan antiseptik
seperti iodin ataupun perlu meletakkan acraflavine pada luka itu.

Jika ia kotor sebagai contoh luka yang dimasuki habuk,
batu atau tanah, anda boleh mencucinya dulu menggunakan
iodin.

2) Bandage

Bandage ialah bahan yang digunakan untuk
mempertahankan penutup luka. Bandage berfungsi
sebagai penekanan untuk mengehentikan pendarahan,
mempertahankan penutup luka pada tempatnya dan
menjadi penopang untuk bahagian tubuh yang
cedera.

3)Kain Anduh(Triangular Bandage)

Terdapat pelbagai fungsi untuk alat ini dan dalam artikel ini
kami akan menceritakan 3 fungsi sahaja, iaitu sebagai anduh
ketika patah tulang tangan atau patah tulang selangka(clavicle),
membalut luka atau membalut kawasan lebam dan boleh
digunakan sebagai mask(topeng)

4)Kain Kasa Perubatan (Gauze)

Kain kasa atau gauze ini selalunya digunakan untuk
menutupi luka yang besar. Ia juga boleh digunakan untuk
membersihkan luka yang kotor.
Gauze ini terdiri daripada jejaring benang dan ia tidak
tercabut bila ditarik daripada luka. Terkadang ada yang
menggunakan cotton(kapas) untuk menutupi luka.
Keadaan ini akan menyebabkan serpihan kapas akan
melekat pada luka apabila ia dibuka.

5)Kapas (cotton)

Kapas selalunya digunakan untuk membersihkan luka. Jika luka tersebut
tidak terlalu kotor maksudnya tidak mempunyai benda asing seperti
tanah, kaca, batu dan sebagainya, luka tersebut boleh dibasuh dengan air
biasa dan kapas (cotton) digunakan untuk membersihkan kawasan
tersebut.
Jika luka itu kotor, gunakan air bersih untuk membersihkan kekotoran
terlebih dahulu. Kemudian sapu dengan larutan antiseptik(iodin)
menggunakan kapas (cotton) untuk membunuh kuman dibahagian
tersebut.

6)Povidone iodine

Ia merupakan larutan yang berwarna kuning. Larutan ini
mengandungi unsur iodin yang berfungsi untuk
membunuh kuman(antiseptik) di kawasan luka.
Jika kawasan luka itu besar dan kotor, gunakan larutan ini
untuk membersihkan luka tersebut.

7) Krim pemanas

Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk merawat sakit otot
dan juga kekejangan otot.
Seseorang yang sakit otot dan tidak mempunyai luka pada
bahagian tersebut, maka anda boleh menggunakan krim ini
untuk mengurangkan sakit dibahagian tersebut.

8) Gunting Gunting penting untuk
9)Micropore memotong gauze, bandage
dan sebagainya. Oleh itu,
jangan lupa untuk
meletakkan ia dalam kotak

9f)iMrsticaridopaondrea.

Micropore ini macam selotip
yang digunakan untuk
melekatkan beberapa perkara
seperti melekatkan gauze
pada kulit, melekatkan
bandage supaya ia tercabut
dan apa-apa yang berkaitan.

10) Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti paracetamol, ponstan (mefenamic acid),
ubat gastrik, loratadine, maxolon (metoclopramide), lomotil
(diphenoxylate andatropine)

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version