MOH/K/ASA/80.16(HB)
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK
BERMASALAH MOTOR HALUS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
http://fh.moh.gov.my
2016
Manual ini adalah salah satu dari 6 manual dalam Pengendalian Kanak-kanak Berkeperluan Khas yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dokumen
ini boleh dikaji semula, dicetak semula dan diterjemah, tetapi bukan dengan tujuan perniagaan. Panduan yang
disediakan dalam manual ini adalah tanggungjawab penyumbang.
Dicetak oleh : Privilege Print Sdn. Bhd.
Tahun 2016
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
PENDAHULUAN
Polisi dan program untuk individu yang kurang upaya telah diwujudkan dan dilaksanakan oleh pelbagai organisasi.
Kementerian Kesihatan Malaysia, bertanggungjawab untuk mencegah kecacatan dan menyediakan rawatan
rehabilitasi. Klinik Kesihatan telah menjalankan perkhidmatan rehabilitasi untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak
tahun 1996. Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut supaya dapat
menguruskan diri sendiri dan menikmati kehidupan yang lebih baik.
Bagi memantapkan latihan pemulihan, pada permulaannya satu siri 6 manual telah disediakan dalam bahasa Inggeris
pada tahun 2006. Siri manual ini kini disemak semula dan disediakan dalam Bahasa Malaysia seperti berikut:
1. Manual 1 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Kasar
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
2. Manual 2 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Halus
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
3. Manual 3 : Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
4. Manual 4 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
5. Manual 5 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku dan Sosial
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
6. Manual 6 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan
(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16(HB)
Pengetahuan dalam perkembangan normal amatlah perlu bagi membantu dalam perancangan aktiviti pemulihan
kanak- kanak berkeperluan khas. Anggota kesihatan digalakkan mendapatkan latihan dalam perkembangan normal
kanak-kanak sebagai permulaan sebelum menggunakan manual ini.
Manual ini mengandungi maklumat seperti berikut :-
1. Tanda-tanda amaran kelewatan motor halus.
2. Aktiviti stimulasi yang dicadangkan.
3. Posisi motor halus yang dicadangkan.
Manual ini boleh digunakan oleh anggota kesihatan sebagai panduan dan rujukkan dalam pengendalian kanak- kanak
bermasalah motor halus. Ianya juga boleh digunakan oleh guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
berkeperluan khas.
3
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1 Pengenalan dan Definisi kes 5
2 Objektif dan Tindakan yang Perlu Di ambil Oleh Jururawat 7
3 Tanda-tanda amaran Kelewatan Motor Halus 9
4 Aktiviti-aktiviti Stimulasi 13
14
4.1 Keupayaan untuk menetap, mengesan dan melihat 14
4.2 Membuka genggaman 16
4.3 Kesedaran penggunaan tangan 16
4.4 Manipulasi 18
4.5 Melepaskan objek 19
4.6 Penggunaan kedua-dua tangan 21
4.7 Stimulasi Khusus 23
5 Cadangan Posisi 27
6 Kesimpulan 29
7 Lampiran 30
1. Tahap Perkembangan Mengikut Umur 31
8 Rujukan 33
9 Sumbangan dan Penghargaan
PENGENALAN &
1. DEFINISI KES
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
1. Pengenalan
Setiap kanak-kanak akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah berkaitan dengan
peningkatan saiz. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan dalam penguasaan kemahiran motor
dan kognitif semasa kanak-kanak dan ia berkait dengan peningkatan kompleksiti struktur dan fungsi.
Kanak-kanak dikatakan mengalami masalah kelewatan tahap perkembangan, apabila mereka gagal untuk
mencapai tahap perkembangan mengikut umur yang normal. Mereka mungkin menunjukkan tanda-tanda
kelewatan fungsi motor bersama dengan lain-lain kecacatan. Kelewatan perkembangan kanak-kanak didefinisikan
sebagai kegagalan mencapai tahap perkembangan normal mengikut umur yang sepatutnya (Lampiran I) seperti
berikut:
• Motor Kasar
• Motor Halus
• Penglihatan
• Bahasa dan Pendengaran
• Perkembangan Sosial
Kemahiran motor halus berkaitan dengan pergerakan tangan. Perkembangan ini adalah penting untuk kanak-
kanak mengenali persekitarannya. Perkembangan fungsi dan pergerakan tangan adalah berkait rapat dengan
perkembangan domain lain seperti kemahiran kognitif, emosi dan sosial. Perkembangan motor halus adalah
penting untuk kanak-kanak menguasai kemahiran aktiviti harian seperti makan, berpakaian, menulis dan lain-
lain.
1.1. Definisi Kes
Kanak-kanak yang mengalami kelewatan motor halus adalah mereka yang gagal mencapai tahap normal.
Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan untuk definisi kes.
KELEWATAN MOTOR HALUS
Masih mengenggam selepas umur 3 bulan
Tidak menyedari fungsi tangan pada umur 5 bulan (hands regards)
Gagal mencapai objek pada umur 6 bulan
Masih menggunakan tapak tangan (palmar grasp) untuk mengambil objek pada umur 9 bulan
Kegagalan untuk mencubit (‘pincer grasp’) pada umur 1 tahun
6
OBJEKTIF & TINDAKAN
2. YANG PERLU DI AMBIL
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
2. Objektif
Objektif manual ini adalah sebagai panduan bagi ;
• Mengenalpasti dan merujuk kanak-kanak yang mempunyai kelewatan motor halus.
• Merancang dan menjalankan aktiviti stimulasi.
• Memberi nasihat dan tunjukajar kepada penjaga dalam pengendalian kanak-kanak motor halus.
TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL OLEH JURURAWAT
1. Kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah motor halus perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan
2. Memulakan Pelan Jagaan Perawatan semasa menunggu rujukan :
i. Penilaian
ii. Diagnosa kejururawatan
iii. Menentukan matlamat intervensi
iv. Mengenalpasti aktiviti stimulasi yang bersesuaian
v. Menentukan pelan penjagaan
vi. Melaksanakan pelan intervensi
vii. Evaluasi dan membuat Penilaian semula
3. Melaksanakan aktiviti stimulasi yang bersesuaian.
4. Apabila kes telah dirujuk kepada pegawai/pakar perubatan atau Multidisciplinary Team (MDT), jururawat
perlu menjalankan tindakan susulan di klinik dan di rumah.
5. Pastikan aktiviti stimulasi dijalankan secara bersistematik, konsisten dan berterusan.
6. Pastikan kanak-kanak ini didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Khas
jika memenuhi criteria untuk didaftar.
8
TANDA AMARAN
KELEWATAN MOTOR
3. HALUS
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
3. TANDA-TANDA AMARAN KELEWATAN MOTOR HALUS
Tahap Normal Pemeriksaan Tanda-Tanda Tindakan Yang Perlu
Motor Halus Perkembangan Amaran Di Ambil
MELIHAT DAN MENATAP • Peratikan minat anak • Gagal memfokus atau • Rujuk kepada Pegawai
SERTA PANDANGAN pada muka ibu tidak melihat muka ibu Perubatan
pada umur 6 minggu
MENGIKUT PERGERAKAN • Penetapan mata • Mula Aktiviti Stimulasi.
OBJEK Perhatikan interaksi Rujuk 4.1
mata ke mata (eye to
eye contact)
PERGERAKAN MATA • Gantung objek • Tidak mengikut • Lakukan dengan cara
MENGIKUT OBJEK contohnya, bebola pergerakan objek pada yang sama seperti
benang merah di garis umur 3 bulan pemeriksaan
tengah di antara mata perkembangan.
6 hingga 8 inci dari Jika gagal, ubah jarak
muka untuk menarik objek dari matanya dan
perhatian. Gerakkan juga kelajuan
objek dengan perlahan pergerakan objek (lebih
ke kiri dan kemudian ke perlahan)
kanan.
• Mula Aktiviti Stimuli
4.1
MEMBUKA • Perhatikan kebolehan • Tanda awal kelewatan • Stimulasi pembukaan
GENGGAMAN kanak-kanak membuka perkembangan genggaman
genggaman - Masih menggengam
selepas umur 6 • Mula Aktiviti Stimuli
minggu 4.2
• Kelewatan
perkembangan
- Masih menggengam
selepas umur 3 bulan
dengan ibu jari
bersilang di tapak
tangan
KESEDARAN • Perhatikan samada • Gagal membawa • Rujuk kepada Pegawai
PENGGUNAAN kanak-kanak tangan ke garis tengah Perubatan
i. Membawa kedua- pada umur 5 bulan
TANGAN dua tangan ke garis • Mula Aktiviti Stimulasi
tengah 4.3
ii. Membawa tangan
ke mulut
10
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
MANIPULASI • Letak objek di tangan, • Gagal memegang objek • Rujuk kepada Pegawai
perhatikan kemampuan pada umur 4 bulan Perubatan
• Memegang objek untuk memegang dan
seketika jangkamasa memegang • Mula Aktiviti stimulasi
4.4(a)
• Mencapai objek • Gantungkan objek • Gagal mencapai objek • Mula Aktiviti stimulasi
berwarna terang. pada umur 5 bulan 4.4(b)
Perhatikan kemampuan
mencapai/ mengambil
objek
• Menggenggam / • Hulurkan objek dan • Gagal mengambil objek • Pemeriksaan semula
mengambil objek perhatikan kebolehan dengan jejari pada dalam masa sebulan
menggunakan jari menggenggam umur 5 bulan dari tarikh penilaian
pertama
• Mula Aktiviti stimulasi
4.4(c)
• Genggaman mencubit • Letakkan kismis di • Gagal mencubit pada • Rujuk kepada Pegawai
(Tahap normal motor dalam pinggan dan umur 12 bulan Perubatan
halus) perhatikan samada
kanak-kanak boleh • Mula Aktiviti stimulasi
mengambilnya dengan 4.4(d)
menggunakan 2 atau 3
jari
MELEPASKAN OBJEK
• Keupayaan untuk • Minta kanak-kanak • Gagal melepaskan • Rujuk kepada Pegawai
memberi objek apabila memberi objek kepada objek dari genggaman Perubatan
diminta anda dan perhatikan selepas umur 12 bulan
keupayaannya • Stimulasi melepaskan
melepaskan objek dari objek dari genggaman
genggaman
• Mula Aktiviti stimulasi
4.5
KEMAHIRAN
MENGGUNAKAN KEDUA-
DUA BELAH TANGAN
• Bawa kedua-dua • Perhatikan semasa • Gagal membawa • Lekatkan pelekat pada
tangan ke garis tengah bermain, samada kedua-dua tangan ke belakang tangan dan
kanak-kanak bermain garis tengah pada umur galakkan kanak-kanak
dengan membawa 4 bulan membuang pelekat
kedua-dua tangannya tersebut menggunakan
ke garis tengah tangan yang satu lagi.
