The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SENI TEATER TRADISIONAL KEDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-61430572, 2021-01-22 20:07:49

MEK MULUNG

SENI TEATER TRADISIONAL KEDAH

Keywords: seni teater

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

MEK MULUNG

Seni warisan kedah

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

PRAKATA

Modul Seni Warisan Kedah: Mek Mulung ini dihasilkan bagi memberi pengetahuan tentang
kesenian yang dikatakan telah wujud 400 tahun dahulu sebagai inisiatif dalam pemeliharaan
seni warisan setempat. Modul ini boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk mempelajari
tentang asal usul, bentuk cerita, busana dan aksesori, alat muzik dan lagu serta upacara
pementasan dan persembahan Mek Mulung. Selain itu, model ini menerapkan penggunaan
teknologi mudah alih masa kini yang menepati kriteria praktis, efektif dan sahih bagi
meningkatkan motivasi para pelajar. Modul ini boleh disebarluaskan kepada masyarakat
yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi seni warisan negeri Kedah ini. Inisiatif
penghasilan modul ini bertepatan dengan dasar negara iaitu Akta Warisan Kebangsaan
2005 dalam memelihara dan memulihara budaya atau warisan ketara (tampak) sama ada
secara dokumentasi atau artifak.

2

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 1 ISI KANDUNGAN 4
BAB 2 8
BAB 3 Asal Usul Mek Mulung 11
BAB 4 Bentuk Cerita 13
BAB 5 Busana dan Aksesori
Alat Muzik dan Lagu
Upacara Pementasan dan
Persembahan Mek Mulung

3

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

4

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 1

Asal Usul Mek Mulung

Pada akhir bab ini, anda akan dapat memahami sejarah dan asal-usul

Seni Teater Mek Mulung.

Mek Mulung dikatakan telah wujud lebih dari 400 tahun dahulu. Namun begitu, tiada rekod
yang membuktikannya. Penceritaan mengenai asal usul Mek Mulung diturunkan dari mulut
ke mulut oleh satu pewaris ke pewaris yang berikutnya. Secara tidak sedar berlakunya tokok
tambah dalam penceritaan tersebut. Banyak elemen tokok tambah yang mungkin bertujuan
memberi impak yang lebih besar kepada sejarah bagaimana ia bermula. Kesannya, wujud
beberapa versi yang saling berkait antara satu sama lain.

Mek Mulung dahulunya merupakan satu cara perubatan tradisional yang mempunyai
unsur spiritual dengan adunan kesenian. Namun begitu, pada zaman moden ini, Mek
Mulung diperkenalkan sebagai satu persembahan teater tradisional yang kaya dengan
aspek kehidupan Melayu. Mek Mulung sangat terkenal di negeri Jelapang Padi iaitu negeri
Kedah Darul Aman. Seni Warisan Kedah ini mengisahkan tentang cerita-cerita lagenda
tempatan yang mempunyai struktur dramatik, muzik dan tarian pada masa yang sama.

Mek Mulung terbahagi kepada dua iaitu persembahan dan ritual. Dalam
persembahan, fungsinya untuk menghiburkan manakala dalam ritual pula fungsinya ialah
menyembah hormat kepada roh nenek moyang yang dianggap berperanan melindungi

5

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Persembahan Mek Mulung diadakan secara bersederhana sama ada latar pentas,
lakonan, busana, props, lagu serta muzik yang dimainkan. Namun begitu, dari sudut ritual
pula, sifatnya berbeza. Biarpun sebahagian upacara tidak difahami fungsi dan tujuan, namun
segalanya disempurnakan dengan penuh tertib. Tanggungjawab pewaris adalah
meneruskan kelangsungan seni teater ini. Hal ini kerana dikatakan kononnya, musibah bakal
menimpa andai ia tidak diteruskan lagi.

Menurut sejarah, Mek Mulung berasal dari Ligur, Siam dan kemudian berakhir di
Wang Tepus, Jitra. Mek Mulung diperkenalkan di Kedah Darul Aman ketika berlakunya
persengketaan antara negeri Kedah dengan Siam.

Rajah 1: Peta Kampung Wang Tepus
Pada suatu ketka dahulu di Ligur, Siam, sepasang suami isteri iaitu Mohar dan
Bunga yang tidak dikurniakan anak, kedua-duanya telah bernazar dan memohon untuk
mendapatkan cahaya mata. Sepeninggalah suaminya itu, didatangi seorang nenek tua yang
mengakui dirinya sebagai seorang bidan. Dengan pertolongan nenek tua itu, si isteri telah
mengandung dan selamat melahirkan seorang anak. Setelah selesai, nenek itu
menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semasa suaminya pulang membawa bidan, si isteri
telah menceritakan segala kejadian yang telah berlaku.
Bidan yang datang bersama suaminya itu menegaskan bahawa, nenek yang datang

6

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

membidani isterinya itu ialah seorang sakti yang bernama Tok Bidan Ketujuh. Tok Bidan
Ketujuh berketurunan dewa-dewa yang tinggal di kayangan dan turun untuk menolong
sesiapa sahaja yang akan menjadi orang sakti. Ahli kumpulan Mek Mulung mempercayai
bahawa Tok Bidan Ketujuh inilah merupakan nenek yang mengasaskan perkumpulan Mek
Mulung ini. Oleh itu, sebelum persembahan Mek Mulung dipersembahkan mereka tidak lupa
untuk menjampi serapah terhadap nenek tersebut melingkungi gerak tari persembahan.

