The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-BUKU PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
TAHUN 2020
SK TAMAN RAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniswardah93, 2020-01-31 05:26:20

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

e-BUKU PROGRAM
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
TAHUN 2020
SK TAMAN RAKAN

Keywords: PIBG

1

1.0 ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Isi Kandungan 1
2.0 Aturcara Majlis 2
3.0 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 3
4.0 Kata-kata Aluan Penasihat PIBG SKTR 4
5.0 Kata-kata Aluan YDP PIBG SKTR 2019/2020 5
6.0 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2001 6
7.0 Carta Organisasi AJK PIBG Sesi 2019/2020 7
8.0 Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 8-11
12-18
9.0 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 19-22

10.0 Senarai Kehadiran Ibu Bapa dan Guru ke 23-27
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 28

11.0 Laporan Aktiviti PIBG 2019/2020 29-32
33
12.0 Pembangunan dan Kebajikan Murid
13.0 SK Taman Rakan 34-37
38-42
Secebis Memori 43-44

14.0 Cadangan Program PIBG Bersama SK Taman Rakan 45
Sepanjang Tahun 2019 46

15.0 Rancangan Aktiviti SK Taman Rakan Sepanjang Tahun 2020

16.0 Laporan Kewangan PIBG 2019/2020
17.0 Analisa UPSR 2019 Mengikut Mata Pelajaran
18.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2020/2021
1 9.0 Penghargaan

1

2

2.0 ATURCARA MAJLIS

7:30 pagi : Pendaftaran dan ketibaan Ibu Bapa/
8:00 pagi Penjaga.

10:00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
12:30 tengah hari : Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Persembahan
: Ucapan Guru Besar SK Taman Rakan
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Perasmi - En. Othman Bin Omar
: Penghargaan Cenderamata VIP
: Mesyuarat Agung Kali Ke-22 bermula
: Penyampaian Saguhati
1. Kutipan Sumbangan PIBG Melebihi 90%
2. Penghargaan Guru Tahun 6 Tahun 2019
3. Penghargaan AJK PIBG Sesi 2019/2020
4. Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2019

- 4A, 5A, 6A
: Bersurai

2

3

3.0 AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019/2020
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
3. Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang

Tahun 2019
4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Kali Ke-21
5. Melantik pengerusi sementara Mesyuarat Agung PIBG Ke-22
6. Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 dan melantik

AJK PIBG bagi sesi 2020/2021
- Yang Dipertua
- Naib Yang Dipertua
- Setiausaha Kehormat
- Bendahari Kehormat
- Ahli Jawatankuasa Ibu bapa/ Penjaga
- Ahli Jawatankuasa Guru
- Juruaudit (1 wakil ibu bapa/ penjaga dan 1 wakil guru)

7. Membahaskan usul dan cadangan
8. Ucapan penangguhan

3

4

4.0 KATA-KATA ALUAN DARIPADA
PENASIHAT PIBG

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;

Selamat sejahtera kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan hidayah dan inayah-Nya
kita dapat mengadakan mesyuarat Agung PIBG SK Taman Rakan Kali Ke
-22. Pada kesempatan ini saya mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa
dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama-sama bermesyuarat pada
hari ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua pihak yang telah memberi kerjasama dan
komitmen serta dorongan, tidak kiralah daripada segi kewangan, buah fikiran
mahupun tenaga. Ketulusan hati tuan dan puan tidak dapat diucapkan dengan
kata-kata. Semoga kalian dirahmati dan hanya Tuhan yang dapat membalas
serta memberi penghargaan kepada semua. Syukur yang tidak terhingga saya
ingin katakan di atas sumbangan serta program yang telah diadakan sepanjang
tahun 2019 dengan kerjasama dan bantuan pihak PIBG sekolah. Antaranya iailah
Gotong– Royong Perdana, Majlis Makan Malam Amal, Kelas Silat SKTR dan
penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada AJK PIBG SK serta ibu bapa
Taman Rakan di atas sumbangan idea, tenaga dan pembiayaian segala aktiviti
sekolah yang telah dirancang demi kecemerlangan murid-murid sekolah ini. PIBG
memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan permuafakatan ini SK
Taman Rakan akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai
visinya. Marilah kita bersatu hati, bersama-sama memainkan peranan
sebagai pengerak dalam memacu persatuan ini agar menjadi lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
PN. ROMNA BINTI ROSLI
Guru Besar,
SK Taman Rakan.

4

5

5.0 KATA-KATA ALUAN DARIPADA
YANG DIPERTUA PIBG

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima
kasih di atas penglibatan para ibu bapa dan guru-guru di
dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ini. Syabas
diucapkan kepada pihak guru dan AJK PIBG sesi
2019/2020kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG SKTR kali ke-22 ini.

Sepanjang tahun 2019, PIBG SKTR telah berjaya
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
bersama pihak sekolah. Sekolah Kebangsaan Taman Rakan (SKTR) juga telah
mengecapi banyak kejayaan tahun lalu terutama dalam bidang
pendidikan kerana hasil kerja keras guru- guru dan juga sokongan ibu bapa.

Saya juga mengharapkan bahawa hubungan PIBG dan pihak sekolah akan
lebih proaktif demi meneruskan aspirasi sekolah secara khusus dan membantu dalam
pelaksanaan Pelan Pendidikan Negara 2013 – 2025. Terdapat 11 anjakan transformasi
sistem yang utama dalam pelan nasional ini. Pada anjakan kesembilan, kerjasama
sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta mahu agar ibu bapa menjadi
rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka. Penglibatan ibu bapa
bukan semata-mata ketika hari sukan dan hari bicara akademik tetapi juga melalui
saluran yang lebih kukuh iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sendiri.

Di samping itu juga, sumbangan ibu bapa, individu dan orang perseorangan
telah banyak membantu PIBG dan pihak SKTR di dalam penambahbaikan
infrastruktur dan program kesejahteraan warga SKTR. Sumbangan yang amat bernilai
ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah SWT sahaja
yang mampu membalasnya.

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ibu bapa dan
guru-guru yang hadir. Saya mengharapkan segala hasil mesyuarat pada kali ini da-
pat dilaksanakan dengan jayanya dan terus bersama-sama berusaha bagi
meneruskan kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun proses kemenjadian
murid-murid SKTR.

IBU BAPA MENYOKONG, MURID-MURID HEBAT,
GURU-GURU KOMITED, SEKOLAH CEMERLANG’

Wassalam.

EN. AZLAN BIN MAT SAID
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Rakan,
Sesi 2019/2020.

