The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ASSIFFA MUSA, 2022-06-06 05:11:12

KAJIAN KES SEJARAH TING.5 KSSM:RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

TEMA:PENGUKUHAN KEDAULATAN NEGARA

Keywords: RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN,DEMOKRASI,PARLIMEN',KAJIAN KES TINGKATAN 5

KAJIAN KES

RAJA BERPELEMBAGAAN
DAN DEMOKRASI
BERPALIMEN

SEJARAH KSSM TING.5
NAMA PELAJAR:ASSIFFA BT MUSA
NAMA GURU PEMBIMBING:PN ZEEHAN BT AB. LATIFF

Pernyataan masalah

Pemerintahan beraja
merupakan teras kepada
pemrintahan raja yang
berdaulat yang telah
membawa kepada sistem
pemerintahan demokrasi
berparlimen.Bincangkan

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga

yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada cikgu saya, Pn Zeehan

kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan
yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

1)DAPAT MENJELASKAN LATAR BELKANG PEMERINTAHAN BERJA A DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN

2)DAPAT MENERANGKAN PERANAN YDPA DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

3)DAPAT MENJELASKAN BAHAWA AMALAN DEMOKRASI MENJADI ASAS KPD
KEMANTAPAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

4)DAPAT MEMBERIKAN HUJAH TENTANG KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN SISTEM
RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

5)DAPAT MENYATAKAN KESIMPULAN

KAEDAH KAJIAN

-Audio visual

Saya telah menggunakan kaedah audio visual dengan menonton
rakaman video dokumentari berkisarkan tentang pilihan raya pertama
Malaysia.Melalui maklumat yang diperoleh,ianya dapat membantu saya
dalam menghasilkan kajian yang lebih berkesan.

-KAEDAH MELAYARI INTERNET

Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih mendalam.saya telah memuat turun bahan yang berkaitan
dengan proses pilihan raya pertama di Malaysia sebagai rujukan
tambahan.Saya telah melayari laman sesawang seperti:

-KAEDAH TEMU BUAL

Melalui kaedah temu bual,saya telah menemu bual 2 orang sumber
iaitu Encik Ibrahim bin Ariffin yang berusia 70 tahun,beralamat di No
2,Jalan Kekwa,RPT Pengkalan Pegoh,31500 Lahat dan Dato Azian
Osman yang berusia 61 tahun yang beralamat di Dewan Serbaguna
Dato' Azian Osman ,Kg Sri Kinta 31650,Ipoh Perak untuk mendapatkan
sedikit sebanyak info tentang latar sistem raja berpelembagaan dan
demokrasi berparlimen Malaysia.

PENGENALAN

Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi
teras kewujudan kerajaan Melayu.Cabaran terhadap pemerintahan beraja
berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan
Jepun.Walaubagaimanapun,pemerintahan beraja tidak
terhapus.Perintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa
sehingga diiktirah sebagai Raja Berpelembagaan seiring dengan konsep
Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita hari ini.
Perlembagaan Persekutuan pula ialah undang undang tertinggi dalam
negara kita.Undang undang yang terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan digubal oleh badan perundangan yang dipanggil Parlimen.

Raja berpelembagaan

Kesultanan Melayu Melaka
menunjukkan pemerintahan raja
yang berwibawa.Raja ialah
pemerintah yang berkuasa
mutlak.Raja Berpelembagaan pula
membawa maksud kerajaan yang
ditubuhkan di bawah sistem
berpelembagaan yang mengiktiraf
Raja sebagai ketua negara dan
perlembagaan sebgai undang
undang tertinggi negara.Jawatan
Yang di-Pertuan Agong diwujudkan
sebagai Ketua Utama Negara pada
31 Ogos 1957.

LAPORAN
KAJIAN

Jelaskan bahawa amalan demokrasi menjadi asas
kepada kemantapan sistem demokrasi berparlimen

Amalan demokrasi yang amalkan di Malaysia sememangnya memberikan
impak yang besar kepada negara kita,terutamanya dalam sistem demokrasi
berparlimen.Hal ini kerana,rakyat terlibat dalam sistem apabila mereka
diberikan peluang untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan untuk
mencorakkan pemerintahan demi kemakmuran negara.

Selain itu,amalan demokrasi juga dapat membentuk keadilan dalam
pemerintahan.Hal ini demikian kerana hampir semua suara rakyat akan
dibawa dan didengar oleh pemimpin di Parlimen.Hak-hak yang akan
dibawa untuk diperjuangkan dalam sistem pemerintahan ini bukan hanya
tertumpu kepada satu kelompok sahaja tetapi membawa semua suara
rakyat tanpa mengira status ,bangsa,agama san ideologi untuk
dilaksanakan dalam sistem pemerintahan.

