The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D6 - NUR SYAMIMI BINTI ROS AZLAN - TUGASAN 2 BUDAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyamimi10, 2022-03-31 08:50:18

TUGASAN 2 - BUDAYA (NUR SYAMIMI BINTI ROS AZLAN

D6 - NUR SYAMIMI BINTI ROS AZLAN - TUGASAN 2 BUDAYA

D6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 9 )

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
BMMB3163

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAMIMI BINTI ROS AZLAN
NO. KAD PENGENALAN: 980323-06-5797
2018192340117
ANGKA GILIRAN: PISMP D6

KUMPULAN: DATIN PADLON BINTI ABD RAHMAN
NAMA PENSYARAH TUGASAN 2
31 MAC 2021
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN

PROJEK:

TARIKH SERAHAN:

1

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN .................................................................................................................. 3
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 4
2.0 PROSES PEMBUDAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA ............... 4

2.1 ASIMILASI................................................................................................................... 4
2.2 AKULTURASI .............................................................................................................. 5
2.3 AKOMODASI............................................................................................................... 5
2.4 ALMALGASI ................................................................................................................ 5
2.5 SEGRASI .................................................................................................................... 6
3.0 HUBUNGKAIT USAHA MEMBINA PERADABAN BAGI MEREALISASIKAN DASAR
PERPADUAN ....................................................................................................................... 6
3.1 MENGUKUHKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BERTERASKAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN RUKUN NEGARA ........................................... 7
3.2 MEMBENTUK IDENTITI NASIONAL DENGAN SEMANGAT JATI DIRI, PATRIOTIK,
PRIHATIN, TOLERANSI, SALING MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB........ 8
3.3 MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENGHARGAI DAN MENGAMALKAN
PERPADUAN .................................................................................................................... 9
4.0 PENUTUP..................................................................................................................... 10
5.0 RUJUKAN ..................................................................................................................... 11

2

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya setelah bertungkus lumus dapat saya
menyiapkan tugasan secara individu bagi kursus Kebudayaan Kebangsaan ini dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah kursus ini yang saya kasihi dan hormati iaitu Datin Padlon kerana beliau telah
banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar
segala penyampaian pengajarannya difahami oleh saya dan juga rakan-rakan yang lain.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan
dan kerjasama yang erat kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa budi
baik mereka mungkin saya tidak akan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu,
sekalung penghargaan terima kasih juga kepada ibu dan bapa saya atas dorongan semangat
yang diberikan oleh beliau kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini sehingga selesai.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan kepada
saya ini. Jadi, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih.

3

1.0 PENGENALAN
“Merah Darah Malaysia” dalam petikan puisi Pulihkan Malaysiaku menyedarkan kita akan
pesanan Tun Abdul Razak bahawa kemerdekaan Malaysia ini hanya dengan adanya
perpaduan dalam kalangan rakyat. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
membawa mesej moral yang besar dalam nilai kesamarataan yang menjadi simbolik darah
merah. Perpaduan secara umumnya ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam
membentuk identiti nasional seperti satu bangsa dan satu bahasa. Mengambil kira konteks
negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan budaya maka konsep
perpaduan yang ditekankan ialah "Perpaduan dalam Kepelbagaian". Hal ini berlaku demikian
kerana berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah menerima fakta bahawa masyarakatnya
ialah masyarakat majmuk. Perubahan demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut
pecahan etnik telah banyak berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini. Budaya daripada
pelbagai bangsa dan agama telah melahirkan sebuah negara yang unik. Menurut Rohana
Yusof (2010) menyatakan bahawa budaya adalah sebagai segala cara hidup manusia yang
berdasarkan kebendaan dan bukan kebendaan.

Di saat Malaysia sering diasak dengan ancaman yang berpotensi menggoyahkan
perpaduan dalam 65 tahun kebelakangan ini, timbul satu tanda tanya, adakah rakyat Malaysia
ini gagah dalam menempuh sengketa? Lantas, penulisan kali ini akan membincangkan
mengenai proses budaya dan menilai keberjayaan Dasar Perpaduan Negara yang
mengemudi rakyat Malaysia dalam menjaga utuh perpaduan.