Maka, suami isteri itu sedar bahawa anak perempuan mereka yang baru lahir itu
akan menjadi sakti. Sampai waktu, Bunga melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Mek
Jelung. Anak perempuan mereka diberi nama Mek Jelung disebabkan anak yang lahir itu
merupakan anak sulung dan „Mek‟ disitu melambangkan perempuan. Seterusnya, berikutan
gemar menari, Mohar telah membuat sebiji gendang untuk dipalu untuk mengiringi anaknya
sambil dia dan isterinya turut serta menyanyi.

Sementara itu, di negeri Cahaya Bulan (Kedah), putera kerajaannya dikatakan
melarikan diri untuk mengelakkan diri daripada dibunuh akibat daripada tilikan nujum
bahawa dia akan membawa malapetaka kepada istana. Putera tersebut berkelana hingga ke
Ligur dan kumpulannya terserempak dengan Mohar, Bunga dan Mek Jelung sedang
bermain gendang sambil menyanyi dan menari. Putera dan kumpulannya menyertai mereka
dengan lakon dan cerita, sekali gus menyempurnakan Mek Mulung sebagai sebuah teater
tradisional yang lengkap dengan nyanyian, tarian, lakonan serta muzik. Permainan ini
kemudiannya ditambah lagi dengan tiupan serunai dan pukulan gong.

Berikutan situasi genting akibat peperangan yang berterusan antara negeri-negeri
Melayu dengan Siam, kumpulan ini akhirnya kembali ke Kedah. Mereka memilih untuk

7

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

semula sebelum dibawa berhijrah ke Kampung Belukar Mulung dan akhirnya kekal di
Kampung Wang Tepus, Tanah Merah, Jitra, Kedah.

Selain itu, terdapat juga versi lain yang mengatakan bahawa Mek Mulung ini
diasaskan oleh Puteri Bongsu Raja Ligur yang dihalau ke hutan akibat difitnah enam
kekandanya, manakala versi yang lain pula menyebut Puteri Bongsu sebaliknya dibuang ke
dalam hutan atas titah Raja Ligur selepas ditilik bakal membawa malang kepada negeri.
Menerusi dua versi ini, Puteri Bongsu dikisahkan membesar di hutan di bawah jagaan inang
pengasuh, dan sepanjang tempoh tersebut, baginda dihiburkan dengan nyanyian, tarian,
lakonan serta muzik yang apabila dewasa dikumpul menjadi persembahan yang
kemudiannya dinamakan Mek Mulung.

Kepentingan agar teater Mek Mulung ini untuk terus dikekalkan adalah untuk
meneruskan warisan budaya seni teater persembahan Mek Mulung yang sangat unik. Hal ini
kerana, dalam persembahan ini terdapat pelbagai jenis unsur termasuklah nyanyian,
lakonan, tarian dan sebagainya. Selain itu, seni teater persembahan Mek Mulung ini perlu
dikembangkan agar warisan ini dapat diketahui oleh orang ramai dan orang ramai boleh
mempelajari dan melatih diri dalam persembahan ini. Secara tidak langsung seni teater yang
berasal dari negeri Kedah ini akan lebih dikenali dan tersebar luas.

8

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 2

Bentuk Cerita

Pada akhir bab ini, anda akan dapat mengetahui cerita-cerita yang
dipersembahkan dalam Seni Teater Mek Mulung.

Setiap teater yang dipersembahkan mempunyai jalan cerita atau bentuk ceritanya yang
tersendiri. Cerita yang dipersembahkan dalam teater tradisional Mek Mulung tidak
mempunyai sebarang skrip dan peranan pengarah bagi setiap cerita yang dipersembahkan
juga tidak wujud. Hal ini kerana setiap cerita telah disimpan dalam ingatan para pemain
sebagai bimbingan atau panduan mereka dalam melakukan gerak tari, lakonan dan
nyanyian. Dalam persembahan Mek Mulung fungsi pengarah juga tidak wujud kerana setiap
pemain sudah tahu akan peranan dan bahagian masing-masing. Setiap watak yang
dimainkan oleh pemain mempunyai perkaitan antara satu sama lain sekaligus
membolehkan mereka saling membantu dalam mengawal cerita yang dipersembahkan.