5

6

6.0 SURAT SURAT SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 5/2011

Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah , ibu bapa dan komuniti setempat (school home communiti
partnership). Di samping itu, pihak PIBG mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi
Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

2. Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 yang
berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan
batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu:

Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa persatuan kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat
perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau
perkara-perkara lain yang berkaitan antara persatuan dengan guru besar atau pengetua atau
kakitangan sekolah di mana persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau
Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan
atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

3. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali
membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat
kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian,
adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau
menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh
kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri persatuan akan menyeleweng
daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid.

4. Guru besar dan pengetua selaku ex-officio dan penasihat PIBG hendaklah memaklumkan
kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 kepada semua ahli
jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap
masa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di semua sekolah
di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian Terima Kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFFIE BIN AHMAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

6

7

7.0 CARTA ORGANISASI PIBG SKTR SESI 2019/2020

PENASIHAT
PN. ROMNA BT ROSLI

YDP NYDP
EN. AZLAN B MAT SAID EN. ABD. RAHIM B ABD. AZIZ

SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT
CIK ANIS WARDAH YUSRI PN. SANISAH BT ANUAR

AJK IBU BAPA AJK GURU JURU AUDIT

EN. MOKTAR HASHIM CIK ALIAA IRYANI PN. SITI KHURAIZA
EN. MOHMAD ZAMIR PN. UMMI KALTHUM PN. NORASHIKIN
PN. NOORHAYATI
PN. MARDZILINDA CIK SUGANYA
EN. NOOR AZAZERA EN. AZMIR B MOHD
EN. MOHD NAZIRUL EN. MOHD FAZLY
EN. MOHD NAZRI
EN. KAMARUL
EN. AHMAD SAFWAN

7

8

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE-22

Tarikh : 18 Januari 2020

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Laman Bestari, SK Taman Rakan

Penasihat: Romna Binti Rosli (Guru Besar)
Pengerusi: Azlan Bin Mat Said (YDP PIBG)
Timbalan Pengerusi: Abd. Rahim Bin Abd Aziz (NYDP PIBG)
Naib Pengerusi: Zuriani Binti Khairudin (GPK
Kurikulum)
Naib Pengerusi: Muhammed Edzhar Bin Mustapha (GPK HEM)
Naib Pengerusi: Rajaletchumi A/P Nadarajan (GPK
Kokurikulum)
Naib Pengerusi: Haryati binti Paimin (GPK Petang)
Naib Pengerusi: Muhaida Binti Mohammed (GPK PPKI)

Setiausaha 1: Cik Anis Wardah Binti Yusri

Setiausaha 2: Cik Suganya A/P Loganathan

Setiausaha Penyampaian

Anugerah Cemerlang

UPSR: Pn. Barirah Binti Mohamad

Bendahari: Pn. Sanisah Binti Anuar

JAWATANKUASA KECIL

JK UNIT NAMA GURU / WAKIL PIBG

PERSEDIAAN / AHMAD SAFWAN BIN MUHAMAD YUSOF (K)
MENGEMAS MOHD KHAIRUL IZHWAN MANSOR
TEMPAT AZLAN BIN MOHAMED AMIN
MUHAMMAD ZAKWAN BIN ABDUL RAHIM
MOHD MAWARDE BIN ISMAIL

SEMUA AJK IBU BAPA PIBG (2019/2020)

HIASAN TEMPAT ROSDIANA BT IDRIS (K)
AZIZAH BT SUKIRMAN
WAHIEDA BINTI MUHAMMAD HANG TUAH
ROZITA BINTI MAT YASIN
ASNANI BINTI CHE AZIZ
AZLINA WATI BINTI HAMDAN

8

9

PROTOKOL NAZLIAH BINTI SAIM (K)
KHALAWIAH BINTI HAJI IBRAHIM

HADIAH & CENDERAMATA NORASHIKIN BT ABDUL RAHMAN (K)
MESYUARAT AGUNG NUR HABIBAH BT ABD GHANI
PRAVEENA A/P KALIMUTHU
YOGHA PRIYISHA A/P VADIVELU
NURMUNIRA BINTI MOHD FADLI

PEMBIKINAN VIDEO AMIR BIN HASSIN (K)
MONTAJ AHMAD SULHI AZIM BIN ABDUL RASID
PENGERUSI SEMENTARA
SIJIL KAMARUL ENDRA BIN ABD RAHIM

CENDERAMATA PERASMI/ UMMI KALTHUM BINTI ZULKIFLI (K)
TETAMU KEHORMAT ZAHIRAH BINTI ZOLKAFLI (UPSR 6A)
NORLAIZAI BINTI ABDUL GHAFOR (USPR 5A)
NURDALILA BINTI SAMSUDIN (UPSR 4A)
ERDA MARLINA BT JAMAL (GURU TAHUN 6)
FARIDAH ANI BT ABD AZIZ (AJK PIBG)

MULKIT KAUR A/P HERNEK SINGH (K)
NOR AZLINA BINTI MOHD YACOOB

BUKU PROGRAM ME- ANIS WARDAH BINTI YUSRI (K)
SYUARAT AGUNG SUGANYA A/P K. LOGANATHAN

SAMBUTAN/ BUNGA MARDZIAH BINTI MARZUKI (K)
MANGGAR MARNEKARTINI BINTI MOHD KAMIL
NOORAZIZAN BT TAIB
NOR AFIZAH BT RAHMAD

PENYAMBUT TETAMU/ PARA PENTADBIR SKTR
TETAMU KEHORMAT (VIP) SEMUA AJK PIBG 2019/2020
AJK PROTOKOL

PERSEMBAHAN MURID SHARIFAH NOR ADILAH BT SYED M.ZIN (K)
ALIAA IRYANI BINTI MD ZELAN

JURUACARA PENYAMPAIAN BARIRAH BT MOHAMAD (K)
ANUGERAH CEMERLANG MASNI FARAH BT ABD MUNAIM
UPSR

TEKS UCAPAN MOHD HELMI BIN PANGAT
GURU BESAR

9

10

TEKS UCAPAN VIP NORHAYATI BINTI ROZALI

JURU GAMBAR MOHD HAFIZ BIN HARUN

JAMUAN IBU BAPA/MURID NORHASHIMAH BT HAMBALI (K)
NOOR AIMI AIDORA BT OTHMAN
GUNAVATHI A/P ANDI
MARDZIAH BINTI MARZUKI (K)
MARNEKARTINI BINTI MOHD KAMIL
NOORAZIZAN BT TAIB
NOR AFIZAH BT RAHMAD

