The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by budakbaik049, 2019-10-21 20:06:05

KERTAS KONSEP CORPU

KERTAS KONSEP CORPU

A: PENGENALAN PROJEK

1. Tajuk

Nama Projek: CORPU

2. Latar Belakang

Burung puyuh adalah di antara burung yang tinggal di Malaysia. Ia bersifat pemalu, liar, bergerak
pantas ,dan mudah terkejut. Burung puyuh yang diternak terdiri daripada dua jenis iaitu burung puyuh
pedaging dan burung puyuh penelur .

Burung puyuh diberi makan sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.
Kandungan pemberian makanan pula bergantung pada peringkat umur puyuh dari hari pertama sehingga
tempoh matangnya. Contoh-contoh makanan puyuh ialah dedak halus, dedak kasar, jagung, beras hancur
dan bijirin lain.

Produk ini tercipta berdasarkan pengalaman kami menternak puyuh daripada hari ke-15 hingga
42. Masalah yang wujud semasa kami menternak menyebabkan kami berbincang untuk menghasilkan
‘CORPU’ ini.

Produk ini menggunakan sepenuhnya barangan terpakai yang seterusnya mampu menjimatkan
kos tenaga buruh, masa, dan mengurangkan kadar kecederaan dan kematian puyuh. Produk ini sesuai
digunakan untuk penternak dalam skala yang kecil dan menggunakan reban atau sangkar.

3. Objektif

Objektif penghasilan projek inovasi ini adalah:

1. Pemberian makanan pada burung puyuh tepat pada waktunya.
2. Mencipta bekas makanan yang dapat berfungsi semasa cuti hujung minggu.
3. Mengurangkan pembaziran dedak.
4. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif.
5. Mendidik pelajar supaya menggunakan semula bahan-bahan terbuang.

4. Kos Projek

Kos projek hanyalah melibatkan beberapa bahan asas :

Bil Bahan-Bahan Kuantiti Kos Seunit
1. Botol minuman 1.5 liter 1 -

2. Cable tie 5 RM 0.20
3. Flexible hose 15-20 cm RM 2.00
4. Kotak susu 1
5. Pisau / gunting 1 -
Jumlah -
RM 2.20

Kos pengeluaran = Kos bahan + Kos upah + kos overhead
= RM 2.20

B: PERNYATAAN MASALAH

1. Permasalahan

Semasa sedang melaksanakan tugasan, kami dapati:

• Pemberian makanan tidak mengikut waktu yang sepatutnya / lewat.
• Puyuh cedera bergaduh kerana makanan yang diberi tidak mencukupi.
• Kekangan untuk hadir ke sekolah semasa cuti persekolahan, hujung minggu, atau cuti-cuti

pelepasan am.
• Pembaziran makanan kerana puyuh gemar mengais dan menaburkan makanan.

2. Analisis Masalah

Setelah mengenal pasti dan menganalisis masalah, kami dapati bahawa:

I. Masalah kekangan masa pada waktu cuti sekolah disebabkan jarak antara rumah dengan
sekolah yang jauh telah mengganggu kelancaran pelajar untuk hadir pada cuti sekolah
disamping urusan-urusan keluarga.

II. Kelewatan pemberian makanan menyebabkan burung-burung puyuh cedera kerana bergaduh .
Dikuatiri menganggu tumbesaran dan berat puyuh.

III. Jika pemberian makanan dengan banyak bagi menampung 2 hari hujung minggu, didapati
berlaku pembaziran kerana sifat burung puyuh yang suka mengais-gais menyebabkan banyak
dedak keluar dari bekas makanan.

3. Kaedah dan Teknik Pemilihan Masalah

• Pengalaman sendiri
• Perbincangan dalam kumpulan .
• Membuat kajian dan tinjauan.

Hasil tinjauan

TINGGI

0

HARGA PENJIMATAN TENAGA BURUH RENDAH
MASA KEBERSIHAN

Bekas komersial CORPU

4. Rasional Pemilihan Projek

• Memenuhi kehendak tugasan dalam aktiviti amali pdpc.
• Mengaplikasikan barang-barang terpakai daripada dibuang begitu sahaja.
• Menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain supaya berfikir kreatif dan inovatif dengan

menghasilkan reka cipta daripada barang-barang terbuang.

5. Pernyataan Masalah

I. Adakah saiz botol 1.5 L yang digunakan dapat menampung keperluan makanan burung selama
dua hari?

II. Adakah flexible hose yang digunakan dapat membantu kelancaran pengaliran dedak ke kotak
makanan.?

III. Adakah saiz kotak susu/jus sesuai untuk menggelakkan burung puyuh masuk kedalam bekas dan
mengakibatkan pembaziran?

IV. Apakah saiz jaring plastik yang sesuai digunakan untuk menutup bekas makanan agar dedak
tidak keluar tetapi burung masih boleh mematuk?

C: PROSES PELAKSANAAN PROJEK

1. Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Tn. Hj. Azman bin Mashuri
(Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Azimah binti Basiran
(PK Kokurikulum)

Penyelaras : En. Mohd Asnawi bin Satdiman (Ketua Panitia Sains Pertanian)
Pn. Rozana binti Abdul Rahman ( Guru Penasihat KPA dan Geografi)

AJK Pelaksana : 1) Nur Aqlima binti Mohamad Fitri (Kelab Pencinta Alam)
Senarai Tugas AJK Pelaksana 2) Nursyahirah Alya binti Ahmad Zamri (Kelab Pencinta Alam)

3) Nurin Athirah binti Nor Sam (Kelab Pencinta Alam)

Bil Jawatan Tugas
1. Pengerusi
I. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum
(Pengetua) serta memastikan perlaksanaannya selaras dengan dasar
Kementerian Pendidikan.
2. Timbalan Pengerusi
(PK Kokurikulum) II. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan , pentadbiran dan
kewangan sekolah.
3. Penyelaras
III. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

I. Bertangungjawab kepada pengetua dalam aspek pengurusan
kokurikulum.

II. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum sekolah.
III. Membantu pengetua di dalam semua aspek perancangan dan

pengurusan kokurikulum sekolah.

I. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif projek serta
menentukan bahawa objektif itu tercapai.

4. AJK Pelaksana II. Bertanggungjawab menasihati , membimbing dan mengawal projek
supaya benar-benar terlaksana dengan teratur.
2. Sumber /Dana
i. Panitia Pertanian III. Mengawal setiap perjumpaan dan tidak menyalahi undang-undang.
IV. Menyelia kehadiran pelajar ke sekolah pada hari yang ditetapkan .

I. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
II. Hadir pada setiap aktiviti yang dirancang.
III. Mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
IV. Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

3. Jalinan Kerjasama

• Seluruh warga SMK Batu Laut
• Panitia Pertanian dan Kelab Pencinta Alam dan Geografi.

4. Proses Kerja

Proses memotong belakang botol plastik.
Proses memotong kotak susu

Mengukur panjang tiub yang sesuai.
Memotong tiub penyaluran.

Penyambungan tiub penyaluran ke kotak susu
Membuat penyambungan
CORPU sedia di uji.

Rajah: Carta Alir Proses Kerja 'CORPU'

D: PENILAIAN PROJEK (KEMENJADIAN PROJEK)

1. Tinjauan

Sebelum memulakan projek inovasi ini , kami terlebih dahulu memohon kebenaran
pihak pentadbir dan kebenaran ibu bapa pelajar yang terlibat. Kami juga membuat tinjauan pada
eksperimen terdahulu iaitu menentukan jisim dedak yang di perlukan untuk sehari bagi seekor burung .

• Tinjauan pada jisim dedak yang diperlukan.
o Kami membuat pemerhatian dalam satu hari bagi kuantiti dedak yang di perlukan oleh
ekor burung.
o Kami mendapti seekor burung puyuh yang berusia 12-16 hari makan sebanyak 20g
sehari.

• Tinjauan pada jenis bekas dan saiz bekas.
o Melalui pemerhatian yang dilakukan, apabila saiz bekas terlalu besar , burung-burung
puyuh cenderung untuk masuk ke dalam bekas makanan semasa makan. Ini
mengakibatkan lebih banyak dedak keluar dari bekas dan menyebabkan pembaziran.
o Oleh itu kami mengambil keputusan untuk menggunakan kotak susu atau kotak jus
minuman bersaiz 1L. Dimana saiz ini tidak terlalu kecil untuk menampung keperluan
dedak sepanjang dua hari. Pada masa yang sama ianya juga tidak terlalu besar untuk
membolehkan burung puyuh masuk ke dalamnya.

2. Penambahbaikan yang Dilakukan

• Pada kotak susu
o Memotong kotak susu secara serong bagi membolehkan burung puyuh dengan
ketinggian yang berbeza mendapat peluang yang sama untuk makan.
o Menggunakan jaring untuk menutup dedak supaya dapat mengurangkan aktiviti
mengais dan mengurangkan pembaziran. Jaring ini menghalang dedak bertaburan
tetapi tidak menghalang burung untuk mematuk dedak.

• Pada penyambungan.
o Plastisin digunakan untuk mengetatkan penyambungan dari hose ke kotak. Kerana
kami dapati jika kami menggunakan kotak susu 'Farm Fresh" hose dan bukaan kotak
susu dapat di sambung dengan sempurna. Bagi kotak jus atau kotak susu jenama lain,
sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk mengetatkan penyambungan. Di
mana kami menggunakan plastisin untuk mengetatkannya.

3. Perubahan yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi.

• Dedak tidak bertaburan dan penggunaan dedak lebih jimat.
• Aliran keluar dedak lancar tidak tersekat dengan penyambungan yang kukuh.
• Lebih banyak masa bersama keluarga di hujung minggu.

4. Nilai Komersial

Tinjauan nilai komersial

i. Kaedah : Temuramah

Responden : Muhammad Azmin Haikal bin Azman

Hasil dapatan : CORPU meringankan kerja pemberian makan oleh peladang puyuh. Peladang
mempunyai lebih masa untuk aktiviti lain seperti membuat pembersihan kandang.

5. Akuan dan Kesahan
Banding beza antara bekas kormersial dan CORPU

Bekas makan komersial CORPU

Mahal RM 3.50 Murah RM 2.20
Mudah digunakan Mudah digunakan
Perlu sentiasa dibersihkan/ mudah kotor Tidak perlu di bersihkan. Jika kotor buang dan
ganti yang baru
Upah pekerja pada hujung minggu jika penternak Tida perlu tenaga buruh tambahan.
ada urusan lain.

E: KESIMPULAN PROJEK

1. Masalah dan Kekangan , Penyelesaian Masalah dan Tindakan Susulan.

Jadual di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi semasa proses penghasilan projek serta
penyelesaiannya.

Bil Masalah Penyelesaian Tindakan Susulan
1. Pemilihan bekas Mengutip dan menggunakan Keputusan pemilihan botol air minuman 1.5
bahan terbuang yang ada L . Saiz bukaan yang muat sempurna dengan
botol yang sesuai dirumah dan disekolah flexible hose yang digunakan.
2. Pemilihan bekas Mengutip dan menggunakan Menggunakan kotak susu. Disebabkan
bahan terbuang yang ada di kedudukan mulut kotak yang agak serong
makanan rumah dan di sekolah memudahkan penyambungan. Saiz kotak
juga sesuai dengan saiz reban, kuantiti
3. Pemiliihan flexible Tiub penyambung mesin dedak dan dapat menghalang burung
hose basuh. memasukinya.
Sifatnya yang flexible. Mudah dibengkokkan
dan saiz dimeter yang sesuai untuk aliran
dedak.

2. Cadangan Penambahbaikan/Evolusi

Pada masa hadapan kami mencadangkan agar bekas minuman secara automatik pula
perlu di reka. Dimana bekas minuman yang berpusat ( satu tangki sahaja) digunakan untuk membekalkan
air kepada beberapa reban burung puyuh.

3. Rumusan Projek
I. CORPU berjaya di hasilkan dan dapat berfungsi dengan baik.
II. Dapat mengatasi masalah yang timbul seperti kecederaan pada burung puyuh dan
pembaziran yang berlaku.


Click to View FlipBook Version