UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
ialah seorang pelajar atau remaja
yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan
kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan
kepada rakan sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan
pertolongan. PRS tidak berfungsi
untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan
tetapi menjadi seorang pendengar
yang peka kepada perasaan orang
lain, berminat dan mengambil berat
serta rela memberi khidmat dalam
sistem sekolah.
1. Bersedia dan rela membantu
rakan yang memerlukan
bantuan tanpa mengira
agama, bangsa, jantina,
kedudukan, perlakuan dan
fizikal.
2. Perkhidmatan Pembimbing
Rakan Sebaya hendaklah
dijalankan berdasarkan etika
PRS.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
“BANTU DIRI SUPAYA
BERUPAYA MEMBANTU
ORANG LAIN"
PRS harus dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan, perlakuan,
perhubungan, kemahiran, kreativiti
dan keimanan supaya berupaya
untuk membantu orang lain.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
Sistem pengurusan
perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya
yang cemerlang dan
berkualiti.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
Membentuk dan
melahirkan insan yang
seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani,
intelek dan cemerlang
berdasarkan falsafah dan
etika Pembimbing Rakan
Sebaya.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
1. Membina budaya kasih mesra dan saling
membantu dalam kalangan pelajar / remaja.
2. Membina pelajar / remaja yang yakin diri
dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan
kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi atau bakat kepemimpinan
dan menjadi individu yang peka, bertim-
bang rasa, rela, menolong dan berupaya
hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan
dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dalam kalangan pelajar / remaja.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk
membantu rakan dari segi akademik,
perlakuan, emosi dan peribadi.
2. Memberi khidmat sokongan dalam
perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk
mengisi pertambahan tuntutan dalam
perkhidmatan PRS.
3. Melatih murid dalam kemahiran asas yang
membolehkan mereka berinteraksi secara
berkesan dengan rakan dan individu lain.
4. Menubuhkan kumpulan pelajar / remaja
yang terlatih dan boleh menggerakkan
program dan aktiviti perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
PRS perlu patuh pada etika berikut:
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan
orang lain.
3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari
pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang
boleh merosakkan diri atau orang lain.
6. Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa.
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma
masyarakat dan agama.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan
orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Membantu menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan
untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat
bimbingan dan kaunseling seperti
membuat rujukan jika perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan
Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjalankan strategi intervensi
jika perlu.
6. Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka,
yakin dan percaya diri, berasa selesa
dan berempati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa
syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan
melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
10. Memberi sokongan dan galakan untuk
rakan mengambil langkah positif.
11. Mematuhi etika kerahsiaan.
12. Menyedari bahawa bukan semua masalah
boleh diatasi.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
13. Berbincang dan membantu rakan yang
menghadapi masalah biasa/normal.
14. Memimpin rakan melihat masalah dengan
objektif dan mengalakkannya
mencari penyelesaian sendiri supaya ia
belajar melalui pengalamannya.
15. Menjalankan program membantu sambil
mempengaruhi rakan lain supaya
melibatkan diri.
16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan
memahami batasan diri untuk membantu.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
Bahawanya kami dengan ini berikrar menerima dan
mematuhi serta mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya sesi ……………..
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab serta amanah diberikan tanpa
mengira tempat, masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing
Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar dan remaja contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan
disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan
kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan PRS.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU
Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar Khidmat Bakti
Menjana Kegemilangan
Wawasan Negara
Kami Berdiri Megah
Dengan Tekad Dan Harapan
Membantu Dan Membimbing
Penuh Kasih Mesra
**Korus
PRS Pemangkin
Masyarakat Penyayang
Berilmu Beramal,Bentuk Jati Diri
Amanah Diberi,Janji Ditepati
Amalan Mulia,Jadikan Panduan
Pembimbing Rakan Sebaya
Siap Sedia Berjasa
Membentuk Dan Membina
Hidup Yang Bermakna
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU