The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Sejarah Tingkatan 1
Hana Maisarah binti Ilyas
Kelas: 1 Bristol
CP: 211034

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnaassanah, 2021-08-31 12:03:59

BANGUNAN BERSEJARAH MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Kajian Sejarah Tingkatan 1
Hana Maisarah binti Ilyas
Kelas: 1 Bristol
CP: 211034

BANGUNAN BERSEJARAH MASJID
TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Nama: Hana Maisarah Binti Ilyas
Kelas: 1 Bristol
No. CP: 211074

1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK

BIL. PERKARA HALAMAN TARIKH TANDATANGAN
1.1 Tajuk Kajian 1 1/08/21 HMI
1.2 Jadual Kerja 2 3/08/21 HMI
1.3 Objektif Kajian 3 6/08/21 HMI
1.4 Kaedah Kajian 4 6/08/21 HMI
2.1 Mengumpul Maklumat 5 7-15/08/21 HMI
2.2 Kerangka Kasar Penulisan 8 18/08/21 HMI
3.1 Pengenalan 9 20/08/21 HMI
3.2 Latar Belakang Bangunan 13 20/08/21 HMI
3.3 Struktur Bangunan 15 21/08/21 HMI
3.4 Tujuan/Sebab Binaan 18 22/08/21 HMI
3.5 Fungsi Bangunan Masa Kini 19 23/08/21 HMI
3.6 Langkah-Langkah Pemerliharaan 20 24/08/21 HMI
3.7 Rumusan 21 25/08/21 HMI
3.8 Rujukan 22 26/08/21 HMI
4.0 Penilaian Umum 23 30/08/21 HMI

1/27

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat
memenuhi objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang
ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan
bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga
dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan di kalangan
rakyat Malaysia.

c) Dengan membuat kajian ini saya dapat mengambil iktibar daripada pemikiran
hebat rakyat Malaysia dalam menghasilkan bangunan-bangunan baharu yang
ikonik dan menjadi mercu tanda kebanggaan Malaysia.

d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisma di dalam diri saya dan juga
dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.

2/27

1.4 KAEDAH KAJIAN

Sebanyak lima kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan bersistematik.

a) Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari artikel ilmiah dan laman web yang dimiliki
oleh kerajaan untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

b) Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut menggunakan laman web Perpustakaan Negara Malaysia untuk
menjalankan penyelidikan daripada sumber-sumber yang ada di situ. Dengan
penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan
sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya

c) Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang bangunan yang dikaji malah turut memuat turun bahan
yang terdapat dalam laman sesawang tersebut.

d) Bimbingan guru
Saya telah mendapat bimbingan guru saya iaitu Encik Mohd. Zulkifli Bin Yasok yang
memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kajian ini.

e) Temubual
Temubual telah diadakan dengan beberapa pengunjung untuk mendapatkan
maklum balas langsung mengenai Masjid Sultan Zainal Abidin. Saya telah
mengadakan temu bual lisan secara elektronik dengan pegawai yang bertugas di
bengunan tersebut yang mempunyai banyak maklumat.

3/27

2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT

Maklumat telah dikumpulkan melalui beberapa sumber:
a) Jurnal Ilmiah

Nama pengarang: A. S. Ibrahim, Nuranis Fadhilah Mohamed Shuhaimy, A. A. Bakar,
Noor Fazamimah Mohd Ariffin, Shamzani Affendy Mohd Din

Tarikh terbit : 3 Mei 2012

Tajuk jurnal : The effect of landscape design elements and mosque design on
the thermal environment of main prayer hall: a case study of
Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque, Putrajaya,

Tempat Terbit :

Penerbit : Seminar Proceeding, UMRAN 2012

b) Akhbar

• Nama akhbar: Utusan Malaysia

Tarikh: 17 Disember 2020

Halaman: https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/rusia-mahu-jalin-

kerjasama-dengan-masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin/ (diakses menerusi

internet)

• Nama akhbar: Berita Harian
Tarikh: 9 September 2017
Halaman:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/323153/masji
d-bukan-setakat-tempat-solat

c) Internet

4/27

• Laman Web Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v3/

• Laman Web Wikipedia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tuanku_Mizan_Zainal_Abidin

• Laman Web Perbadanan Putrajaya https://www.ppj.gov.my/en/second-

menu/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin

• Laman Web Abdullatif Al-Fozan Award https://mosqpedia.org/en/mosque/115

d) Orang sumber
Nama: Zuhir bin Ibrahim
Umur: 63 tahun
Alamat: Bandar Baru Bangi, Selangor