JAMUAN TETAMU KEHORMAT NORYANTEE BT SEESAR (K)
MURNIWATI BINTI ABDUL AZIZ

‘RUNNER’ AZMIR BIN MOHD ALI
PENDAFTARAN
SALHALIZA BT HASHIM (K)
ADIPUTERA BIN AB RAMAN
HASVINI A/P PARAMESWARAN
YONG SWEE CHIN
SHIMA DEVI A/P PALANIANDY
IMARATHI A/P MARUTHAMUTHU
MOHD MUNAIM BIN MAHMUD
MASNI FARAH BINTI ABD MUNAIM

DOKUMENTASI MESYUARAT JUSLIZA BT JUHARI (K)
AGUNG WAN SAIYIEDATUL MADEHIAH BT WAN
MUSTAFHA
BACAAN DOA
MOHD KHAIRUL RRIJAL MOHAMAD

PENCATAT MINIT MESYUARAT ZAHANI BT JA’AFFAR (K)

AGUNG KALI KE-21 TAN YAN DUE

AMIERAH IZZATI AISYAH BT MOHD NAZRI

PENCATAT PELANTIKAN AJK ZURAIHAN BINTI YUSOF (K)

PIBG SHUM POOI KUAN

SURAT JEMPUTAN TETAMU ANIS WARDAH BINTI YUSRI
KEHORMAT/IBU BAPA

PENGURUSAN USUL-USUL ZURENI BINTI ISMAIL (K)
DAN RESOLUSI DARIPADA IBU NORHAIDA BINTI MAT ZIN
BAPA RINA NURFARHANA BINTI KAMAN
HASLINDA BINTI BAHAROM

BACKDROP / BANNER MOHAMAD FAZLY BIN OMAR

10

11

TAJAAN/ TABUNG/ MOHAMAD ZULKARNAIN BIN MOHAMAD NORE
SUMBANGAN IBU BAPA
KEBERSIHAN RIDZWANA BINTI SIRAJUDDIN (K)
RABIATUL ADAWIYAH BINTI A JOHARI
SIARAYA MOHD FADZIL BIN MOHD ARIS
NOOR FADZLEE BIN DASMIN

WAN ZURIAMI BIN WAN HAMZAH (K)
ZUL AIZZI BIN MOHAMED

PENGURUSAN SURAT PENE- THAMILCHELVI A/P RATHINASAMY
RIMA ANUGERAH
CEMERLANG UPSR (2019) HASLINA BINTI MOYHIN
LEE OI CHIN
PENGURUSAN PENERIMA MOHD SUKREE BIN RAZAK @ ALI
ANUGERAH CEMERLANG NASYRAH BT JAMALUDIN
UPSR (2019) VALLI A/P NAGAPPAN
-MURID
-Guru Tahun 6 (2019) SUHAILY BINTI MARWAN (K)
SANTHI A/P JAYARAMAN
PENGURUSAN PENERIMA SANTHANADEVI A/P MUNUSAMY
PENGHARGAAN AJK PIBG
(SESI 2019/2020)

11

12

9.0 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-21 TAHUN 2019

Tarikh: 26 JANUARI 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 1.26 tengah hari
Tempat: Laman Bestari, SK Taman Rakan, SK Taman Rakan
Kehadiran: 260 orang

AGENDA MESYUARAT

UCAPAN YDP PIBG SESI 2018/2019 (EN. AZLAN BIN MAT SAID)
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru
yang hadir ke mesyuarat pada hari ini.
1.2 Pengerusi berharap agar semua ahli PIBG dapat memberi kerjasama dan juga
sokongan kepada sekolah.
1.3 Beliau menyentuh mengenai kerjasama daripada pihak ibu bapa yang perlu
berganding bahu dengan pihak sekolah demi mendapatkan yang terbaik buat
anak-anak di SK Taman Rakan. PIBG yang aktif dapat membantu menjayakan
banyak aktiviti sekolah.
1.4 Pengerusi juga berharap agar ibu bapa yang mempunyai kemahiran yang boleh
memberi bantuan perkhidmatan melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).
1.5 Guru besar akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk
PIBG.
1.6 Perancangan akan datang:
1.6.1 Mewujudkan tabung kebajikan untuk membantu murid-murid SK Taman
Rakan supaya dapat meningkatkan kerohanian murid dengan bersedekah.
1.6.2 Bekerja secara ikhlas dan bukan bertujuan untuk merebut kuasa.
1.6.3 Menggalakkan lebih ramai ibu bapa untuk membayar sumbangan Program
Kecemerlangan Akademik (PKA).
1.6.4 Membantu pihak sekolah menaiktaraf kelas dan tandas sekolah.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20

2.1 En. Azlan Bin Mat Said selaku YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat

dengan merujuk buku program PIBG pada halaman 11-12

Pembentang: En. Azlan Bin Mat Said

12

13

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG

TAHUN 2018

3.1 Pn. Romna Binti Rosli selaku Guru Besar SKTR membentangkan laporan aktiviti

PIBG sepanjang tahun 2018 merujuk buku program PIBG pada halaman 17-22

Pembentang: Pn. Romna Binti Rosli

Cadangan: Pn. Zureni Binti Ismail

Sokongan: En. Muhammad Zakwan Bin Abd. Rahim

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG KALI KE-20

4.1 Pn. Sanisah binti Anuar selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan

penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018 yang melibatkan

pelbagai perbelanjaan yang telah diluluskan sebagaimana yang dinyatakan dalam

penyata kewangan merujuk buku program PIBG pada halaman 29-32.

Pembentang: Pn. Sanisah Binti Anuar

Cadangan: En. Noor Azazera Bin Nan

Sokongan: En. Aminuddin Bin Sulaiman

MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21
5.1 En. Azmir Bin Mohd. Ali mencadangkan En. Kamarul Endra Bin Abdul Rahim
sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung pada hari ini. Semua ahli
bersetuju sebulat suara.
5.2 En. Kamarul Endra Bin Abdul Rahim mengucapkan terima kasih atas perlantikan
tersebut. YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2018/2019 dan membuka cadangan
kepada ahli untuk memilih AJK PIBG bagi sesi 2019/2020.
Juru audit Ibu Bapa: Siti Khuraiza Binti Mat Lazim

13

14

PEMBUBARAN AJK 2018/2019 DAN PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI
2019/2020

Yang Di pertua PIBG: Azlan Bin Mat Said
Naib Yang Di Pertua: Abd Rahim Bin Abd Aziz
Setiausaha Kehormat: Anis Wardah Binti Yusri
Bendahari Kehormat: Sanisah Binti Anuar

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa: 1) Moktar Bin Hashim
2) Mohmad Zamir Bin Misnan
3) Noorhayati Binti Abd Rani
4) Mardzilinda Binti Darus
5) Noor Azazera Bin Cik Nan
6) Mohd Nazirul Bin Mohd Radzuan
7) Mohd Nazri Bin Miswan