• Mula Aktiviti stimulasi
4.6(a)
11
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
• Memindahkan objek • Letakkan permainan di • Gagal memindahkan • Bantu kanak-kanak
dari satu tangan ke tangan kanak-kanak. objek ke tangan yang memindahkan objek
satu tangan yang lain Perhatikan samada lain pada umur 6 bulan dari satu tangan ke
kanak-kanak satu tangan yang lain
• Bertepuk tangan memindahkan objek
dari satu tangan ke • Mula Aktiviti stimulasi
satu tangan yang lain 4.6(b)
semasa bermain
• Galakkan kanak-kanak • Gagal bertepuk tangan • Bermain sambil
bertepuk tangan dan
perhatikan samada pada umur 9 bulan bertepuk tangan
kanak-kanak boleh
bertepuk tangan atau • Menyanyi sambil
tidak seperti dalam bertepuk tangan.
permainan ʻpok amai- Galakkan kanak-kanak
amaiʼ. melihat anda bertepuk
tangan
• Beri panduan secara
fizikal untuk bertepuk
tangan Rujuk Aktiviti
Stimulasi 4.6(c)
12
4. AKTIVITI STIMULASI
4.1. Aktiviti Stimulasi Untuk Menggalakan Keupayaan
Untuk Melihat, Menatap Dan Mengikut Pergerakan
Objek
4.2. Aktiviti Stimulasi Untuk Menggalakkan Kanak-Kanak
Membuka Genggaman
4.3. Aktiviti Stimulasi Untuk Menggalakkan Kesedaran
Penggunaan Tangan
4.4. Aktiviti Stimulasi Untuk Menggalakkan Manipulasi
4.5. Aktiviti Stimulasi Untuk Penggalakkan Melepaskan
Objek
4.6. Aktiviti Stimulasi Untuk Menggalakkan Penggunaan
Kedua-dua Belah Tangan
4.7. Aktiviti Stimulasi Khusus
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
4. AKTIVITI STIMULASI
4.1. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKAN KEUPAYAAN UNTUK MELIHAT, MENATAP DAN
MENGIKUT PERGERAKAN OBJEK
Tujuan : Menggalakkan anak menatap dan mengikut pergerakan objek dengan mata
Cadangan aktiviti :
i. Merangsang menggunakan mimik muka Ibubapa/ Penjaga
• Letakkan anak di atas riba dengan muka mengadap anda.
• Dapatkan perhatian anak dengan menggunakan mimik muka anda.
• Bermula di garis tengah, kemudian gerakkan kepala anda secara
perlahan-lahan ke kiri dan kemudian ke kanan.
ii. Merangsang menggunakan objek
• Baringkan anak di dalam posisi terlentang.
• Dapatkan perhatian anak dengan menggunakan objek yang merangsangkan contohnya bebola benang
merah (red yarn)
• Letakkan objek antara 6 hingga 8 inci dihadapan anak pada garis tengah.
(i) Gantung (ii) Gerakan
mainan di mainan dalam
hadapan anak bulatan lebih
besar dari
muka anak
4.2. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKKAN KANAK-KANAK MEMBUKA GENGGAMAN
Tujuan :
1. Menggalakkan kanak-kanak membuka genggaman
2. Menggalakkan pergerakan ibu jari
Cadangan Aktiviti :
i. Menggalakkan kanak-kanak membuka genggaman
Usap belakang tangan dengan lembut, mula dari pergelangan tangan ke arah jari
NOTA : Bagi kanak-kanak spastik, mengusap belakang tangan mungkin akan menyebabkan
tangan tergenggam atau tangan terbuka dengan kejang tanpa kawalan. Jika ini berlaku, hentikan
usap dan cari cara lain untuk melakukannya
14
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
ii. Bantuan pergerakan
• Buka genggaman kanak-kanak dengan lembut, bermula dari jari
kelingking hingga ke ibu jari
• Untuk mengekalkan kedudukan yang betul, letakkan gulungan
gauze/objek berbentuk silinder di tapak tangan dan pastikan
kanak-kanak menggenggamnya dengan betul.
iii. Meningkatkan pergerakan ibu jari
Cadangan aktiviti lanjutan :
• Galakkan kanak-kanak bermain dengan doh/ air/ pasir
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan seperti
menguli doh atau mengocak air.
• Galakkan kanak-kanak bermain dengan kayu penguli
contohnya semasa membuat pasteri, capati dan lain-lain.
• Galakkan kanak-kanak mengampu berat badan
menggunakan kedua-dua belah tapak tangan seperti duduk
dengan sokongan kedua-dua tangan, merangkak dan
bermain menerap doh
15
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
4.3. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKKAN KESEDARAN PENGGUNAAN TANGAN
Tujuan :
1. Menggalakkan kanak-kanak membawa tangan ke garis tengah
2. Menggalakkan kanak-kanak membawa tangan ke mulut
Cadangan aktiviti dengan bimbingan :
• Letak kanak-kanak diatas riba atau baring terlentang.
