MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMT TERENGGANU KALI KE-35 2020
UCAPAN PUAN HAJAH ZARINA BINTI JUSOH
PENGETUA SM TEKNIK TERENGGANU
Ucapan beliau menyentuh perkara berikut :
i. Merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sham Saifful bin Mahari yang
dapat hadir bagi menyempurnakan majlis ini.
ii. Mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG yang dapat hadir untuk menjalankan
tanggunggjawab masing-masing bagi merealisasikan kecemerlangan anak-anak.
iii. Objektif program hari ini adalah untuk melihat saranan ibu bapa mengikut
kemahiran. Pihak sekolah memerlukan sukarelawan di kalangan ibu bapa untuk
meningkatkan kecemerlangan dan cakna tentang pencapaian anak-anak.
iv. Mengumumkan bahawa keputusan SPM 2019 4.59 kepada 4.43 pada tahun ini .
v. Kelas tambahan berfokus dan bukan sahaja untuk lulus tapi pada tahap kepujian.
Kelas tambahan elit diadakan untuk subjek kritikal.
vi. Kelas tambahan bagi pelajar lain adalah untuk subjek sejarah dan Pendidikan
Islam.
vii. Ibu bapa dan ahli komuniti perlu memastikan anak mereka hadir ke sekolah serta
melakukan tugasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu kerja kursus untuk
mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
viii. Dalam bidang koko terdapat anugerah kokurikulum, pasukan inovasi mendapat
pingat emas di Bali Indonesia. Pasukan KRS mendapat kejayaan peringkat kejayaan
dan antarabangsa.
ix. Kecemerlangan tidak akan dicapai, bagi memantapkan sahsiah pelajar jadi
seorang warden baru telah dilantik.
x. Perlu sepakat dari ibu bapa dan ahli komuniti membantu murid melakar kejayaan.
xi. Penghargaan kepada guru dan ahli PIBG yang memberi bantuan kewangan dan
usaha untuk kejayaan program- program dan kecemerlangan pelajar.
UCAPAN PROF. EMERITUS DR. IR. HAJI AHMAD BIN JUSOH
YANG DIPERTUA PIBG SM TEKNIK TERNGGANU
Yang Dipertua PIBG SM Teknik Terengganu telah menyentuh perkara berikut:
i. Beliau memaklumkan tentang keputusan SPM 2019 dan mengucapkan selamat
maju jaya kepada lepasan SPM yang bakal mengharungi kehidupan realiti di luar
sana.
ii. Beliau berharap pelajar juga mementingkan kemahiran-kemahiran selain cemerlang
dalam akademik.
iii. Ibu bapa mestilah turut memainkan peranan mendidik anak-anak selari dengan
kehendak zaman.
iv. Ibu bapa perlu cakna dengan anak-anak yang mungkin terlibat dengan masalah
sosial. Keperibadian yang cemerlang memastikan kehidupan anak-anak terjamin di
masa hadapan.
v. Bidang kemahiran juga diberi penekanan oleh ibu bapa selari dengan TVET yang
dikehendaki oleh BPLTV.
UCAPAN PERASMIAN OLEH
DATO’ SHAM SAIFFUL BIN MAHARI
PENGARAH URUSAN ARAH JITU SDN. BHD.
Inti sari ucapan beliau adalah seperti berikut:
i. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput merasmikan majlis.
ii. Beliau merupakan bekas pelajar SM Teknik dari tingkatan 4 hingga 6.
iii. Beliau menyatakan PIBG sangat penting dan memberi sumbangan kepada para
pelajar dan guru.
iv. Pada masa lalu sukar untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik kerana kursus
kemahiran yang ditawarkan.
v. Dulu, Dato’ Sham merupakan guru dan berhenti kerana ingin menceburi bidang
perniagaan dan isteri beliau juga seorang guru.
vi. Guru mendidik dan menjaga muridnya lebih baik daripada ibu bapa.
vii. Semua ibu bapa tidak semestinya memberi sumbangan kewangan untuk
membantu pihak sekolah, tetapi boleh juga menyumbang tenaga dan lain-lain.
viii. Kemahiran adalah aspek yang paling menguntungkan dalam bidang pekerjaan.
Pengetahuan berkaitan kemahiran dan pengalaman amat diperlukan oleh majikan.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGANU KALI KE- 35
Tarikh : 12 Mac 2020
Hari : Khamis
Masa : 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Teknokrat
Senarai nama ahli yang hadir dilampirkan.
Pelantikan Pengerusi Mesyuarat
Majlis sebulat suara bersetuju melantik Prof . Ir. Dr. Haji Ahmad bin Jusoh, YDP PIBG
SM Teknik Terengganu untuk mempengerusikan mesyuarat.
Agenda 1 : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang Lalu
Minit Mesyuarat Agung yang Lalu
Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34 diterima sebulat suara setelah disahkan
Encik Sapri bin Mat Ali dan disokong oleh Wan Nur Mastura Suriani.
