The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-10-13 01:51:21

A1_Penulisan_UPSR_012-A_2017

A1_Penulisan_UPSR_012-A_2017

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 1 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

BAHASA MELAYU PENULISAN: BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)

Bahan Rangsangan (Soalan ‘Bahagian A’)

Gambar tunggal Gambar bersiri Gambar berpusat Intisari Rancangan
Peta Minda Peta i-Think Atur Cara Carta
Graf Jadual Peta Pelan
Poster Iklan

PANDUAN UMUM (UNTUK GURU DAN MURID)

Pembugaran dan Pemantapan Format Instrumen Pentaksiran bagi UPSR 2016.

1. Mengandungi tiga bahagian soalan.
1.1 - Bahagian A (10 markah) - kaedah penandaan analitikal.
1.2 - Bahagian B (15 markah) - kaedah penandaan holistik.
1.3 - Bahagian C (25 markah) - kaedah penandaan holistik.

2. Karangan ‘Bahagian A’.
2.1 - Murid-murid dari tahun satu hingga tahun enam sudah mempelajari jenis ayat dan
ragam ayat.
2.2 - Fokus soalan untuk menguji kemahiran murid menulis ayat yang mempunyai (peluasan
subjek dan peluasan predikat) dalam situasi pelbagai.
Contoh: (Peluasan subjek - Ali dan tiga rakannya bermain bola.)
Contoh: (Peluasan predikat - Ali bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan
Kampong Bahagia.)
* Semua jenis kata nama boleh menjadi subjek dalam ayat.

3. Cara menjawab ‘Bahagian A’ untuk memperoleh markah cemerlang.
3.1 - Bilangan patah perkataan tidak perlu dikira.
3.2 - Kata kerja, bukan fokus utama menjawab soalan kerana fokus utama ialah kata tugas
dalam soalan (contoh; bina ayat tentang cara-cara membersihkan kawasan rumah).
3.3 - Subjek - kata ganti nama, (watak; am atau khas) boleh diterima. (Terapkan agar murid
dapat menggunakan nama yang melambangkan keaslian).
3.4 - Murid boleh menulis ayat (1, 2, 3, 4, 5).
Murid boleh menulis ayat (a, b, c, d, e).
Murid boleh menulis ayat bentuk simbol (-, /, *)
Ayat mesti mengandungi isi atau idea yang tersurat daripada grafik.
Isi atau idea mesti ada peluasan subjek dan peluasan predikat.
Lima ayat tidak berurutan, tiada kesinambungan cerita.
Teliti dan tengok soalan - lihat kata tugas soalan @ arahan soalan.
Ayat yang dibina mestilah pelbagai (laras ayat berbeza-beza).
Rubrik pemarkahan boleh berubah-ubah (gunakan sebagai panduan).

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 2 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

Teknik dan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu Penulisan.

1. Soalan UPSR - soalan atau item yang dibina untuk sebarang pentaksiran mesti diambil dari
DSKP Bahasa Melayu.

2. Bentuk Soalan UPSR juga akan diambil dari buku teks Tahun 4, 5, dan 6 sebagai rujukan
utama di samping buku teks Tahun 1, 2 dan 3.

3. Tegasnya, guru-guru wajib mengajar murid-murid berasaskan kemahiran dalam DSKP,
bukannya berorientasikan peperiksaan semata-mata.