2.0 PROSES PEMBUDAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Sesuatu kebudayaan itu terbentuk oleh beberapa proses pembudayaan. Pada dasarnya,
proses pembudayaan atau proses penghasilan sesuatu budaya ini berlaku menerusi interaksi
satu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain. Proses pembudayaan ini boleh
dikelaskan kepada lima iaitu asimilasi, akulturasi, akomodasi, almalgasi dan segrasi.

2.1 ASIMILASI
Menurut Mansor et. al (2007) asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti
kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi
kebudayaan dan sosial. Asimilasi ini boleh menimbulkan dua kesan. Kesan yang
pertama ialah kelompok masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu
kelompak yang baru dengan menghilangkan budaya asal mereka. Kesan yang kedua
ialah masyarakat yang diasimilasi itu mengamalkan budaya yang baharu namun

4

masih mengekalkan identiti asal. Hal ini berlaku akibat penyerapan budaya dari
golongan majoriti kepada golongan minoriti. Sebagai contoh Cina Peranakan Kelantan
dan Melaka yang dikenali sebagai Baba Nyonya telah mengalami asimilasi budaya
dari segi masakan, bahasa, pakaian dan aktiviti harian. Antara budaya yang lazim
adalah masak asam pedas, berpantun dan memakai kebaya dan sarong. Hal ini
menunjukkan budaya masyarakat Cina telah mengalami asimilasi dengan budaya
masyarakat Melayu pada ketika itu.

2.2 AKULTURASI
Akuluturasi merujuk kepada proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok
kepada satu kelompok yang lain. Menurut Mardianah dan Hasnah (2003) akulturasi
ialah satu proses di mana berlaku perubahan dan pinjam-meminjam unsur
kebudayaan. Namun demikian, penerimaan budaya ini bergantung kepada sejauh
mana budaya asing tersebut memberikan manfaat dan sekiranya tidak, masyarakat
akan menolak budaya tersebut. Sebagai contoh, budaya black metal dan budaya
memakai kasut di dalam rumah telah ditolak oleh masyarakat Melayu. Hal ini kerana
budaya tersebut dianggap tidak sopan dan memberikan kesan yang buruk serta
bercanggah dengan budaya masyarakat Melayu. Oleh itu, proses akulturasi ini
merupakan pilihan masyarakat sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu
budaya asing.

2.3 AKOMODASI
Akomadasi merupakan proses pembudayaan yang menyebabkan setiap kumpulan
etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya masing-masing (Syamsul Amri, 2007). Akomdasi ini amat terkenal dengan
budaya masyarakat di Malaysia kerana di Malaysia, kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam kedaan harmoni. Penyataan ini disokong oleh
Mohd Ridhuan (2010) yang menyatakan konsep ini begitu meluas diamalkan di
Malaysia kerana masyarakat majmuk di Malaysia bebas dan saling hormat
menghormati dalam mengamalkan budaya masing-masing. Contohnya, sambutan
Tahun Baru Cina disambut di Malaysia dengan begitu meriah walaupun masyarakat
Melayu merupakan masyarakat yang dominan di Malaysia. Hal ini tidak menimbulkan
sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati mana-mana pihak kerana. Malaysia
telah mengalami proses akomadasi sejak dahulu lagi. Oleh itu, proses akomodasi
amat penting dalam mewujudkan negara yang harmoni khususnya di Malaysia.

2.4 ALMALGASI
Menurut Syamsul Amri (2007) lagi, amalgasi merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

5

Amalgasi dinyatakan degan etnik A, B dan C menghasilkan kumpulan D. Proses ini
jelas berlaku dalam perkahwinan campur di Malaysia yang membentuk satu generasi
baru atau budaya tanpa menuruti budaya asal mereka. Terdapat beberapa etnik yang
telah wujud dari proses amalgasi ini antaranya etnik Baba-Nyonya, Punjabi dan Jawi
peranakan di Penang. Etnik Baba-Nyonya terbentuk apabila kaum Cina berkahwinan
dengan kaum Melayu. Punjabi pula berlaku hasil daripada perkahwinan masyarakat
kaum Sikh dengan orang Cina dan Kadazan manakala Jawi Peranakan terbentuk
daripada hasil perkahwinan lelaki India Muslim dari Selatan India berkahwin dengan
perempuan Melayu. Perkahwinan campur ini telah menghasilkan kewujudan kelompok
masyarakat yang baharu dalam Malaysia. Proses ini dinamakan proses pembentukan
budaya secara amalgasi.

