The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN CQI PROGRAM AKADEMIK KKTM, MJII DAN IKM EDISI 1 2021_

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul.mahumdin, 2023-07-30 21:36:56

PANDUAN CQI PROGRAM AKADEMIK KKTM, MJII DAN IKM EDISI 1 2021_

PANDUAN CQI PROGRAM AKADEMIK KKTM, MJII DAN IKM EDISI 1 2021_

PANDUAN PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI) PROGRAM AKADEMIK KKTM, MJII DAN IKM Edisi 1.0 2021 Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Level 20 & 21, MARA Headquarters, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03-2613 4300


BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Tujuan 1 2.0 Pengenalan 1 3.0 Proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan 1 4.0 Kaedah Pelaksanaan CQI: PEO 4 5.0 Kaedah Pelaksanaan CQI: PLO 8 6.0 Kaedah Pelaksanaan CQI: CLO 17 7.0 Penutup 24 Lampiran 1 : Instrumen Kaji Selidik Pencapaian PEO 25 Lampiran 2 : Perbandingan hasil analisa pencapaian PEO terhadap PI 29 Lampiran 3 : Format Laporan Pencapaian PEO / PLO / CLO 30 Lampiran 4 : Individual PLO Attainment (IPLOA) 31 Lampiran 5 : PLO Attainment (PLOA) 32 Lampiran 6 : Borang Maklum Balas Industri 33 Lampiran 7 : Exit Survey Form 35 Lampiran 8 : Course Assessment Report (CAR) 36 Lampiran 9 : Industry Evaluation Data Summary 39 Lampiran 10 :Exit Survey Data Summary 40 Lampiran 11 :End of Course Survey (ECS) 41 Lampiran 12 :End of Course Survey Data Summary 42


PRAKATA PENGARAH BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas penerbitan Panduan Pelaksanaan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) Program Akademik KKTM, MJII dan IKM yang dihasilkan oleh Bahagian Kemahiran Dan Teknikal (BKT) MARA. Penambahbaikan kualiti berterusan terhadap pelaksanaan program akademik adalah penting dan perlu sentiasa diberi perhatian khusus. KKTM, MJII dan IKM perlu sentiasa memantau dan menyemak kualiti program akademik bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan pihak berkepentingan, mengekalkan standard akademik dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelajar. Panduan CQI ini diharapkan dapat menjadi asas yang dapat membantu KKTM, MJII dan IKM merangka tindakan atau strategi untuk melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif terhadap program akademik dari masa ke semasa. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan Panduan CQI ini. Diharapkan agar dokumen ini dapat membantu warga kerja KKTM, MJII dan IKM meningkatkan kualiti pencapaian dan keberkesanan hasil program akademik dalam usaha memperkasakan program TVET MARA. Ir. NURIMAN BIN YUSOP Pengarah Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA


1.0 TUJUAN Dokumen ini merupakan garis panduan berkenaan kaedah pelaksanaan aktiviti Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) bagi tujuan meningkatkan kualiti pencapaian dan keberkesanan hasil program akademik di KKTM, MJII dan IKM. 2.0 PENGENALAN 2.1 Perlaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil – Outcome Based Education (OBE) memerlukan setiap program akademik menetapkan objektif dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai melalui penyataan seperti Programme Educational Objectives (PEO), Programme Learning Outcomes (PLO) dan Course Learning Outcomes (CLO). 2.2 Proses pelaksanaan, semakan dan penambahbaikan akademik bagi sesuatu program perlu dilaksanakan secara berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan keberkesanan hasil program yang dirancang. Analisa pencapaian perlu dilaksanakan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan bagi setiap hasil pembelajaran serta input daripada pihak-pihak berkepentingan. 3.0 PROSES PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI) 3.1 Proses CQI merupakan satu proses kitaran yang berterusan meliputi beberapa peringkat pelaksanaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 seperti berikut: 1


Rajah 1: Kitaran Penambahbaikan Kualiti Berterusan MQA. Rujukan Garis Panduan Amalan Baik: Pemantauan, Penyemakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Institusi. i. Rancang Membangun atau mengkaji semula strategi PPT dan/atau pelan penambahbaikan selaras dengan penambahbaikan yang dikehendaki; ii. Laksana Mengatur pelan strategik dan/atau pelan penambahbaikan: iii. Pantau dan Semak Mengukur dan menganalisis pencapaian sasaran yang ditetapkan; membuat refleksi terhadap jurang pencapaian dan kesesuaian pelan strategik dan/atau pelan penambahbaikan; iv. Tambah Baik Melaksanakan penambahbaikan atau membangunkan pelan penambahbaikan berasaskan prestasi berkaitan dengan sasaran dan kesesuaian pelan strategik dan/atau pelan penambahbaikan. 2


3.2 Proses CQI terhadap pencapaian dan keberkesanan hasil program yang dirancang melalui penyataan PEO, PLO dan CLO boleh dilaksanakan dalam empat (4) langkah seperti dalam Rajah 2 berikut: Rajah 2: Empat langkah penambahbaikan berterusan i. Penilaian (Evaluate) Proses mendapat/mengumpul/menyusun data menggunakan instrumen penilaian yang bersesuaian dan hasil dapatan analisis data tersebut akan digunakan untuk memproses analisa pencapaian sesuatu hasil pembelajaran. ii. Analisa (Analysis) Proses perbandingan hasil penilaian terhadap data yang diperolehi melalui pelbagai sumber dengan sesuatu KPI yang telah ditetapkan. iii. Pelaporan (Reporting) Proses penyediaan laporan lengkap berdasarkan hasil analisa pencapaian yang dilaksanakan untuk dibentang dan disahkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi. Laporan mestilah mengandungi refleksi terhadap jurang pencapaian, dapatan, pelan penambahbaikan dan pengekalan kualiti. 3


iv. Pelaksanaan (Implementation) Proses pelaksanaan dan pemantauan terhadap tindakan penambahbaikan yang telah dirancang. 3.3 Pembentukan satu Jawatankuasa Jaminan Kualiti Peringkat Institusi (Akademik) diperlukan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan proses jaminan kualiti dan CQI berkaitan akademik dapat berperanan menjalankan fungsi berikut: a. Membangun/mengkaji semula inisiatif peningkatan kualiti; b. Membangun dan memantau pelan tindakan CQI; c. Menjalankan proses audit dan semakan; d. Memantau pelaksanaan pelan penambahbaikan/pengekalan kualiti; e. Menilai keberkesanan pelan penambahbaikan/pengekalan kualiti. 4.0 KAEDAH PELAKSANAAN CQI: OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) 4.1 Pengenalan 4.1.1 PEO adalah penentuan matlamat dan objektif sesuatu program dalam menyediakan graduan untuk menghadapi dunia kerjaya dan kehidupan profesional mereka supaya berada pada landasan yang tepat dalam memenuhi kehendak pemegang taruh berkaitan. 4.1.2 Pencapaian PEO bagi sesuatu program perlu dinilai atau diukur selepas tiga (3) hingga lima (5) tahun pelajar bergraduat secara berkala mengikut kohort berkaitan. 4