• Pegang dan bawa kedua-dua tangan kanak-kanak itu ke garis tengah.
• Galakkan kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangannya untuk menyentuh
muka/ hidung/ mulut dengan tangannya.
• Bermain dan menyanyi seperti : pok amai-amai.
Cadangan aktiviti dengan bimbingan:
• Letak kanak-kanak diatas riba atau baring terlentang.
• Gantungkan objek yang mempunyai permukaan yang berbeza
seperti licin, lembut, keras, (contohnya span, bola bulu)
di hadapan kanak-kanak
• Bimbing tangan kanak-kanak untuk mencapai dan memegang
objek.
4.4. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKKAN MANIPULASI
a) Memegang objek untuk seketika dan bagi jangkamasa yang lama.
Tujuan : Untuk menggalakkan kanak-kanak menggenggam dan memegang objek bagi jangkamasa yang lama
i) Cadangan aktiviti :
• Letakkan objek ke dalam tangan
• Galakkan kanak-kanak untuk memegang objek
• Cuba keluarkan objek dari genggaman tangan kanak-kanak
• Kanak-kanak akan menggengam objek apabila penjaga cuba mengambil objek
Letakkan objek dalam tangan Cuba tarik objek dari tangan
kanak-kanak
ii) Aktiviti lanjutan
• Galakkan kanak-kanak untuk mengambil objek dan memegangnya
• Galakkan kanak-kanak memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain
• Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti mengetuk
16
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
Memindah objek Mengetuk objek
iii) Cadangan aktiviti bagi menggalakkan kanak-kanak memegang objek ;
• Galakkan kanak-kanak memegang atau memicit objek.
- Untuk aktiviti ini mulakan dengan objek yang besar seperti bola besar yang lembut, menyusun
gelung, menyusun kondan (stacking cones), permainan yang berbunyi apabila dipicit.
- Setelah kanak-kanak menunjukkan kemajuan, gunakan objek yang lebih kecil.
• Permainan yang melibatkan aktiviti memulas, seperti skru mainan, tombol pintu, memerah kain
atau tuala kecil
• Bermain dengan menggunakan penyepit baju
Menyusun kiub Menyusun gelung Aktiviti memutar Main dengan penyepit baju
b) Aktiviti stimulasi yang digunakan untuk menggalakkan kanak-kanak mencapai objek.
Tujuan : menggalakkan kanak-kanak mencapai objek
Cadangan aktiviti :
• Letakkan kanak-kanak di atas riba atau baringkannya dalam
posisi terlentang.
• Pegang objek berwarna terang atau loceng sejauh 6 hingga
8 inci dihadapan mukanya pada garis tengah.
• Dapatkan perhatian kanak-kanak, kemudian galakkan
kanak-kanak mencapainya
Sarungkan sarung tangan yang berwarna-warni atau letakkan
loceng ditangannya dan biarkankanak-kanak itu bermain.
Galakkan kanak-kanak bermain dengan tangannya sendiri.
17
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
c) Aktiviti stimulasi untuk menggalakkan kanak-kanak menggenggam/ mengambil objek dengan
menggunakan jari
Tujuan : untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil objek
menggunakan jari
Cadangan aktiviti : Letakkan beberapa kiub bersaiz 1 inci dan
galakkan kanak-kanak untuk mengutip kiub
tersebut menggunakan jari.
d) Aktiviti stimulasi untuk menggalakkan kanak-kanak mencubit dan cubitan menggunakan 3 jari.
Tujuan : menggalakkan cubitan menggunakan 3 jari.
Cadangan aktiviti :
• Sediakan objek kecil seperti kiub dan galakkan
kanak-kanak untuk mengambil menggunakan 3 jari
• Mengoyakkan kertas menggunakan cubitan 3 jari.
Tujuan : Menggalakkan kanak-kanak mencubit / mengutip menggunakan dua jari
Cadangan aktiviti :
• Galakkan kanak-kanak mengutip objek kecil. Contohnya
semasa makan galakkan anak memungut cornflakes,
kismis, smarties, dan kekacang
4.5. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKKAN MELEPASKAN OBJEK
Tujuan : Menggalakkan kanak-kanak melepaskan objek
Cadangan aktiviti : Minta kanak-kanak memberi permainan yang
di pegang kepada anda
Kanak-kanak melepaskan objek kepada
ibunya
18
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
4.6. AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN
Aktiviti yang mengalakkan penggunaan kedua-dua belah tangan adalah seperti berikut :
a) Membawa kedua-dua tangan bersama ke garis tengah
b) Memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan yang lain
c) Bertepuk tangan
Kemahiran membawa ke dua-dua belah tangan ke garis tengah dan menggunakan kedua-dua tangan ini
adalah asas untuk perkembangan aktiviti kehidupan harian dikemudian hari.
a) Aktiviti stimulasi membawa kedua-dua tangan bersama ke garis tengah
Tujuan : Menggalakkan kanak-kanak membawa
kedua-dua tangan bersama ke garis
tengah
i. Cadangan aktiviti :
• Lekatkan pelekat pada belakang tangan
• Galakkan kanak-kanak untuk membuang
pelekat tersebut menggunakan tangan yang
satu lagi
ii. Aktiviti lanjutan :
• Galakkan kanak-kanak untuk mengambil dan
memegang objek
• Galakkan kanak-kanak memindahkan objek
dari satu tempat ke tempat yang lain
• Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti
mengetuk
Galakkan aktiviti mengetuk
iii. Aktiviti lain yang dicadangkan :
Galakkan kanak-kanak menggunakan kedua-dua
belah tangan semasa aktiviti makan.