Agenda 2 : Perkara Berbangkit
Tiada.
Agenda 3 : Membentangkan dan Menerima Laporan Kemajuan Tahunan PIBG
2019/2020
3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Laporan Kemajuan
Tahunan PIBG SMTT 2019/2020 seperti yang terdapat dalam
halaman 4,5 dan 6 buku Minit Mesyuarat Agung.
3.2 Laporan yang dibentangkan diterima sebulat suara tanpa
pindaan.
Agenda 4 : Membentangkan dan Menerima Laporan Kewangan PIBG 2019/2020
4.1 Laporan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG, seperti
yang berikut:
Jumlah penerimaan - RM 92,207.54
Jumlah perbelanjaan - RM 51,467.75
Baki wang dalam bank - RM 40,539.79
Baki di tangan - RM 200.00
4.2 Encik Sapri bin Mat Ali memurnikan penyata tersebut yang tiada
tarikh.
4.3 Laporan kewangan yang dibentangkan disahkan oleh Encik
Hashim bin Mohamad dan disokong oleh Puan Roszilawati binti
Awang.
Agenda 5 : Persetujuan Memungut Wang Sumbangan PIBG
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMTT yang diadakan pada 12 Mac
2020 sebulat suara meluluskan kutipan sumbangan PIBG, seperti yang
berikut:
i. Sumbangan Tabung PIBG RM 50.00
ii. Kelas Cakna Cemerlang RM 80.00
iii. Pembiayaan Kejohanan Antara Teknik (KAT) RM 10.00
iv. Majalah Sekolah untuk Pelajar RM 15.00
v. Kelas Mengaji Al-Quran RM 5.00
_________
JUMLAH RM 160.00
Agenda 6 : Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMTT 2019/2020
6.1 Yang Dipertua PIBG SMTT bagi sesi 2019/2020 mengumumkan
pembubaran jawatankuasa yang sedia ada dan meminta
pemilihan jawatankuasa yang baharu diadakan.
6.2 Keputusan pemilihan adalah seperti berikut:
Yang Dipertua : Prof. Dr. Ir. Haji Ahmad bin Jusoh
Naib Yang Dipertua : Dr. Hj. Nazeri bin Mohammad
Setiausaha I : Cikgu Haji Fadzly Fadzil bin Abdul Rahim
Setiausaha II : Cikgu Che Rosfadir bin Abdul Rahman
Bendahari I : Cikgu Hajah Wan Shazimah binti Wan
Bendahari II Ibrahim
Wakil Ibu Bapa
: Cikgu Wan Nur Hidayah binti Wan
Abdullah
: En. Azemi bin Ismail
: En. Sapri bin Mat Ali
: En. Nadzri bin Hj. Hassan
: En. Radin bin Ikon @ Abidin
: Dr. Rohayaty Binti Muda
Wakil Guru : Cikgu Asmara @ HAsliza binti Ibrahim
: Cikgu Azhar bin Abd. Aziz
: Cikgu Hajjah Zainorashikin binti Abdul
Rahman
Pemeriksa Kira-Kira : En. Roslan Bin Abdul Wahab
: Cikgu Rosnah binti Yusof
Agenda 7 : Perbincangan Usul yang telah dicadangkan
7.1 Encik Muhamad Sapri bin Mat Ali meminta AJK bergabung
dengan komuniti sekitar untuk permohonan lampu isyarat.
7.2 Encik M. Hazuri bin Hassan memaklumkan pihak sekolah perlu
membuat permohonan ke Majlis Keselamatan Jalan Raya
(KEJARA).
7.3 Puan Wan Mastura Suriani binti Mohamad memaklumkan
bahawa makanan di kantin tidak mencukupi. Puan Sarassuwati
Binti Ali memberitahu bahawa anaknya juga belajar di SMTT. Dia
akan menyediakan makanan untuk anak-anaknya sebagai
bekal setiap pagi.
7.4 Puan Hayati Binti Mustafa meminta pihak sekolah mengambil
guru pakar dari luar untuk membimbing pelajar bagi Subjek
Teknikal.
7.5 Pengetua memaklumkan program berfokus akan diadakan
untuk murid SPM.
7.6 Puan Sarassuwati Binti Ali meminta pengetua membuat
ketetapan supaya pelajar datang ke sekolah pada pukul 7.20
pagi.
7.7 Encik Fadzly Fadzil bin Abdul Rahim memaklumkan program
kecemerlangan diadakan untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Agenda 8 : Ucapan Penangguhan
8.1 Dr. Fouziah binti Mohd mengucapkan penghargaan terima
kasih kepada ahli PIBG yang hadir pada mesyuarat kali ini.
8.2 Pengetua SM Teknik Terengganu mengucapkan terima kasih
kepada PIBG SMTT atas kerjasama yang diberikan kepada pihak
sekolah bagi melancarkan program yang dirancangkan.