Jadi ,jelaslah di sini bahawa amalan demokrasi menjadi asas
kepada kemantapan sistem demokrasi berparlimen.

LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN BERAJA DAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN

Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu seperti
Undang undang Negeri Melayu dan kemudiannya beberapa prinsip
undang-undang Inggeris disesuaikan dengan nilai tempatan.Sejarah
penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 apabila
Raja Muda Yusuf mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak
.Majlis Negeri Perak berperanan untuk menggubal undang undang bagi
negeri Perak.Perlembagaan di Malaysia mempunyai dua ciri utama,iaitu ciri
moden dan tradisional.Perlembagaan yang telah digubal boleh diubah
dengan melakukan pindaan.PIndaan dilakukan untuk menyesuaikan
peruntukan negeri baharu tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia
ada.Antara pindaan utama di Malaysia ialah Pindaan Perlembagaan 1963
dan Pindaan Perlembagaan 1965.

Peranan ydpa dan raja dalam
perlembagaan persekutuan

Sebagai ketua utama negara,Yang di-Pertuan Agong berada di
kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa iaitu eksekutif,perundangan
dan kehakiman.Antara kuasa YDPA dalam bidang eksekutif ialah
melantik Perdana Menteri dan jemaah Menteri.Selain itu,baginda
juga melantik jawatan penting seperti Peguam Negara dan Ketua
Audit Negara.Disamping itu,YDPA juga merupakan pemerintah

tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.Baginda juga
berperanan untuk melantik diplomat ke luar negara.Bikan itu

sahaja,YDPA juga bertanggungjawab untuk menjamin hak
isimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang

merupakan penduduk asal Malaysia.

Sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen
perlu dipertahankan.hujahkan.

Raja Berpelembagaan ini secara asasnya merupakan pelindung dan tiang
seri kepada asas demokrasi buat negara ini agar tidak didominasi oleh pihak-pihak yang mampu
mencetuskan ketegangan politik dalam negara.Hal ini boleh dilihat peranan Raja Berpelembagaan
khususnya Yang Dipertuan Agong yang melindungi penduduk asal Malaysia iaitu kaum Melayu dan
Bumiputera serta melindungi institusi asas seperti kehakiman dan kerajaan dengan pelantikan yang
munasabah menurut baginda.Bagi menjamin kepentingan rakyat, amalan demokrasi dikuatkuasakan
dengan bidang kuasa yang kuat untuk badan perundangan iaitu Parlimen
Insitusi Raja Berpelembagaan perlu dipertahankan kerana ia menjadi payung kedaulatan
negara,menaungi seluruh rakyat dan kepercayaan agama,iaitu agama Islam.

Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara dan kewujudannya menjadi
sebahagian identiti negara serta dilindungi perlembagaan. Justeru, institusi Raja sewajarnya menjadi
mauduk dan subjek istimewa dalam minda dan jiwa rakyat negara ini kerana pada institusi inilah
akan tersematnya kesetiaan kepada negara.

Sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen
perlu dipertahankan.hujahkan.

Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.
Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi
berparlimen member ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat
dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam perkembangan ekonomi Negara.

Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah,kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik telah
dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat mengekalkan keamanan dan
keharmonian Negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu,kerjasama dalam
masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali, Sistem ini juga dapat
memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi
membantu perkembangan sistem industri Negara.

kesimpulan

Pengamalan sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada
rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini,sistem tersebut telah dapat mewujudkan
suasana poliktik yang stabil,aman, dan makmur. Melalui demokrasi berparlimen,kewujudan
seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara
ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula,perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak
boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang
akan dating. Selain itu,setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh
menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan setiap
warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud,

- Di Malaysia,sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan
Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan. Biarpun terdapat
pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan,malah
dapat memantapkan lagi sistem sedia ada. Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui
kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan kerja sama Kerajaan Negeri,
telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang
berbilang kaum.

Sumber
rujukan

Jenis Maklumat berkaitan
sumber
rujukan

Buku ilmiah Idris Abdul Hamid, Norsuhaily Abu Bakar, Maheran Makhtar,2018,Bicara Ilmiah
Perlembagaan Malaysia,Kuala Terengganu,Unisza Bookstore

akhbar https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/03/39132/kedaulatan-institusi-raja-mesti-di
pertahan

televisyen Buletin TV3,6 Oktober 2021,8 malam, TV3 Malaysia

Audio visual https://youtu.be/Z-Q5ryXFPUI

lampiran


Click to View FlipBook Version