Ahli Jawatankuasa Guru: 1) Aliaa Iryani Binti Md Zelan
2) Ummi Kalthum Binti Zulkifli
3) Suganya A/P K. Loganathan
4) Mohd Azmir Bin Mohd Ali
5) Mohd Fazly Bin Omar
6) Kamarul Endra Bin Abd. Rahim
7) Ahmad Safwan Bin Muhamad Yusof

Juru audit Ibu Bapa: Siti Khuraiza Binti Mat Lazim
Juru audit Guru: Norashikin Binti Abdul Rahman

14

15

MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
7.1. Kenaikan Sumbangan PIBG
En. Aminuddin Bin Sulaiman mengusulkan supaya kutipan sumbangan PIBG
dinaikkan daripada RM60 kepada RM70 untuk satu keluarga bagi membantu PIBG
menjalankan aktiviti-aktiviti demi kepentingan murid-murid SK Taman Rakan.
Mesyuarat menyokong atas yang dicadangkan dan disokong oleh semua ibu bapa
yang hadir.
Usul disokong tanpa bahas.

7.2 Mewajibkan Yuran PIBG dan Memansuhkan Sumbangan PKA
Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Zulkifli mengusulkan supaya kutipan sumbangan PKA
dimansuhkan dan menetapkan RM70 itu sebagai pembayaran yuran wajib bagi
tahun 2019. Beliau meminta agar pihak sekolah mengeluarkan surat secepat
mungkin untuk memaklumkan mengenai hal ini.
Usul disokong tanpa bahas.

7.3 Tandas dan Penggunaan Kad Debit Murid
Pn. Harlina mengusulkan kepada pihak sekolah supaya tandas sekolah perlu
dibaik pulih agar lebih selesa digunakan oleh murid. Beliau turut mengusulkan agar
kedai buku menggunakan Sistem Kad Debit atau Online dalam pembelian alat-alat
kelengkapan persekolahan.
Guru besar memaklumkan penyelenggaraan tandas memang sentiasa dilakukan
dengan melibatkan kos-kos tertentu dan beliau turut memaklumkan akan berbincang
dengan penguasaha kedai buku berkaitan penggunaan Sistem Kad Debit atau
online ini.
Usul disokong tanpa bahas.

15

16

7.4 Kebenaran Ibu bapa Memasuki dan Menghantar Bekalan Ketika Waktu Rehat
Pn. Suriakalan mengusulkan agar pihak sekolah memberi kebenaran kepada ibu bapa
atau penjaga untuk menghantar bekal makanan dan menemani anak ketika waktu rehat di
SK Taman Rakan.
Guru besar memaklumkan usul ini ditolak kerana melibatkan keselamatan
murid.

7.5 Buku Komunikasi / Informasi
Pn. Roslinda mengusulkan agar pihak sekolah dapat mewujudkan buku
komunikasi dan meminta murid mencatat segala info semasa perhimpunan.
Guru besar memaklumkan bahawa perkara ini sudah dijalankan di sekolah
dan akan ditambahbaik secepat mungkin.

7.6 Keselamatan Kawalan Murid Di Pagar Sekolah
En. Shamsul Bahri Bin Ismail mengusul mengenai pemasangan Closed-Circuit
Television (CCTV) yang sangat diperlukan di sekolah demi menjamin keselamatan
murid-murid SKTR.
Guru besar menyatakan bahawa terdapat 8 CCTV yang sedia ada di dalam
sekolah dan 2 daripadanya telah dipasang dan diletakkan di pintu masuk sekolah
dan di tempat menunggu murid.

7.7 Kedai Buku Sekolah
En. Basri Bin Hashim mengusulkan supaya menambah ruang yang lebih selesa
dan penjualan buku yang lebih banyak serta menambah kakitangan kedai buku
pada waktu awal sesi persekolahan dan akhir tahun.
Guru besar menerima dan akan mempertimbangkan usul ini.

16

17

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Kantin Sekolah
Pn. Zafirah Mohamed Sood mengusulkan supaya kebersihan kantin perlu
ditingkatkan dan kawalan harga jualan kantin perlu sentiasa dipantau. Hal ini
kerana beliau mendapati bahawa terdapat banyak aduan daripada ibu bapa lain
dan anak-anak mengenai kantin ini.

8.2 Kawalan lalu lintas Sesi Petang
Ibu bapa dinasihatkan agar tidak mementingkan diri semasa meletak kenderaan
di susur jalan ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah. Tambahan pula,
terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menghiraukan ibu bapa yang lain
sehingga menghalang laluan jalan.

8.3 Bilik Gerakan PIBG
Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Zulkifli mencadangkan untuk menyediakan satu bilik
khas untuk PIBG bagi melaksanakan segala aktiviti berkaitan PIBG.

8.4 Tingkatkan Hebahan Mengenai Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Pn. Mariahni binti Mat Shariai mencadangkan supaya pihak yang terlibat dapat
meningkatkan tarikan mengenai Mesyuarat Agung PIBG. Hal ini untuk
menggalakkan lebih ramai ibu bapa atau penjaga datang semasa mesyuarat.
Sebagai contoh, pihak PIBG boleh menjemput perasmi contoh penceramah yang
terkenal seperti Ustaz Kazim Alias.

8.5 Pembayaran Sumbangan PIBG secara online
Guru besar memaklumkan ibu bapa atau penjaga boleh membayar secara online
dan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk menghantar slip bayaran kepada
guru kelas.

8.6 Dana Pembangunan Sekolah
Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Zulkifli bersetuju memberikan sumbangan RM100
pada setiap bulan kepada PIBG bagi tujuan pembangunan sekolah.

17

18

PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Mengucapkan terima kasih kerana pihak berkenaan dapat memberi
penjelasan dengan jelas dan mengucapkan tahniah kepada semua ibu
bapa kerana dapat meluangkan masa hadir pada mesyuarat semata-mata
untuk kebaikan anak-anak.

9.2 Menyatakan bahawa PIBG harus digunakan sebaik-baiknya sebagai saluran
ibu bapa dan guru. Platform yang paling baik untuk menyuarakan pendapat
semua pihak.

