SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMBA JALAN KILANG TEBU 05050 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2022/2023 Tarikh :3 Oktober 2022 Hari :Isnin Masa :1.30 petang Tempat :Bilik Mesyuarat Kehadiran 1) En.Zamri bin Abdullah (PK KOKORIKULUM) 2) En.Rozaini bin Mohd Dahlan 3) En.Rosnizan bin Romli 4) En Jabir bin Mad Isa 5) Pn.Mazlina binti Mohamad Rabab 6) Pn.Halimatul Sa’diah bt Ishak 7) Pn.Azirah bt Mohamad Saad 8) Pn.Maryam bt Mohamad Ridwan 9) Pn.Nurmasliana bt Ismail 10)Pn.Nazira bt Abd Rahim 11)Pn.Rosehanizar bt Mohd Radzi 12)Pn.Adibah bt Yusof 13)Pn.Che Sabariah bint Mad Daud AGENDA I. ALUAN PENGERUSI 1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia Pendidikan Islam. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli kerana masih bersama memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi. Beliau juga berharap semua ahli dapat memberi komitmen untuk kebaikan dan meningkatkan lagi prestasi pelajar dan peratus peperiksaan khususnya untuk subjek Pendidikan Islam. Makluman: Semua Ahli
II. PERUTUSAN GURU BESAR/PENOLONG KANAN 2. Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zamri mengucapkan tahniah diatas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali kedua. 3. Beliau juga berharap semua guru-guru memberi komitmen dan kerjasama dalam setiap tugasan yang diamanahkan Tindakan: Semua Ahli III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 5. Minit dicadang untuk disahkan oleh Puan Maryam bt Mohamad Ridwan 6. Minit disokong untuk pengesahan oleh Puan Rosehanizar binti Mohd Radzi Tindakan:Setiausaha IV. PERKARA BERBANGKIT 7.Tiada V. LAPORAN KEWANGAN 8. Ketua panitia memaklumkan sumber kewangan panitia dipecahkan kepada 3 bahagian: -kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral -Pedidikan untuk pembelian barang. -peruntukan Kem Bestari Solat . Tindakan:Semua Ahli
VI. ANALISIS PBD PERTENGAHAN TAHUN/DATA QURAN J/QAF 9. Pn Azirah memaklumkan 37 orang murid masih lagi mendapat TP 2. Ini disebabkan kerana murid tidak menguasai jawi dan juga kerap ponteng sekolah. Bagi mengatasi masalah ini guru-guru perlu sentiasa melatih tubi murid dalam bacaan jawi. 10. Pn Azirah memaklumkan mengenai data Al-Quran (sila rujuk lampiran) Tindakan:Semua Ahli VII. PROGRAM PANITIA 11.Pn Azirah memaklumkan program mentor mentee untuk murid yang belum menguasai Iqra’ 12.Beliau memaklumkan kepada semua guru bahawa bacaan yasin setiap minggu pada hari khamis diteruskan seperti biasa. 13.Pn Azirah juga memaklumkan perarakan Maulidur Rasul akan bermula dari sekolah dan berakhir di Ujana Peremba. 13.Kem bestari solat untuk murid tahap 2 akan diadakan pada bulan 11 dan kem bestari solat untuk murid tahap 1pula pada bulan Januari 2023. 14.Kem Aqil baligh untuk semua murid Tahun 6 akan diadakan pada bulan Januari. 15.Kem Cemerlang Jawi untuk murid yang belum menguasai jawi Nama-nama penyelaras program 1. Pn Nurmasliana binti Ismail- Progaram Maulidurasul 2. Pn.Mazlina binti Mohamad Rabab- Kem Bestari Solat Tahap 2 3. Pn Balqis binti Ahmad-Kem Bestari Solat Tahap 1 4. Pn Sabariah binti Md Daud-Kem Aqil Baligh 5. Pn Azirah binti Mohamad Saad –Kem Cemerlang Jawi Tahap 1 6. Pn Halimatul Sadiah binti Ishak-Kem Cemerlang Jawi Tahap 2 VIII. HAL-HAL LAIN
15. Puan Azirah memaklumkan pesanan daripada Guru Besar supaya mengemaskini bilik gerakan pendidikan Islam supaya kelihatan ceria dan kemas dan beliau juga memaklumkan akan memasang banner disurau . IX. UCAPAN PENANGGUHAN 18. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli dan berharap dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik demi anak murid kita bersama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Disediakan oleh Disemak oleh ………………………………… ………………………… (Mazlina binti Mohamad Rabab) (Azirah bt Mohamad Saad) Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pendidikan Islam