4. Bahagian A (Membina Pelbagai Jenis Ayat).
4.1 - Dahulu - bina ayat berdasarkan gambar.
4.2 - Kini - bina ayat berdasarkan tema (sebelas tema dalam buku teks Tahun Enam).
4.3 - Kini, lebih kepada menjawab soalan: (bina ayat tentang cara-cara, kebaikan-kebaikan,
langkah-langkah dan lain-lain).
4.4 - Terdapat formula cara membina ayat dengan betul, iaitu bermula dari (F1 - F6).
F1 - Orang / kata nama.
Pelbagaikan frasa subjek seperti murid-murid, penduduk-penduduk, mereka ...
F2 - (Kata bantu) BUAT.
F3 - (Kata tanya) apa atau siapa.
F4 - Kata hubung.
F5 - (Orang / buat apa / kata adjektif).
F6 - (di / ke / dari) TEMPAT atau ARAH.
4.5 - Soalan contoh: Bina ayat tentang cara-cara mengindahkan kawasan rumah.
C1 - Kata tugas (penting: isi atau idea) KBAT.
C2 - Murid mesti membaca maklumat dalam soalan.
C3 - Garisi kata tugas dalam soalan (arahan).
4.6 - Kata tugas "faedah" sebaiknya ditukar kepada "kebaikan".
4.7 - Latihan membina ayat boleh lihat panduan dalam buku teks, (lihat gambar; murid cuba
kenal pasti, cara-cara, kebaikan, dan langkah-langkah).
4.8 - Jika soalan begini: Bina ayat tentang aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah.
Cara menjawab: Disarankan bina tiga (3) ayat tentang kebersihan dan dua (2) ayat
lagi tentang keselamatan.
* skema jawapan berdasarkan skrip jawapan calon atau murid.

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB

1. Baca dan fahami arahan soalan.

2. Ayat yang dibina mestilah berkaitan dengan gambar dan arahan yang diberi.

3. Membina hanya lima (5) ayat (tak boleh kurang, tak boleh lebih).

4. Menulis nombor bagi setiap ayat (1, 2, 3, 4, 5), (a, b, c, d, e).

5. Membina ayat yang gramatis.
Contoh arahan: Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara …

6. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan setiap gambar dengan isi atau idea “cara-cara”.

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 3 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

7. Cari “cara-cara” (kata tugas / kata kerja) yang sesuai bagi setiap aktiviti dalam gambar.
Contohnya, memberi perhatian, mengulang kaji, berbincang dan ...

8. Boleh gunakan nama bagi watak yang terdapat dalam gambar atau kata ganti diri “kita”
untuk membina ayat.

9. Tulis ayat yang gramatis dan mengandungi:
9.1 - Isi atau idea yang tepat, bernas dan puitis.
9.2 - Peluasan subjek atau peluasan predikat.
9.3 - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
(sifar kesalahan).

10. Ayat contoh daripada soalan berpandukan bahan grafik.

1. Kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan pantai.
2. Encik Ali dan keluarganya menikmati juadah yang mereka bawa dari rumah.
3. Puan Haniza merakamkan gambar anak-anaknya yang asyik membina istana pasir.
4. Seorang lelaki membaca surat khabar sambil berehat di atas kerusi di bawah pokok.
5. Alif dan kawannya bermain layang-layang di tepi pantai ketika angin bertiup kencang.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENULIS AYAT

1. Penggunaan kata ganti diri seperti “saya”, “keluarga saya”, “ibu bapa saya” dan yang
berkaitan dengan diri sendiri.

2. Menulis waktu, contohnya ‘Pada pukul 6:00 petang’ sedangkan tidak dinyatakan di dalam
gambar tentang masa tersebut.

3. Menulis nama tempat, contohnya ‘Berkelah di Pantai Port Dickson’ kecuali ada dinyatakan
di dalam gambar atau grafik berkenaan.

4. Tidak membina ayat (tidak menjawab soalan), ‘Gambar di atas menunjukkan …’

5. Peluasan ayat menggunakan penanda wacana dan yang menggambarkan masa.
Ayat contoh - Pada suatu hari, Syahmi mencuci kereta dengan ayahnya. (Tidak boleh)
Dan, tidak boleh menggunakan penanda wacana pada permulaan ayat.
Ayat contoh – Seterusnya, Syahmi mengelap kereta itu dengan tuala lembut. (Tidak boleh)

6. Kata bantu ‘sedang’, jangan guna untuk kelima-lima ayat (memindahkan maklumat).

MENYEMAK JAWAPAN - PASTIKAN JAWAPAN YANG TERBAIK DISEDIKAN

1. Setelah kamu membina kelima-lima ayat, baca ayat-ayat itu semula. Ayat-ayat kamu mesti
mengandungi isi atau idea dan peluasan subjek atau pelusan predikat.

2. Kamu juga mesti menyemak ejaan, tanda baca (termasuk huruf kecil dan huruf besar), laras
ayat dan laras bahasa agar tiada kesalahan atau sifar kesalahan.

3. Pastikan ayat yang dibina, mestilah pelbagai (laras ayat yang berbeza-beza) di samping isi
atau idea yang bernas serta peluasan yang jelas dan menarik.

4. Sifar kesalahan; semak {sistem ejaan (SE), tanda baca (TB), laras ayat (LA) dan laras
bahasa (LB)}. Pastikan juga tulisan kamu jelas dan kemas.

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 4 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN “BAHAGIAN A” (10 MARKAH)

 Cara Pemeriksaan

1. Jika pemeriksaan dijalankan secara analitikal iaitu menilai jawapan secara satu demi
satu evidens (jawapan atau idea yang dilontarkan oleh calon) dan penskoran dibuat
mengikut kriteria bagi setiap jawapan (lima jawapan) yang disedikan oleh murid.

2. Penilaian pemarkahan atau penskoran Bahagian ‘A’, satu (1) markah bagi isi/idea yang
tersurat manakala satu (1) markah lagi peluasan subjek atau peluasan predikat. Ayat
yang ditulis mesti sifar kesalahan; {sistem ejaan (SE), tanda baca (TB), laras ayat
(LA) dan laras bahasa (LB)}. Pastikan juga tulisan dalam keadaan jelas dan kemas.

3. Jika pemeriksaan skrip dijalankan secara holistik pula, iaitu melihat secara keseluruhan
evidens (jawapan atau idea yang dilontarkan oleh murid/calon) dan penskoran dibuat
mengikut kriteria yang ditentukan, bukan secara analitikal.

 Langkah-langkah Pemeriksaan

1. Pemeriksa hendaklah membaca ayat demi ayat (satu jawapan demi satu jawapan yang
diberi oleh murid) dengan teliti untuk mendapatkan isi atau idea. Seterusnya menentukan
ada peluasan subjek atau peluasan predikat disedikan oleh murid bagi ayat tersebut. Jika
ada peluasan bagi ayat yang dibina, murid ini layak diberi dua markah dengan syarat
murid juga tidak melakukan kesalahan, ‘SE’, ‘TB’, ‘LA’ dan ‘LB’.

2. Pemeriksa hendaklah membaca setiap ayat berpandukan grafik, membaca skrip jawapan
tersebut sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor
berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Jika pemeriksa secara holistik, guru hendaklah membaca setiap ayat dengan teliti untuk
mendapatkan kesan (impression) daripada skrip jawapan yang disediakan. Selepas itu,
menilai dan menentukan tahap evidens berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

 Aspek-aspek yang Dinilai

1. Murid-murid atau calon-calon mesti menjawab tugasan yang disediakan.
2. Penggunaan (aplikasi) aspek kata seperti; (pengimbuhan, kata ganda, kata majmuk).
3. Pengolahan kosa kata (tatabahasa, idea bernas, bahasa puitis, ejaan dan tanda baca).
4. Ayat (sintaksis) mesti mengandungi (isi atau idea, peluasan subjek, peluasan predikat).
5. Kesalahan rumus-rumus bahasa dilepaskan.

(ialah ... adalah, itu ... ini, ramai ... banyak, baru ... baharu, boleh ... dapat, sana ... sini,
ke ... kepada, antara ... diantara, dalam ... di dalam, dan lain-lain lagi ...)