9.3 Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 1.26 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh;

(ANIS WARDAH BINTI YUSRI) (AZLAN BIN MAT SAID)
Setiausaha Kehormat PIBG, Yang Dipertua PIBG,
Sesi 2019/2020, Sesi 2019/2020,
Sekolah Kebangsaan Taman Rakan
Sekolah Kebangsaan Taman Rakan

18

19
10.0 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU KE

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

19

20

20

21

21

22

TAHNIAH KERANA BERJAYA MENGLIBATKAN DIRI KE MESYUARAT
AGUNG PING KALI INI
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
TAHUN DEPAN DATANG LAGI,

22

23

11.0 LAPORAN AKTIVITI PIBG SKTR 2019/2020

1. Program Kecemerlangan UPSR 2019
• Dilaksanakan pada Januari hingga September 2019.
• Antara pengisian Program Majlis Jalinan Mesra bersama ibu bapa dan penjaga
Tahun 6 ialah teknik pembelajaran bagi setiap mata pelajaran, isu kutipan yuran,
tuisyen Tahun 6, permasalahan murid serta minggu suaikenal antara guru dan
ibu bapa.
• Memberi pendedahan awal dan ransangan belajar untuk berjaya dalam UPSR.
• Penglibatan murid seramai 202 orang murid Tahun 6 telah mengikuti program ini
dengan jayanya.
• Kelas Tambahan setiap Sabtu (2 kali sebulan) dan cuti penggal.
• Kelas Tambahan setiap hari Ahad (Ogos dan September).
• Program Mentor-Mentee
• Teknik menjawab Soalan UPSR.
• Program Motivasi Tahun 6.
• Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat.
• Gerak gempur UPSR.
• Peperiksaan Bertulis UPSR 2019
• Program Pasca UPSR.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

2. Program Jom Datang Ke Sekolah

• Dilaksanakan pada Januari hingga November 2019
• Bertempat di SK Taman Rakan.
• Memberi galakan dan menyuntik semangat kepada semua murid untuk hadir ke

sekolah sekaligus dapat mengurangkan masalah ponteng di kalangan murid.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

3. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
• Dilaksanakan pada 26 Januari 2019
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Seramai 260 orang hadir.
• Perlantikan AJK PIBG baharu Sesi 2019/2020.
• Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Ke-20 dan penyata kewangan.
• Membahaskan usul dan cadangan.
• Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
• Penyampaian SIjil kepada penyumbang-penyumbang SKTR.
• Mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa dan warga SKTR.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

23

24

4. Anugerah Kecemerlangan UPSR 2019

• Dilaksanakan pada 26 Januari 2019.
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Penyampaian Sijil dan Cenderahati untuk murid Tahun 6 yang mendapat

keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
• Program ini mendapat sambutan yang baik daripada murid Tahun 6/2018.
• Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

5. Kejohanan Sukan SK Taman Rakan Kali Ke-16

• Diadakan pada Mac 2019.
• Bertempat di Padang SK Taman Rakan.
• Melibatkan semua murid SK Taman, Tahap 1 dan Tahap 2, PPKI, Pra-Sekolah guru

dan ibu bapa.
• Penglibatan dan pertandingan olahraga antara rumah-rumah sukan.
• Mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.
• Program ini dilaksanakan dengan jayanya.

6. Landskap Harmoni SK Taman Rakan

• Mula digunakan mulai Mei 2019.
• Ramai ibu bapa bermurah hati yang sudi membantu dari segi sumbangan

bahan serta sumbangan wang ringgit.
• Menjadi salah satu tarikan murid serta ibu bapa untuk hadir ke sekolah.

7. Mengadakan Mesyuarat AJK PIBG

• Dilaksanakan sepanjang bulan Februari 2019 sehingga Januari 2020.
• Mesyuarat dijalankan di Makmal Komputer SK Taman Rakan.
• Sebanyak 5 kali perjumpaan diadakan.
• Kehadiran AJK PIBG memuaskan.
• Pelbagai perkara dibincangkan seperti program dan projek PIBG bagi sesi

2019/2020.

8. Gotong-Royong Perdana 2019

• Pelancaran telah diadakan pada bulan Mac 2019.
• Telah melibatkan seramai 230 orang ibu bapa dan guru pada hari kejadian.
• Bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah sama ada

di dalam mahupun di luar bilik darjah.
• Pelbagai bentuk sumbangan telah disumbangkan oleh orang ramai seperti

pasu bunga, cat serta langsir untuk bilik darjah.
• Mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan ibu bapa

SK Taman Rakan.

24

25

9. Majlis Makan Malam Amal Tahun 2019
• Dilaksanakan pada 27 April 2019.
• Diadakan di SK Taman Rakan.
• Seramai 300 orang telah hadir.
• Tujuan majlis diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kutipan surau SKTR yang
baharu.

9. Hari Pelaporan SKTR
• Dilaksanakan pada bulan Julai 2019.
• Diadakan di SK Taman Rakan.
• Menyerahkan pelaporan prestasi pelajaran dan dapat mengeratkan hubungan
komunikasi berkaitan pembelajaran anak mereka di dalam kelas antara ibu
bapa dan guru kelas.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

10. Program Sumbangan Derma Kepada Anak Yatim dan Murid Miskin
• Dilaksanakan pada Jun 2019.
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Surat sumbangan /derma diedarkan kepada ibu bapa SKTR.
• Mendapat sambutan yang baik daripada para penyumbang.
• Sumbangan menggalakkan daripada semua pihak.
• Sumbangan diserahkan kepada murid yang berkenaan sempena musim
perayaan.
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada murid
miskin dan anak yatim disamping memberi keseronokkan kepada murid
menjelang perayaan.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

11. Majlis Khatam Al-Quran
• Dilaksanakan pada Jun 2019.
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Semua murid Islam SK Taman Rakan mengikuti majlis ini.
• Pengisian program ialah membaca Yaasin dan Khatam Al-Quran.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

12. Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri
• Dilaksanakan pada 6 Julai 2019.
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Semua murid Islam SK Taman Rakan mengikuti majlis ini.
• Pengisian program ialah murid dan guru dapat menjamu hidangan yang
disediakan .
• Murid memakai baju tradisional masing-masing.
• Mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pihak ibu bapa.

25

26

13. Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat Perdana
• Diadakan pada 22 Ogos 2019.
• Bertempat di Masjid As-Solihin, Taman Rakan.
• Melibatkan serama 202 orang murid Tahun 6 .
• Mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa, murid Tahun 6,
guru-guru, pihak masjid dan masyarakat setempat.
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan sebelum
menduduki UPSR.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa, murid, guru dan komuniti
setempat.
• Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

14. Sambutan Hari Kanak-Kanak
• Diadakan pada 1 November 2019
• Bertempat di Laman Bestari, SK Taman Rakan.
• Objektif untuk meraikan kanak-kanak sebagai satu aset penting dan berharga.
• Mewujudkan suasana harmoni di kalangan pelbagai kaum bermula di peringkat
sekolah.
• Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik dijalankan pada hari tersebut.
• Program ini berjaya diadakan sebagaimana yang dirancang.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

15. Program Agihan Bubur Lambok SKTR
• Diadakan pada 23 Mei 2019.
• Bertempat di sekitar kantin SK Taman Rakan.
• Tujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa serta warga SKTR.
• Mewujudkan semangat perpaduan antara warga sekolah serta dapat
menerapkan nilai-nilai murni.

