E FOLIO
TAJUK : BANJIR KILAT
Nama Pensyarah : Siti Aishah Binti Othman
Nama Ahli Kumpulan
● MUHAMMAD HAZIM FAHMI BIN MOHD ZAINON
(16DPM21F1052)
● MUHAMMAD ZAMIRUL IRFFAN BIN MOHD ZAKIMAN
(16DPM21F1076)
● ALIF IMAN BIN HISHAMUDDIN (16DPM21F1086)
Introduction
Banjir atau bah ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat luas yang
biasanya kering. Arahan Banjir Kesatuan Eropah (EU) mentakrifkan banjir sebagai litupan air pada tanah yang
biasanya tidak dilitupi oleh air. Dalam erti kata "air mengalir", perkataan itu juga boleh digunakan untuk aliran air
pasang.
Banjir boleh berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air dibekalkan oleh hujan atau salji lebih tinggi
daripada kadar pengeringan. Lebihan air akan terkumpul di suatu tempat dan kadang-kadang boleh mencecah
kedalaman berbahaya. Tanah permukaan boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air
dengan berkesan. Penyusupan juga lambat di kawasan tanah beku, batu, konkrit, kawasan berturap atau
berbumbung. Banjir kawasan bermula di kawasan rata seperti dataran banjir dan di kawasan depresi tempatan
yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat bergantung pada cerun permukaan. Lembangan
endoreik mungkin mengalami banjir di kawasan ketika taburan air melebihi kadar penyejatan.
Punca punca banjir kilat
• Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di
kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi
air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi
air.
• Sistem perparitan tidak terancang
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan
kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan
cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
• Hakisan sungai
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara
semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan
turun dengan lebat, air akan mengalir deras dan menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah
tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai
• Hutan tadahan
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan
haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia
dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke
permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang
diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara.
Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
KESAN KESAN BANJIR
Kesan jangka pendek
1. Risiko untuk lemas akibat banjir
Kebanyakan kematian ini dicatatkan di kawasan yang mengalami banjir kilat
berbanding kawasan yang banjir disebabkan paras sungai yang meningkat.Selalunya,
perkara ini berlaku kerana mangsa tidak dapat menganggar kekuatan sebenar arus
serta kedalamannya sewaktu banjir. Malah, ada juga yang terkorban sewaktu
melakukan evakuasi.
2. Kecederaan kecil serta jangkitan
Antara kesan banjir yang lain ialah risiko kecederaan dan jangkitan yang tinggi. Ramai
mangsa banjir akan mengalami kecederaan, sama ada disebabkan banjir itu sendiri
atau kerana terluka terkena serpihan kayu, besi dan plastik yang terapung di dalam air.
Kesan banjir dalam jangka Panjang
1. Kesan terhadap psikologi
Bencana banjir merupakan satu peristiwa yang boleh meninggalkan trauma
dalam kalangan mangsa.Walaupun banjir sudah surut, ada di dalam kalangan
mangsa banjir yang akan mengalami tekanan perasaan yang teruk disebabkan
kehilangan harta benda dan juga nyawa.
2.Kerosakan fizikal akibat banjir
Tidak dinafikan, banjir boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda
awam. Jalan, jambatan, rumah dan ladang habis musnah dilanda banjir.Akibat
banjir, banyak perniagaan yang terpaksa ditutup disebabkan banjir.
Perniagaan ini juga mungkin akan memakan masa bertahun-tahun untuk
pulih.
Solusi untuk meghindar banjir
Rajin Hindari Buanglah
Membersih Membuat Sampah
kan Saluran Rumah di
Pinggiran Pada
Air Sungai Tempatnya
LAMPIRAN
SUMER RUJUKAN
1)https://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir
2)http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/2009/09/banjir-kilat.html
3)https://www.mywilayah.com/2021/11/banjir-kilat.html
KESIMPULAN
Banjir kilat adalah salah satu bencana alam yang
boleh menjejaskan semua penduduk di mana kita
dapat lihat kejadian tersebut boleh meragut nyawa
dan merosakkan harta benda dengan sekelip mata .
Walaubagaimanapon , kita sebagai umat mestilah
redha dan menerima semua ujian yang diberi oleh
Allah SWT , bencana ini juga berlaku atas sebab untuk
memperingatkan kita supaya terus bersujud dan
melaksanakan suruhan-Nya
THANKYOU