Nama: Nur Dalila Assanah
Umur: 30 tahun
Alamat: Sungai Buloh, Selangor

5/27

LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA ORANG
SUMBER

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan disebabkan pandemik ini, temu bual telah
diadakan menggunakan telefon. Dua orang pengunjung telah dipilih. Seorang
pengunjung dari kawasan sekitar (kurang 10 km daripada masjid) dan seorang lagi
pengunjung yang tinggal di luar kawasan.
Kedua-dua pengunjung telah ditanya mengenai pandangan terhadap seni bina masjid,
keberkesanan teknolgi yang telah diterapkan dan elemen yang menarik minat orang
sumber untuk beribadah di masjid berkenaan.

6/27

2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN

BIL. TUGASAN BUTIR
1 Pengenalan
o Memperkenalkan bangunan tersebut.
2 Latar belakang bangunan o Menceritakan keunikan bangunan tersebut.
o Lokasi bangunan
3 Struktur bangunan
o Menceritakan asal-usul bangunan tersebut
4 Tujuan bangunan dibina o Pengasas bangunan / tarikh pembinaan / kos binaan
5 Fungsi dan keadaan bangunan o Tarikh perasmian bangunan

pada masa kini o Reka bentuk pelan bangunan
6 Cadangan langkah-langkah o Bahan binaan
o Hiasan dalaman
memelihara bangunan o Cara pembinaan
7 Rumusan
o Menyatakan tujuan asal bangunan dibina
8 Rujukan o Kegunaan dahulu bangunan

9 Penilaian umum o Menyatakan kegunaan bangunan sekarang
o Keadaan bangunan sekarang

o Menyatakan peranan kerajaan
o Merupakan tanggungjawab rakyat
o Agensi-agensi kerajaan

o Memberi pengetahuan
o Memupuk unsur-unsur patriotisma
o Menyatakan harapan yang releven

o Berdasarkan buku majalah akhbar
o Internet
o Temubual
o televisyen

o memupuk semangat patriotic dan cintakan warisan
bangsa

o menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
o melahirkan rakyat berdisiplin

7/27

3.1 PENGENALAN

Pandangan Hadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin daripada Kiblat Walk
8/27

1. Nama Bangunan
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XII Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-
Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Tuanku Mizan merupakan Yang
di-Pertuan Agong ketika itu.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi

2. Keunikan Bangunan
Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan
membuatkan pemandangan bertamah indah bagi pengunjung yang menginginkan
kedaimaian dan ketenangan jiwa.

3. Lokasi Masjid Tuanku Mizan
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putraya bersetentangan
Istana Kehakiman atau “PALACE OF JUSTICE”. Lokasi masjid yang strategik dan
menarik di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar
negara.
-Peta Lokasi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

9/27

3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN

1. Tarikh Pembinaan
Masjid ini mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan
dibuka pada hari jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Tempoh pembinaan
selama 5 tahun 4 bulan.

Perasmian Masjid Tuanku Zainal Abidin oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin disaksikan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
pada 11 Jun 2020
2. Asal Usul Masjid Tuanku Mizan
Masjid ini telah dibina oleh kerajaan Malaysia dan diuruskan pembinaannya oleh
Perbadanan Putrajaya.
Masjid ini telah diserahkan bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

10/27

3. Kos Pembinaan
Masjid ini telah dibina dengan kos RM 200 juta (~US$ 55 juta). Kontraktornya ialah
Ahmad Zaki Resources Bhd.. Arkitek pula ialah Dato’ Seri Ar. Nik Mohamed
Mahmood - Ar. Nik Arshad bin Nik Mohamed daripada Kumpulan Senireka Sdn.
Bhd.

11/27

3.3 STRUKTUR BANGUNAN

1. Cara Pembinaan
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus.
Masjid ini mempunyai 5 tingkat dengan keluasan 73,795 meter persegi. Masjid ini
tidak mempunyai sebarang menara.

2. Bahan Binaan
Masjid ini dibina dari keluli, konkrit bertetulang dan kaca. Kira-kira 6,000 tan keluli
digunakan bagi pembinaan terebut yang mewakili kira-kira 70% manakala
selebihnya adalah konkrit.

3. Ciri-ciri Keistimewaan

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada
pemasangan kipas kekal ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya
menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Alat ini
membolehkan udara di kitar semula bagi memastikan keadaan masjid sejuk tanpa
penghawa dingin.

Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan
para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

12/27

Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual
Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut
dipasang pada Stadium Santiago Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara
Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris).