4.2 Penentuan Indikator Pencapaian - Perfomance Indicator (PI) 4.2.1 Pencapaian PEO bagi sesuatu program sama ada mencapai sasaran atau tidak bergantung kepada PI yang ditetapkan. 4.2.2 Instrumen PI akan dibangunkan oleh jabatan/program dan perlu dibentang, dibincang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Institusi. 4.2.3 Kriteria pembangunan PI adalah seperti berikut: i. Penyataan spesifik yang boleh diukur (measurable); ii. PI perlu ditetapkan dalam nilaian peratusan (percentage); iii. Penetapan nilai peratusan PI perlu realistik dan mampu dicapai (berdasarkan penandaarasan (benchmarking) atau analisa data pencapaian terdahulu); iv. PI perlu dipetakan kepada penyataan PEO, misi dan visi organisasi; v. Bilangan PI bagi setiap PEO adalah dicadangkan di antara 1-3 sahaja. 4.3 Panduan Pelaksanaan 4.3.1 Berikut adalah garis panduan pelaksanaan aktiviti pengukuran dan penilaian pencapaian PEO: Jadual 1: Panduan Pelaksanaan Pengukuran dan Penilaian Pencapaian PEO FASA PANDUAN TANGGUNGJAWAB Penilaian (Evaluate) 1. Membangunkan instrumen kajian dan mengemaskini borang Kaji Selidik Pencapaian PEO sama ada secara fizikal atau dalam talian (Rujuk instrumen seperti di Lampiran 1) Program 5


2. Mendapatkan maklumat alumni bagi tujuan pengedaran borang kaji selidik. a. Alamat emel; b. Nombor Telefon; c. Media sosial. Program/ Jawatankuasa Perhubungan Alumni 3. Mengedar dan mengumpul semula maklum balas Kaji Selidik Pencapaian PEO dalam tempoh dua (2) bulan. Program Analisa (Analysis) 1. Menganalisis data dan maklum balas yang diperolehi daripada hasil kaji selidik. Tempoh pelaksanaan proses analisa adalah selama satu (1) bulan daripada tarikh akhir kajian. Program 2. Proses analisa dilaksanakan dengan membandingkan pencapaian PEO terhadap Perfomance Indicator (PI) yang telah ditetapkan pada setiap program. (Rujuk Perbandingan hasil analisa pencapaian PEO terhadap PI seperti di Lampiran 2.) Program Pelaporan (Reporting) 1. Menyediakan Laporan analisa pencapaian PEO (Rujuk Lampiran 3: Format Laporan Analisa Pencapaian PEO / PLO / CLO) yang merangkumi: a. Perbandingan Pencapaian PEO dan PI; b. Refleksi dan cadangan penambahbaikan / aktiviti pengekalan kualiti. Ketua Program 6


2. Mengklasifikasikan tindakan penambahbaikan mengikut peringkat: a. Program/Jabatan; b. Institusi (KKTM / MJII / IKM); c. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal (BKT). Ketua Program 3. Membentangkan Hasil Laporan Pencapaian PEO di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi dan semua pelaporan hendaklah diminit dan disahkan. Ketua Program Pelaksanaan (Implementation) 1. Membincang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan berkaitan program melalui: a. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi; atau b. MTAC / MTEC. TP HEA / Ketua Program / Pensyarah Program 2. Cadangan penambahbaikan yang melibatkan bidang kuasa institusi perlu dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan dan hendaklah diminit dan disahkan. TP HEA / Ketua Program 3. Cadangan penambahbaikan melibatkan bidang kuasa BKT contohnya perubahan terhadap penyataan PEO perlu dihantar kepada BKT untuk kelulusan senat. Pengarah institusi 7


4. Pemantauan terhadap pelaksanaan inisiatif penambahbaikan perlu dijalankan melalui semakan/audit terhadap buktibukti tindakan penambahbaikan yang telah disempurnakan contohnya melalui dokumen PdP, minit mesyuarat, laporan bengkel dan sebagainya. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 5. Tahap keberkesanan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan perlu dinilai pada kohort pelajar yang berikutnya. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN CQI: HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) 5.1 Pengenalan 5.1.1 Penyataan PLO adalah merujuk kepada hasil pembelajaran bersasar yang perlu dicapai oleh pelajar meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku sejurus pelajar tamat mengikuti pengajian pada sesuatu program. 5.1.2 Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian PLO bagi sesuatu program perlu dilaksanakan secara berkala (setiap semester) bagi memastikan pelajar mencapai hasil pembelajaran program seperti yang disasarkan. Pencapaian keseluruhan PLO dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. 8


5.2 Sumber data 5.2.1 Terdapat tiga (3) sumber utama data yang boleh diperolehi bagi tujuan menganalisis pencapaian PLO: a. Data penilaian kursus pelajar sepanjang pengajian; Data pencapaian setiap pelajar terhadap PLO yang dipetakan pada setiap kursus, direkod dan didokumenkan di dalam Individual PLO Attainment (IPLOA) bagi setiap semester. (Rujuk Lampiran 4) Purata markah PLO pelajar terhadap kursus-kursus yang didaftarkan sepanjang pengajian akan didokumenkan di dalam Programme Learning Outcome Attainment (PLOA) (Rujuk Lampiran 5). b. Maklum balas industri Kaji selidik yang dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan perspektif pihak industri untuk menilai pencapaian pelajar berdasarkan PLO yang telah dipetakan. Kaji selidik ini melibatkan syarikat/industri yang telah menerima pelajar untuk menjalani latihan industri. (Rujuk Borang Maklum Balas Industri seperti di Lampiran 6) c. Exit Survey Form Kaji selidik yang dijalankan kepada setiap pelajar bagi tujuan mengukur dan menilai tahap pencapaian PLO sebelum pelajar menamatkan pengajian. (Rujuk Exit Survey Form seperti di Lampiran 7) 9


5.3 Penentuan Petunjuk Prestasi – Key Performance Indicator (KPI) 5.3.1 Analisa pencapaian PLO sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI pencapaian prestasi hasil pembelajaran pelajar yang telah ditetapkan. Penentuan peratus penilaian KPI ini perlu ditentukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi berdasarkan program. 5.3.2 Terdapat dua (2) KPI bagi mengukur pencapaian PLO iaitu: a. KPI per pelajar Penetapan KPI per pelajar adalah ditetapkan pada kadar 50% berdasarkan markah lulus sistem gred seperti yang termaktub di dalam Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII dan IKM. b. KPI untuk keseluruhan program Penetapan KPI untuk keseluruhan program adalah ditetapkan pada kadar 60%. Penetapan kadar peratus KPI bagi kategori ini boleh berubah berdasarkan prestasi semasa program. 5.4 Panduan Pelaksanaan 5.4.1 Berikut adalah garis panduan pelaksanaan aktiviti pengukuran dan penilaian pencapaian PLO: 10


Jadual 2: Panduan Pelaksanaan Pengukuran dan Penilaian Pencapaian PLO FASA PANDUAN TANGGUNGJAWAB Penilaian (Evaluate) Sumber: Data penilaian dan pentaksiran pelajar 1. Mengumpul dan menyusun laporan Course Assessment Report (CAR) (Rujuk Lampiran 8) bagi setiap kursus pada setiap semester. Proses ini perlu dilaksanakan sebelum mesyuarat Senat peringkat institusi dijalankan. Ketua Program 2. Merekodkan dan menyimpan data penilaian pencapaian prestasi setiap pelajar terhadap PLO bagi kursuskursus yang didaftarkan pada setiap semester di dalam dokumen Individual PLO Attainment (IPLOA). Proses ini perlu dilaksanakan sebelum mesyuarat Senat peringkat institusi dijalankan. Ketua Program 11


3. Merekodkan dan menyimpan data purata pencapaian pelajar terhadap PLO bagi kursus-kursus yang didaftarkan pada setiap semester di dalam dokumen Programme Learning Outcome Attainment (PLOA) pada setiap akhir semester. Proses ini perlu dilaksanakan sebelum mesyuarat Senat peringkat institusi dijalankan. Ketua Program 4. Dokumen data pencapaian pelajar ini perlu dikemaskini pada setiap semester sehingga pelajar tersebut tamat pengajian. Ketua Program Sumber: Maklum balas Industri 1. Membangun/mengemaskini Borang Maklum Balas Industri: a. Instrumen berkaitan pengurusan latihan industri mengikut keperluan; b. Penyataan PLO. Pegawai Perhubungan Industri, Program 12


2. Menjalankan kaji selidik kepada pihak / wakil syarikat / industri yang terlibat dengan penempatan latihan industri pelajar berdasarkan instrumen kajian dalam Borang Maklum Balas Industri. Pegawai Perhubungan Industri 3. Menyediakan Industry Evaluation Data Summary mengikut program. (Rujuk Lampiran 9) Pegawai Perhubungan Industri 4. Menyerahkan dokumen Kompilasi Borang Maklum Balas Industri dan Industry Evaluation Data Summary selepas selesai sesi pembentangan latihan industri pelajar kepada Ketua Jabatan / Program. Pegawai Perhubungan Industri Sumber: Exit Survey 1. Membangunkan instrumen dan mengemaskini borang Exit Survey Form berdasarkan keperluan institusi dan program. Kaunselor 2. Melaksanakan Exit Survey terhadap pelajar semasa mereka menghadiri sesi pembentangan latihan industri. 13


3. Menyediakan rumusan maklum balas Exit Survey Data Summary. (Rujuk Lampiran 10) 4. Menyerahkan dokumen Kompilasi borang Exit Survey dan Exit Survey Data Summary selepas selesai sesi pembentangan latihan industri pelajar kepada Ketua Jabatan / Program. Analisa (Analysis) 1. Proses analisa data dan maklum balas dilaksanakan berdasarkan perkara berikut: a. Membandingkan Individual PLO Attainment (IPLOA) terhadap KPI; b. Membandingkan data antara Programme Learning Outcome Attainment (PLOA) terhadap KPI; c. Membandingkan data antara Programme Learning Outcome Attainment (PLOA), Industry Evaluation Data Summary dan Exit Survey Data Summary. Program 2. Proses analisa boleh juga melibatkan data dari sumber maklum balas lain yang berkaitan dengan pengukuran PLO) (Cth: Laporan External Examiner, MQA, SPMa dll). 14


Pelaporan (Reporting) 1. Menyediakan Laporan analisa pencapaian PLO (Rujuk Lampiran 3: Format Laporan Analisa Pencapaian PEO / PLO / CLO) yang merangkumi: a. Perbandingan Individual PLO Attainment (IPLOA) terhadap KPI; b. Perbandingan data antara Programme Learning Outcome Attainment (PLOA) terhadap KPI; c. Perbandingan data antara Programme Learning Outcome Attainment (PLOA), Industry Evaluation Data Summary dan Exit Survey Data Summary; d. Refleksi dan cadangan penambahbaikan / aktiviti pengekalan kualiti. Ketua Program 2. Mengklasifikasikan tindakan penambahbaikan mengikut peringkat: a. Program / Jabatan; b. Institusi (KKTM / MJII / IKM); c. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal (BKT). Ketua Program 3. Membentangkan Hasil Laporan Pencapaian PLO di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi dan semua pelaporan hendaklah diminit dan disahkan. Ketua Program Pelaksanaan (Implementation) 1. Membincang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan berkaitan program melalui: TP HEA / Ketua Program / Pensyarah Program 15


a. Mesyuarat Jabatan / Program; atau b. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi; atau c. MTAC / MTEC 2. Cadangan penambahbaikan yang melibatkan bidang kuasa institusi perlu dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan dan hendaklah diminit dan disahkan. TP HEA / Ketua Program 3. Cadangan penambahbaikan melibatkan bidang kuasa BKT contohnya perubahan terhadap penyataan PLO perlu dimaklumkan kepada BKT untuk pertimbangan dan tindakan. Pengarah Institusi 4. Pemantauan terhadap pelaksanaan inisiatif penambahbaikan perlu dijalankan melalui proses audit terhadap bukti-bukti tindakan penambahbaikan yang telah disempurnakan contohnya melalui dokumen PdP, minit mesyuarat, laporan bengkel dan sebagainya. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 5. Tahap keberkesanan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan perlu dinilai pada kohort pelajar yang berikutnya. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 16


6.0 KAEDAH PELAKSANAAN CQI: HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) 6.1 Pengenalan 6.1.1 Penyataan CLO adalah merujuk kepada hasil pencapaian hasil pembelajaran setiap kursus yang disasarkan kepada pelajar meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku selepas pelajar tamat mengikuti sesuatu kursus dalam satu-satu semester. 6.1.2 Penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian CLO perlu dilaksanakan selepas penilaian dalam semester bagi memastikan pelajar mencapai hasil pembelajaran seperti yang disasarkan. Pencapaian keseluruhan CLO dinilai dan diukur selepas kesemua penilaian telah dilaksanakan. 6.1.3 Pensyarah perlu melakukan analisa terhadap setiap penilaian berterusan agar penambahbaikan kepada kaedah PdP dan penilaian dapat dilaksanakan secara konsisten. 6.2 Sumber data 6.2.1 Terdapat satu (1) sumber utama dan lima (5) sumber sokongan yang boleh diperolehi bagi tujuan menganalisis pencapaian CLO: a. Sumber Utama Sumber yang didapati secara terus melalui penilaian dan pentaksiran yang dilaksanakan ke atas pelajar sepanjang semester. 17


i. Laporan Penilaian Kursus (Course Assessment Report -CAR) Laporan pencapaian setiap pelajar terhadap CLO bagi kursus-kursus yang didaftarkan sepanjang pengajian. Data penilaian pelajar perlu dikemaskini dari semasa ke semasa selepas penilaian dalam semester dilakukan bagi mengawal selia prestasi pelajar agar tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan supaya pelajar mencapai CLO seperti yang disasarkan. Pelaporan CAR perlu disediakan pada setiap akhir semester (sebelum senat peringkat institusi dijalankan). b. Sumber Sokongan Sumber yang diperolehi daripada proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran sesuatu kursus yang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian dan pencapaian CLO. Sumber ini termasuklah perancangan PdP pensyarah, kaedah pengajaran pensyarah yang digunakan dan persepsi pelajar terhadap pengalaman pengajaran pensyarah yang telah dilaluinya. Sumber ini perlu diambil kira semasa proses pelaporan pencapaian CLO dan cadangan penambahbaikan. i. Ulasan Penilai Luar Ulasan dan cadangan oleh penilai luar yang boleh menambahbaik program. Ulasan ini perlu dipertimbangkan semasa proses analisa dan pelaporan. 18


ii. Penilaian Pengajaran Pensyarah Mekanisme bagi menilai keberkesanan pengajaran pensyarah melalui perspektif pelajar. Dapatan daripada kaji selidik melalui Borang Penilaian Pengajaran Pensyarah ini akan digunakan untuk penambahbaikan dalam pengurusan PdP pensyarah agar kualiti PdP terjamin. iii.Instrumen Pencerapan Kelas Instrumen ini merupakan satu mekanisme bagi menilai keberkesanan pengajaran pensyarah dalam menyampaikan objektif pembelajaran semasa di dalam bilik kuliah / makmal / bengkel. iv.Instrumen Semakan Portfolio Pensyarah Instrumen ini digunakan untuk mengawal selia perancangan dan persediaan dokumen PdP pensyarah termasuklah pendekatan, kaedah/teknik pengajaran, bahan pengajaran, perancangan masa, aktiviti pelajar dan penilaian yang digunakan supaya bertepatan dengan keperluan kurikulum. v. End of Course Survey (ECS) Kaji selidik yang dijalankan untuk menilai pencapaian CLO melalui persepsi pelajar selepas tamat pembelajaran sesuatu kursus. (Rujuk End of Course Survey seperti di Lampiran 11) 19


6.3 Penentuan Indikator Pencapaian - Perfomance Indicator (PI) 6.3.1 Analisa pencapaian CLO bagi setiap kursus sama ada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI pencapaian prestasi hasil pembelajaran kursus pelajar yang telah ditetapkan. Penentuan peratus penilaian KPI ini perlu ditentukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi berdasarkan program. 6.3.2 Penetapan KPI markah purata keseluruhan pelajar bagi satu-satu kursus adalah berdasarkan markah lulus kursus tersebut. KPI ini boleh berubah bergantung kepada corak pencapaian CLO untuk beberapa tempoh masa setelah tindakan penambahbaikan dilakukan secara menyeluruh. 6.4 Panduan Pelaksanaan 6.4.1 Berikut adalah garis panduan pelaksanaan aktiviti pengukuran dan penilaian pencapaian CLO: Jadual 3: Panduan Pelaksanaan Pengukuran dan Penilaian Pencapaian CLO FASA PANDUAN TANGGUNGJAWAB Penilaian (Evaluate) Sumber: Data penilaian dan pentaksiran pelajar 1. Pensyarah dikehendaki menyemak / menanda / memberi markah terhadap semua aktiviti pentaksiran dalam tempoh satu (1) minggu selepas aktiviti pentaksiran tersebut dilaksanakan. Pensyarah/ Penyelaras Kursus/ Ketua 2. Pensyarah perlu mengemaskini Program template pengisian markah CAR dari semasa ke semasa. 20


3. Ketua Program perlu mengumpul dan menyusun laporan Course Assessment Report (CAR) bagi setiap kursus pada setiap semester. Proses ini perlu dilaksanakan sebelum mesyuarat Senat peringkat institusi dijalankan. Sumber: End of Course Survey (ECS) 1. Melaksanakan End of Course Survey terhadap pelajar pada minggu terakhir pembelajaran setiap semester. Pensyarah 2. Borang ECS digalakkan untuk diedar kepada pelajar secara dalam talian bagi memudahkan pengurusan penilaian dan proses analisa. 3. Pensyarah dikehendaki menyediakan End of Course Survey Data Summary (Lampiran 12) hasil daripada maklum balas setiap pelajar. Sumber: Ulasan Penilai Luar 1. Ulasan / Maklum balas yang diberikan oleh Penilai Luar untuk peningkatan kualiti program wajar dipertimbangkan untuk tujuan penambahbaikan. Ketua Program 2. Ulasan / Maklum balas perlu didokumenkan dalam bentuk laporan, minit mesyuarat dan lain-lain kaedah yang bersesuaian. Sumber: Borang Penilaian Pensyarah 1. Melaksanakan Penilaian Pensyarah selepas tamat minggu PdP menggunakan Borang Penilaian Pensyarah atau secara dalam talian. Ketua Program 2. Mengumpul dan membuat kompilasi laporan Penilaian Pensyarah. 21


