The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANA ELIANA BINTI AHYAT KPM-Guru, 2023-10-29 20:49:00

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU SKSRD 2023

Skuad Hijau SKSRD

Keywords: Go Green

51 5.2.5 Skuad Hijau SURADA Nama Aktiviti : Skuad Hijau SURADA Ulasan : Skuad Hijau SURADA ditubuhkan bagi memberi peluang kepada murid yang berminat dengan aktiviti alam sekitar untuk turut sama membantu guru menjalankan aktiviti Sekolah Hijau. Murid dipilih dari segi kerajinan, minat kepada pertanian dan mampu menguruskan aktiviti bertemakan kelestarian sekolah di masa akan datang. Murid yang terlibat adalah daripada tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Semua murid yang dilantik mendapat surat lantikan khas daripada Guru Besar.


52 5.2.6 Menceriakan Tembok Sekolah i) Mengecat Pagar Hadapan dan Belakang Sekolah Ulasan : Semasa Gotong Royong Perdana diadakan, antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat tiang di laluan berbumbung. Hasilnya, nampak lebih ceria dan menarik.


53 5.2.7 Mengecat Tiang Laluan Berbumbung Ulasan : Dalam menceriakan kawasan sekolah, warga sekolah telah mengecat tiang-tiang di laluan berbumbung. Oleh itu, Kawasan tersebut menjadi lebih ceria dengan tiang yang berwarna-warni.


54


55 6.1 PENGHIJAUAN Perancangan penghijauan Sekolah Hijau perlu dilaksanakan secara tersusun, terancang dan sistematik. Ia melibatkan komitmen tinggi dari pelbagai pihak bagi memastikan pelaksanaan amalan penghijauan Sekolah Hijau dapat dilaksanakan dengan sempurna. Usaha-usaha untuk menghijaukan kawasan termasuklah menjaga bilangan pokok sedia ada dan menanam pokok-pokok baharu. Semua pokok yang ditanam dilabelkan dengan nama tempatan dan saintifik berserta maklumat am dalam bentuk QR Kod. Landskap disusun secara terancang menggunakan bahan kitar semula seperti tayar terpakai, botol terpakai dan kayu terpakai. Program penghijauan SK Sungai Ramal Dalam telah bermula sejak tahun 2017 dimulakan dengan Projek 1 Guru 1 Pokok. Projek tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua 78 orang guru telah menyumbang pokok angkat masing-masing. Berikut adalah daftar jenis pokok buah-buah dan sayuran yang telah ditanam di kawasan sekolah. 1. Durian 12. Bendi 23. Bunga Raya 2. Sukun 13. Markisa 24. Pandan 3. Mangga 14. Durian Belanda 25. Ketum Ayam 4. Nangka 15. Rambutan 26. Terung 5. Kelapa 16. Belimbing Buluh 27. Buluh 6. Pisang 17. Jambu Air 28. Jambu Boi 7. Manggis 18. Gajus 29. Bidara 8. Cempedak Madu 19. Mahkota Dewa 30. Getah 9. Bendi 20. Kari 31. Bunga Kertas 10. Keledek 21. Bunga Kantan 32. Serai Wangi 11. Ubi Kayu 22. LImau Kasturi 33. Salom


56 6.2 Menaik Taraf Laman Lestari Hijau Nama Aktiviti : 6.2.1 Penanaman dan Penjagaan Pokok di Laman Lestari Hijau Ulasan : Pelbagai tanaman herba dan sayuran telah ditanam di laman ini. Antaranya cili, terung, kari, kangkong, salom, kesum, pegaga, pokok jarak dan lain-lain. Antara objektif penanaman pelbagai herba dan sayuran di laman ini adalah untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada murid tentang tumbuhan yang memberikan manfaat kepada mereka. Murid juga dapat merasai pengalaman bercucuk taman yang menyeronokkan. Pendekatan seperti ini dapat membentuk generasi yang cinta akan alam sekitar suatu hari nanti. Laman agro dan RBT ini juga adalah bahan bantu mengajar yang menarik minat murid terutama untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dan mata pelajaran Sains. Proses penanaman anak-anak pokok di Laman Lestari Hijau


57 Sistem pengairan di Laman Lestari Hijau


58 Laman Lestari Hijau


59 Aktiviti : 6.2.2 Melabel Nama-nama Pokok Ulasan : Melalui aktiviti ini, warga sekolah akan berasa lebih dekat dengan sekolah. Hal ini kerana, warga khususnya murid-murid dapat mengenali nama setiap pokok yang terdapat di sekitar sekolah. Dalam masa yang sama murid mendapat ilmu berkaitan flora. Halaman sekolah sekitarnya mempunyai lebih daripada 30 jenis tanaman. Penerapan nilai hijau dan kelestarian alam diterapkan kepada semua warga sekolah, khususnya murid-murid.