Teater tradisional Mek Mulung dikatakan mempunyai 12 bentuk cerita dan ada juga
mendakwa 20 namun tiada pihak atau saksi yang mengesahkan bilangan tersebut. Cerita-
cerita tersebut tersebut dianggap benar dan pernah terjadi pada zaman dahulu. Unsur
jenaka mendapat tempat dalam lakonan Mek Mulung dan sering dimainkan oleh watak
peran. Dalam bab ini hanya 2 bentuk cerita sahaja yang didedahkan iaitu Malim Bongsu dan
Puteri Cahaya Bulan.

9

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

MALIM BONGSU

Malim bongsu mengisahkan tentang seorang Raja Malim Bongsu yang memerintah
Selindungan Bulan. Raja ini mempunyai orang suruhan yang sangat setia menurut
perintahnya iaitu Awang Pengasuh dan Awang Selamat. Pada suatu hari, baginda dan
orang suruhannya pergi menjala ikan. Ketika menjala ikan, mereka telah bertemu dengan
seorang Nenek Kebayan berhampiran sungai itu lalu memberitahu mereka bahawa banyak
ikan di hujung rakit Siti Jagerlan. Namun, Siti Jargelan telah melarang Raja Malim Bongsu
dan orang suruhannya daripada menangkap ikan di situ lalu mereka kembali ke istana.

Beberapa purnama kemudian, Malim Bongsu bersama Awang Pengasuh telah
bertemu Siti Jargelan sekali lagi ketika mereka mengembara. Ketika itu, mereka mengikat
perjanjian iaitu Siti Jargelan akan bertukar menjadi Siamang Gila yang bertapa yang bertapa
di puncak gunung sekiranya tidak berkahwin dengan Malim Bongsu. Manakala Malim
Bongsu menjadi ular naga yang melilit gunung jika mengkhianati Siti Jargelan.

Beberapa lama kemudian, seperti dalam sumpahan dan perjanjian tersebut, Puteri
Jargelan menjadi Siamang Gila kerana berkahwin dengan seorang saudagar kaya yang
meminangnya iaitu Malim Panjang. Usaha untuk memulihkan Siti Jargelan tidak berhasil.
Akhirnya Malim Bongsu menawarkan diri untuk mengubati Siti Jargelan. Setelah diubati, Siti
Jargelan berjaya diubati dan berubah menjadi manusia semula. Bagi menepati janji, Dato
Maha Kaya telah mengahwinkan anaknya, Siti Jargelan dengan Raja Malim Bongsu dan
akhirnya mereka berdua hidup bahagia.

10

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

PUTERA CAHAYA BULAN
Putera Cahaya Bulan pula mengisahkan tentang seorang putera yang bernama Cahaya
Bulan telah mendapat firasat bahawa permaisuri baginda, Puteri Nang Mara akan dilarikan
oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian. Puteri Nang Mara sangat rupawan
dan mempunyai kesaktian yang luar biasa. Baginda menitahkan agar seluruh rakyatnya
berjaga selama 7 hari 7 malam untuk menghalang niat jahat Raja Gergasi. Namun, Puteri
Nang Mara akhirnya berjaya diculik oleh Raja Gergasi kerana hasratnya untuk meluaskan
kuasa pemerintahan sering dihalang oleh Puteri Nang Mara. Niat jahatnya berjaya apabila
hasil permainan sakti Raja Gergasi untuk membuat semua rakyat tertidur berhasil.

Pengorbanan Putera Cahaya Bulan untuk menyelamatkan permaisurinya gagal
apabila baginda telah dipanah dan dihanyutkan ke sungai. Baginda kemudiannya dijumpai
oleh penduduk kampung dan merawatnya sehingga pulih. Pada ketika itu, di Benua Pak
Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Akhirnya
Putera Cahaya Bulan kembali menyelamatkan Puteri Nang Mara apabila baginda telah pulih
dari lukanya.

11

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 3

Busana dan Aksesori

Pada akhir bab ini, anda akan dapat mengetahui busana dan aksesori
yang digunakan dalam Seni Teater Mek Mulung.

Para pelakon dan penari dalam persembahan teater Mek Mulung akan memakai pakaian
tertentu. Raja atau Pak Mulung memakai sepasang baju melayu, bersamping songket,
sehelai tengkolok, sibai yang merupakan selampai penutup bahu dan dada, ikat bengkung
serta sebilah keris yang disisipkan di bahagian pinggang.

Para peran memakai pakaian biasa iaitu sehelai kain pelekat dan dipakai bersama
kain „bebat‟ yang diikat pada pinggan. Kain „bebat‟ tersebut umpama props kepada peran
kerana banyak kegunaan yang dapat diubah daripada kain „bebat‟ itu seperti skrin layar
wayang kulit. Watak peran memerlukan mereka memakai topeng yang membezakan watak
dan peranan masing-masing dan perlu dipakai sepanjang persembahan berlangsung.

Tok Wak pula biasanya memakai kain sahaja dan memakai sebuah topeng yang
berwarna hitam dan memegang sebatang tongkat kayu iaitu „tongkat Wak‟. Sementara itu,
watak inang yang dahulunya dibawakan oleh pemain lelaki perlu memakai kebaya labuh dan
sehelai kain penutup kepala. Para penari pula memakai baju kebaya labuh persis pakaian
seorang wanita. Aksesori tambahan yang dipakai oleh kaum wanita pula ialah dokoh dan

12

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Uniknya persembahan Mek Mulung ini ialah beberapa watak dikehendaki memakai
topeng bagi setiap watak yang dilakonkan. Topeng bagi watak peran dicat dengan warna
merah dan diperbuat daripada kayu baka iaitu sejenis kayu ringan yang mudah diukir. Setiap
watak peran dibezakan dengan beberapa ciri tertentu iaitu watak Peran Kiau berkening
terangkat, Peran Muda berwajah bulat dan Peran Tua sedikit lonjong dengan lubang mata
sedikit lebar.

Walaupun setiap topeng mempunyai nama-nama khusus namun ketika
persembahan, semua watak peran bebas memakai mana-mana topeng tersebut. Topeng
Tok Wak pula dicat hitam serta lengkap dahi dan berdagu. Topeng untuk watak Tok Wak
menggunakan kayu mengkudu atau nangka yang lebih keras kerana fizikalnya yang perlu
diukir berdagu lengkuk. Perwatakan Raja Muda digambarkan seorang yang mempunyai
fizikal yang sempurna, berjalan dalam langkah yang kecil, berbudi bahasa, serta bertutur
dengan lemah lembut. Setiap topeng berbeza mengikut watak seperti topeng untuk Peran
Tua, Peran Muda, Peran Kiau dan Tok Wak.

13

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 4

Alat Muzik dan Lagu

Pada akhir topik ini, anda akan dapat mengklasifikasikan alatan muzik dan
lagu-lagu yang sesuai dimainkan dalam Seni Teater Mek Mulung.

GENDANG IBU & GENDANG ANAK
Gendang merupakan jenis alatan yang sumber bunyinya terhasil daripada bahan kulit yang
direnggangkan. Setiap gendang mempunyai satu muka kulit yang dipasangkan pada baluh
dan belulang dicekangkan dengan siratan rotan (Ku Zam Zam, 1983:29). Fungsi gendang
adalah untuk menghasilkan rentak dalam lagu. Gendang ibu dan gendang anak merupakan
dram berbingkai atau frame drum satu muka kulit. Bunyi dihasilkan melalui pukulan pada
muka kulit gendang dengan kedua-dua belah tangan. Tangan kiri diletakkan pada bahagian
atas gendang untuk menegakkan kedudukan gendang manakala hujung jari tangan kiri
digunakan untuk memukul bahagian tepi atas gendang. Tangan kanan memukul bahagian
tengah dan tepi muka kulit gendang untuk menghasilkan bunyi nemonik yang berbeza.
Pukulan pada bahagian tengah muka kulit gendang menghasilkan bunyi nemonik „dung‟,
manakala pukulan pada bahagian tepi muka kulit akan menghasilkan bunyi nemonik „tak‟.
SERUNAI
Serunai menjadi alat yang penting atau nadi dalam suatu persembahan Mek Mulung. Hal ini

14

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

kerana, tanpa alat muzik tersebut persembahan Mek Mulung tidak dapat dimainkan. Serunai
merupakan alat muzik pembukaan sebelum dibalas dengan paluan gong dan gendang.
Selain „mencelah‟ masuk ketika persembahan berlangsung, serunai juga berfungsi sebagai
mengawal melodi yang dipersembahkan. „Mencelah‟ di sini bermaksud sebagai isyarat
kepada pemain untuk beralih kepada segmen yang berikutnya.
GONG
Gong berfungsi sebagai „penanda masa‟ dalam persembahan Mek Mulung. Dalam aspek
spiritual, pukulan gong pada awal permainan dikatakan sebagai isyarat atau pemberitahuan
bahawa persembahan akan bermula. Gong digantung pada bahagian alang bumbung dan
pemain gong perlu memegang tali yang diikat pada gong supaya ia tidak bergoyang
semasa gong dipukul.
KECEREK
Kecerek merupakan pasangan buluh yang digunakan sebagai alat muzik iringan. Semakin
banyak kecerek digunakan semakin meriah persembahan Mek Mulung. Hal ini kerana,
kecerek yang dipukul bersama akan menghasilkan bunyi nyaring yang berbeza-beza
mengikut ketebalan kecerek tersebut.