Sumber: Borang Pencerapan Kelas 1. Melaksanakan cerapan kelas menggunakan Borang Pencerapan Kelas yang terkini dikeluarkan BKT. Ketua Program/ Penyelaras Kursus/ Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik) 2. Mengumpul dan membuat kompilasi laporan pencerapan kelas bagi setiap pensyarah yang terlibat dengan pencerapan. Sumber: Borang Semakan Portfolio Pensyarah 1. Melaksanakan penilaian portfolio pensyarah menggunakan Instrumen Semakan Portfolio Pengajaran yang terkini dikeluarkan BKT. Ketua Program/ Penyelaras Kursus/ Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik) 2. Mengumpul dan membuat kompilasi laporan semakan Portfolio Pensyarah. Analisa (Analysis) 1. Pensyarah / Penyelaras kursus / Ketua Program bertanggungjawab menilai pencapaian (pentaksiran berterusan) bagi setiap kursus. Pensyarah/ Penyelaras Kursus/ Ketua Program 2. Proses analisa data dan maklum balas dilaksanakan dengan membandingkan pencapaian CLO dan PLO terhadap KPI yang telah ditetapkan bagi setiap kursus. Pensyarah/ Penyelaras Kursus/ Ketua Program 3. Proses analisa boleh juga melibatkan data dari sumber sokongan lain yang berkaitan dengan pengukuran CLO seperti berikut sebagai faktor yang mendorong kepada kejayaan/kegagalan pencapaian CLO: a. Mengambil kira Ulasan Penilai Luar; b. Keputusan dan ulasan pelajar dalam borang analisa Penilaian Pensyarah; Penyelaras Kursus/ Ketua Program/ Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik) 22


c. Keputusan dan ulasan pemantau dalam borang Cerapan Kelas pensyarah; d. Keputusan dan ulasan pemantau dalam borang Semakan Portfolio Pensyarah; e. Keputusan dan ulasan pelajar dalam ECS. Pelaporan (Reporting) 1. Menyediakan Laporan analisa pencapaian CLO (Rujuk Lampiran 3: Format Laporan Analisa Pencapaian PEO / PLO / CLO) yang merangkumi: a. Perbandingan pencapaian CLO terhadap KPI yang telah ditetapkan bagi setiap kursus; b. Perancangan aktiviti intervensi seperti latih tubi / LSU dan lain-lain; c. Refleksi dan cadangan penambahbaikan / aktiviti pengekalan kualiti. Pensyarah/ Penyelaras Kursus/ Ketua Program 2. Mengklasifikasikan tindakan penambahbaikan mengikut peringkat: a. Pensyarah; b. Kursus/ Program / Jabatan; c. Institusi (KKTM / MJII / IKM); d. BKT. Ketua Program 3. Membentangkan Hasil Laporan Pencapaian CLO di peringkat Mesyuarat Jabatan/ Jawatankuasa Akademik Institusi sebelum semester baharu bermula dan semua pelaporan hendaklah diminit dan disahkan. Ketua Program Pelaksanaan (Implementation) 1. Membincang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan berkaitan kursus melalui: a. Mesyuarat Jabatan / Program; atau b. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Institusi; atau c. MTAC / MTEC Penyelaras Kursus/ Ketua Program/ TP HEA 23


2. Cadangan penambahbaikan yang melibatkan bidang kuasa institusi perlu dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan dan hendaklah diminit dan disahkan. TP HEA / Ketua Program 3. Cadangan penambahbaikan melibatkan bidang kuasa BKT perlu diserahkan kepada BKT untuk pertimbangan dan tindakan. Pengarah 4. Pemantauan terhadap pelaksanaan inisiatif penambahbaikan perlu dijalankan melalui: a. Audit terhadap bukti-bukti tindakan penambahbaikan yang telah disempurnakan contohnya melalui dokumen PdP, minit mesyuarat, laporan bengkel dan sebagainya. b. Penyelaras Kursus / Ketua Program perlu menghasilkan laporan pembuktian pelaksanaan CQI untuk rujukan perbandingan dan mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 5. Tahap keberkesanan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan perlu dinilai pada semester berikutnya. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Institusi (Akademik), TPHEA, Ketua Program 7.0 PENUTUP Proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) merupakan aktiviti teras kepada operasi KKTM, MJII dan IKM yang mampu menonjolkan kualiti, integriti dan akauntabiliti dalam sistem penyampaian TVET MARA. Diharapkan panduan ini dapat meningkatkan kualiti pencapaian dan keberkesanan hasil program akademik di KKTM, MJII dan IKM. 24


LAMPIRAN 1 INSTRUMEN KAJI SELIDIK PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) 1 Institution Open 2 Programme Open 3 Gender -Male -Female Open 4 Highest Education Qualification -Certificate -Diploma -Advanced Diploma -Bachelors -Masters -Doctorate Open 5 Year of Graduation 2016 2015 2014 2013 Open 6 Employment Status -Employed -Self-Employed -Not Employed -Student *If student, direct to question in 16. Open 7 Are you currently further study in higher level? Y/N NO QUESTION ANSWER 25


LAMPIRAN 1 8 Employers Name and address (If employed) Open 9 Working Sector (If employed) -Manufacturing -Agriculture -Construction -Education -Mining & Quarrying -Information Technology and Communication -Electricity, Gas, Steam and Air, Conditioning Supply -Water Supply; Sewerage, Waste Management and Remediation Activities -Administrative and Support Service Activities -Transportation and storage -Financial and insurance -Public Administration and Defence -Accomodation and food service -Art, entertainment and recreation -Human Health and Socioworks Open 10 Working Cluster: -Minyak dan Gas -Mekanikal Servis -Mekanikal Pembuatan -Pemprosesan Bahan -Elektrik -Bioteknologi -Seni dan Reka Bentuk -Automotif -Elektronik -Awam -Alam Bina -Bioperubatan Open 11 Working Experience -Less than 3 years -3-5 years -More than 5 years Open 12 Monthly Income RM1000 and below RM1001 - RM1500 RM1501 - RM2000 RM2001 - RM2500 RM2501 - RM3000 RM3001 - RM4000 RM4001 - RM5000 RM5001 - RM10,000 More than RM10,000 Open 26


