Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 MATH TRIP 2018 3‐ 4 Mac 2018 – Persatuan Sains Matematik telah menganjurkan program Math Trip 2018. Program Math Trip merupakan program tahunan yang bertemakan makan angin dan pelancongan. Pulau Pangkor telah dipilih sebagai destinasi Math Trip pada tahun ini. Objektif program ini dilaksanakan adalah membuka peluang keemasan kepada pelajar untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan merehatkan mental dan fizikal. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 37 orang. Peserta mula berkumpul di Padang Kawad USM pada jam 4.30 pagi hari Sabtu dan bas bertolak kira‐kira jam 5.30 pagi. Perjalanan dari USM ke Jeti Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Feri ke Pulau Pangkor bertolak pada jam 9.45 pagi dan sampai di Jeti Pulau Pangkor hampir pukul 11 pagi. Setibanya di sana, para peserta dibawa ‘Tour Island’ menggunakan empat buah van. Antara tempat yang disinggahi adalah Masjid Terapung, Kota Belanda, Fu Ling Kung Temple dan Galeri Pangkor. Para peserta kemudiannya ‘check in’ di Purnama Beach Resort pada jam 2.30 petang serta makan tengah hari. Peserta diberikan masa berehat sebelum memulakan aktiviti ‘snorkeling’ pada jam 3.45 petang. Masa yang diberikan untuk aktiviti ‘snorkeling’ sehingga 6 petang terpaksa dipendekkan kerana cuaca yang kurang mengizinkan. Pada waktu malam, peserta diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri. JIL. 4 BIL 01 (ISSN:2462‐1390) http://www.usm.my JUN 2018 “Peluang yang besar itu datang secara tiba‐tiba… datang tidak menentu masa… datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba‐tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” Prof. Dr. Hamka Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910 https://www.facebook.com/matematikU SM (Penerbitan 2 kali setahun) Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 2 Pada hari kedua juga merupakan hari terakhir program, aktiviti sukaneka diadakan di tepi pantai selepas sarapan. Selepas itu peserta bersiap dan mengemas untuk ‘Check Out’ pada jam 12 tengah hari. Peserta tiba di Jeti Lumut lebih kurang pada jam 3.30 petang dan bertolak pulang ke USM selepas solat dan makan tengah hari. Kesemua peserta selamat sampai ke USM lebih kurang jam 10.00 malam. Walaupun hanya dua hari satu malam sahaja dapat diluangkan di Pulau Pangkor, para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan gembira dengan percutian singkat tersebut. Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail Dr. Husna Hassan Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli Cik Hartini Ahmad Sidang Penerbit 3 sahabat bergambar di hadapan Masjid Terapung Bergambar kenangan Di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor Peserta perempuan ceria sebelum aktiviti snorkeling Cik Nur Atiqah Jamaluddin
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 3 PROGRAM DERMA DARAH 7 Mac 2018 – Satu Program Derma Darah telah dijalankan oleh Persatuan Sains Matematik dengan jayanya hasil kerjasama daripada Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia dan Hospital Pulau Pinang. Program yang diadakan di Pusat Sejahtera, USM bermula seawal 9 pagi hingga 4 petang. Program ini mendapat sambutan hangat apabila lebih daripada 200 orang pelajar hadir daripada pelbagai pusat pengajian untuk mendaftar sebagai penderma. Namun begitu, dalam lingkungan 160 lebih sahaja yang berjaya melepasi pemeriksaan doktor dan boleh menderma manakala 50 orang yang tidak berjaya atas sebab‐sebab yang tertentu. Melalui program derma darah ini, dapat dibuktikan bahawa para pelajar USM memiliki sifat ingin membantu masyarakat yang memerlukan dan selari dengan objektif program ini iaitu menerapkan nilai bantu‐membantu dalam kalangan pelajar USM. Program ini juga merapatkan lagi hubungan Persatuan Sains Matematik dengan Pusat Sejahtera kerana ini adalah program pertama persatuan bersama dengan Pusat Sejahtera. Program ini dibawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Prof. Madya Dr. Mohd Tahir bin Ismail dan diketuai oleh Saudari Nur Atiqah Binti Abd Majid. Secara amnya, program ini sangat bermanfaat kepada para pelajar dan telah memberi pelajar motivasi untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan. BENGKEL MATEMATIK USM 2018 Persatuan Sains Matematik USM sekali lagi telah berjaya menganjurkan Bengkel Matematik 2018 di Dewan Kuliah G03, USM pada 17 Mac 2018. Bengkel ini telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Pada tahun ini, seramai 139 orang peserta daripada 33 buah sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang telah terlibat. Objektif utama Bengkel ini adalah untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran matematik, melatih pelajar untuk menguasai KBAT ketika menyelesaikan masalah dan meningkatkan kreativiti pelajar melalui kaedah sendiri semasa menyelesaikan masalah dalam subjek matematik. Terdapat 3 topik yang telah disediakan iaitu Kaedah Perhitungan, Prinsip Laci Dan Prinsip Rangkuman dan Kecualian. Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan menghadiri kelas topik secara bergilir‐gilir. Setiap kelas akan mengambil masa selama 2 jam. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang juga telah disediakan kepada peserta. Seorang peserta daripada setiap kumpulan akan dipilih sebagai peserta terbaik mewakili kumpulan tersebut. Empat peserta tersebut telah menerima pingat dan sijil penghargaan. Bagi menjayakan Bengkel Matematik USM pada tahun ini, jutaan terima kasih diberikan kepada penaja‐ penaja yang telah memberikan sumbangan. Terutamanya ialah ‘Silver Sponsor’ iaitu Cosmic Kidland dan Unipaper Company. ‘Bronze sponsor’ iaitu Yosogo Company dan Syarikat V‐Soy. Bengkel ini juga telah melibatkan seramai 6 orang penasihat dan 112 orang pelajar dari Pusat Pengajian Sains Matematik, USM. Semua yang terlibat telah mengorbankan masa dan tenaga mereka selama 9 Aktiviti semasa derma darah berlangsung
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 4 bulan untuk membuat persediaan dan menjayakan Bengkel Matematik ini. SILVER SPONSOR BRONZE SPONSOR GRILL NIGHT 12 April 2018 – ‘Grill Night’ anjuran Persatuan Sains Matematik telah dijalankan secara meriah di Gym Terbuka, Saujana M04. Program ‘Grill Night’ merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan pada tahun ini oleh Persatuan Sains Matematik. Peserta‐peserta program ini terdiri daripada mahasiswa‐mahasiswa Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia. Melalui program ‘Grill Night’ ini, peserta dapat menikmati makanan sambil mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara mahasiswa‐mahasiswa Persatuan Sains Matematik. Objektif ‘Grill Night’ diadakan adalah mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa Pusat Pengajian Sains Matematik. Program ini berjaya dijalankan di bawah penyeliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Bin Ismail dan dipimpin oleh saudari Nurul Nabilah Binti Mohamed Yunus. Secara amnya, program ini bukan sahaja menjamu selera tetapi terdapat aktiviti sampingan seperti ‘Truth or Dare?’. Kesimpulannya, peserta menikmati hidangan yang mengenyangkan serta dapat menghilangkan tekanan daripada pengajian universiti. Antara peserta dan guru yang mengambil bahagian Pelajar Dan Pensyarah Yang Terlibat Peserta Diberi Minum Pagi Makanan Yang Di Bakar Antara Yang Hadir
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 5 MATHVENTURE 2018 11 Mac 2018 – Program ‘Mathventure’ anjuran Persatuan Sains Matematik telah dijalankan di sekitar kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Program Mathventure merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang diadakan oleh Persatuan Sains Matematik pada sidang ini. Peserta program ini terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua Pusat Pengajian Sains Matematik. Melalui program ‘Mathventure’ ini, pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra dan memudahkan mereka untuk berinteraksi serta berkongsi ilmu. Objektif program ‘Mathventure’ ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri ahli Persatuan Sains Matematik untuk meneroka tempat baru, melahirkan ahli persatuan yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara kepelbagaian alam sekitar. Program ini berjaya dijalankan di bawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Prof. Madya Dr. Mohd Tahir bin Ismail dan dipimpin saudari Farihah Azzahra Binti Ahmad Hulaimi. Secara amnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah aktiviti pendakian sambil meneroka kepelbagaian alam semula jadi yang terpelihara di Taman Negara Pulau Pinang, bermula dari pintu masuk utama sehingga ke Teluk Aling (USM Centre for Marine and Coastal Studies). BENGKEL FASILITATOR KEM MATEMATIK Persatuan