2.5 SEGRASI
Proses pembudayaan segresi adalah satu pengasingan atau penyatuan antara satu
kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain atas dasar agama, ras,
kebudayaan dan lain-lain. Segresi berlaku dalam beberapa keadaan iaitu tempat
tinggal, sistem persekolahan dan akhbar. Pembudayaan ini berlaku apabila dasar
pecah perintah yang telah dilakukan oleh British di mana orang Cina ditempatkan di
bandar, orang India ditempatkan di ladang-ladang dan orang Melayu ditempatkan di
kampung. Selain itu pemisahan dari segi pendidikan juga telah mewujudkan Sekolah
Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Hal ini telah memberikan
kesan yang baik dan buruk kepada masyarkat. Kesan baik yang dapat dilihat dari
segrasi ini ialah masyarakat dapat mengekalkan budaya masing-masing dengan aman
dan harmoni namun jurang ekonomi secara tidak langsung akan berlaku.

3.0 HUBUNGKAIT USAHA MEMBINA PERADABAN BAGI MEREALISASIKAN DASAR
PERPADUAN

Dasar Perpaduan Negara (DPN) ialah satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha
berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk,
mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dasar ini akan
bertindak sebagai pemangkin bag pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu
padu, harmoni dan makmur. Bagi masyarakat yang berbilang etnik, agama dan budaya,
perpaduan perlu menjadi agenda utama agar keamanan dan kelangsungan pembangunan
negara terjamin, sekali gus mempertahankan kedaulatan negara. Tunjang kepada teras dan
strategi DPN ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kedua-duanya

6

merupakan tulang belakang pembangunan Malaysia dan menjadi panduan kepada semua
dasar Kerajaan. Sejarah dan semangat di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara perlu dihayati dan diamalkan ole semua lapisan masyarakat. Terdapat 3 objektif DPN.
Berikut merupakan gambar rajah bagai objektif DPN.

Mengukuhkan perpaduan Membentuk identiti Melahirkan rakyat
dan integrasi nasional nasional dengan semangat Malaysia yang
jati diri, patriotik, prihatin, menghargai dan
berteraskan Perlembagaan mengamalkan
Persekutuan dan Rukun toleransi, saling perpaduan
Negara menghormati dan
bertanggungjawab

Gambar rajah 1 : Objektif Dasar Perpaduan Negara

3.1 MENGUKUHKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BERTERASKAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN RUKUN NEGARA

Disebabkan kepelbagaian kaum di Malaysia boleh mendorong kepada berlakunya proses
asimilasi iaitu pembentukan satu kelompok baharu melalui proses pencantuman antara etnik
berlainan budaya. Menurut Baterah Alias (2017), asimilasi berlaku apabila identiti sesuatu
masyarakat itu hilang kerana diserap oleh golongan masyarakat dominan dari aspek sosial
dan kebudayaan. Oleh sebab itu, DPN dan perlembagaan itu dirangka demi menjaga
keharmonian setiap agama dan budaya. Tambahan pula, Malaysia mengamalkan sistem
kerajaan demokratik dan tidak membuat perbezaan antara kaum seperti yang dikatakan oleh
Tunku Abdul Rahman. Titipan bermakna ini mengakar umbi dalam merah darah Malaysia
dalam memahami prinsip ketiga rukun negara yang menuntut keluhuran perlembagaan.
Dalam memenuhi teras perpaduan Patriotisme dan Demokrasi seperti yang digariskan dalam
Dasar Perpaduan Negara, kerajaan telah mencadangkan strategi pertama yakni
meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan perlembagaan persekutuan dan rukun
negara sebagai asas amalan hidup. Strategi ini telah disambut baik oleh rakyat yang telah
menganjurkan platform pendidikan secara teori dan praktikal. Malah, aspirasi murni Rukun
Negara ini adalah gagasan idealogi MAGERAN untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dan mewujudkan kehidupan yang lebih demokratik. Seorang pendeta lama pernah
menukilkan, ‘hidup ini perlukan tuhan, kerana tuhan itu tujuan pengabdian’. Sebab itu, rukun
pertama dalam Rukun Negara, mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
namun kita tidak pernah menafikan agama-agama dan kepercayaan bangsa-bangsa yang
lain menunjukkankan kepada kita bagaimana Kepercayaan Kepada Tuhan itu merupakan

7

pegangan utama seseorang anak bangsa. Peristiwa 13 Mei 1969 cukup mengajar kita betapa
sebenarnya persefahaman itulah kunci utama dalam kita menyemai sebuah perpaduan yang
harmoni. Tuntasnya, usaha kerajaan dalam merangka DPN ini berkesan dan mendatangkan
impak positif demi mengukuhkan perpaduan rakyat menerusi perlembagaan dan Rukun
Negara.

3.2 MEMBENTUK IDENTITI NASIONAL DENGAN SEMANGAT JATI DIRI, PATRIOTIK,
PRIHATIN, TOLERANSI, SALING MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB

Perpaduan merupakan intipati yang sering dilaungkan oleh pemimpin dalam menjamin
kelangsungan keamanan negara. Rentetan itu banyak medium yang digunakan bagi
mengutuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah menerusi
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara Malaysia. Sejarah telah membuktikan kesanggupan masyarakat majmuk
menggunapakai satu bahasa sebagai bahasa pengantar telah mewujudkan kehidupan
berkomuniti yang harmoni. Atas dasar inilah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa
perpaduan iaitu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada rasa
prasangka. Malah, menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan
jati diri sesebuah bangsa. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga dilihat sebagai medium
melahirkan masyarakat yang saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.
Terbukti di sini bahawa melalui proses pembudayaan akomodasi iaitu penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan dapat membantu merapatkan jurang antara kaum
melalui perkongsian satu bahasa yang boleh difahami secara bersama.

Malah, usaha pihak kerajaan telah lama dilihat sejak bahasa bahasa Melayu telah
digarap sebaiknya oleh pemimpin ketika itu melalui Jawatankuasa Razak 1956 sehinggalah
wujudnya Akta Pendidikan yang telah memperteguhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara. Menurut Faris et al. (2016),
segresi boleh didefinasikan sebagai tahap di mana dua atau lebih kumpulan kaum terpisah
antara satu sama lain. Walaupun terdapat sekolah yang dipisahkan melalui kaum
mewujudkan proses pembudayaan segrasi, namun atas usaha kerajaan yang mengangkat
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan tanpa menyekat kebebasan
Bahasa lain telah merapatkan jurang. Ini membuktikan kita tidak menafikan bahasa-bahasa
lain tetapi kita terus memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan perlembagaan yang
akhirnya telah membentuk identiti nasional.

8

3.3 MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENGHARGAI DAN MENGAMALKAN
PERPADUAN

Negara Malaysia yang kaya dengan budaya setiap bangsa telah melahirkan kepelbagaian
dan keunikan untuk diraikan bersama. Demi memastikan proses akultrasi iaitu satu kelompok
manusia dengan kebudayaan tertentu didedahkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing
yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam
kebudayaan sendiri (Azarudin & Khadijah, 2016), pelbagai usaha telah dilakukan oleh
kerajaan, swasta mahupun masyarakat untuk memelihara perpaduan dan mengekalkan
keunikan pengamalan setiap agama dan bangsa. Intinya kesepaduan sosial menjadi
prasyarat dalam menuju ke puncak perpaduan negara. Kesepaduan sosial kita berjaya
menempatkan Malaysia di tangga ke-20 daripada 163 buah negara dalam Indeks Keamanan
Global 2020. Rakyat Malaysia gagah menepis sengketa demi mengamalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum, mengangkat erti rukun negara kelima dalam
menyemai prinsip kesopanan dan kesusilaan bersama-sama. Bertuahnya bumi Malaysia,
konflik perbezaan kaum, agama dan bangsa telah disentuh seawal kanak-kanak berada di
dalam bilik darjah. Penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Silibus pendidikan berteraskan
perpaduan di Sekolah Jenis Kebangsaan juga dilihat selari dengan Strategi Kedua.
Konteksnya, Malaysia gagah menerusi kesepaduan sosial dalam konflik perpaduan dalam
menyemai prinsip kelima rukun negara yakni kesopanan dan kesusilaan.