8.3 Yang Dipertua PIBG SMTT, merakamkan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan sokongan padu
kepadanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.
Disediakan oleh,
(HJ FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM)
Setiausaha PIBG
SM Teknik Kuala Terengganu.
Disemak oleh,
(HJH. ZARINA BIN JUSOH)
Pengetua
SM Teknik Kuala Terengganu
Disahkan oleh,
(HJ. AHMAD BIN JUSOH)
Yang Dipertua PIBG
SM Teknik Kuala Terengganu
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DALAM MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-35
1. RAFIDAH BINTI ALIAS 31. MOHD ZAKI BIN ABDUL RASHID
2. ROHAYA BINTI ROZMAN 32. NAZAHATA LASMA BINTI YUSOF
3. MAT JUSOH BIN RAMLI 33. SITI CHE KALSOM BINTI MOHAMED
4. AZNITA BINTI ABDUL AZIZ 34. ZALEHA BINTI YUSOF
5. NORHAYATI BINTI ALI 35. SITI SURAYANI BINTI SULAIMAN
6. ROHANI BINTI IBRAHIM 36. SURIATI BINTI SHUIB
7. ZULKEFLI BIN OTHMAN 37. RIDZUAN BIN MOHD MEN
8. FAIZAH BINTI HARUN 38. NOZUREY BINTI AWANG
9. NARMA BINTI MAT REFFIN 39. SHARIFAH ROZITA BINTI SYED AGIL
10. AHMAD KHALIL BIN MOHD FAHMI 40. MOHD ZAKI BIN SAMAN
11. MOHD FAIZAM BIN CHE KAR 41. MUHAMAD ISMAIL BIN IBRAHIM
12. NAZRIAH BIN HAJI MOHD NAWI 42. KAMARUDIN BIN MUSA
13. AHMAD BIN OMAR 43. ZUNURUL AIN BINTI AIRUDDIN
14. AZIZAH BINTI AZLI 44. ZAWIAH BINTI AWANG
15. MARINA BINTI MOHAMAD SIDEK 45. PASIDAH BINTI MUDA
16. NORMAINAH BINTI ISMAIL 46. MASYUANTEY BINTI MOHAMAD
17. ROSMANI BINTI MOHAMAD 47. ZALINA BINTI MOHD JAIZ
18. HANIPASALMA BINTI ABDUL MANAF 48. NAWIYAH BINTI ALI
19. ROHAYAT Y MUAK 49. NORLIATI BINTI CHIK
20. HAYATI BINTI MOHD ALI 50. ROSMALINA BINTI MOHD NOOR
21. YUSOF BIN AHMAD 51. SAMSIAH BINTI YAACOB
22. AHMAD SOPHI BIN ABDUL WAHAB 52. MOHD HAPIZAM BIN KAMAL
23. MOHAMAD JAMIL BIN MUSA 53. NIK NORSUZILAN BINTI NIK HARUN
24. HAFIDAH BINTI MAMAT 54. MOHD JABAR BIN DAGANG
25. ARIFIN BIN HASAN 55. WAHAB BIN YUSOFF
26. ROZLITA BINTI EMBONG 56. ROSE BINTI MOHD ZAIN
27. FATIMAH BINTI AHMAD 57. FAUZIAH BINTI MALIKI
28. NIK ROSLINA HASMI BINTI AWANG 58. AMINAH RUSMA
29. SHAM SHIAH BINTI CHE HARUN 59. MOHD JASMAN BIN MD SHARIFF
30. FATUZIMAH BINTI ZAKARIA 60. SELMAH BINTI ISA
61. NOR HASHIMAH BINTI TAHA
62. AZMAN BIN ABDUL JAMAL
63. WAN MAHANI BINTI WAN AWANG
64. ZUBAIDAH BINTI ABULLAH
65. MEK ZUNAIRA BINTI RAZAK
66. HUSNI BINTI ABU BAKAR
67. SURIANA BINTI SEMAN
68. MOHD SHAFIE BIN ISMAIL
69. WAN KALIFATRA BINTI WAN ALI
70. FADLEE BIN MAMAT @ YUSOF
71. SITI NUR ZULAIKHA BINTI JAMALLUDIN
72. SITI FAZREENA BINTI ABDUL WAHAB
73. SALMAH BINTI ISMAIL
74. MAZNAH BINTI ABDUL RAHMAN
75. FARIDAH HANIM BINTI MANSOR
76. MOHD FATIHI BIN MAT NOOR
77. SARASSUWATI BINTI ALI
78. MUHAMMAD BIN HARUN
79. HUSSIN BIN DAUD
80. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD
81. MOHD AZAM BIN MUDA
82. ROS ANITA BINTI A. RAHMAN
83. AZEMI BIN ISMAIL
84. SAFRI BIN MAD ALI
85. NADZRI BIN HAJI HASSAN
86. RADIN BIN IKON @ ABIDIN
87. FOUZIAH BINTI MOHD