Sains Matematik USM sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Fasilitator Matematik bagi sidang 2017/2018. Bengkel ini telah diadakan pada 14 Mac 2018 yang bertempat di BT 204 Pusat Pengajian Sains Matematik. Bengkel yang dijalankan ini bertujuan untuk melatih pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik untuk mencurahkan ilmu matematik dalam penguasaan konsep matematik. Selain itu, Bengkel ini juga dapat memupuk pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan sesuatu pembentangan yang menarik. Salah satu objektif utama bagi Bengkel ini adalah untuk melatih pelajar Sains Matematik bersedia bagi berkhidmat kepada masyarakat sebagai fasilitator dan penggerak organisasi pada masa hadapan. Selain itu, pelajar Sains Matematik juga dapat berdaya saing dan mampu merancang sesuatu program dengan teratur. Bengkel ini telah bermula pada jam 5.15 petang sehingga jam 10 malam. Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai 28 orang Ahli Jawatankuasa, 52 orang pelajar dari Pusat Pengajian Sains Matematik dan seorang penasihat iaitu Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey. Pelajar yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berbeza‐beza akan membentangkan hasil tugasan kumpulan mereka di hadapan penasihat Bengkel Matematik USM 2018. Penasihat akan menilai setiap pembentangan yang dilakukan oleh wakil 3 kumpulan tersebut. Peserta program Prof. Madya Ang Miin Huey memberi penerangan kepada peserta Peserta cuba menyelesaikan tugasan yang diberi
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 6 MATH MARKET Pada 28 Mac 2018, telah berlangsung satu program di bawah anjuran Persatuan Sains Matematik sidang 2017/2018 yang dinamakan Math Market bertempat di Padang Kawad, USM. Program ini bertemakan “Bersama membina Usahawan Mahasiswa”. Program ini diadakan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang melalui penglibatan dalam bidang perniagaan dan mengubah persepsi mahasiswa berkenaan kesusahan yang dihadapi ketika menjadi seorang peniaga. Program ini merupakan aktiviti perniagaan yang melibatkan peniaga‐peniaga luar serta peniaga mahasiswa dan aktiviti permainan yang mampu menjana minda mahasiswa. Program ini telah disertai oleh beberapa peniaga “foodtruck” dan peniaga biasa serta seorang peniaga mahasiswa. Program ini telah bermula pada jam 2.30 petang hingga 12.00 malam. Program ini dimulakan dengan persiapan oleh ahli jawatankuasa program pada jam 2.30ptg. Antara persiapan yang dilakukan termasuklah memasang ‘banner’ program, menyusun meja dan kerusi, menyediakan meja pendaftaran, pemasangan sistem audio dan persiapan aktiviti permainan. Pada jam 3 petang, terdapat segelintir peniaga‐peniaga luar yang telah datang awal untuk mempersiapakan makanan dan minuman yang bakal dijual. Semua peniaga ‘foodtruck’, peniaga‐peniaga luar dan peniaga mahasiswa telah mula memenuhi kawasan padang kawad pada jam 4.30 petang. Pada jam 4.30 petang aktiviti permainan telah dimulakan. Pelajar dapat bermain 2 jenis permainan yang kami sediakan secara percuma di samping dapat mengumpul mata ‘mycsd’. Antara permainan yang telah diadakan ialah menyepit guli menggunakan ‘chopstick’ dan permainan memenuhkan cawan mengikut nombor yang ditetapkan. Aktiviti Permainan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan yang disertai oleh seramai 420 orang pelajar daripada pelbagai pusat pengajian. Aktiviti permainan ini ditamatkan pada jam 7 petang bagi membolehkan aktiviti seterusnya dijalankan. Pada jam 8.15 malam, aktiviti tayangan filem telah diadakan yang bertajuk “Along With the Gods: The Two Worlds” yang memberi banyak pengajaran kepada penonton. Tayangan filem ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar USM. Tayangan filem ini telah tamat pada jam 10.30 malam. Pada jam 11.00 malam ahli jawatankuasa telah mula untuk mengemaskan kawasan padang kawad, astaka dan kawasan sekitarnya. Peniaga‐ peniaga telah memberhentikan perniagaan dan mula berangkat pulang pada jam 11.00 malam. Hasil kerjasama pelbagai pihak, program Math Market ini telah berjalan dan tamat dengan jayanya. Gerai yang dibuka pada program ‘Math Market’
