SEK KEB SUNGAI KELAMBU
KG SUNGAI KELAMBU,42700 BANTING,
SELANGOR.
TAJUK :
AMALAN BERSUCI DALAM
MENANGANI WABAK COVID-19
NAMA : NUR ALYA QAISARA BT MOHD AKMAL
TAHUN : 5 MAJU
NO AHLI PPIM:
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih diucapkan guru-guru Puteri Islam saya,
rakan-rakan,ibu bapa saya kerana sudi membantu
saya mencari bahan serta menghasilkan buku skrap
ini.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke
hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka saya
berjaya menyiapkan buku skrap ini. Buku skrap ini di
harap dapat membantu pelajar mengetahui tentang
amalan bersuci dalam menagani covid-19.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru-guru Puteri Islam saya serta rakan-
rakan yang membantu saya menyiapkan buku skrap
ini.
Sekian terima kasih.
BERSUCI
PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )
Thaharah atau bersuci ialah
menghilangkan hadas dan najis dari
badan, pakaian dan tempat supaya
dapat menunaikan ibadat khususnya
ibadat solat.
Bersuci itu adalah sesuatu yang
wajib di dalam ajaran islam.Tanpa
bersuci ibadat tidak di terima.Di
antara cara bersuci ialah wuduk ,
mandi dan membersihkan najis dari
badan dan pakaian.
JENIS-JENIS BERSUCI
1- Menyucikan badan dari hadas kecil
Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil
dengan berwuduk atau bertayammum. Orang
yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan
solat atau menyentuh al-Quran.
2. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar
hendaklah membersihkan dirinya dengan
mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka
yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid
dan nifas. Orang yang berhadas besar juga
diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk
di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-
Quran.
3. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil
(kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat
keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti
air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis
itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan
najis,baunya dan rasanya.
Membasuh tangan dapat cegah penyakit dan
menyebarkan jangkitan kepada orang lain
kerana ;
• Kita kerap menyentuh mata, hidung dan
mulut tanpa sedar. Tangan yang tercemar akan
memindahkan kuman ke saluran pernafasan
melalui mata, hidung dan mulut
• Kuman dari tangan yang tidak dibasuh boleh
berpindah ke objek yang disentuh seperti
tombol pintu, telefon bimbit, duit dan juga
semasa bersalaman