The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota ringkas Sains Komputer Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUHAILA BINTI YUSOF Moe, 2024-06-29 21:55:31

1.1 Strategi Penyelasaian Masalah

Nota ringkas Sains Komputer Tingkatan 4

Keywords: Sains Komputer

Disediakan Oleh: ZUHAILA YUSOF PENGATURCARAAN


Masalah ialah keraguan, situasi yang tidak diingini, cabaran dan peluang yang dihadapai dalam kehidupan seseorang. Kemahiran membuat keputusan amat diperlukan untuk melahirkan generasi yang berkebolehan merancang strategi penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah ialah tunjang utama dalam sains komputer. Pengaturcara perlu memahami cara penyelesaian sesuatu masalah dan menterjemahkan cara tersebut kepada algoritma yang dapat difahami. 1.1 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


1.1.1 KEPERLUAN PENYELESAIAN MASALAH BERSTRATEGI


Pembangunan aplikasi komputer berkait rapat dengan strategi penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan komputer. Penyelesaian masalah adalah satu proses mengkaji butiran sesuatu masalah untuk mendapatkan satu penyelesaian. Pemikiran komputasional (computational) membolehkan kita memahami masalah yang dihadapi dan membangunkan penyelesaian yang munasabah apabila kita menghadapi masalah yang kompleks. PENGENALAN


Empat teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian masalah ialah: 1. Teknik Leraian (Decomposition) 2. Pengecaman Corak (Pattern Recognition) 3. Peniskalaan (Abstraction) 4. Algoritma (Algorithms) TEKNIK PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


Teknik ini memecahkan masalah kompleks kepada bahagian yang lebih kecil dan terkawal. Penguraian masalah membantu memecahkan masalah kompleks kepada bahagian yang mudah diuruskan TEKNIK LERAIAN (DECOMPOSITION)


Mencari persamaan (similarities) antara masalah dan dalam masalah. mengenal pasti persamaan atau corak yang ada pada setiap bahagian masalah yang kecil TEKNIK PENGECAMAN CORAK (PATTERN RECOGNITION)


Teknik peniskalaan meninggalkan aspek-aspek kurang penting yang terdapat dalam corak-corak yang dicamkan dan memfokus kepada aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah. meniskalakan ciri-ciri umum dan spesifik Model ialah perwakilan masalah atau idea umum masalah yang hendak diselesaikan PENISKALAAN (ABSTRACTION)


Algoritma adalah proses membangunkan penyelesaian langkah demi langkah terhadap masalah yang dihadapi atau mematuji peraturan untuk menyelesaikan masalah. Algoritma merupakan satu pelan, iaitu satu set langkah arahan untuk menyelesaiakan masalah. Dalam algoritma, setiap arahan dikenal pasti dan susunan pelaksanaannya dijalankan seperti yang dirancang. Dua bentuk algoritma ialah: ▪ carta alir ▪ pseudokod ALGORITMA


Misi mencari penyelesaian melibatkan tiga ciri penting iaitu: 1. Kos 2. Masa 3. sumber 1.1.2 CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH BERKESAN


Kos ditakrifkan sebagai harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan menyenggara, biasanya berupa wang, masa, tenaga dan perbelanjaan. ▪ Projek yang dilaksanakan mengikut tempoh yang normal ialah projek yang dilaksanakan mengikut masa dan kos yang diperuntukkan. ▪ Kos siap masa tercepat (crashing cost) ialah usaha yang maksimum untuk menyelesaikan projek dalam masa terpendek. ➢ Kos siap masa tercepat (crashing cost) meningkat apabila tempoh masa projek menurun. KOS


Kos langsung ialah kos untuk aktiviti projek seperti gaji pekerja. Kos tidak langsung pula merupakan kos untuk aktiviti yang tidak melibatkan secara langsung dengan projek. Contoh: kos keselamatan, bil telefon. KOS