Malah, usaha DPN dilihat jitu demi menyatukan rakyat tanpa mengira pangkat atau
darjat. Misalnya, DPN ada menyebut bahawa kumpulan minoriti dan rentan ekonomi wajar
diperkasa. Pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan kepada kumpulan B40, masyarakat
Orang Asli serta golongan rentan ekonomi yang tercicir dalam arus pembangunan. Bahkan,
Institusi Diraja dan kerajaan telah mengajak rakyat dalam bersama-sama menyumbang
kepada pemboleh daya perpaduan ini. Menyemai prinsip kedua rukun negara yakni kesetiaan
kepada raja dan negara telah dizahirkan kini. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah
agar bantuan kepada golongan susah perlulah diutamakan, malah Sultan Perak ini juga
perkenan dana khas sejumlah RM14.6 Juta buat rakyatnya. Seruan ini disambut setia dalam
erti perpaduan oleh rakyat Malaysia. Jika diimbau fenomena #benderaputih telah
menyaksikan jurang ketercapaian golongan rentan ekonomi dan golongan berkemampuan
semakin dieratkan melalui inisiatif pemberi bantuan dan lebih 100 gerakan lain yang mendapat
perhatian masyarakat turut menghulurkan bantuan. Izharlah, seruan pemimpin boleh
menggoncang negara, kesetiaan kepada raja dan negara bukti rukun negara dijulang
rakyatnya membuktikan rakyat Malaysia menghargai dan mengamalkan perpaduan.

9

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kunci utama kejayaan terhadap negara ialah perpaduan dalam kepelbagaian
yang dimiliki. Perpaduan yang dicapai hingga ke hari ini perlu terus dijaga daripada ancaman
dan anasir yang berpotensi meracun minda masyarakat. Lompang-lompang yang boleh
menyumbang kepada perselisihan dan ketegangan walaupun kecil, hendaklah sama-sama
kita tangani dengan penuh hemah agar tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak
sekali pun. Rakyat perlulah sentiasa berpegang kepada DPN yang dibina selari dengan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai tunjang kekuatan kita.

(1720 patah perkataan)

10

5.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia-Teori & Praktis. Arah Publication Sdn Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2010). Teori dan Teknik terjemahan. PTS Publication.
Azarudin Awang & Khadijah Khambali. (2016). Perkaitan Akulturasi Budaya Dan Hubungan

Antara Agama:Kajian Terhadap Komuniti Cina Pra Konversi. Jurnal Hadhari, 8(1), 85-
102.
Baterah Alias et al. (2017). Buku Revisi: Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford fajar.
Goh, S. S. 2007. Kebolehterjemahan Aspek-aspek Budaya dalam Terjemahan “Shui Hu
Zhuan.”Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Hamidah Abdul Rahman et. al. (2009). Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan
Praktik. Jurnal Pendidikan, Jilid 10, 1-15.
Kamus Dewan. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Perpaduan Negara. (2021). Dasar Perpaduan Negara.
https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/dasar-pelan-kementerian-
perpaduan-negara/dasar-perpaduan-negara-dpn.
Makiah Tussaripah. (2016). Kajian Adat Perpatih Di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut
Perspektif Islam. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), 1-11.
Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin. (2011). Pengajian Malaysia. Oxford Fajar.
Mastura Abd Wahab. (2020). Islam Sebagai Agama Persekutuan Dalam Kontrak Sosial Di
Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia.
Minsung Cho. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan Kebendaan Dalam Teks Terjemahan
Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Jurnal Melayu. Jilid 15 (2), 161-174.
Mohd Ridhuan. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah,
Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil. 3. 61-84.
Rohana Yusof. (2016). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi.. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sangar. M. (2011). Budaya Masyarakat Tamil Zaman Sangam Berdasarkan Teks Paripatal.
Universiti Malaya.

11

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.

Shamsul Amri Baharudin. (2014). Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan. Institut
Terjemahan Buku Negara dan Institut Kajian Etnik.

Suwardi Endraswara. (2006). Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan. Gamping.
Pustaka Widyatama.

12

13

14


Click to View FlipBook Version