15

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

LAGU
Lagu Raja Nak Bangkit
(Stanza 1)
Telah sudah amboi memakan lae…yang pinang
La amboi duduk melenggong dan di seorang lae…sendiri
La amboi ayah dah tidak dan bonda lae…pun tidak
La amboi tidak sekali lah inang lae…pengasuh
(Stanza 2)
La amboi baik dan ngecik dah siap lae…bersimpan
La amboi siap bersimpan dan pakaian lae…ke badan
La amboi ambil seluar dah seruk lae…ke kaki
La amboi cerai di kaki dan vermin lae…di pinggang
La amboi ambil dah baju dan sarok lae…ke badan
La amboi baju melesap di kulit lae…yang manis
La amboi cukup dan genap pakaian…ke badan
La amboi ambil kain dan bubuh lae…ke pinggang
La amboi kain bergelar kelongsong lae…ke daun
La amboi ambil tengkolok dah tanjak lae…kepala
La amboi ambil dah keris ke sisik lae…ke pinggang
La amboi keris di kiri dah pedang lae...di kanan

16

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Lagu Raja Nak Bangkit ini dinyanyikan oleh Raja Muda dan disambut oleh Puteri
serta inang. Lagu ini menerangkan perwatakan raja dengan menggunakan perkataan „lae‟
pada setiap baris teks lagu. Lagu ini merupakan simbolik kepada perjalanannya menuju ke
Bilik Ketujuh yang menjadi penginapan orang suruhannya, Awang. Contohnya pada baris
kedua, stanza 1 „La amboi duduk melenggong dan di seorang lae…sendiri‟. Lagu ini
dinyanyikan berasaskan melodi spesifik. Melodi tersebut ditandai oleh gong pada setiap bit
12. Lagu ini juga diiringi oleh pukulan rebana secara meningkah dalam pusingan rentak 24
bit.

Seterusnya terdapat satu lagi lagu yang dimainkan dalam seni persembahan Mek
Mulung iaitu Lagu Gerak Timpuh atau Siap Bersimpan. Lagu menampilkan watak puteri
yang rupawan dan cantik, tingkah laku yang baik, bersifat sabar dan tidak angkuh serta
berbudi bahasa. Perwatakan puteri diperkenalan pada prolog lagu melalui stanza pertama
yang menerangkan gaya puteri menghias diri dengan memakai pakaian (baris 2,3 dan 4),
menyikat rambut (baris 5 hingga 8) dan bersolek (baris 10-13), manakala stanza kedua
menggambarkan kehalusan perwatakan puteri semasa menari (baris 2-6).

Lagu-lagu lain yang dimainkan dalam seni persembahan Mek Mulung selain
daripada Raja Nak Bangkit dan Gerak Timpuh / Siap Bersimpan ialah Lagu Puteri Mabuk,
Lagu Menora, Lagu Gambang, Lagu Sedayung, Lagu Berjalan, Lagu Bertabuh dan Lagu
Mengulit (Toh Lai Chee, 2006).

17

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

LAGU

Lagu Gerak Timpuh / Siap Bersimpan

(Stanza 1)
La amboi baik dah cik bersiap lae… bersopan
La amboi siap bersimpan dan pakaian lae… la badan
La amboi ambil dah kain dan cekak lae… ke pinggang
La amboi ambil dah baju dan seruk lae… di badan
La amboi ambil dah sisik cik sisik lae… bersurai
La amboi sisik bersurai cik sanggui lae… yang lipat
La amboi tujuh dah lipat Sembilan lae… yang urai
La amboi anaklah rambut nagai lae… berburai
La amboi ekor dah pipt dan kera lae… berjuntai
La amboi ambil dah bedak dan cik lulut lae… ke muka
La amboi lutut sekali dan semua lae… yang rata
La amboi kening cik lentik dan bentak lae… yang laju
(Stanza 2)
La amboi tak boleh dah ralit didagang lae… dok bilang
La amboi lagi dok bilang dan bertambah lae… yang banyak
La amboi bagai dah sawah bergerak lae… yang lingkar
La amboi gajah dah nak menyumbang lae… berbelai
La amboi bagai dah sirih melayah lae… yang jungjung
La amboi bagai dah gading bermain lae… yang ingin
La amboi bagai dah punai mencari lae… yang kawan

18

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BAB 5

Upacara Pementasan dan Persembahan Mek Mulung

Pada akhir topik ini, anda akan mengetahui upacara buka panggung dan
upacara sembah guru serta memahami nyanyian, tarian dan lakonan
dalam Seni Teater Mek Mulung.