LAMPIRAN 1 13 Are you currently working in area related to your programme? Y/N 14 The percentage knowledge and skill gained in the programme directly related to my jobscope -More than 75% -50%-75% -Less than 50% (More than 50% Consider 'Yes') % 15 Have you produce any innovations or solutions to solve problems related to your work. Y/N 16 Have you received any recognition for your ability to come out with innovations or solutions to solve problems related to your work. Y/N 17 Are you currently involved in the product/services/system research & design? Y/N 18 Are you holding a manegerial/supervisory position in your company/institution? Y/N 19 Are you involve in any NGO/Society/Sports activity? Y/N 20 Are you currently involved in the decision making within organization? Y/N 21 Any staff/member under your supervision? Y/N 22 Total projects that I have managed / involved. -Less than 5 projects -5-10 projects -More than 10 projects (5 and above project consider 'Yes') Number of Projects Graduates who can apply their technical knowledge and hands-on skills to perform their job tasks in related field with competent. Graduates who can work independently or in team with effective communication and possess leadership qualities with positive attitudes and ethical values to to fulfill their duties towards the working culture and community. 27


LAMPIRAN 1 23 Do you have planning / initiative for continuing professional development? Y/N 24 Does your work include the opportunity for continuing proffesional development. Y/N 25 Are you a member of any professional body? Y/N 26 Are you involved in any form of business? -Yes (Full time) -Yes (Part time) -No (Count Yes) Y/N 27 If Yes, what types of business that you are involved in? -Supplier -Contractor -Services -Consultation -Retailing -Trading -Others Open 28 Types of business entity: -Sole proprietorship -Partnership -Limited Liability Partnership -Private Limited Company (Sdn. Bhd.) -Public Limited Company (Bhd.) Open 29 Field of Business? Open 30 Years of Business -Less than 1 year -1-5 years -5-10 years Open 31 How much your annual income from your business? -Below RM20,000 -RM20,000 - RM40,000 -RM40,000 - RM60,000 -RM60,000 - RM80,000 -RM80,000 - RM100,000 -Above RM100,000 Open 32 How many workers? -Less than 5 -5-10 -11-30 -More than 30 Open Graduates who possess entrepreneurial and lifelong learning skills and attributes for career advancement in related field 28


LO 1 LO 2 X X PI 1: 75% of graduates works in related field. PI 2: 20% of graduates holding a manegerial/supervisory position. PI 3: 20% of graduates further studies/professional development. PI 4: 10% of graduates involve in entrepreneurship. LO 1 – Knowledge LO 4 – Communication Skills LO 2 – Practical Skills LO 5 – Social Skills, Teamwork and Responsibility LO 3 – Critical Thinking and Scientific Skills LO 6 – Values, Ethics, Moral and Professionalism PEO 3 Graduates who possess entrepreneurial and lifelong learning skills and attributes for career advancement in related field PEO 1 Graduates who can apply their technical knowledge and hands-on skills to perform their job tasks in related field with competent. PEO 2 Graduates who can work independently or in team with effective communication and possess leadership qualities with positive attitudes and ethical values to to fulfill their duties towards the working culture and community. PERBANDINGAN HASIL PEN Name of Programme : NO PROGRAM EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) After few years of graduating, the programme shall produce: 2


LAMPIRAN 2 LO 3 LO 4 LO 5 LO 6 LO 7 LO 8 LO 9 X X X X X X X X X X X X X X X X LO 7 – Lifelong Learning Skills LO 8 – Managerial and Entrepreneurial Skills LO 9 – Leadership Skills NCAPAIAN PEO TERHADAP PI BKT LEARNING OUTCOME DOMAINS (LO) % ACHIEVE? 9


LAPORAN ANALISA PENC KKTM / MJII / IKM : Program : Kohort / Sesi : Jika berkaitan Kursus : Jika berkaitan Kelas : Jika berkaitan BIL. ANALISA PENCAPAIAN ISU / REFLEKSI / ULA PENCAPAIAN 1. Huraian Analisa Pencapaian. Contoh: Perbandingan Pencapaian PEO terhadap PI 1. Isu / Refleksi / Ulas Pencapaian 2. 3. 2. 3. Disediakan Oleh ____________________ 30


CAPAIAN PEO / PLO / CLO ASAN TERHADAP CADANGAN / TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN ARAS TINDAKAN san Terhadap 1. Cadangan Tindakan Penambahbaikan / Aktiviti Pengekalan Kualiti Program / Jabatan / Pusat / BKT LAMPIRAN 3 0


STUDENT NAME: STUDENT ID: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NO. CODE NAME CREDIT HOURS Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Ful 1 DCB10234 BUILDING CONSTRUCTION PRACTICE 1 4 71.75 100 20.00 100 95.00 1 2 DCB10232 BUILDING CONSTRUCTION 1 2 40.33 100 73.50 100 3 DCB10242 CONSTRUCTION MATERIALS 2 94.58 100 82.67 100 4 DCB10252 TECHNICAL DRAWING 2 52.80 100 48.50 100 5 DKV10213 ENGINEERING SCIENCE 3 49.42 100 66.00 100 6 DUM10122 ENGINEERING MATHEMATICS 1 2 7 DUE10062 ENGLISH FOR COMMUNICATION 2 60.62 100 49.50 100 8 DUS10062 PENGHAYATAN AKIDAH 2 100.00 1 9 DUY10031 CO-CURRICULUM 1 1 65.00 100 90.00 1 10 0 0 0 TOTAL CREDIT HOURS 20 743 1300 295 500 99 200 189 200 312.34 400 145 500 0 0 670 7 100 NO. CODE NAME CREDIT HOURS 1 DCB10234 BUILDING CONSTRUCTION PRACTICE 1 4 287 / 400 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 2 DCB10232 BUILDING CONSTRUCTION 1 2 81 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 147 / 200 3 DCB10242 CONSTRUCTION MATERIALS 2 0 / 0 0 / 0 0 / 0 189 / 200 165 / 200 4 DCB10252 TECHNICAL DRAWING 2 106 / 200 97 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 5 DKV10213 ENGINEERING SCIENCE 3 148 / 300 198 / 300 0 / 0 0 / 0 0 / 0 6 DUM10122 ENGINEERING MATHEMATICS 1 2 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 7 DUE10062 ENGLISH FOR COMMUNICATION 2 121 / 200 0 / 0 99 / 200 0 / 0 0 / 0 8 DUS10062 PENGHAYATAN AKIDAH 2 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 9 DUY10031 CO-CURRICULUM 1 1 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 10 0 0 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 743 / 1300 295 / 500 99 / 200 189 / 200 312 / 400 57.14% 57.14% 59.00% 59.00% 49.50% 49.50% 94.58% 94.58% 78.09% 78.09% 29 743 / 1300 295 / 500 99 / 200 189 / 200 312 / 400 1 57.14% 57% 57.14% 59.00% 59% 59.00% 49.50% 50% 49.50% 94.58% 95% 94.58% 78.09% 78% 78.09% 29 NO. CODE NAME CREDIT HOURS 1 DCB10234 BUILDING CONSTRUCTION PRACTICE 1 4 72% B B - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 2 2 DCB10232 BUILDING CONSTRUCTION 1 2 40% D D - - #N/A - - #N/A - - #N/A 74% B B 3 DCB10242 CONSTRUCTION MATERIALS 2 - - #N/A - - #N/A - - #N/A 95% A+ A+ 83% A- A- 4 DCB10252 TECHNICAL DRAWING 2 53% C- C- 49% D+ D+ - - #N/A - - #N/A - - #N/A 5 DKV10213 ENGINEERING SCIENCE 3 49% D+ D+ 66% B- B- - - #N/A - - #N/A - - #N/A 6 DUM10122 ENGINEERING MATHEMATICS 1 2 - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 7 DUE10062 ENGLISH FOR COMMUNICATION 2 61% C+ C+ - - #N/A 50% C- C- - - #N/A - - #N/A 8 DUS10062 PENGHAYATAN AKIDAH 2 - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 9 DUY10031 CO-CURRICULUM 1 1 - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 6 10 0 0 0 - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 0.57 2.00 0.59 2.00 0.50 1.70 0.95 4.00 0.78 3.30 PLO5 4 3.3 2 PLO2 PLO3 PLO4 4 3.3 PLO1 1.70 4.00 KPI ARCHIVE (YES / NO) YES YES YES YES 50% SYSTEM CALCULATION STUDENT VIEW PLO1 PLO2 PLO3 Learning Outcome Grade 2 2 1.7 PLO3 Cummulative Mark per PLO Cummulative Mark Per PLO (%) Cummulative Learning Outcome Gred 2 PLO1 Learning Outcome Grade Mark Per PLO Mark Per PLO (%) Cummulative Learning Outcome Gred 2.00 2.00 PLO4 PLO5 COURSE SEMESTER 1 ASSESSMENT MARK PLO4 3.30 PROGRAMME: INSTITUTION: SESSION: PLO2 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 1.7 50% 50% 50% 50% YES INDIVIDUAL PLO ATTAINME 3


PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 PLO10 PLO11 PLO12 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 SCORE 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 F.MARK 16 17 18 19 20 21 22 23 24 ll Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark Score Full Mark GRADE 100 D+ 1.30 5.20 100.00 100 C 2.00 4.00 81.61 100 A+ 4.00 8.00 96.00 100 C 2.00 4.00 38.00 100 C- 1.70 5.10 84.00 100 78.50 100 85.00 100 A- 3.70 7.40 59.32 100 C 2.00 4.00 100 73.00 100 100 100 A+ 4.00 8.00 100 60.00 100 B 3.00 3.00 F 0.00 0.00 700 48.70 D+ D F 80 / 400 0 / 0 380 / 400 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 200 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 163 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 192 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 114 / 300 0 / 0 0 / 0 0 / 0 168 / 200 157 / 200 0 / 0 170 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 119 / 200 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 200 / 200 146 / 200 0 / 0 0 / 0 200 / 200 65 / 100 0 / 0 90 / 100 60 / 100 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 0 / 0 145 / 500 0 / 0 670 / 700 685 / 900 520 / 600 0 / 0 484 / 700 .00% 29.00% 0.00% - 95.71% 95.71% 76.07% 76.07% 86.70% 86.70% 0.00% - 69.14% 69.14% 145 / 500 0 / 0 670 / 700 685 / 900 520 / 600 0 / 0 484 / 700 9.00% 29% 29.00% 0.00% 0% - 95.71% 96% 95.71% 76.07% 76% 76.07% 86.70% 87% 86.70% 0.00% 0% - 69.14% 69% 69.14% 20% F F - - #N/A 95% A+ A+ - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 100% A+ A+ - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 82% A- A- - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 96% A+ A+ - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 38% F F - - #N/A - - #N/A - - #N/A 84% A- A- 79% B+ B+ - - #N/A 85% A A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 59% C C - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 100% A+ A+ 73% B B - - #N/A - - #N/A 100% A+ A+ 65% B- B- - - #N/A 90% A+ A+ 60% C+ C+ - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A - - #N/A 0.29 0.00 - - 0.96 4.00 0.76 3.30 0.87 4.00 - - 0.69 2.70 #N/A 4 3.3 4 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 3.3 PLO10 #N/A 4 4 PLO11 #N/A PLO11 - PLO12 NORMAL GPA CALCULATION POINT GPA SEMESTER 1 TOTAL MARK 48% 56% 91% 55% 52% 81% 0% 58% 2.44 PLO12 2.7 PLO12 2.7 0 0.00 4.00 PLO9 3.30 PLO10 2.70 #N/A PLO6 PLO7 PLO8 - 4.00 0 NO NO YES YES NO YES 95% 72% PLO9 PLO10 PLO11 50% 50% 50% YES 50% 50% 50% 50% ENT 1 LAMPIRAN 4


LAMPIRAN 5 Name Of Programme : DIPLOMA IN XX Kohort JAN-JUN 2020 SEM NO CODE CREDIT PO 1 PO 2 PO 3 PO 4 PO 5 PO 6 PO 7 PO 8 PO 9 PO 10 PO 11 PO 12 1 2 2 2 3 1 1 2 2 2 3 1 2 2 PLO 1 PLO 2 PLO 3 PLO 4 PLO 5 PLO 6 PLO 7 PLO 8 PLO 9 PLO 10 PLO 11 PLO 12 1 3 2 3 3 3 4 2 1 3 2 3 3 4 4 4 5 2 1 3 2 3 3 3 4 2 5 2 6 2 1 3 2 3 3 3 4 2 5 2 1 3 1 3 2 3 3 4 4 2 5 10 92 KPI 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% 60.0% TOTAL ACHIEVE (YES / NO) 5 4 3 1 Computer Fundamental Electronic Fundamental Programming Fundamentals Engineering Mathhematics 1 2 2 English For Career Development Pengajian Malaysia Co-curriculum 2 PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) 3 1 Syariah Dan Kehidupan Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Murni SEM NO CODE CREDIT NAME OF COURSES PROGRAMME LEARNING OUTCOME ATTAINMENT (PLOA) 1 English For Communication 2 Penghayatan Akidah Asas Pengajian Moral Co-Curriculum 1 NAME OF COURSES 32