16. Majlis Persaraan Guru-Guru dan Staf SK Taman Rakan
• Bubuk lambuk disedikan secara gotong-royong dengan kerjasama pihak kantin,
para ibu bapa serta semua guru-guru sekolah.
• Majlis ini adalah untuk meraikan jasa dan pengorbanan warga sekolah ini yang
banyak membantu dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan
sekolah ini.
• Guru-guru yang terlibat En. Rahim, Pn. Asnah, dan Pn. Rosnah.

17. Kegiatan Aktiviti Luar
• Sepanjang tahun 2019, terdpat beberapa aktiviti luar yang telah berjaya
diadakan . Antaranya iailah Program Silat Sekolah, Zumba dan Aerodance SKTR
serta lain-lain lagi.
• Program-program ini telah mendapat sambutan yang memuaskan.

26

27

17. Penambahbaikan Infrastruktur dan Fasiliti SK Taman Rakan
• Pihak PIBG SK Taman Rakan mengambil langkah inisiatif untuk menambahbaik
infrastruktur dan fasiliti di SK Taman Rakan.
• Antaranya membaiki lubang-lubang di bilik darjah Tahun 6 dan Tahun 5 serta di
Bilik Guru SKTR yang dahulunya sangat teruk dan berbahaya.
• Pihak PIBG juga telah menyumbangkan 20 soket yang baharu di Makmal
Komputer SKTR serta membaiki penghawa dingin bagi membantu menambah
keselesaan murid-murid yang menggunakan makmal tersebut.
• Berjaya menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di Makmal Komputer yang
telah lama rosak dengan bantuan salah seorang ibu bapa di sekolah ini.
• Pihak PIBG telah menambahbaik keadaan tandas murid serta membuat
pembersihan kipas di Laman Bestari.
• Kerosakan di jalan raya juga dapat dibaiki.

18. Perkhemahan Unit Beruniform
• Diadakan pada 2 Ogos 2019.
• Bertempat di sekitar SK Taman Rakan.
• Melibatkan murid-murid Tahun 3 sehingga Tahun 6 dari pelbagai unit
beruniform.
• Membantu memupuk sahsiah dan membentuk perpaduan, muhibah dan
integrasi nasional dalam kalangan murid- murid SK Taman Rakan.
• Selain itu, program ini dapat meningkatkan tahap disiplin dalam diri murid-murid.

19. Majlis Graduasi Tahun 6
• Diadakan pada 8 November 2019
• Bertempat di Laman Bestari SK Taman Rakan.
• Melibatkan guru-guru dan 202 orang murid Tahun 6 serta wakil PIBG.
• Bertujuan membina keyakinan kepada murid memulakan langkah kejayaan
dengan meningkatkan motivasi melalui penghargaan dan pengiktirafan berada
di Tahun 6.
• Meningkatkan motivasi kendiri murid dan menyuntik semangat kepada mereka
untuk terus berjaya.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

20. Sumbangan Instant Hand Sanitizers
• Diadakan pada bulan Mac 2019.
• Pihak PIBG telah menyumbang 50 botol hand sanitizers kepada pihak sekolah
bagi mencegas wabak HFMD.
• Murid-murid telah diberi taklimat dan kesedaran mengenai wabak tersebut serta
langkah-langkah kawalan dan pencegahan.
• Program ini dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.

27

28

12.0 PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN
MURID SK TAMAN RAKAN

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
sesi 2019/2020 serta barisan guru-guru, kakitangan sekolah, para ibu bapa,
wakil-wakil setempat, ahli komuniti serta para penyumbang sama ada
individu atau pun pihak swasta di atas usaha melaksanakan beberapa
sumbangan idea, tenaga dan kewangan demi meningkatkan prasarana
dan kebajikan murid-murid SK Taman Rakan khasnya. Jutaan terima kasih

1. Membaiki dan Menaiktaraf Kelas-Kelas

2. Penambahbaik Makmal Komputer SKTR

28

29

13.0 SECEBIS MEMORI BERSAMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SESI 2019/2020

1) Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21

2) Anugerah Kecemerlangan UPSR 2018

3) Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana

29

30

4) Hari Kanak-Kanak—Tema: “Kerjayaku”

5) Perkhemahan Unit Beruniform
6) Hari Sukan Sekolah

30

31
7) Gotong-Royong Perdana
8) Ceramah Motivasi Tahun 6
9) Hari Guru Peringkat Sekolah

31

32
10) Majlis Persaraan Guru dan Staf SK Taman Rakan
11) Makan Malam Tahun 6
12) Jamuan Raya Aidilfitri

32

33

BULAN 14.0 CADANGAN PROGRAM PIBG BERSAMA
SK TAMAN RAKAN
Januari
SEPANJANG TAHUN 2020
Februari
Mac CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI PIBG 2020

Taklimat Ibu Bapa Tahun 6 - Program Kecemerlangan UPSR
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22
Kejohanan Merentas Mesra Desa

Gotong-Royong Perdana SKTR

Karnival Sukan Tahunan SK Taman Rakan

April Majlis Makan Malam Amal Surau SKTR 2.0

Mei Majlis Khatam Quran dan Bantuan Amal Ramadan
Program Agihan Bubur Lambok SKTR
Jun Sambutan Hari Guru SK Taman Rakan
Julai
Ogos Majlis Sambutan Hari Raya SKTR
September Kem Unit Beruniform Perdana
Oktober Hari Pelaporan Prestasi
Sambutan Hari Lahir SKTR (Januari—Julai)
November
Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Majlis Solat Hajat Perdana
Majlis Mohon Restu UPSR
Program Pasca-UPSR 2020

Kem Membaca 1 Malaysia
Kem Celik Jawi
Karnival Silat Kebangsaan 2020

Majlis Graduasi Tahun 6
Hari Kanak-Kanak SKTR
Hari Apresiasi Kecemerlangan
Majlis Anugerah Guru
Sambutan Hari Lahir SKTR (Ogos—Disember)

33

34

15.0 AKTIVITI SK TAMAN RAKAN
SEPANJANG TAHUN 2020

A) KURIKULUM

BULAN CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN2020

Januari • Program Transisi bermula • Pusat Sumber
• Pentaksiran PBD bermula • English Day
• Bijak Celik Fakta Asas Bermula
Majlis Perlantikan Pengawas