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 7 ALUMNI TALK 2018 26 APRIL 2018 – Program Alumni Talk 2018 (Journey or Destination) telah diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 2 Universiti Sains Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dalam kalangan pelajar. Penceramah jemputan bagi program ini ialah Encik Sinan Bin Ismail, Pengarah Eksekutif Digital Durian yang terkenal dengan animasi bertajuk Didi and Friends. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cabaran yang dihadapi semasa menuntut di universiti dan di alam pekerjaan kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Tambahan pula, Encik Sinan merupakan alumni Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM). Sesi perkongsian yang diadakan banyak memberi manfaat dan para pelajar berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada beliau. Program ini telah berjalan lancar sehingga ke penghujungnya bawah pimpinan pengarah projek, Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Fadzar yang komited serta barisan majlis tertinggi program serta ahli jawatankuasa program yang berdedikasi. Kehadiran Dekan dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik turut memeriahkan program. USM PENANG CUBE 28 April 2018 – Persatuan Sains matematik telah menganjurkan pertandingan menyelesaikan Rubik’s Cube yang diberi nama ‘USM Penang Cube’ dengan kerjasama ‘World Cube Association, Malaysia Cube Association’ dan ‘Johor Cube Fever’ . Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat berdaya sihat dalam kalangan peserta dan melatih minda supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permainan ini. Program telah berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa 1 bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. Seramai 108 orang peserta terdiri daripada Negara Indonesia, Singapore, Hungary dan Malaysia bertanding pada hari tersebut. Setelah 9 kategori tamat dipertandingkan, acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail (Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni) dan Muhammad Aiman Ajmal Bin Sulaiman (YDP Persatuan Sains Matematik Sidang 17/18). Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai‐ramai sebagai kenangan. Program ‘USM Penang Cube’ telah berlangsung dengan jayanya atas kerjasama semua ahli jawatankuasa. Poster program Peserta ‘USM Penang Cube’ Prof. Madya Dr. Mohd Tahir menyampaikan hadiah dan sijil Prof. Dr. Hailiza (Dekan) Memberikan Sijil Penghargaan Dan Cenderahati Kepada Encik Sinan ( Alumni USM)
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 8 KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 14 April 2018 ‐ Karnival Matematik Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan di SK Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini dijalankan pada setiap tahun oleh PP Sains Matematik (PPSM) dan tahun ini merupakan tahun ke‐5 karnival ini dijalankan. Barisan pensyarah yang terlibat dalam menjayakan karnival ini ialah Dr Mohd Hafiz, Dr. Amirah Azmi, Pn. Ena, Dr. Nur Nadiah, Dr. Majid Khan, Dr. Nuzlinda, Dr. Siti Amirah dan Dr. Md Yushalify. Pada peringkat pelajar pula, karnival ini dikelolakan oleh 31 orang pelajar siswazah PPSM dan disertai oleh 208 pelajar sekolah rendah dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Antara tujuan utama karnival ini dijalankan adalah untuk memupuk minat pelajar bagi mempelajari subjek Matematik dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Pelbagai aktiviti dan permainan yang menggunakan konsep gamifikasi telah dilaksanakan dan diharapkan permainan‐permainan ini dapat meningkatkan tahap kefahaman para pelajar dalam subjek Matematik. Program ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara fasilitator dengan peserta. Peserta dibahagikan kepada 16 kumpulan yang menggunakan nama ‘Greek Alphabet’. Seorang fasilitator dilantik sebagai mentor bagi setiap kumpulan ini. Selepas itu, setiap kumpulan diminta untuk melaksanakan sesi ‘ice breaking’ supaya mereka kenal antara satu sama lain dan hal ini dapat meningkatkan kerjasama antara peserta kumpulan. Aktiviti seterusnya ialah ‘Coin Collection Round’ yang mana setiap peserta akan berpecah mencari wang untuk kumpulan mereka dengan bermain pelbagai permainan yang disediakan oleh para fasilitator. Wang ini digunakan untuk sesi ‘Battle’ yang mana setiap kumpulan akan bertempur dengan kumpulan‐kumpulan lain. Para fasilitator turut melaksanakan permainan yang dikenal sebagai ‘Coin Collection Round’ dan diselang‐selikan dengan sesi ‘Battle’. Kumpulan Chi, Delta, Lambda dan Rho merupakan empat kumpulan