UPACARA PEMENTASAN
Upacara pementasan akan dimulakan dengan persediaan sebelum persembahan iaitu
upacara buka panggung dan sembah guru.
Upacara Buka Panggung
Upacara Buka Panggung merupakan upacara yang dilakukan sebelum permainan Mek
Mulung diadakan. Upacara ini dilakukan bertujuan agar pelakon dan keseluruhan
persembahan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang gangguan. Terdapat pelbagai
jenis bahan yang digunakan semasa upacara ini dilakukan. Bahan-bahan tersebut ialah sirih
pinang, kemenyan dan minyak kelapa. Sirih akan dijampi dan diserahkan kepada pemain
terutamanya para puteri. Kemenyan pula digunakan untuk memperasapi segala jenis alat
muzik, sementara minyak kelapa pula digunakan untuk disapukan pada gendang. Setelah
diperasapi, alat-alat muzik ini tidak boleh dilangkah. Upacara ini dilakukan pada tiap-tiap kali
mengadakan persembahan. Kebiasaannya upacara buka panggung ini dilakukan di rumah

19

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Rajah 2: Keadaan semasa alat muzik diperasapi
Upacara Sembah Guru
Mek Mulung bukanlah persembahan yang sembarangan tetapi permainan spiritual. Sembah
Guru disyaratkan sekali setiap tahun dan merupakan kemuncak keraian dan simbolik pada
penghormatan kepada leluhur. Hal ini dapat diibaratkan sebagai perjanjian selagi Mek
Mulung dimainkan selagi itulah warisnya terikat. Malah jika syarat ini tidak dituruti kononnya
bencana serta musibah bakal datang melanda. Sebagai upacara mistik, Sembah Guru tidak
boleh dilakukan sewenang-wenangnya pada sembarangan hari. Sebaliknya, hanya pada
hari bulan yang ganjil Julai atau September, Isnin malam Selasa yang bertarikh angka ganjil
berdasarkan kiraan kalendar Hijrah. Upacara Sembah Guru ini berlangsung selepas tengah
malam, sebaik saja sempurna empat malam persembahan Mek Mulung yang bermula dari
hari Jumaat hingga Isnin.

20

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Upacara Sembah Guru adalah upacara rumit yang mempunyai aturan yang khusus,
ciri yang tertentu dan peringkat demi peringkat yang perlu dipatuhi dari awal hingga akhir.
Selain mantera dan jampi serapah, campur tangan kuasa ghaib juga wujud yang membawa
kepada keghairahan supernatural. Walaupun begitu, upacara Sembah Guru ironinya
memerlukan kudrat serta belanja yang besar dan kesempitan hidup membataskan upacara
ini dilakukan. Namun begitu, ia bukanlah pengakhiran kerana keunikan Mek Mulung ini
wujud tolak ansur di antara dua entiti iaitu manusia dan kuasa ghaib. Rundingan di antara
dua pihak ini diatur bagi memohon penangguhan. Sebagai persediaan, satu piring sajian
perlu disediakan untuk mengiringi ritual tersebut. Dalam piring tersebut, disusun tiga daun
sirih bercalit kapur, tiga plak pinang, tembakau kering, rokok daun dan sebatang lilin lebah.
Rundingan bermula apabila semuanya telah bersedia dan dimulakan sebaik sahaja
terbenam matahari. Ketua akan bersendirian di bangsal menghadap tiang seri dan lilin
dinyalakan dengan memohon ihsan kuasa ghaib, merayu Sembah Guru ditangguhkan.

Selesai berjampi serapah, ketua perlu kembali ke rumah dan menunggu jawapan
yang diberi menerusi isyarat dalam mimpi. Malam yang sama juga, ketua akan dikunjungi
seorang tua yang menyerupai leluhur Mek Mulung untuk disampaikan jawapan. Jika
dipersetujui, upacara Sembah Guru akan ditangguh selama tiga tahun. Namun begitu, jika
pewaris masih mempunyai halangan selepas tamat tempoh tersebut, ritual boleh diulang
dan pertimbangan mungkin diberi untuk penanangguhan lima tahun berikutnya. Jika sudah
memasuki tahun yang kesembilan, boleh atau tidak boleh, mahu atau tidak mahu, upacara
Sembah Guru perlu dilakukan dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, kononnya akan
berlaku amukan kuasa ghaib.

Menjelang upacara Sembah Guru, beberapa persiapan perlu dibuat. Antaranya ialah

21

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

sajian jamu, hiasan bangsal, kenduri keramaian dan ritual yang membabitkan makhluk halus
perlu dilakukan dengan penuh tertib demi mengelakkan sebarang gangguan. 500 ke 2000
lilin dinyalakan di tiang bangsal dan Balai Gading secara berterusan sepanjang upacara
berlangsung. Lilin yang digunakan bukanlah sembarangan lilin, upacara ini mensyaratkan
lilin buatan sendiri yang diuli dengan tangan daripada bahan mentah lilin lebah yang dibeli
secara kilo. Upacara Sembah Guru bermula sejurus selepas kemuncak persembahan Mek
Mulung pada malam keempat permainan. Namun begitu, ritual menjelang upacara itu
bermula lebih awal iaitu sebaik sahaja terbenamnya matahari. Props dan perlatan muzik
diusap dan lilin dinyalakan pada sajian di atas Balai Gading dan setiap tiang bangsal. Dua
entiti dijamu iaitu manusia dan juga kuasa ghaib.