• Menggunakan cawan dengan 2 pemegang
• Makan dengan menggunakan sudu dan garpu
Gunakan cawan dengan Bermain dengan sudu
dua pemegang dan garfu
iv. Cadangan aktiviti/ permainan :
• ʻTom-tombakʼ
• ʻEnjit-enjit semutʼ
• ʻSet-set, tom-tom
Kanak-kanak bermain Tom-Tom Bak
19
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
v. Cadangan aktiviti bagi kanak-kanak besar
Bagi menggalakkan pengunaan kedua-dua belah tangannya bila
melakukan sesuatu aktiviti, minta anak membawa barang yang
memerlukan penggunaan kedua-dua tangan seperti membawa bola,
menarik dan menyorong troli.
RUJUK KEPADA PEGAWAI PERUBATAN JIKA KANAK-KANAK HANYA
MENGGUNAKAN SATU TANGAN SAHAJA PADA UMUR
9 BULAN
b) Aktiviti stimulasi untuk menggalakkan pemindahan objek dari satu tangan kesatu tangan yang lain
Tujuan : menggalakkan anak memindahkan objek
dari satu tangan ke tangan lain
Cadangan aktiviti : Kanak-kanak memindah Bantu anak memindahkan
• Letakkan permainan ditangan kanak-kanak
• Galakkan kanak-kanak memindahkan permainan
dari satu tangan ke tangan yang lain.
• Jika kanak-kanak tidak melakukannya, bantu
secara fizikal dengan memegang tangan kanak-
kanak untuk memindahkan objek
kiub dari satu tangan ke kiub fizikal
tangan lain
c) Aktiviti stimulasi untuk menggalakkan kanak-kanak bertepuk tangan TEPUK AMAI-AMAI
Tepuk amai-amai
Tujuan : untuk menggalakkan kanak-kanak belalang kupu-kupu
bertepuk tangan Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu
Cadangan aktiviti : Susu lemak manis
Main permainan yang memerlukan kanak- Santan kelapa muda
kanak bertepuk tangan Menyanyi sambal Adik jangan menangis
bertepuk tangan. Galakkan kanak-kanak Emak ade kerja
memerhatikan anda bertepuk tangan, seperti
memecahkan buih atau bermain permainan
pok-amai-amai.
20
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
4.7. AKTIVITI STIMULASI KHUSUS
a) Sentuhan Ibu Jari Dengan Jari Yang Lain (Finger Opposition)
TANDA AMARAN!!!
Kegagalan untuk membuat sentuhan ibu jari dengan jari-jari yang lain
Tujuan : Menggalakkan sentuhan ibu jari dengan
jari yang lain
Cadangan aktiviti :
Tunjukkan kepada anak bagaimana untuk
melakukan sentuhan ibu jari dengan jari lain
b) Masih Menggenggam Ibu Jari Gerak ibu jari ke atas dan bawah
TANDA AMARAN!!!
Kanak-Kanak Masih menggenggam ibu
jari walaupun selepas berumur 3 bulan
Tujuan : untuk meningkatkan pergerakan
ibu jari
Cadangan aktiviti : Bermain dengan ibu jari
Buka dan tutup ibu jari
Ke Bawah Ke Atas
Bengkok ibu jari Gerak ibu jari Luruskan ibu jari dan gerakkan ke atas dan
melintang tapak sehingga terbuka ke bawah dengan tapak tangan terbuka
tangan
21
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
c) KECENDERUNGAN MENGGUNAKAN SEBELAH TANGAN (Hand Preference)
TANDA AMARAN!!!
Rujuk kepada Pegawai Perubatan jika kanak-kanak mempunyai
kecenderungan menggunakan sebelah tangan pada umur 9 bulan
Tujuan : Menggalakkan kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan
Cadangan aktiviti :
i. Aktiviti Dengan Bantuan (Penggunaan Tangan Bermasalah)
• Duduk belakang kanak-kanak dan letakkan anak di atas riba atau di
atas lantai.
• Letakkan permainan kegemaran dihadapannya. Pegang tangan yang dominan dengan tangan
anda. Bantu tangan yang bermasalah untuk mencapai objek.
• Bantu kedua-dua tangannya untuk mencapai objek. Contohnya kereta atau bola dan gerakkannya
ke hadapan serta ke belakang.
ii. Aktiviti Lanjutan
• Galakkan Kanak-Kanak Bermain Dengan Menggunakan Kedua-dua belah tangan. Contohnya
menyusun lego, mengocak alat permainan di dalam air dengan kedua-dua tangan.