13/27

Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi
mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan
masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah
yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Dari arah kompleks kerajaan, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi
sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini
yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan
kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan
dalamannya dilatari ukiran Asmaul Husna menggunakan tulisan kaligrafi daripada
jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-
Quran daripada Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

4. Hiasan Dalaman
Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan
ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang
ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan
cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat
148 hingga 153 surah al-Baqarah.

14/27

Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-
Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari
tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna

15/27

Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat

Dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada
“lattice” dan “architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus
cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang
digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid ini telah mendapat anugerah Schott Design Awards for Architecture Glass
2006.

16/27

GAMBAR PELAN BANGUNAN
17/27

GAMBAR PELAN LANTAI
Pelan Lukisan Kasar Pandangan Atas

Lukisan Pelan - Pandangan Hadapan

18/27

3.4 TUJUAN BINAAN

Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan
sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai
keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara,
menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang
selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara.
Masjid ini juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah
serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

19/27

3.5 FUNGSI DAN KEADAAN BANGUNAN
MASA KINI

1. Kegunaan Sekarang

Masjid ini mengandungi 3 ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan
dewan solat muslimat. Ia boleh menampung seramai 24,000 jemaah pada satu-
satu masa.

Selain itu, masjid ini juga telah menjadi pusat rujukan bagi persoalan pelbagai
dan kemusykilan agama.

Masjid Tuanku Mizan mempunyai bilik pameran yang mampu memuatkan 250
orang, pejabat, bilik jenazah dan bilik kawalan audio visual. Kemudahan ini
membolehkan masjid ini menjalankan aktiviti komuniti setempat.

Seterusnya, terdapat juga tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan
masjid, 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid, dapur, bilik
orang kenamaan, bilik penyelenggaraan dan ruang letak kereta bawah tanah.

2. Program Yang Diadakan Di Masjid

Masjid ini mengadakan solat berjemaah setiap waktu dan solat jumaat yang akan
diketuai oleh imam besar secara bergilir-gilir. Pada waktu kerja, masjid ini
dipenuhi oleh Jemaah daripada pejabat-pejabat di sekitar manakal pada waktu
lain oleh penduduk setempat.

20/27

Selain itu, aktiviti keagamaan lain turut diadakan antaranya qiamullail, ceramah
agama, majlis sambutan perayaan keagamaan seperti maulidur rasul.
Masjid ini turut dijadikan pusat aktiviti setempat, antaranya majlis pernikahan,
program cuti sekolah untutk remaja dan kana-kanak, simulasi haji dan program
motivasi.
Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan masa ini, masjid ini turut menjadi
hos kepada ceramah agama secara dalam talian.

21/27

3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMERLIHARAAN

1. Pihak Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan penting dalam memelihara Masjid Tuanku Zainal
Abidin dalam mengekalkan kedudukan masjid sebagai bangunan yang menjadi
lambang kebanggan negara.

Pihak pentadbiran perlu mengambil langkah pencegahan bagi memastikan
bagnunan ini terpelihara. Pemeriksaan berkala hendaklah dilakukan bagi
mengenal pasti kerosakkan dalam bangunan langkah penmulihan boleh
dilaksanakan dengan segera agi mengelakkan kerosakkan bertambah teruk.

Keunikan Masjid Tuanku Zainal Abidin dari aspek seni bina dan teknologi wajar
diketengahkan dengan lebih luas kepada orang ramai masjid ini boleh dileatakkan
sebagai ikon atau pusat pelancongan yang wajar dilawati oleh pelancong dan
orang ramai.

2. Sekolah/Ibu Bapa

Bagi memelihara masjid ini pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah mendidik anak-
anak untuk menghargai keunikan dan kepentingan masjid sebagai tempat ibadah
dan pusat kegiatan setempat. Anak-anak perlu dididik agar tidak melakukan
vandalisma kepada masjid dengan menconteng dinding atau sengaja merosakkan
harta awam masjid.

Anak-anak hendaklah dididik agar tidak membuang sampah merata-rata di dalam
masjid dan menjaga kebersihan masjid. Kebersihan merupakan sebahagian
daripada iman dan merupakan nilai murni dalam masyarakat.

22/27

Mereka juga wajar dididik agar mengekalkan kekemasan masjid dengan
menyusun selipar dengan teratur ketika hendak masuk ke masjid dan meletakkan
semula sejadah dan telekung setelah digunakan.
3. Media Masa
Pihak media boleh memperkenalkan lagi bangunan Masjid Tuanku Zainal Abidin
sebagai latar belakang atau lokasi filem dan drama. Ini dapat mengkomersilkan
dan menaikkan nama masjid sebagai lokasi yang menarik dan fotogenik.
Media masa juga boleh mengadakn dokumentari dan program berkaitan masjid ini
antara aspek yang boleh diketengahkan nilai estatika dan seni bina yang menarik
serta penggunaan teknologi yang inovatif.

