The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harwin_kaur, 2021-09-13 23:57:54

TUN SIR HENRY LEE HAU SHIK

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH DI MALAYSIA

Keywords: TOKOH MALAYSIA

Disediakan oleh: Estherisca a/p
Rajesh

Selamat sejahtera dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga saya menyiapkan buku skrap digital yang telah saya usahakan selama ini yang
bertajuk Tun Sir Henry Lee Hau Shik .

Sekalung penghargaan untuk guru Sejarah saya, Nor Amira Binti Mohmed Nor atas tunjuk
ajar beliau sepanjang saya menyiapkan buku skrap digital ini. Jasa beliau akan saya kenang
ke akhir hayat. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada ibu saya kerana memberi sokongan moral yang tak terhingga sampai
saya berjaya menghabiskan tugasan ini . Akhir madat, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini.

Tujuan saya melakukan buku skrap digital adalah disebabkan sifat ingin mengenali tokoh
negara Malaysia. Terima kasih.

Nama : Estherisca a/p Rajesh
Umur : 13 tahun
Nama Sekolah : SMK Taman Molek
Kelas : 1 Astute
Cita-cita : Pembedah jantung

Tokoh yang terpilih : Tun Sir Henry Lee Hau Shik

 Nama penuh beliau ialah Tun Sir Henry Lee Hau Shik. of
 Beliau dilahrkan pada 19 November 1900 di Hong Kong.
 Perkerjaan beliau ialah ahli politik, ahli perniagaan, jurubank dan

peguam.
 Isterinya bernama Dawn Kathleen Glen Kwan Choi Lin.
 Beliau mempunyai seorang anak perempuan dan empat anak lelaki.
 Beliau mendapat pendidikan di St John's College, Cambridge University

London.
 Beliau meninggal dunia pada 22 Jun 1988 pada usia 87.

Tun Sir H.S Lee merupakan satu-satunya wakil kaum Cina yang menandatangani Perjanjian
Kemedekaan Tanah Melayu. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin utama gerakan
kemerdekaan yang tidak lahir di Malaysia.

Beliau juga merupakan pengasas MCA dengan objektif untuk membezakan komuniti Cina Tanah
Melayu dengan penyokong komunis etnik Cina. Beliau telah mengasaskan China Press untuk
melawan pengaruh komunis Min Sheng Pao iaitu satu-satunya akhbar Cina tempatan pada masa itu

Selain itu, beliau juga pernah mendapat banyak anugerah dan gelaran di Malaya dan luar
Negara sebagai penghargaan kepada sumbangan beliau. Antaranya gelaran yang diterima beliau
adalah gelaran Tun pada 1959 dari Malaya dan gelaran Sir pada tahun 1967 dari United Kingdom.

Memandangkan beliau bukan kelahiran Malaya, sumbangan beliau terhadap rakyat Malaysia
terutamanya kaum Cina amat banyak. Perkara ini amat mengagum saya untuk lebih mengenali
beliau.

Tun Sir Henry Lee Hau Shik merupakan pemimpin yang kaliber dan disegani ramai
terutamanya kaum cina. Ini terbukti dengan jalan kehidupan beliau yang bermula
daripada pemilik lombong biji timbang hingga menjadi menteri penuh dalam kabinet
pertama Malaya.

Beliau juga merupakan memimpin yang sangat strategik dengan skill pengurusan yang
bagus. Ini terbukti dengan inisiatif beliau dalam menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu
(MCA) untuk memisahkan kaum cina Tanah Melayu dengan penyokong komunis etnik Cina.

Beliau juga sangat lantang menentang komunis. Oleh itu, beliau menubuhkan China
Press untuk menentang pengaruh komunis Min Sheng Pao.

Tun H. S. Lee telah menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangan yang menjadi bank
kelima terbesar di Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai Panglima Perintah Kerajaan British
(CBE) pada tahun 1948 oleh Raja George VI

Pada tahun 1959, Tun H. S. Lee dianugerahi Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa
gelaran "Tun“ atas sumbangannya yang signifikan terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah
Melayu dan pembinaan negara. Beliau adalah penerima ke-10 anugerah itu.

Selain itu, Jalan Bandar yang pada asalnya dikenali sebagai High Street telah dinamakan
semula Jalan Tun H.S. Lee sebagai penghormatannya pada November 1988. Beliau telah dilantik
sebagai menteri kewangan, menteri kewangan dan mengetuai Majlis Olimpik Persekutuan Tanah
Melayu. Beliau juga merupakan presiden pertama Oxford dan Cambridge Society of Malaysia.

Sumbangan beliau amat banyak terhadap rakyat Malaysia dan terutamanya kaum Cina. Tun H.
S. Lee menubuhkan Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengasingkan kaum Cina Malaya
dengan penyokong komunis etnik Cina. Ini untuk mengelakkan kaum Cina digeneralisasikan sebagai
penyokong komunis. Beliau amat lantang menentang pengaruh komunis. Ini terbukti dengan
penubuhan Cina Press. Beliau kemudiannya bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum
sehingga mencetuskan idea penubuhan idea penubuhan Parti Perikatan.

Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Beliau adalah satu-satunya penandatangan Cina kepada perjanjian
kemerdekaan yang disimpulkan di London.

Selain itu, beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Pengangkutan. Semasa
beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, beliau telah mewujudkan dasar kewangan Negara
menciptakan Bank Negara Malaya yang kini dinamakan sebagai Bank Negara Malaysia.

Saya amat kagum dengan tokoh yang telah saya pilih iaitu Tun Sir Henry Lee Hau Shik. Beliau
merupakan seorang tokoh yang sangat karismatik dan kredibel. Kejayaan dan pencapaian beliau
sangat memotivasikan saya sebagai seorang pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, saya ingin
mengambil beliau sebagai idola saya.

Saya amat berterima kasih pada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mengadakan
pertandingan ini yang telah membuka ruang untuk saya membaca mengenai tokoh-tokoh di
Malaysia. Dengan ini, saya dapat mengenali tokoh H. S. Lee dengan lebih dekat dan terperinci.

Saya amat berharap saya dapat menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada
Tun Sir Henry Lee Hau Shik. Jika saya diberi peluang untuk menjadi pemimpin di masa hadapan, saya
akan tentu menanam sifat yang terdapat pada Tun H. S. Lee.


Click to View FlipBook Version