Februari • Kelas Pemulihan Matematik • Program Cakna Bahasa Bermula
Mac Tahap 1 (Feb-Okt) • Kelas Tambahan Tahun 6 Ber-
April
• Bengkel Kemahiran Pengawas mula
PSS • Kem Bestari Solat 1
• Pelancaran NILAM
• Permohonan Prasekolah Bagi
Tahun 2021 dibuka • UJIAN BULAN MAC
• Program Israk Mikraj
• Aktiviti Bulan Bahasa Bermula • Bengkel Teknik Menjawab Soalan
• SEGAK Tahun 4 , Tahun 5 dan
UPSR BI
Tahun 6 • Hayya Bil Arabiyah -

• Arivu Sudar (Membaca) BT Bulan Bahasa Arab bermula
• Eluthu kuttu (Ejaan) BT • Minggu Panitia BI
• Aktiviti Bulan Bahasa Berakhir

Mei • Ceramah Dato’ Dr. Fadzilah • Kem Cemerlang Jawi
Jun Kamsah • Bengkel Teknik Menjawab UPSR

Julai • Sambutan Hari Guru • Arivu Sudar (Membaca) BT
Ogos • Sambutan Hari Raya • Lawatan Prasekolah
• Hari Tanda Sayang • Program Bijak Asas Sifir Tahap 1
• Tulisan Cantik BC
• Eluthu Kuttu (Ejaan) BT (Fasa 2)
• Gerak Gempur UPSR (Jul-Sept) • Eluthu Kuttu (Ejaan) BT
• Sambutan Hari Kemerdekaan
• SEGAK Tahun 4 , Tahun 5 dan

Tahun 6

September • Eluthu Kuttu (Ejaan) BT • Kem Bestari Solat 2
• Arivu Sudar (Membaca) BT

Oktober

November • Sambutan Hari Kanak-Kanak • Hari Apresiasi SKTR 2020
SKTR

• Pendaftaran dan Taklimat Prase-
kolah 2021

34

35

B) HAL EHWAL MURID

BULAN CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN 2020

Januari • Amalan Guru Penyayang • Program Sahsiah Tahun 1&4

Februari • Orientasi Tahun 1 & 4 • Program Sahsiah Tahun 3&5
• Pelancaran Guru Penyayang • Program Sahsiah Tahun 1&6
Mac • Program Mentor Mentee • Mesyuarat JKBPS dan Unit RMT Bil 1
April • Majlis Perlantikkan PENGAWAS / • Pemurnian Data Murid (Bantuan)
Mei • Sambutan Hari Lahir Bulan Januari
PRS



• Pelancaran Kempen Sifar • Ceramah AADK

Ponteng • Senam Robik

• Sambutan Minggu Antidadah/ • Sambutan Hari Lahir Bulan

PPDa Februari

• Pameran AADK • Motivasi Tahun 4—6: Hala Tuju

• Pertandingan Mewarna/Melukis



• Pelancaran PPS -Jom Ke Sekolah • Kem Kepimpinan

• Kempen Budaya Salam - 3S • Sambutan Hari Lahir Bulan Mac

• Ujian Psikometrik Tahun 6 •

• Sambutan Hari Jadi Bulan April

• Pelancaran Program SUKSESS



• Motivasi Tahun 4 - 6 - Pengurusan

Masa

Jun • Sambutan Hari Lahir Bulan Mei & • Program Anti- Buli
Jun
Julai • Sambutan Hari Lahir Bulan Julai
Ogos • Sambutan Hari Raya Peringkat • Sambutan Hari Lahir Bulan Ogos
September Sekolah

• Ceramah Pengurusan Stress
• Aktiviti Kelab PRS
• Ceramah Disiplin bersama Polis

Angkat
• Motivasi Program SUKSESS



Oktober • Sambutan Hari Lahir Bulan • Hari Apresiasi SKTR
November Oktober

• Pemulangan Buku SPBT
• Sambutan Hari Kanak-kanak
• Sambutan Hari Lahir Bulan

Nov-Dis

35

36

C) KOKURIKULUM

BULAN CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN2020

Januari • Mesyuarat Agung Badan • Mesyuarat Agung Rumah Sukan
Beruniform • Perhimpunan Rasmi Badan

• Mesyuarat Agung Kelab dan Beruniform
Persatuan • Pengenalan Trek Merentas Desa
• Kejohanan Merentas Desa 2020
• Mesyuarat Agung Sukan dan
Permainan

• Gerko Badan Beruniform
• Gerko Kelab dan Persatuan

Februari • Gerko Sukan dan Permainan • Perhimpunan Rasmi Badan
Beruniform

Mac

April • Klinik Sukan dan Permainan
Mei

Jun • Kejohanan Sukan SKTR Kali ke-17

Julai • Sambutan Bulan Kemerdekaan
Ogos ke 63

• Karnival Badan Beruniform

September

Oktober • Karnival Kokurikulum

November

36

37

AKTIVITI SEKOLAH YANG MELIBATKAN KUTIPAN KEWANGAN

BIL NAMA PROGRAM CATATAN

1 Kertas Peperiksaan Penggal 1

2 Kertas Peperiksaan Penggal 2

3 Kertas Ujian Percubaan UPSR (Daerah)
4 Kertas Ujian Percubaan UPSR (Negeri)

5 Anugerah Kecemerlangan
(Hari Apresiasi Kecemerlangan)

6 Sukan Tahunan 2020

7 Perkhemahan Unit Beruniform 2020

8 Kutipan Derma Bulan Ramadan

9 Program Sedekah

(Tujuan untuk memupuk amalan bersedekah dalam
diri murid-murid SK Taman Rakan)

10 Sumbangan Bencana

(Untuk Murid dan Ibu bapa/ Penjaga yang ditimpa
kemalangan atau bencana)

11 Lawatan Murid

(Tahap 1, Tahap 2, PPKI dan Pra-Sekolah)

37

38

16.0 LAPORAN KEWANGAN
PIBG 2019/2020

Disediakan oleh:
PN. SANISAH BINTI ANUAR
Bendahari Kehormat,
PIBG SKTR SESI 2019/2020

38

39

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN

PENYATA TERIMAAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

TERIMAAN NOTA RM

Baki di bank pada 1.1.2019 21,711.46

Kutipan Sumbangan PIBG 1 39,885.00
Sumbangan Luar 2 70,700.00

132,296.46

TOLAK PERBELANJAAN 3 10,915.50
4
Program PIBG 13,520.00
Program Sekolah 5 10,640.00
i) Pembangunan Prasarana Sekolah 6 1,000.00
ii) Program Sekolah 7 5,500.00
iii) Buletin SKTR 8 1,000.00
iv) Kokurikulum 9 1,000.00
Sumbangan 10 1,200.00
Sumbangan Guru Bersara 10,000.00
Sumbangan Hari Raya 4,000.00
Program Pendidikan Khas Intergrasi 50,470.00
Surau SKTR 109,245.50
Festival Silat Tunas Kebangsaan
23,050.96
Baki pada 31.12.2019 1.71
Baki di bank
Baki di tangan