23/27

3.7 RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah Berjaya menyiapkan kajian sejarah ini dalam tempoh
yang ditetapkan. apatah lagi dalam tempoh PKP ini pergerakkan terbatas. saya banyak
mendapatkan maklumat daripada internet menerusi laman web dan video. Kajian ini juga
mengajar saya untuk membuat jadual dan menyelesaikan tugasan mengikut jadual yang
ditetapkan.

Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis
bangunan bersejarah yang melambangkan identiti negara. Meskipun Masjid Tuanku
Zainal Abidin ini adalh rumah keagamaan orang islam tetapi pembinaannya menerapkan
nilai universal dan mengadaptasi teknologi baru. Pembinaannya juga amat relevant dan
sesuai dengan peredaran zaman. Nilai kelestarian alam sekitar yang turut di ambil kira
akan membolehkan bangunan ini kekal dan tidak lapuk ditelan zaman. Kajian ini telah
memupuk semangat patriotisme dalam diri saya.

Semoga bangunan ini akan terus utuh dan terpelihara serta dijadikan pusat aktiviti
masyarakat setempat terutamanya dalam penyebaran Agama Islam di negara ini dan di
peringkat antarabangsa. Diharap juga keunikan dan kehebatan bangunan ini terus
diketahui umum dan mendapat pengiktirafan sewajarnya.

24/27

3.8 RUJUKAN

1. Jurnal Ilmiah

The effect of landscape design elements and mosque design on the thermal
environment of main prayer hall: a case study of Tuanku Mizan Zainal Abidin
Mosque, Putrajaya,

A. S. Ibrahim, Nuranis Fadhilah Mohamed Shuhaimy, A. A. Bakar, Noor
Fazamimah Mohd Ariffin, Shamzani Affendy Mohd Din, • 3 May 2012

2. Surat Khabar

• Nama akhbar: Utusan Malaysia

Tarikh: 17 Disember 2020

Halaman: https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/rusia-mahu-jalin-

kerjasama-dengan-masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin/ (diakses menerusi

internet)

• Nama akhbar: Berita Harian
Tarikh: 9 September 2017
Halaman:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/323153/masji
d-bukan-setakat-tempat-solat

3. Orang sumber
Nama: Zuhir bin Ibrahim
Umur: 63 tahun
Alamat: Bandar Baru Bangi, Selangor

25/27

Nama: Nur Dalila Assanah
Umur: 30 tahun
Alamat: Sungai Buloh, Selangor

4. Internet
• http://www.pamdirectory.my/profile_architect.aspx?id=c36ad2c0-e4a5-
4d5e-b68e-bb1ece8f976b

• http://www.senireka.com.my/awards.php

• Laman Web Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v3/

• Laman Web Wikipedia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tuanku_Mizan_Zainal_Abidin

• Laman Web Perbadanan Putrajaya https://www.ppj.gov.my/en/second-

menu/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin

• Laman Web Abdullatif Al-Fozan Award https://mosqpedia.org/en/mosque/115

5. Televisyen
• The Star : https://www.youtube.com/watch?v=RRJ6aBsbnUo
• Histroy Asia : https://www.youtube.com/watch?v=gDFaf4KDsfc
• Video Dokumentari Tengku Ashaari (pelajar KUIS):
https://www.youtube.com/watch?v=Ya6BaXxS6kg

26/27

4.0 PENILAIAN UMUM

Kajian ini telah mengutuhkan lagi semangat cintakan negara Malaysia. Bukan sahaja
Malaysia ini tempat asal saya, tetapi turut mempunyai pelbagai bangunan yang unik dan
menarik yang telah mencorakkan identiti negara. .
Sejarah negara juga perlu diketahui semua bagi membolehkan generasi sekarang
menghargai dan berbangga sengan sejarah negara. Tanpa adanya sejarah dan
bangunan-bangunan ini, Malaysia tidak akan sama dengan Malaysia yang kita kenali
sekarang.
Saya amat berharap kajian seperti ini diteruskan pada masa akan datang bagi mendidik
dan memberi pengetahuan kepada generasi akan datang bagi menghargai bangunan
bersejarah di negara ini dan memupuk semangat cintakan negara.

27/27


Click to View FlipBook Version