Penyelesaian masalah secara berkesan yang melibatkan masa merujuk sesuatu projek yang disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Faktor masa dalam penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting supaya perancangan awal dan pelaksanaan penyelesaian masalah dapat dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan. Aktiviti pelaksanaan yang tertunda atau lambat disiapkan akan meningkatkan kos. Selain itu, penyelesaian masalah yang memerlukan masa tersingkat seperti keperluan menyiapkan projek dalam jangka masa terhad, juga akan melibatkan peningkatan kos. ➢Contoh: penambahan bilangan pekerja supaya sesuatu projek dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki. MASA


Carta Gantt merupakan jadual perancangan yang dapat melihat perkembangan semua aktiviti projek yang dipaparkan mengikut tempoh masa. Sebelah kiri carta ialah senarai aktiviti manakala bahagian atas ialah tempoh masa. Setiap aktiviti diwakili oleh satu bar. Panjang bar mewakili tarikh mula dan tarikh akhir aktiviti tersebut. CARTA GANTT


CARTA GANTT ▪ Penggunaan carta gantt penting dalam penyelesaian masalah kerana maklumat dapat dilihat sepintas lalu iaitu: ➢Senarai aktiviti projek ➢Bila setiap aktiviti bermula dan berakhir ➢Tempoh masa setiap aktiviti ➢Aktiviti-aktiviti yang bertindih ➢Tarikh mula dan tarikh projek dijangka tamat


Sumber didefinisikan sebagai stok atau wang, bahan-bahan mentah, staf dan aset lain yang boleh digunakan dalam organisasi supaya dapat berfungsi dengan efektif. Dalam perancangan penyelesaian masalah, semua penyelesaian memerlukan sumber. Sumber diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan. Contoh sumber ialah sumber kewangan, sumber manusia dan sumber teknologi. Perancangan sumber adalah tanggungjawab pihak pengurusan. Perancangan sumber yang baik adalah untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Pembaziran sumber dapat dielakkan dengan perancangan yang rapi. Masalah yang dihadapi apabila kekurangan sumber ialah melambatkan masa untuk menyiapkan projek, seterusnya mengakibatkan peningkatan kos projek. SUMBER


Penjadualan sumber projek perlu diadakan untuk mengelakkan berlaku kekurangan supaya tidak menjejaskan penyelesaian masalah yang dihadapi. Langkah-langkah yang berikut perlu diberikan perhatian untuk tujuan ini: 1. Memastikan ada pegawai atau unit yang memantau penjadualan sumber. 2. Menggunakan sistem baris gilir mengikut keutamaan projek (first come first served). 3. Memastikan keperluan projek diuruskan dengan teliti dengan mengambil kira sumber sedia ada dan sumber kewangan yang diperuntukkan. 4. Mengadakan proses penjadualan aktiviti supaya seimbang dan boleh dilaksanakan sepanjang projek dijalankan. SUMBER


Model generik penyelesaian masalah terdiri daripada lapan proses. 1.1.3 PROSES PENYELESAIAN MASALAH


Langkah Proses Penyelesaian Masalah Langkah-langkah 1 Mengumpul dan menganalisis data • Kumpul data tentang punca dan skop masalah • Kenal pasti: • Sejauh manakah masalah tersebut memberikan kesan? • Bilakah masalah tersebut perlu diselesaikan? 2 Menentukan masalah • Kenal pasti masalah yang paling utama yang perlu diselesaikan. 3 Menjana idea – hapus halangan • Menyenaraikan beberapa idea yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah. 4 Menjana penyelesaian • Menyenaraikan idea atau langkah semasa merancang penyelesaian. 5 Menentukan tindakan • Membuat pilihan yang terbaik daripada senarai idea yang dibuat 6 Melaksanankan penyelesaian • Menggunakan pelbagai alat dan teknik yang telah dipilh untuk melaksanakan penyelesaian. • Fokus ditumpukan kepada tindakan yang boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah. 7 Membuat penilaian • Penilaian akan dilaksanakan terhadap langkah-langkah penyelesaian. • Jika tidak menepati tahap yang memuaskan atau tidak menyelesaikan masalah – cari tindakan yang lain. 8 Membuat penambahbaikan • Setiap penyelesaian yang telah dilaksanakan perlu ditambah baik jika masih terdapat kekurangan dan mengikut keperluan.


Click to View FlipBook Version