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(SANISAH BINTI ANUAR) (SITI KHURAIZA BT MAT LAZIM)
Bendahari Kehormat Pemeriksa Kira - kira 1
PIBG SKTR SESI 2019/2020 PIBG SKTR SESI 2019/2020

Disemak oleh: Disahkan oleh;

(NORASHIKIN BT ABD RAHMAN) (AZLAN BIN MAT SAID)
Pemeriksa Kira - kira 2 Yang Dipertua PIBG
PIBG SKTR SESI 2019/2020 Sekolah Kebangsaan Taman Rakan
Sesi 2019/2020

39

40

Nota Terimaan

1. Kutipan Sumbangan PIBG 2019

KELAS PIBG (RM)

TAHUN 1 11,520.00
TAHUN 2 6,335.00
TAHUN 3 5,320.00
TAHUN 4 5,050.00
TAHUN 5 4,300.00
TAHUN 6 5,330.00
2,030.00
PPKI 39,885.00
JUMLAH BESAR

Catatan:
1. Yuran PIBG adalah RM70.00 bagi sebuah keluarga.
2. Yuran Program Kecemerlangan Akademik dimansuhkan.

2. Sumbangan Luar

i)Surau RM
Koperasi Polis Diraja Malaysia
Organisasi Luar / Orang Perseorangan 500.00
15,890.00
ii) Sumbangan Hari Raya 16,390.00

iii) Festival Silat Tunas 1,200.00
Tanjong Keramat
PTPTN 15,000.00
Tenaga Nasional Berhad 15,000.00
MSN 3,000.00
Organisasi Luar/Orang Perseorangan
Yuran Penyertaan dan Sewa Tapak 2,000.00
10,000.00
iv) Tahun 6/2018
v) Tahun 6/2018 5,470.00
50,470.00

1,300.00
1,340.00
2,640.00

40

41 RM
7,520.00
Nota Perbelanjaan 1,000.00
1,650.00
3. Program PIBG 700.00
45.50
Mesyuarat Agung PIBG 2019 10,915.50
Jamuan Mesyuarat AJK 2019 (RM250.00 x 4)
Pentadbiran dan Pengurusan RM
Buku Resit PIBG
Caj Bank 5,000.00
1,000.00
4. Program SKTR
600.00
i) Pembangunan Prasarana Sekolah 850.00
a) Baik pulih Lantai Bilik Darjah 2,170.00
b) Pendawaian Plug Makmal Komputer 800.00
c) Baik pulih Pagar Sekolah 1,000.00
d) Lampu Laman Bestari 1,000.00
e) Baik pulih tangki tandas Blok A dan B 1,100.00
f) Baik pulih pintu tandas Blok A dan B 13,520.00
g) Baik pulih tandas Blok A dan B (tambahan)
h) Penutup longkang Kantin 500.00
i) Pembesar Suara 8,000.00

ii) Program Sekolah 840.00
a) Gotong - royong Perdana 1,300.00
b) Majlis Makan Malam Surau SKTR 10,640.00
c)BKGK
d) Action Song 1,000.00

iii) Buletin SKTR 2018 5,500.00
5,500.00
iv) Kokurikulum
a) Hari Sukan

41

42

5. Sumbangan RM
500.00
a) Sumbangan Anak Yatim 500.00
b) Solat Hajat Perdana
1,000.00
6. Sumbangan Guru Bersara
a) Encik Abdul Rahim bin Abdullah 500.00
b) Puan Rosnah binti Arsad 500.00

JUMLAH 1,000.00

7. Sumbangan Hari Raya 1,200.00
8. Baik pulih Kelas PPKI 10,000.00
9. Pelan Lantai Surau 4,000.00
10. Festival Silat Tunas Kebangsaan 2019 50,470.00

42

43

17.0 ANALISA UPSR 2019 MENGIKUT MATA PELAJARAN

a) ANALISA MATA PELAJARAN UPSR

Mata ABC D E Bil % lulus GPMP
Kuasai
Pelajaran

BM (PEM) 52 73 51 22 3 198 98.5 2.26

BM(PEN) 55 76 49 19 2 199 99.0 2.19

BI(PEM) 57 47 44 38 15 186 92.5 2.54

BI (PEN) 63 27 55 39 17 184 91.5 2.60

MATH 45 35 37 61 23 178 88.6 2.91

SAINS 27 63 70 39 2 199 99.0 2.63

b) ANALISA CALON UPSR 2019 Bilangan Calon
Pencapaian 17 orang
6A 9 orang
5A 8 orang
4A
2.52
GPS
84.1%
% LULUS KESELURUHAN

43

44

C) Perbandingan Pencapaian 2018 dan 2019.

GPS 2017 2018 2019
2.55 2.65 2.52
BIL 6A 12 ORANG 6 ORANG 17 ORANG

% LULUS KESELU- 86.5% 83.0% 84.1%
RUHAN

44

45

18.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESI 2020/2021

PENASIHAT : Pn. Romna Binti Rosli
Guru Besar SK Taman Rakan
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua :____________________________________________________
Setiausaha Kehormat :____________________________________________________
Bendahari Kehormat :____________________________________________________
AJK ibu bapa :____________________________________________________
: ___________________________________________________
AJK guru ____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
: ___________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

Pemeriksa kira-kira :1.__________________________________________________
(1 orang wakil ibu bapa)

2. ________________________________________________
(1 orang wakil guru)

45

46

cxÇçâÅutÇz
fx~ÉÄt{ ^xutÇzáttÇ gtÅtÇ et~tÇ

gt{âÇ ECDLENCIK AZLAN BIN MAT SAID

YANG DIPERTUA PIBG
ENCIK ABD. RAHIM BIN ABD. AZIZ

NAIB YANG DIPERTUA,
&

SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTR 2019/2020,
IBU BAPA, GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH SERTA

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU
TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG
KALI KE-22 INI.
”USAHA, DOA DAN TAWAKAL TANGGA KEJAYAAN
BERSAMA MEMAJUKAN SKTR”

TERIMA KASIH SEMUA.

KAMI AMAT MENGHARGAI SEANDAINYA TUAN/PUAN DAPAT
MEMBERI MAKLUMBALAS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN RAKAN

KALI KE-22 BAGI TAHUN 2020.

KLIK PADA PAUTAN :
http://gg.gg/agmpibgsktr2020

46


Click to View FlipBook Version