Seterusnya, selesai meraikan pemain dan penduduk kampung, acara di rumah
dikatakan khusus untuk „keramat aulia‟ atau jin Islam. Manakala di bangsal pula acara
dikhaskan untuk makhluk halus penunggu bumi. Kenduri di rumah, kambing atau ayam
dimasak dan disajikan bersama lauk pauk iringan yang lain. Manakala di bangsal, sebuah
bakul daun pisang berisi sajian ditanam untuk jamuan kuasa ghaib.

Acara kemuncak dalam upacara Sembah Guru ialah mengubat dan penduduk yang
mempunyai hajat akan mula dipanggil masuk ke dalam gelanggang. Penduduk yang sakit
akan dijampi serta diurut serta dikibas rotan ketujuh pada seluruh badan iaitu dari hujung
rambut hingga hujung kaki. Ritual ini berterusan hingga pagi. Apabila menjelang fajar, ketua
akan menanyakan jika sesiapa lagi yang berhajat termasuklah yang mahukan air penawar,
pelaris atau minyak pengasih. Dalam situasi tersebut ada pihak yang mengambil
kesempatan dengan cuba mendapatkan nombor yang bertujuan untuk berjudi.

22

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Walau bagaimanapun, permintaan ini dihampakan dan mereka berkemungkinan ditampar di
hadapan khalayak yang lain. Apabila sudah menghampiri penghujung upacara, sebiji
buyung air di Balai Gading dijampi sambil dicelup rotan ketujuh sebelum diletakkan di tengah
gelanggang. Orang ramai akan berpusu-pusu untuk menghirup airnya serta disapukan pada
muka dan tangan. Air itu dikatakan air semangat yang boleh menjadi penawar kepada
pelbagai masalah.

Sebaik sahaja selesai mengubat sebagai ritual terakhir upacara Sembah Guru, ketua
akan berterima kasih pada anak cucu di atas jamuan yang diberi selain mengucapkan maaf
kerana telah sampai waktu untuk „pulang‟ ke tempat asal. Selepas itu, seorang demi
seorang ahli yang dirasuk bangkit bersilat di hadapan tiang seri sebagai persediaan
meninggalkan tubuh yang dipinjam sepanjang upacara tersebut. Ada antaranya menghulur
tangan bersalam dengan semua tetamu di bangsal sebelum bersalam „sesama mereka‟
malah ada yang menangis seperti akan berpisah lama.

Seterusnya, dengan iringan tiupan serunai, rancak pukulan kecerek dan getar paluan
gendang dan gong, seorang demi seorang berdiri menghadap tiang seri, bersilat sambil
menari sebelum akhirnya jatuh pengsan. Kemudian dikibas kepala ketua dengan rotan
ketujuh untuk memulihkan mereka, sebelum dia sendiri akhirnya yang memulihkan diri
sendiri.

Mek Mulung dipersembahkan di dalam sebuah bangsal yang terbuka. Semua
pemain duduk di bangsal tersebut dan dikelilingi oleh penonton. Bangsal tersebut terdiri
daripada tiang, bumbung dan para-para sahaja dan ia tidak berlantai serta tidak mempunyai
dinding. Di bangsal inilah (Rajah 3), persembahan Mek Mulung diadakan yang terdiri

23

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Rajah 3: Bangsal tempat upacara Sembah Guru diadakan
PERSEMBAHAN
Persembahan Mek Mulung akan dilakukan setelah Upacara Buka Panggung dilakukan.
Persembahan Mek Mulung lazimnya dimulakan dengan nyanyian bersama tarian dan
kemudian diikuti dengan lakonan.
Nyanyian
Nyanyian menjadi nadi dalam persembahan Mek Mulung. Lirik lagu yang dinyanyikan
semasa persembahan Mek Mulung kebanyakannya berkisahkan tentang kehidupan
masyarakat setempat sekaligus menjadi mesej dan pengajaran kepada penduduk.
Persembahan Mek Mulung dimulai dengan lagu pembukaan atau pengenalan iaitu
„bertabuh‟. „Bertabuh‟ dalam konteks seni persembahan bermaksud „buka panggung‟. Ia
terdiri daripada tiupan serunai dan diikuti pula dengan alat-alat muzik yang lain.
Lagu pengenalan ini dimainkan untuk menarik perhatian penonton dan juga sebagai
penghormatan kepada penonton. „Bertabuh‟ dilakukan selama lebih kurang 5 hingga 10
minit dan diikuti pula dengan nyanyian bertabik. Nyanyian „bertabik‟ disampaikan oleh watak

24

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Raja Muda sambil disahut ahli kumpulan yang lain. „Bertabuh‟ dan „bertabik‟ merupakan
amalan wajib yang perlu dilakukan pada setiap malam sebelum permainan dimulakan.

