ISU KESANTUNAN BERBAHASA ISU KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 BMMB1144
NAMA : NURUL NABIGHAH BINTI ROSLAN AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2023/2028 KELAS : PENGAJIAN MELAYU 3 ANGKA GILIRAN : 2023272310074 NO KAD PENGENALAN : 041118-04-0202 NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA JENIS TUGASAN : TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : TN. NOR AZAM BIN ARIFFIN TARIKH HANTAR : 1 MAC 2024 NAMA : NURUL NABIGHAH BINTI ROSLAN AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2023/2028 KELAS : PENGAJIAN MELAYU 3 ANGKA GILIRAN : 2023272310074 NO KAD PENGENALAN : 041118-04-0202 NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA JENIS TUGASAN : TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : TN. NOR AZAM BIN ARIFFIN TARIKH HANTAR : 1 MAC 2024 MAKLUMAT DIRI
Kesantunan berbahasa ialah kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa. Hanya kosa kata yang halus dan sopan digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu. Antara isu - isu : Bahasa Budaya Sosial ISU KESANTUNAN BAHASA
Berbahasa merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat. Berbicara dengan kurang sopan mudah mengguris perasaan orang sekeliling. Hal ini membuat masyarakat tidak selesa berada di sampingnya. Pangkat atau pekerjaan sesorang bukan sebagai penentu untuk kita berbicara secara sopan dan baik. Contohnya, pekerja pembersihan juga perlu diberikan layanan yang baik dan dihormati. Berikut adalah beberapa isu bahasa yang terkait dengan kesantunan berbahasa : Penggunaan bahasa kasar atau tidak sopan Penggunaan bahasa yang menghina atau merendahkan. ISU BAHASA
1 2 Penggunaan bahasa kasar atau tidak sopan di aplikasi Tiktok. Isu & Justifikasi Penggunaan bahasa kasar atau tidak sopan di aplikasi Twitter. Penggunaan bahasa kasar atau tidak sopan
Berdasarkan gambar pertama yang dilampirkan, terdapat pengguna bahasa kasar digunakan dalam ruangan komen oleh seorang netizen di aplikasi Tiktok. Perkataan ‘camsiyall’ atau perkataan asalnya menyebabkan pengaruh yang tidak baik kepada masyarakat lain yang membaca komen tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), sial membawa maksud jahanam dan si celaka iaitu kata carutan. Hal ini lebih merisaukan kerana penggunaan aplikasi Tiktok kebanyakkannya daripada golongan remaja dan kanak-kanak. Tindakkan mengkritik di ruangan komen tersebut akan menyebabkan kemarahan kepada para pembaca dan pendengar. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tercetusnya pergaduhan antara masyarakat serta akan menghilangkan keharmonian dalam masyarakat. Manakala di aplikasi Twitter, perkataan ‘cibai’ dan ‘bangsat’ merupakan contoh bagi bahasa kasar yang ditulis oleh pengguna di laman Twitter. Umumnya, bahasa kasar ialah perkataan yang tidak senonoh yang ditulis dalam keadaan marah yang boleh menyakitkan hati pendengar atau pembaca. Contohnya, kata yang berunsurkan carutan, makian, hinaan dan sebagainya. Gaya pertuturan negatif tidak seharusnya menjadi norma dalam masyarakat baik dalam penulisan mahupun pertuturan kerana bimbang menjadi ikutan oleh generasi seterusnya bak kata pepatah, kuman menjadi barah. Isu & Justifikasi
Rajah tersebut menunjukkan penggunaan bahasa yang menghina seorang pelajar daripada golongan B40. Perkara sedemikian berlaku apabila pensyarah tersebut telah memarahi seorang pelajar yang tidak mempunyai peranti elektronik iaitu komputer riba. Hinaan ini akan menyebabkan pergaduhan antara anggota masyarakat apatah lagi melibatkan tahap kewangan seseorang. Hal ini sangatlah tidak bermoral kerana ciapan tersebut telah menyinggung hati dan perasan orang lain. Isu & Justifikasi Penggunaan bahasa yang menghina atau merendahkan
Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Kita perlulah memahami agama dan budaya kaum lain untuk mengelakkan daripada menyentuh sensitiviti kaum mereka. Hal ini dapat mnegekalkan perpaduan antara kaum. Tamsilnnya, apabila sedang berbual dengan individu yang berlainan kaum atau bangsa, kita seharusnya tidak menyentuh sensitiviti kaum lain seperti isu keagamaan dan kebudayaan mereka. Kita sebagai sesama rakyat Malaysia Madani perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain. ISU BUDAYA
1 Aplikasi Twitter atau X Isu & Justifikasi Gambar tangkap layar tersebut menunjukkan satu ciapan yang telah dimuat naik di aplikasi Twitter atau X. Pengguna tersebut telah melanggar etika ketika menggunakan media sosial dan tidak menerapkan aspek kesantunan berbahasa. Beliau juga telah memainkan isu agama iaitu agama “hindu”. Perkara tesebut boleh menimbulkan kemarahan kepada penganut agama hindu dan boleh menyebabkan pergaduhan. Isu agama ini perlu dielakkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan pengguna aplikasi tersebut. Isu agama
Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Twitter dan seumpamanya kian banyak digunakan pada masa kini yang menyebabkan kesantunan bahasa sesorang individu terjejas. Banyak penggunaan perkataan singkat yang digunakan seperti “asl” yang bermakna asal. Selain itu, pengguna kerap menggunakan pencampuran kod atau dikenali sebagai bahasa rojak serta memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak sesuai. ISU SOSIAL
1 Aplikasi Twitter atau X Isu & Justifikasi Gambar tangkap layar tersebut menunjukkan satu ciapan yang telah dimuat naik di aplikasi Twitter atau X. Pengguna tersebut telah menggunakan lebih dari satu bahasa iaitu dengan mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Misalnya, perkataan “upgrade” yang bermaksud naik taraf, “settle” yang bermaksud selesai dan “slow” yang membawa makna perlahan telah digunakan dalam ciapan tersebut. Kesan daripada isu pencampuran kod ini menyebabkan martabat bahasa Melayu merundum kerana rakyat sendiri yang mengetepikan bahasa kebangsaan mereka dan tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam perbualan harian. Isu pencampuran kod
PERANAN IBU BAPA 01 CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN 02 PERANAN KERAJAAN 03 PERANAN MEDIA MASSA 04
Memantau penggunaan akaun media sosial anak-anak. Mengajar anak-anak cara memanfaatkan kebaikan media sosial. Menunjukkan contoh dan teladan yang baik seperti menjaga sikap di depan anak-anak dari segi tingkah laku mahupun pertuturan. Mendidik anak-anak untuk menjaga kesantunan berbahasa dimana sahaja. Berusaha untuk menegur dan menasihati supaya anak-anak dapat membezakan tentang bahasa sopan dan bahasa yang tidak sopan. PERANAN IBU BAPA PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN 01 02 Pihak sekolah atau guru perlu sentiasa memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesantunan berbahasa semasa sesi pembelajaran berlaku. Institusi pendidikan dapat mengintegrasikan pengajaran nilai-nilai kesantunan berbahasa dalam kurikulum mereka. Pihak sekolah perlu melakukan pengawasan dan disiplin yang ketat terhadap penggunaan bahasa yang tidak sopan. Tindakan yang sesuai perlu diambil pada pelajar yang melanggar disiplin untuk menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan.
PERANAN MEDIA MASSA PERANAN KERAJAAN 03 04 Pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam membendung isu ini dengan menguatkuasakan undang- undang yang lebih ketat iaitu dengan mendenda sesiapa yang tidak menunjukkan kesantunan tidak kira dari aspek pertuturan ataupun tingkah laku. Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu pada papan iklan. Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran kepada masyarakat secara besar-besaran yang bertujuan untuk menekankan kepentingan kesantunan berbahasa. Pihak media massa memainkan peranan penting dalam menyiarkan konten-konten yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana, apabila mereka kerap disajikan dengan konten-konten tersebut, lama kelamaan mereka akan terbiasa untuk bersopan santun. Menghapuskan komen-komen netizen yang negatif misalnya yang berunsurkan lucah dan kata- kata kesat. Menapis dan memastikan rancangan yang ditayangkan tidak mempunyai unsur-unsur lucah supaya tidak dapat mempengaruhi remaja.
Natijahnya, dapat disimpulkan nilai kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi di media sosial masih dipandang enteng oleh netizen ketika meluahkan perasaan. Senario ini mesti dicegah kerana dibimbangi generasi Malaysia Madani tidak lagi menerapkan nilai hormat menghormati dalam dirinya. Dikhuatiri kelak slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dijadikan panduan rakyat Malaysia akan menjadi memori semata-mata. Justifikasinya, sebagai rakyat Malaysia kita mestilah berwaspada sebelum menzahirkan sesuatu agar gejala ketidaksantunan ini sedikit sebanyak dapat dibendung. KESIMPULAN
Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim, Noor Aida Mahmor. (2016). Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial Sosial https://www.researchgate.net/publication/308897394_KESANTUNAN_BAHAS A_SEMASA_BERKOMUNIKASI_DI_LAMAN_SOSIAL Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan Dan Perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Yunus Yakkub. (2022, Mac 2022). Pensyarah hina pelajar B40 akan diambil tindakan. https://www.kosmo.com.my/2022/03/30/pensyarah-hina-pelajar- b40-akandiambil-tindakan/ Marylyn Anne Atot (2014). Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. https://www.scribd.com/doc/238694692/Isu-Kesantunan-MasyarakatMalaysia RUJUKAN
TERIMA KASIH TERIMA KASIH