Menyusun Lego Ke Bawah
22
POSISI YANG
DICADANGKAN UNTUK
STIMULASI AKTIVITI
5. MOTOR HALUS
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
5. POSISI YANG DICADANGKAN UNTUK STIMULASI AKTIVITI MOTOR HALUS
Kepala dan badan kanak-kanak perlu stabil bagi membolehkan ia melakukan aktiviti motor halus. Kestabilan ini
boleh dicapai dengan meletakkan kanak-kanak dalam posisi tertentu dan pilihan posisi bergantung kepada tahap
keterukan ketidakupayaan kanak-kanak tersebut.
Pilihan posisi adalah seperti berikut : Menelentang, Mengiring, Meniarap, Duduk, Melutut atau Berdiri
5.1. POSISI MENELENTANG Anak baring atas lantai
Menelentang adalah posisi yang paling stabil dan
selesa. Malangnya, ia tidak memberikan banyak
peluang untuk aktiviti motor halus dilakukan.
Posisi ini sesuai untuk kanak-kanak yang kurang
kawalan kepala dan badan kerana mereka hanya
dapat mengawal anggota bahagian atas.
Anak baring atas riba ibu
5.2. POSISI MENGIRING
Mengiring adalah posisi terbaik untuk kanak-kanak spastik kerana ia boleh
mengurangkan kekejangan. Untuk memberikan kestabilan yang lebih baik dan
mengekalkan kedudukan yang betul, bantal peluk boleh digunakan untuk
menyokong tulang belakang. Mengiring juga boleh menyediakan lebih banyak
peluang untuk aktiviti stimulasi motor halus.
5.3. POSISI MENIARAP
Posisi Meniarap digunakan untuk stimulasi
kawalan kepala, jika kanak-kanak mengalami
masalah kawalan kepala. Jika kawalan kepala
telah di capai, ia memberi lebih peluang untuk
aktiviti stimulasi motor halus
5.4. POSISI DUDUK
Posisi duduk adalah posisi yang paling kerap digunakan untuk melakukan aktiviti
stimulasi motor halus. Posisi duduk yang normal adalah seperti gambar dibawah.
Apabila kanak-kanak duduk, pastikan ia duduk dalam posisi yang normal
POSISI DUDUK YANG NORMAL
• Kedudukan kepala menegak dan selari dengan badan
• Siku dibengkokkan pada 90 darjah dan pergelangan tangan pada posisi neutral
• Pinggul dan tulang belakang pada kedudukan 90 darjah
• Lutut dibengkokkan pada 90 darjah
• Kedua kaki mendatar diatas lantai
24
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
Ada beberapa cara untuk duduk. Diantaranya adalah :
• Duduk bersimpuh
• Duduk berlunjur
• Duduk mengangkang
• Duduk bersila
Untuk kanak-kanak yang mempunyai kawalan kepala yang baik tetapi kurang kawalan badan, duduk boleh
di ampu oleh badan ibu atau penjaga atau alat bantuan sokongan.
Duduk berlunjur dengan Duduk berlunjur dengan Duduk bersimpuh Duduk bersila
bantuan bantuan kerusi sudut
5.5. POSISI MELUTUT
Posisi melutut adalah perantaraan antara duduk dan berdiri. Posisi ini
jarang digunakan untuk aktiviti stimulasi motor halus. Aktiviti motor
halus biasanya digunakkan supaya kanak-kanak leka semasa aktiviti
stimulasi motor kasar dijalankan.
Objektif posisi melutut adalah untuk meningkatkan kekuatan otot belakang dan
memperbaikan keupayaan kanak-kanak untuk mengimbangkan badan.
5.6. POSISI BERDIRI
Posisi berdiri boleh digunakan untuk aktiviti stimulasi
motor halus. Kebiasaanya aktiviti motor halus
digabungkan semasa aktiviti motor kasar dijalankan.
Sebagai contoh : ʻProne standerʼ atau ʻupright standing
frameʼ digunakan bagi membantu kanak-kanak yang
tidak berkemampuan untuk berdiri semasa menjalankan
aktiviti motor halus
25
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
6. KESIMPULAN
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
6. KESIMPULAN
Kemahiran motor halus bergantung kepada perkembangan fungsi motor halus serta perkembangan fungsi-fungsi
lain, terutamanya fungsi kognitif, fungsi motor kasar, fungsi sensori dan fungsi psikososial.
Perkembangan fungsi motor halus (contohnya mengenggam, mengutip) merupakan asas kepada perkembangan
kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
kehidupan seharian seperti :
• Aktiviti penjagaan diri contohnya makan, berpakaian, kebersihan diri,
• Aktiviti riadah seperti bersukan, melukis, membaca
• Aktiviti produktif termasuk memasak, membasuh, bekerja
Apabila aktiviti harian dilakukan berulang-kali contohnya mengenakan butang semasa memakai baju, kemahiran
ini dapat dipertingkatkan. Bagi memudahkan pembelajaran kemahiran motor halus, aktiviti stimulasi yang
dirancang mestilah mudah, bermatlamat dan berkaitan dengan tugasan.