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 5 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN ‘A’

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

CEMERLANG 1. Ayat yang betul, mengandungi peluasan subjek atau peluasan predikat
(2 markah) serta menepati tema atau isi atau idea daripada grafik yang diberi.
setiap ayat
2. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/tugasan.
3. Penggunaan pelbagai kata yang sesuai dengan bahan grafik/tugasan.
4. Pengunaan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul dalam ayat.
5. Tiada/Sifar kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan laras ayat, dan laras

bahasa. Calon/Murid ini layak diberi pertimbangan dua (2) markah.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

BAIK 1. Ayat yang mengandungi isi atau idea yang betul serta menepati tema
(1 markah) daripada bahan grafik yang diberi dalam soalan.
setiap ayat
2. Isi atau idea dalam ayat yang dibina menepati bahan grafik/tugasan.
3. Terdapat kesalahan penggunaan kata atau frasa dalam ayat yang dibina.
4. Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan predikat.
5. Terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan laras ayat, dan laras

bahasa. Calon ini hanya layak diberi pertimbangan satu (1) markah.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

LEMAH 1. Ayat yang tiada isi atau tiada idea yang betul serta tidak menepati
(0 markah) tema daripada bahan grafik yang diberi dalam soalan.
setiap ayat
2. Isi atau idea dalam ayat yang dibina tidak ada kaitan dengan tugasan.
3. Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan predikat.
4. Terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan laras ayat, dan laras

bahasa. Calon ini tidak layak diberi sebarang markah (0 markah).

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 6 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN “BAHAGIAN A” (10 MARKAH)

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan kawasan rumah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kebersihan kawasan persekitaran
rumah berdasarkan gambar.

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Peluasan Subjek Isi atau Idea Perluasan Predikat

1 Kita hendaklah menanam tin-tin kosong bagi menghalang pembiakan nyamuk aedes.
2 Pak Ali memotong rumput supaya kawasan persekitaran rumah nampak bersih dan ceria.
3 Perempuan itu membersihkan longkang supaya tidak berlumut serta tidak berbau busuk.
4 Kita sewajarnya membuang sampah ke dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan.
5 Air bertakung pada mangkuk pasu mesti dibuang bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 7 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

Gambar di bawah menunjukkan kebaikan pusat sumber sekolah kepada murid-murid.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang kebaikan yang boleh kita peroleh apabila mengunjungi
pusat sumber sekolah berdasarkan gambar.

Gambar
Tempat selesa
(disediakan kerusi meja)

Gambar KEBAIKAN PUSAT Gambar
Berpeluang menyertai SUMBER SEKOLAH Banyak bahan rujukan
pertandingan anjuran PSS (buku, majalah dan novel)

Gambar Gambar
Ada kemudahan internet Boleh meminjam buku
(pembelajaran berkomputer) (tidak dikenakan bayaran)

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Peluasan Subjek Isi atau Idea Perluasan Predikat

1 Pelbagai kemudahan disediakan di pusat sumber sekolah misalnya kerusi dan meja.
2 Di PSS juga banyak bahan rujukan akademik seperti buku nota, majalah dan novel.
3 Kita juga boleh meminjam buku dalam jangka masa tertentu tanpa dikenakan bayaran.
4 PSS ada menyediakan kemudahan internet percuma untuk pembelajaran berkomputer.
5 Murid-murid juga berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PSS.

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

Modul PdP (KBAT) – UPSR Format Baharu 2016 8 Bahasa Melayu Penulisan (012) : Bahagian “A”

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pasar.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di pasar itu.

Gambar
Seorang perempuan
memilih sayur-sayuran

Gambar AKTIVITI JUAL BELI Gambar
Seorang lelaki memikul beras DI SEBUAH PASAR Peniaga menimbang
buah-buahan yang dibeli
berjalan keluar dari pasar

Gambar Gambar
Ibu dan anaknya membeli Peniaga mencencang
daging atau tulang lembu
ikan dari sebuah gerai

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Peluasan Subjek Isi atau Idea Perluasan Predikat

1 Seorang perempuan memilih sayur yang dibelinya dan meletakkan ke dalam bekas plastik.
2 Peniaga buah-buahan itu menimbang buah anggur yang dibeli oleh seorang pelanggan.
3 Peniaga daging mencencang daging dan tulang lembu yang dibeli oleh seorang pemuda.
4 Ibu bersama-sama anak perempuannya membeli ikan dari sebuah gerai di pasar tersebut.
5 Seorang lelaki memikul sekampit beras sambil keluar dari kawasan pasar yang sibuk itu.

Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) – Modul Bahasa Melayu Penulisan (012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2016
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131


Click to View FlipBook Version