60 6.3 Laman We Love Surada-Lanskap Nama Aktiviti : Laman We Love Surada Ulasan : Laman ini adalah kawasan pintu masuk utama dan menjadi gerbang kepada landskap sekolah. Sukad Go Green telah mereka bentuk landskap dan menanam beberapa pokok baharu.


61 6.4 Laman Aktif-Taman Permainan Pra Sekolah Nama Aktiviti : Laman Aktif Ulasan : Laman ini terletak antara 2 bangunan Pra Sekolah. Laman ini diwujudkan untuk murid-murid berehat sambil bermain di taman permainan kanak-kanak. Di samping dapat menyihatkan badan, warga sekolah dapat bergambar untuk dijadikan memori indah dalam suasana yang ceria.


62 6.5 Taman Mini Surada dan Laman Refleksologi Nama Aktiviti : 6.5.1 Keceriaan Lanskap Taman Mini SURADA Ulasan : Laman ini dibina khusus untuk menyediakan murid dengan suatu pengalaman dan suasana pembelajaran mengenai tumbuhan. Ianya sebagai suatu lapangan pembelajaran secara praktikal mengenai cara-cara menguruskan bahan terbuang menjadi bahan yang dapat diguna semula dengan baiknya. Murid-murid dapat berehat di pondok sambil menikmati pemandangan hiasan pohon bunga. Warga sekolah juga dapat menggunakan laluan refleksologi yang menenangkan.


63 Nama Aktiviti : 6.5.2 Mewujudkan Tapak Refleksologi


64


65 7.0 PENGLIBATAN KOMUNITI Penglibatan Komuniti adalah antara objektif dan matlamat Program Sekolah Hijau SK Sungai Ramal Dalam. Pihak sekolah telah mendapat sokongan padu daripada komuniti setempat dan para ibu bapa yang prihatin. Antara Projek yang dijalankan ialah pengumpulan bahan terpakai Projek 3R untuk sepanjang tahun dan Gotong-Royong Perdana yang dijalankan pada 9 September 2023. Program ini mendapat sambutan padu dan dapat menceriakan kawasan sekolah. Objektif : Menyahut seruan kerajaan ke arah INISIATIF SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs) 7.1 Gotong-Royong Perdana 9 September 2023


66 Penglibatan Ibu Bapa dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dalam aktiviti penanaman pokok dan mengecat dinding Pusat Sumber Sekolah (PSS).


67 7.2 Program Jalinan antara SK Sungai Ramal Dalam dan Pihak MARDI untuk kerjasama Menjayakan Projek Akuaponik Kebun Bandar sebagai menyokong usaha kerajaan yang Pembangunan mampan. (SDG). SKSRD telah dipilih sebagai tapak projek tersebut


68 Kunjungan MARDI ke Sk Sungai Ramal Dalam untuk menyampaikan sumbangan anak pokok dan membuat demonstrasi cara penaman pokok yang betul. Kaedah ini amat sesuai dengan kedudukan sekolah yang berada di pinggir bandar dan mempunyai ruang tanaman yang amat terhad.


69


70


71 PENUTUP Secara keseluruhannya, projek-projek Sekolah Hijau telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang pelaksanaan Projek Sekolah Hijau ini namun sebahagian besar perancangan dapat dicapai dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua warga sekolah khususnya Go Green Team Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam. Harapan kami, semua projek yang telah dilaksanakan dapat meninggalkan kesan yang positif kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada murid-murid di sekolah ini. Semoga segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan dikutip sepanjang pelaksanaan Projek Sekolah Hijau ini dapat dipraktikkan oleh murid- murid dan warga pendidik pada masa hadapan. Secara tidak langsung, akan tertanamnya sikap ambil peduli kepada alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan sekaligus kelestarian sekolah hijau akan dapat diteruskan. Oleh itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Projek Sekolah Hijau ini. Semoga seluruh warga sekolah serta masyarakat setempat dan pelbagai agensi luar akan terus menggembleng tenaga dan usaha dalam melestarikan kehijauan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, seterusnya membudayakan amalan baik penghijauan di sekolah dan di mana jua mereka berada.sekolah khususnya Go Green Team Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, seterusnya membudayakan amalan baik penghijauan di sekolah dan di mana jua mereka berada.


72


73 9.0 Penyertaan dan Penganugerahan


74


Click to View FlipBook Version