28
7. LAMPIRAN
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
Tahap perkembangan mengikut umur (Fokus pada Motor Halus) LAMPIRAN 1
Umur Motor kasar Motor Halus Penglihatan Bahasa dan Sosial Tanda
Pendengaran Amaran
Baru Pergerakan Tangan genggam Pandang wajah Menangis Respon bila Jika ibu bapa
risau, tidak kira
lahir tangan dan kaki Ibu jari abduksi Memandang Terkejut jika diangkat
umur
secara simitri pada lampu bunyi bising
Refleks Diam bila dengar
semulajadi suara
Tona otot
normal
6 Pergerakan Tangan terbuka Mata mengikut Respon pada Senyum pada Tangan masih
minggu tangan dan kaki semasa umur 2 pergerakan bunyi ibu (respon) genggam
secara simitri objek
bulan Tiada juling, Mengeluarkan
Tona otot suara 6-8
normal tiada nystagmus minggu
3 Meniarap Memegang Mata mengikut Pusing kepala Tidak peduli
bulan Angat kepala objek yang pergerakkan kepada bunyi dengan bunyi,
semasa menirap diletakkan dalam
Minimal head objek 180 darjah Banyak orang atau
tangan mengeluarkan mainan
lag
Refleks Moro suara Ibu jari masih
pada tapak
hilang
tangan
6 Duduk dengan Mencapai objek Memandangan Pusing kepala Makan sendiri Sentiasa Juling
bulan bantuan tangan Menggengam tangan sendiri kepada bunyi cth biskut Guna satu
Sebut perkataan
di depan objek 3-5 bulan dua suku kata tangan sahaja
Kawalan kepada Pindah objek Tiada juling
dari satu tangan (mama)
baik ke tangan lain
9 Tarik untuk Mengetuk 2 Tiada kerisauan Lulus ujian Bantu semasa Tiada bunyi
bulan berdiri objek dalam isu penglihatan distraksi memakai babbling cth
oleh ibu bapa Tiada kerisauan pakaian ba-ba, ma-ma,
Merangkak atas tangan masalah
perut Index finger pendengaran Lambai bye-bye da-da
approach Tidak melihat
objek
Jari terbuka
(splaying)
12 Menapak Mengutip Tiada kerisauan Faham arahan Minum dari Tidak boleh
bulan beberapa kali Melepaskan isu penglihatan mudah cawan duduk tanpa
objek 13 bulan oleh ibu bapa bantuan untuk
Memberi objek Bercakap 2 atau Takut akan
kepada ibu 3 perkataan orang yang tidak 10 min
Tidak boleh
dengan makna dikenali mencubit
(pincer grasp)
18 Berjalan sendiri Menconteng Tiada kerisauan Boleh menunjuk Boleh buka Tidak boleh
bulan pada 13 bulan secara spontan isu penglihatan pada 2-3 pakaian berjalan sendiri
Lompat dengan oleh ibu bapa
24 kedua-dua kaki bahagian badan Boleh beri tahu Kurang dari
bulan Manupulasi bila diminta apabila berak enam perkataan
Berjalan dengan Meniru garisan objek kecil atau kencing selain dari mama
baik tegak dan Boleh
bulatan menyambung Boleh mengawal dan dada
(normal gait) kencing pada Masih masukkan
Menendang bola 2-3 patah siang hari objek ke dalam
perkataan mulut dan masih
meliur
Adaptasi dari jadual yang disediakan oleh Dr HSS Amar Singh, Pakar Perunding Pediatrik Komuniti dan Ketua Jabatan Pediatrik , Hospital Ipoh 2000
30
8. RUJUKAN
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
SENARAI RUJUKAN & BIBLOGRAFI
Case Smith, J. Allen, A. S Pratt - Occupational Therapy For Children
David Werner - Disabled Village Children
Deller R - A curriculum guide for teaching young mentally handicapped children
Dr Miriam Stoppard - Uji Anak Anda (Malay Version)
Family Health Development Division, Ministry of Health, Malaysia (2003) Care of Children With Special Needs -
Manual on Management of Children With Fine Motor Delay, English Version
Jegard S. at el - A comprehensive program for multiple handicapped children
KKM - Bengkel pengoperasian program penjagaan kanak -kanak dengan keperluan khas
KKM - Manual Latihan Perkembangan Dan Stimulasi Awal Kanak-kanak Bawah 1 Tahun
Lear Roma - Play Helps (Play Ideas For Children With Special Needs)
Nancy N Johnson - Martin, Kenneth G. Jens, Suzan M, Attermeier, Bonnie J. Hocker - The Carolina curriculum For
Infant And Toddler With Special Needs
Nancy R Finnie - Handling At Home With Cerebral Palsy The Young Child
NELSON - Guide to early Movement Skills (A portage base programme)
Prensky A. L, Palkers H.S - Care of the neurologically to handicapped children
Wan Asma Wan Ismail (1996) - Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
Wan Asma Wan Ismail (1996) - Manual On Child Development And Development Assessment
Wan Asma Wan ismail (1999) - Perkembangan Kanak-kanak, Tanda-tanda Penting Penilaian Mudah Dan Stimulasi
WHO - Training The Community For People With Disabilities
32
SUMBANGAN &
9. PENGHARGAAN
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
SUMBANGAN
1. Dr. Aminah Bee Bt. Mohd. Kassim 2. Cik Aie Yueniena Bt. Mohd. Nasir
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pembantu Tadbir
Sektor Kesihatan Kanak-Kanak Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
3. Dr. Azlin Bt. Amat 4. Pn. Aezy Bt. Talin
Pakar Perubatan Keluarga Pengajar Kejururawatan