Selain itu, antara lagu-lagu yang biasa didendangkan semasa persembahan
berlangsung ialah:

i. Timang Welo

ii. Lagu Berjalan
iii. Anak Udang

iv. Raja Beradu

Tarian
Tarian menjadi elemen penting dalam sesebuah teater yang dimainkan. Seperti teater-teater
tradisi yang lain, Mek Mulung juga mempunyai tariannya yang tersendiri. Tarian merupakan
aspek penting kepada setiap cerita-cerita yang dimainkan dalam persembahan Mek Mulung
dan penari-penari digunakan semasa „korus‟ apabila berlaku pertukaran babak atau adegan
dalam sesebuah cerita. Terdapat beberapa jenis tarian yang dipersembahkan dalam
sesebuah persembahan iaitu Tarian Sembah, Tarian Gambang, Tarian Puteri Mabuk, Tarian
Menora, Tarian Sirama, Tarian Puteri Masuk Bilik Air dan Tarian Sedayung.

Persembahan tarian akan akan dimulakan dengan setiap langkah dan gerak-geri
yang diiringi oleh irama muzik rebana dan tiupan serunai. Tarian akan bermula selepas
selesai saja lagu „bertabik‟. Setiap tarian tersebut akan bermula ketika penari duduk di lantai

25

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

dalam keadaan membuka sembah, kemudian berdiri dan terus melangkah membentuk
sebuah bulatan dan diakhiri dengan susunan sembah ketika duduk. Pada suatu ketika
dahulu, tarian ini terdiri daripada penari lelaki yang memakai pakaian perempuan.

Lakonan

Dalam persembahan Mek Mulung, Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama yang
dibantu oleh tiga orang peran iaitu Peran Tua, Peran Muda dan Peran Kiau yang turut
dibantu oleh seorang nujum yang dipanggil Tok Wak, inang dan beberapa orang penari.
Jumlah peran tidak terhad kerana ia bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang hendak
bermain pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, watak-watak peran tambahan hanya
dikenali sebagai peran sahaja tanpa gelaran khusus. Semua pelakon Mek Mulung adalah
lelaki yang kebanyakannya terdiri daripada kaum keluarga dan saudara-mara.

Persembahan Mek Mulung tidak menggunakan sebarang skrip kerana setiap jalan
cerita disimpan di dalam fikiran dan dilakonkan secara spontan. Namun, keaslian jalan
cerita masih lagi dikekalkan. Selain itu, para pelakon Mek Mulung tidak mendapat
sebarang latihan secara khusus ataupun mendapat tunjuk ajar dalam mempelajari mana-
mana teknik lakonan, tetapi rata-ratanya sudah memiliki kebolehan semula jadi dengan
sedikit latihan bersama ahli kumpulan yang lain. Ahli-ahli kumpulan akan berkumpul di
rumah ketua kumpulan apabila latihan diadakan dan kebiasaannya latihan dijalankan pada
waktu malam selepasa solat Isyak. Walaupun tiada pengarah yang dilantik dalam
melakonkan sesebuah cerita, namun semua ahli sudah faham dan mengetahui
tanggungjawab dan peranan masing-masing. Bahasa yang digunakan dalam persembahan

26

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

Namun, segala upacara persembahan dan pementasan dalam seni teater Mek
Mulung pada masa kini adalah berbentuk hiburan dan warisan kebudayaan masyarakat
setempat semata-mata. Upacara-upacara sebelum memulakan pementasan dan
persembahan yang dinyatakan sebelum ini ialah suatu ritual yang pernah dilakukan pada
zaman dahulu. Terdapat juga beberapa upacara yang dikekalkan bagi memelihara warisan
seni persembahan yang terdapat dalam teater Mek Mulung.

27

Seni Warisan Kedah : Mek Mulung

BIBLIOGRAFI

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 2013. Monograf: Seni Budaya Bil. 1.
Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ku Zam Zam, Ku Idris. 1983. “Alat-alat Muzik Dalam Ensembel Wayang Kulit, Mek Mulung
dan Gendang Keling di Kedah Utara.” Dlm. Kajian Budaya dan Warisan Masyarakat di
Malaysia. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (pny.), 1-52. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 2003. Siri Mengenal
Budaya: Mek Mulung. Kuala Lumpur: Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan,
Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian.

Toh Lai Chee. 2006. “Alat Muzik dan Lagu dalam Muzik Mek Mulung.” Dlm. Wacana Seni
Journal of Arts Discourse, 5 (1), 69-115.

28


Click to View FlipBook Version