yang mengutip markah tertinggi dan berjaya melayakkan diri ke sesi ‘Final Battle’. Empat kumpulan ini telah bersaing untuk menentukan kumpulan mana yang akan menjadi johan keseluruhan bagi program ini. Setelah persaingan akhir dijalankan, Kumpulan Delta telah berjaya mengungguli karnival matematik pada tahun ini dan menjadi Juara Keseluruhan. Secara keseluruhannya, Karnival Matematik Peringkat Kebangsaan 2018 ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada semua pihak. Selain itu, program ini dapat melatih para peserta supaya berfikir secara kreatif dan kritis di samping menggunakan pendekatan teoretikal dan juga praktikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Fasilitator program Karnival Matematik Fasilitator Mengajar Pelajar Sekolah
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 9 KUIZ MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2018 Kuiz Matematik Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018 atau nama lain, Kuiz Matematik USM 2018 telah dilangsungkan pada 21 April 2018 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah V dan W. Seramai 198 orang pelajar dari 32 buah sekolah menengah di seluruh negeri Pulau Pinang telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan Kuiz Matematik USM 2018 merupakan sebuah projek tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia. Pertandingan ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar kepada masalah matematik kehidupan harian yang temanya bukan sekadar pengiraan saja dan berkaitan dengan sukatan pelajaran di sekolah. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada masalah matematik yang menekankan kepentingan daya kreativiti dan pemikiran kritikal dalam penyelesaiannya serta meningkatkan minat pelajar menengah dalam subjek Matematik. Peserta yang menyertai Kuiz Matematik USM 2018 terdiri daripada dua kategori, iaitu kategori senior bagi pelajar sekolah menengah atas dan kategori junior bagi pelajar sekolah menengah rendah. Terdapat 3 sesi yang dijalankan untuk Kuiz Matematik USM 2018. Untuk sesi pertama, para peserta menjawab 40 soalan objektif secara individu dalam 60 minit. Bagi sesi kedua pula, peserta menjawab 6 soalan subjektif dalam kumpulan masing‐masing dalam 45 minit. Selepas itu, 10 buah kumpulan sekolah terbaik akan dipilih daripada setiap kategori untuk memasuki sesi ketiga. Dalam sesi ini, peserta perlu menjawab 1 soalan secara berkumpulan dalam masa 10 minit. Pada pukul 2 petang, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah diadakan di Dewan Kuliah W. Sebanyak 7 jenis anugerah telah disampaikan dalam majlis tersebut, iaitu Individu Terbaik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Individu Terbaik dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Individu Terbaik Keseluruhan, Pasukan Terbaik dari SMK, Pasukan Terbaik dari SMJK dan Pasukan Terbaik Keseluruhan. Anugerah terakhir merupakan Juara Keseluruhan Sekolah yang telah dimenangi oleh SMJK Chung Ling Pulau Pinang pada tahun ini. Kesimpulannya, projek Kuiz Matematik USM 2018 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Seramai 81 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Matematik telah melibatkan diri dalam projek ini. Semua ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen dan usaha yang sepenuhnya bagi menjayakan projek ini. Akhir sekali, tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang memberikan sumbangan dalam projek ini. Gold Sponsor Bronze Sponsor: Anugerah Juara Keseluruhan Sekolah Kuiz Matematik USM 2018 Sedang Dijalankan
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 10 TAUTAN KASIH 29 APRIL 2018 –Program tautan kasih 2018 bersama warga emas telah diadakan di Relau Rumah Charis, Pulau Betong. Program Tautan Kasih 2018 merupakan salah satu Projek Exco Sahsiah Dan Kerohanian Persatuan Sains Matematik USM sidang 2017/2018. Tautan Kasih 2018 merupakan sebuah program khidmat masyarakat. Peserta‐peserta program ini terdiri daripada mahasiswa‐mahasiswi Pusat Pengajian Sains Matematik. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan perasaan simpati, kasih sayang dan keprihatinan mahasiswa‐mahasiswi terhadap warga emas. Tambahan pula, program ini juga dapat memberikan khidmat dan sokongan moral kepada warga emas di sana. Hal ini kerana, mahasiswa‐ mahasiswi yang hadir ke sana telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti memberi keperluan asas harian kepada pihak Relau Rumah Charis dan gotong‐royong membersihkan kawasan sekitar rumah tersebut. Program Tautan kasih 2018 diadakan dengan jayanya di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail selaku Penasihat Persatuan Sains Matematik, USM dan dipimpin oleh saudari Seherish Naz Binti Khalid Ali Khan dengan kerjasama pihak Relau Rumah Charis. Keseluruhannya, Program Tautan Kasih 2018 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Penutup Dan Sesi Pemberian Cenderamata Ajk Bersama Warga Tua Rumah Charis Aktiviti Santai Menghibur Warga Rumah Charis Bersama Warga Rumah Charis Gotong‐Royong Sekitar Rumah Charis
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 11 MATH’S GOT TALENT 18 Pada 14 Mac 2018, telah berlangsung pertandingan peringkat akhir Math’s Got Talent 2018 di bawah anjuran Persatuan Sains Matematik sidang 2017/2018 yang bertempat di Dewan Budaya USM. Antara objektif program ini ialah untuk mencungkil bakat pelajar‐ pelajar USM. Program ini berlangsung selama 2 minggu iaitu pada minggu pertama, berlangsungnya sesi uji bakat pada 5 & 6 Mac 2018 untuk memilih 10 peserta untuk ke peringkat akhir bertempat di Bilik Tutorial. Sesi uji bakat ini berlangsung selama dua hari bermula dari jam 8 malam sehingga 11 malam. Seramai 29 peserta iaitu secara solo dan berkumpulan menghadiri sesi uji bakat tersebut. Sesi uji bakat tersebut diadili oleh 3 orang juri professional iaitu Dr Zarul Fitri Zaaba (Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer), Encik Nabeel (ahli musik USM) dan Encik Rizal (ahli Adi Karma). Terdapat pelbagai bakat yang dipersembahkan pada malam tersebut seperti menyanyi secara solo, duet dan berkumpulan, silap mata, menari, berpuisi dan ‘ball freestyle’. Pada jam 8 malam, 14 Mac 2018, 10 peserta melakukan persembahan masing‐masing. Persembahan tersebut diadili oleh 5 orang juri professional iaitu, Dr Manmeet Kaur Mahinderjit Singh (Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer), Dr Zarul Fitri Zaaba (Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer), Encik Mursyid (Pegawai dewan Budaya USM), Encik Alvin (ahli Sada Borneo) dan Encik Shahril Effendi (Artis Budaya Kanan Dewan Budaya). Ahmad Syafiq Mohd Nasir iaitu YDP MPP USM telah menyampaikan hadiah berserta wang tunai kepada para pemenang. Setelah tamat majlis penutupan, program diakhiri dengan sesi bergambar beramai‐ramai. Berkat kerjasama urusetia yang bertungkus lumus dan berpenat lelah, program ‘Math’s Got Talent’ 2018 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi Uji Bakat Persembahan Pertandingan Peringkat Akhir Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 12 ‘MATH ANNUAL GRAND DINNER 2018’ 4 Mei 2018 ‐ ‘Math Night’ adalah program Persatuan Sains Matematik yang akan diadakan setiap sidang manakala Makan Malam Pelajar tahun akhir merupakan satu aktiviti rasmi pusat pengajian yang akan diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar tahun akhir. Pada sidang kali ini, seperti sidang yang sebelumnya Persatuan Sains Matematik telah bekerjasama dengan pusat pengajian dengan menggabungkan Math Night dan Makan Malam pelajar tahun akhir yang di namakan ‘Math Grand Dinner 2017/2018’ . Majlis ini diadakan di Hotel Bayview, Georgetown dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya persembahan dari pelajar ,cabutan bertuah serta Prom King dan Queen. Seperti kebiasaan setiap tahun, pusat pengajian juga telah memberikan beberapa anugerah kepada pelajar tahun akhir yang telah mencapai kejayaan dalam beberapa kategori yang di pertandingkan di peringkat pusat pengajian. Pada program kali ini seramai 140 pelajar tahun akhir yang diraikan termasuk salah seorang pelajar tahun akhir Saudari Nor Syazana Azmi yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2018. Sesi Bergambar Pensyarah‐ Pelajar PEMENANG ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2018 ABHINESHWARY A/P BHALRAJ (MATEMATIK TULEN) ( KATEGORI KO‐KURIKULUM) TAN SIEW THENG (MATEMATIK TULEN) ( KATEGORI KO‐KURIKULUM) LIM ENG YIK (MATEMATIK EKONOMI) ( KATEGORI PERSATUAN) TAN QI HUAN SAINS MATEMATIK ( KATEGORI AKADEMIK) CHAN MUN CHUN (PEMODELAN MATEMATIK) ( KATEGORI AKADEMIK) HING CHEN YEE (STATISTIK GUNAAN) ( KATEGORI AKADEMIK) NIK NORIZAN FAUZI (PENYELIDIKAN OPERASI) ( KATEGORI AKADEMIK) KOH YAN CHYI (MATEMATIK DAN EKONOMI) ( KATEGORI AKADEMIK)