Klinik Kesihatan Batu Rakit, Terengganu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Kota Kinabalu, Sabah
5. Pn. Cheoh Siew Tin 6. Christina Tan Mei Ling
Ketua Penyelia Jururawat Ketua Jururawat Kesihatan
Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kk Kubang Besar, Melaka
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
7. Pn. Erniza Bt. Zakaria 8. Pn. Fauziah Bt. Hassan
Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Ketua Jururawat Kesihatan
Klinik Kesihatan Putrajaya, Putrajaya Klinik Kesihatan Kedai Lalat,
Kota Bahru, Kelantan
9. Pn. Farah Bt.Samsu Rahman 10. Pn. Harnisa Bt. Haidhir
Peg. Pemulihan Perubatan Carakerja Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja
KK Bandar Alor Setar, Kedah KK Seremban, PKD Seremban, Negeri Sembilan
11. Pn. Halimah Bt. Ahmad 12. Dr. Izan Hairaini Bt. Ishak
Jururawat Kesihatan Awam Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan Klinik Kesihatan Bukit Kuda,
Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Selangor
13. En. Jasni B. Abdullah 14. Pn. Jayalechimy a/p Lechimanan
Jurupulih Perubatan Carakerja Pengajar Kejururawatan
Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM Sungai Buluh, Selangor
15. Pn. Kamisah Emily Banikang 16. Pn. Low Swee Im
Ketua Penyelia Jururawat Penyelia Jururawat Kesihatan
Klinik Kesihatan Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri
W.P. Labuan Pulau Pinang
17. Dr. Mariam Bt. Nawawi 18. Pn. Mahani Bt. Hamzah
Ketua Penolong Pengarah Jururawat Kesihatan Awam
Unit Kesihatan Keluarga, Kk Wakaf Che Yeh, Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
19. Dr. Noraini Bt. Ab Rahman 20. Dr. Norizzati Bukhary Bt Ismail Bukhary
Pakar Pediatrik Pakar Perubatan Keluarga
Hospital Tanah Merah, Kelantan Kk Bangi, Hulu Langat, Selangor
21. Dr. Nuzul Elme Bt. Abdul Razak 22. Cik Nur Eliana Bt.Mohd. Ariff
Penolong Pengarah Kanan Pembantu Tadbir
Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya, Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
34
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
23. Pn. Norlina Bt. Abdullah 24. Pn. Norlela Bt. Kassim
Pengajar Jururawat Jururawat Kesihatan Awam
Kolej Kejururawatan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Klinik Kesihatan Telok Datok, Selangor
25. Pn. Norsiah Bt. Mohd. Noor 26. Pn. Noor Afni Bt. Mohd Ariff
Penyelia Jururawat Kesihatan Pembantu Tadbir
Klinik Kesihatan Bukit Changgang, Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Selangor Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
27. Pn. Nurul Amelina Bt.Ramli 28. Pn. Nor Azlin Bt. Md. Daud Jurupulih Perubatan
Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Carakerja KK Beris Panchor, PKD Bachok, Kelantan
PKD Timur Laut, KK bandar baru Air Itam,
Pulau Pinang
29. Pn. Nor Anizah Bt. Sipol 30. Pn. Rohaiza Bt. Jahaya
Jururawat Kesihatan Awam Ketua Jururawat Kesihatan
KKIA Kuantan, Pahang Klinik Kesihatan Klang, Selangor
31. Dr.Ruziaton Bt. Hasim 32. Dr. Salimah Bt. Hj. Othman
Pakar Perubatan Keluarga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Sektor Kesihatan
Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam, Orang Kurang Upaya,
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Selangor Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
33. Dr. Siti Aminah Bt. Akhbar Merican 34. Cik Sharul Naim Bt. Awang
Pakar Perubatan Keluarga Peg. Penyelidik (Sambilan)
Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
35. Pn. Siti Bt. Ali 36. Pn Suraya Abdullah
Pengajar Kejururawatan Jururawat Kesihatan
Kolej Masyarakat Kluang, Johor Klinik Kesihatan Pulau Indah, Selangor
37. Pn. Shafina Bt. Mohd Yunus 38. Pn. Saraswathi A/P S. Annamalai
Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Penyelia Jururawat Kesihatan
Hospital Bukit Mertajam, Klinik Kesihatan Mak Mandin
Pulau Pinang Pulau Pinang
39. Pn. Tan Ai Ling 40. Pn. Tan Soo Tian
Jururawat Kesihatan Awam, Pengajar Kejururawatan
Klinik Kesihatan Kota Bharu, Kelantan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Sungai Buluh, Selangor
41. En. Thillainathan a/l Krishnan 42. Pn. Vidyazandriya
Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja
Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya, Klinik Kesihatan Mahmodiah, Johor
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
43. Pn. Weira Bt. Abdullah 44. Dr. Zaiton Yahaya
Jurupulih Perubatan Carakerja Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Selangor Klinik Kesihatan Sandakan,
Sabah
35
SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR HALUS
PENYUNTING
1. Dr. Aminah Bee Bt. Mohd. Kassim 2. Puan Cheoh Siew Tin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan
Sektor Kesihatan Kanak-Kanak Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM
36