BORANG MAKLUM BALAS INDUSTRI (INDUSTRY SURVEY FORM) Name : Programme : Session : Semester : PART A: Strongly Agree Agree Fair Disagree Strongly Disagree 1. #Masukkan soalan-soalan berkaitan pengurusan latihan industri mengikut keperluan institusi Contoh: Program Latihan Industri KKTM, MJII dan IKM dapat meningkatkan produktivti syarikat. KKTM, MJII and IKM Industrial Training Programs can increase the company's productivity. 2. Contoh: Tempoh latihan Pelajar Latihan Industri KKTM, MJII dan IKM adalah mencukupi di industri. The training period for KKTM, MJII and IKM Industrial Training Students is sufficient in the industry. 3. Contoh: Bidang pelajar yang menjalani Latihan Industri menepati keperluan industri. The field of students undergoing Industrial Training meets the needs of the industry. 4. Contoh: Kerjasama dua hala antara institusi latihan dan industri perlu dipergiatkan lagi selain daripada program Latihan Industri. Bilateral cooperation between training institutions and industry needs to be intensified apart from the Industrial Training program. Cadangan kerjasama (sila nyatakan di ruang kosong): PART B: Please rate student performance in achieving Programme Learning Outcomes (PLO) PROGRAM LEARNING OUTCOMES (PLO) Poor (1) Fair (2) Good (3) Very Good (4) Excellent (5) PLO1 Masukkan PLO mengikut program PLO2 PLO3 PLO4 33 LAMPIRAN 6


PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 Suggestion to improve programme curriculum and delivery approaches: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 34 LAMPIRAN 6


EXIT SURVEY FORM (To be be filled by the student at the end of the programme) Programme : Session : Semester : Strongly Agree Agree Fair Disagree Strongly Disagree 1. My lessons have been taught well 2. I was given feedback that helped me to improve 3. My programme has prepared me for my next steps 4. I have been enabled and empowered to use technology and online resources to support my learning 5. I would recommend KKTM / MJII / IKM to a friend Please rate your performance in achieving Programme Learning Outcomes (PLO) PROGRAM LEARNING OUTCOMES (PLO) Poor (1) Fair (2) Good (3) Very Good (4) Excellent (5) PLO1 Apply knowledge of mathematics, science, engineering fundamentals and specialization principles as well as other theoretical knowledge related to field engineering technology. PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 Suggestion to improve programme curriculum and delivery approaches: _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 35 LAMPIRAN 7


1 2 3 4 5 CLO 1 2 3 4 5 P L O 1 P L O 2 P L O 3 P L O 4 P L O 5 P L O 6 CLO1 CLO2 CLO3 CLO4 CLO5 Teaching & Learning And Assessment Strategy Learning Outcome Domain Teaching & Le Methods COURSE ASSESSMENT Pass – 50 marks and above Fail – Other than the above Grading Scheme Mapping of the Course Learning Outcomes (CLO) to the Program Educational Objectives (PEO) and Program Learning Outcomes (PLO) Course Learning Outcomes (CLO) CLO P E O 1 3


LAMPIRAN 8 P L O 7 P L O 8 P L O 9 P L O 10 P L O 11 P L O 12 0 Assessment Methods P E O 3 arning s REPORT (CAR) Assessment Methods 0 0 0 0 0 Weightage (%) Teaching & Learning Methods 0 0 P E O 2 0 0 6


A+ A A- B+ B 0 0 0 0 0 #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! # 0 0 0 0 0 Summary of Grade Distribution and IPA GRAPH NUMBER OF STUDENT FAIL 0 0 TOTAL NUMBER OF STUDENT PASS TOTAL NUMBER OF STUDENT FAIL Summary of Student Pass / Fail NUMBER OF STUDENT PASS 0 0 0 0 CLO1 CLO2 YES 60.00 ETAC PROGRAMME OUTCOMES (PO) 0 0 ACHIEVE (YES/NO) KPI TARGET (%) ACHIEVEMENT (%) YES 60.00 CLO1 CLO2 ASSESSMENT METHODS PERCENTAGE (%) IPA SUM Summary of Assessment Blue Print vs PLO and CLO Achievement FREQUENCY GRADE AVERAGE AVERAGE GRADE AVERAGE GPA 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 A+ A A- B+ GR 3


LAMPIRAN 8 B- C+ C C- D+ D F TOTAL IPA 0 0 0 0 0 0 0 0 #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! 0 0 0 0 0 0 0 0 #DIV/0! 0.00 0.00 0 0 0 0 0 CLO5 0 CLO4 CLO5 60.00 0 0 0 0 0 0 AVERAGE CLO3 CLO4 #DIV/0! YES YES 60.00 0 60.00 0 CLO3 #DIV/0! #DIV/0! #DIV/0! YES AVERAGE + B B- C+ C C- D+ D F Grade RADE DISTRIBUTION FREQUENCY IPA SUM 7


Prepared By : Verif Name : Nam Designation: Desi Date : Date Student Feedback : Reflection : Suggestion (if any) : 3


LAMPIRAN 8 fied By : me : ignation: e : 8


LAMPIRAN 9 PROGRAMME: DIPLOMA IN XX BATCH: JAN-JUN 2020 PLO 1 PLO 2 PLO 3 PLO 4 PLO 5 PLO 6 PLO 7 PLO 8 PLO 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 % Industry 19 Industry 20 Industry 13 Industry 14 AVERAGE Industry 12 Industry 2 Industry 17 Industry 18 Industry 15 Industry 16 Industry 5 Industry 6 Industry 7 Industry 8 Industry 3 Industry 4 Industry 9 Industry 10 Industry 11 INDUSTRY EVALUATION DATA SUMMARY PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) NO NAME OF COURSES Industry 1 39


LAMPIRAN 10 PROGRAMME: DIPLOMA IN XX BATCH: JAN-JUN 2020 PLO 1 PLO 2 PLO 3 PLO 4 PLO 5 PLO 6 PLO 7 PLO 8 PLO 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 % AVERAGE Student 2 Student 5 Student 3 Student 4 EXIT SURVEY DATA SUMMARY PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) NO NAME OF COURSES Student 1 40


Click to View FlipBook Version