TUN V.T.
SAMBANTHAN
DISEDIAKAN OLEH ELAIZER ERWINRAJ A/L RAJESH
Saya amat bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat juga
saya menyiapkan buku skrap yang bertajuk Tun V.T. Sambanthan. Buku skrap ini dapat
memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali tokoh-tokoh di Malaysia.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru Sejarah saya, Shariza Binti Mashot
kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sukses. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
pada keluarga saya kerana memberi sokongan moral yang tak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini. Selain itu, saya juga amat menghargai diberi
kesempatan untuk lebih mempelajari tentang tokoh-tokoh di Malaysia sempena bulan
Merdeka.
Akhir kata, saya akan berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembikinan buku skrap ini. Terima kasih
NAMA : ELAIZER ERWINRAJ A/L RAJESH
SEKOLAH : SK TAMAN JOHOR JAYA 2
KELAS : 5 GENIUS
CITA-CITA : PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL
TOKOH YANG DIPILIH : TUN V.T. SAMBANTHAN
Nama penuh beliau ialah Tun Veerasamy Thiruyana Sambanthan.
Beliau lahir pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput.
Beliau mempunyai 2 orang adik beradik
Beliau mendapatkan pendidikan awal di Clifford High School, Kuala Kangsar
Isterinya bernama Toh Puan Umasundari Sambanthan.
Beliau mendapatkan pendidikan di Annamalai Universiti.
Beliau mempunyai seorang anak bernama Deva Kunjari.
Beliau merupakan presiden MIC ke-5
Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1978 pada umur 59 tahun.
Tun V.T. Sambanthan merupakan satu-satunya tokoh berbangsa India yang pernah
menerima gelaran Tun. Sumbangan beliau dalam ekonomi dan politik sangat ketara. Beliau
merupakan salah seorang yang telah menandatangani Perjanjian Merdeka pada 31 Ogos
1957. Beliau mengetuai delegasi MIC dalam rundingan antara parti-parti Perikatan dalam
menyusun memorandum untuk disampaikan kepada Suruhanjaya Reid.
Terdapat jalan yang dinamakan sempena memperingati sumbangan beliau terhadap
rakyat Malaysia. Beliau juga pernah memegang portfolio sebagai Menteri Buruh, Menteri
Kesihatan, Menteri Kesihatan, Menteri Tenaga, Menteri Pos dan Telekomunikasi serta Menteri
Perpaduan Negara. Beliau juga pernah menjadi pemangku Perdana Menteri untuk sehari
semasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke luar Negara.
Sumbangan beliau amat mengagum saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Oleh itu, saya
telah memilih beliau sebagai tokoh pilihan saya.
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi,
keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita apabila
beliau menjadi pemimpin. Beliau merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang
mempraktikkan anti-keganasan untuk mencapai kemerdekaan.
Beliau banyak membantu rakyat India yang miskin. Beliau juga pernah menjual
separuh daripada tanah miliknya untuk membantu rakyat India yang miskin pada
masa itu. Beliau juga menganjurkan kelas mengajar Bahasa Inggeris untuk pekerja-
pekerja di estetnya. Ini dilakukan kerana beliau mengetahui hanya melalui proses
pembelajaran dapat memajukan diri sendiri dan ekonomi negara.
Tun V.T. Sambanthan merupakan perunding pragmatik dan banyak berkerja
keras untuk melindungi kepentingan masyarakat India. Oleh itu beliau dipilih untuk
memimpin delegasi MIC dalam rundingan antara parti dalam Perikatan untuk
melakar memorandum untuk dipersembahkan kepada Suruhanjaya Reid.
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perpaduan kerana kebolehan beliau
sebagai perunding yang pragmatik dalam menyatukan menwujudkan perpaduan
antara kaum. Pada tempoh itu, beliau pernah berunding dengan kaum Cina yang
tidak puashati kerana tidak dibenarkan melakukan tarian naga. Beliau telah
mengadakan perundingan di Genting Highlands.
Beliau juga berjaya menyatupadukan kaum India di bawah parti MIC yang
sebelumnya berpecah di antara etnik masing-masing. Antara etnik yang wujud di
Malaysia adalah Tamil, Malayalee, Telegu dan Sikh. Dengan ini, beliau telah menjadi
pemimpin untuk keseluruhan kaum India tanpa mengira kaum etnik mereka. Oleh
itu, beliau dipilih untuk memimpin delegasi MIC dalam rundingan melakar
memorandum untuk dipersembahkan kepada Suruhanjaya Reid dan dipilih sebagai
salah seorang yang menandatangani Perjanjian Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Beliau telah dianugerahkan gelaran Tan Sri pada tahun 1959 dan Tun pada tahun
1967 disebabkan oleh sumbangan beliau terhadap rakyat Malaysia. Selain itu,
terdapat jalan, wisma, stesyen monorail dan sekolah wawasan yang dinamakan
dengan nama beliau untuk memperingati dan memberi penghargaan kepada
sumbangan beliau.
Beliau telah menyedarkan kaum India tentang kepentingan pendidikan dan Bahasa Inggeris.
Beliau memperkenalkan pendidikan Bahasa Inggeris di Sekolah Tamil di Perak. Beliau juga telah
mentransformasikan Dana Buruh Imigrasi menjadi Dana Pendidikan untuk pendidikan anak-anak
peladang. Beliau juga menyedarkan kepentingan berjimat-cermat dikalangan pekerja ladang.
MIC dibawah pimpinan beliau telah menyelesaikan masalah pemecahan harta dengan
menaja usaha koperasi. Ini membolehkan pekerja ladang dapat memiliki tanah dan mencegah
perpindahan pekerja. Koperasi ini kemudiannya dinamakan National Land and Finance Co-
operative Society (NLFCS).
Beliau juga menyakinkan pekerja India untuk membeli saham di koperasi dengan
pendaftaran RM2 dan bahagian berharga RM100 dibayar secara ansuran. Sewaktu kematian
beliau, koperasi telah membeli 18 ladang berjumlah 120 dan mempunyai 85 000 pekerja.
Agensi Tanah Melayu hanya mentadbir ladang bagi pihak koperasi.
Selain itu, beliau juga telah meredakan ketegangan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
disebabkan larangan tarian singa. Beliau sebagai menteri perpaduan telah menjalan rundingan
dengan pemimpin Cina. Ketua Menteri Fiji juga telah menyatakan kejayaan besar delegasi
apabila Tun Sambanthan telah dihantar ke Fiji sebagai utusan perdamaian. Beliau juga dilanti
sebagai Ketua Lembaga Perpaduan Nasional kerana beliau sangat memegang pada prinsip
perpaduan dan kesatuan nasional
Saya amat kagum dengan tokoh yang telah saya pilih iaitu Tun V.T. Sambanthan.
Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat karismatik dan kredibel. Kejayaan dan
pencapaian beliau sangat memotivasikan saya sebagai seorang pelajar dan rakyat
Malaysia. Selain itu, saya ingin mengambil beliau sebagai idola saya.
Saya amat berterima kasih pada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
mengadakan pertandingan ini yang telah membuka ruang untuk saya membaca
mengenai tokoh-tokoh di Malaysia. Dengan ini, saya dapat mengenali tokoh Tun V.T
Sambanthan dengan lebih dekat dan terperinci.
Saya amat berharap saya dapat menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri yang
terdapat pada Tun V.T Sambanthan. Jika saya diberi peluang untuk menjadi
pemimpin di masa hadapan, saya akan tentu menanam sifat yang terdapat pada Tun
V.T Sambanthan.