❖ Barang Larangan Ibu bapa adalah wajib membuat pemeriksaan pada anak masing-masing semasa menghantar anak ke asrama dan mengingatkan anak tidak membawa barang larangan ke asrama dan sekolah. ❖ Minggu Balik: ❖ Balik dua minggu sekali tetapi tertakluk kepada bilangan hari keberadaan murid berada di asrama sepanjang tahun iaitu Januari hingga Disember. ❖ Merujuk kepada Jadual Minggu Balik Asrama bagi sesi persekolahan yang diberikan. ❖ Waktu Balik ke Rumah Pada Hari Jumaat ❖ Balik pada jam 12.30 selepas sekolah
❖ Waktu Balik ke Asrama ❖ Ahad/ hari yang dimaklumkan: Balik ke asrama sebelum atau pada jam5.00 petang. Murid adalah TIDAK DIBENARKAN balik ke asrama selepas jam 5.00 petang atau waktu malam atau pada pagi keesokannya. Pengawal Keselamatan telah dimaklumkan untuk penguatkuasaan peraturan tersebut.. ❖ Pakaian Balik Ke Rumah dan Balik Ke Asrama Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut : i) Baju Batik Sekolah atau ii)Baju Seragam Sekolah.
❑ Buku Rekod Balik/ ‘Outing’ Bermalam ❑ Murid dikehendaki melakukan perkara seperti berikut : ❑ Menuliskan tarikh dan tujuan balik; ❑ Mendapatkan tandatangan Warden Bertugas; ❑ Menyerahkan Buku Rekod Balik/ ‘Outing’ Bermalam kepada Pengawal Keselamatan sebelum meninggalkan kawasan asrama; ❑ Mengambil Buku Rekod Balik/ ‘Outing’ Bermalam di Pondok Pengawal Keselamatan semasa balik ke asrama.
❑ Permohonan Balik Pada Minggu Tidak Balik • Ibu bapa dikehendaki mengemukakan surat permohonn balik (secara rasmi) selewat-lewatnya sebelum atau pada hari Rabu melalui warden/ penyelia untuk dimaklumkan kepada PENGETUA ❑ Permohonan balik pada hari Khamis atau Jumaat adalah tidak diluluskan. • Kelulusan atas sebab permohonan balik hanya berkaitan urusan keluarga terdekat sahaja. • Bagi perkara kecemasan dan kematian, boleh memohon balik mengikut waktu kejadian. • Permohonan melalui ‘WhatsApp’ juga dibenarkan atas sebab yang munasabah.
❑ Lawatan Ibu Bapa Di Asrama Waktu Melawat : Sabtu/ ahad pada jam 12.30 - 5.00 petang (Sekiranya ada perubahan yang berlaku akan dimaklumkan dalam ‘group telegram asrama) ❑ Tempat Melawat Di kawasan asrama dan sekolah ❑ Sampah-sarap Semasa Melawat Ibu bapa dikehendaki membawa keluar sampah-sarap dari kawasan sekolah. ❑ Rambut Murid Lelaki Murid lelaki perlu berambut mengikut fesyen rambut murid sekolah semasa balik ke asrama. Jika didapati sebaliknya, ibu bapa akan dihubungi untuk membawa anak pergi gunting rambut dan menghantar semula anak ke asrama.
❑ Bulan Ramadan ✓ Murid dibenarkan balik setiap minggu. ✓ Ibu bapa dikehendaki mengambil anak pada hari Jumaat jam 12.30 tengahari. ✓ Ibu bapa dikehendaki menghantar anak ke asrama pada hari Ahad bermula pada jam 2 petang ❑ Bersahur ✓ Jam 4.30 pagi siren akan dibunyikan ❑ BERBUKA ✓ pelajar boleh berkumpul di dewan makan untuk berbuka jam 7 mlm