faktor dan implikasi
perkembangan sosioemosi
&
peranan guru dan aktiviti
yang menyokong
perkembangan emosi dan
tingkah laku kanak-kanak
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
PAKK2302D- SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU Kanak-Kanak
Editor: KWEK SHI TING (AG: 2021122370007)
Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan
Sosial Dan Emosi Kanak-kanak
Sumber: Mooreshaven. (2022). 8 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-kanak. Retrieved
fromhttps://ms.mooreshaven.com/factors-that-influence-childrens-social-and-emotional-development-008c8c208c-64d4d
Manusia mengalami perkembangan emosi sepanjang hayat sejak bayi hingga ke usia emas. Pengurusan
emosi akan semakin matang seiringi umur seseorang. Pada peringkat bayi, mereka meluahkan perasaan
melalui komunikasi bukan lisan seperti pergerakan badan, tangisan atau senyuman dan emosi banyak
bergantung kepada ibu bapa/ pengasuh atau perubahan persekitaran. Manakala, ekspresi emosi pada
peringkat kanak-kanak banyak bergantung kepada pengaruh sosial dan budaya keluarga dan
persekitarannya.
Faktor keturunan Tahap kematangan
Kanak-kanak mewarisi genetik ibu bapa. Kematangan dalam perkembangan jasmani,
Pewarisan seperti emosi, keberanian, kejujuran kognitif dan sosial akan mempengaruhi
dan sebagainya akan dipindah ke kanak-kanak. emosi kanak-kanak.
Ibu bapa yang mempunyai masalah emosi seperti Apabila perkembangan kanak-kanak turut
kemurungan, gangguan bipolar atau penyakit meningkat, pengurusan emosi juga akan
mental akan mewarisi ke generasi seterusnya. bertambah baik.
Status kesihatan
kanak-kanak yang sihat dan cerdas dapat mengawal emosi dan tingkah laku dengan baik;
manakala kanak-kanak yang sakit dan lemah mengalami emosi negatif seperti kekecewaan,
kegagalan dan kemarahan.
kanak-kanak yang sihat dan mempunyai kualiti tidur yang baik sentiasa menunjukkan emosi yang
stabil manakala kanak-kanak yang tidak tidur lena menunjukkan emosi dan tingkah laku negatif
seperti tidak sabar, cepat marah dan tidak berkerjasama.
Faktor keluarga
Perhubungan kanak-kanak dengan keluarga seperti kecukupan tumpuan dan kasih sayang sangat
mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak.
Perhatian atau interaksi yang minimum antara kanak-kanak dengan keluarga boleh menyebabkan
masalah sosioemosi seperti malu, tidak selamat, ragu-ragu, cemburu dan sebagainya.
Ibu bapa yang menunjukkan kestabilan emosi dan tingkah laku menjadi model kepada kanak-kanak
dalam pembentukan sosioemosi yang stabil.
Ibu bapa yang ganas dan cepat marah akan membangunkan kanak-kanak yang keras dan impulsif.
TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN
EKSPRESI EMOSI IBU BAPA
Norly, J. 2010. TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN EKSPRESI EMOSI IBU BAPA. Retrieved from http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-
UPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LAKU_EMOSI_KANAK-KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDF
Kajian yang dijalankan oleh Norly (2010) ini bertujuan mencari perkaitan antara hubungan tingkah laku emosi
kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa. Ahli keluarga merupakan agen sosialisasi yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak terutama pengurusan emosi dan tingkah laku mereka. Tingkah laku, perangai atau
cara meluahkan emosi memberi kesan kepada kanak-kanak menerusi interaksi ibu bapa. Selain itu, kajian ini
juga mengkaji perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak berumur 5 tahun dengan 6 tahun. Menurut
kajiannya, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tingkah laku emosi bagi kanak-kanak pada peringkat
umur yang berbeza. Oleh sebab itu, boleh dirumuskan bahawa faktor umur dan cara ekspresi emosi ibu bapa
memberi kesan kepada pengurusan tingkah laku dan emosi kanak-kanak.
Kajian Norly (2010) memfokuskan pada hubunga
n tingkah laku emosi kanak-kanak dengan:-
1) Perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status sosioekonomi
Status sosioekonomi memberi kesan kepada pembentukkan sosioemosi kanak-kanak.
Keluarga ekonomi berstatus rendah lebih cenderung membangunkan emosi dan tingkah laku yang negatif sebab
hidup dalam keadaan stres dan mendesak serta lebih cenderung mengaplikasi gaya keibubapaan autoritarian
atau pengabaian.
Keluarga ekonomi berstatus tinggi lebih cenderung mengaplikasikan keibubapaan autoritarian yang demokratik
dan model komunikasi yang berbuka. Suasana keluarga yang tenang dan menunjukkan kasih sayang dan
kemesraan.
2) Perbezaan ekspresi ibu bapa mengikut status pendidikan
Ibu bapa yang berpendidikan rendah lebih cenderung menyumbang kepada tingkah kalu hiperaktif kanak-kanak
dan emosi bersifat negatif.
Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kanak-kanak menunjukkan tahap hiperatif yang kurang.
3) Ekspresi emosi positif ibu bapa
Ibu bapa yang menunjukkan emosi yang positif mempengaruhi kanak-kanak mempunyai emosi dan tingkah laku
lebih stabil dan dapat mengurus emosi dengan baik.
Ibu bapa merupakan contoh kepada kanak-kanak dan kanak-kanak akan meniru kesemuaan tingkah laku ibu bapa.
4) Ekspresi emosi negatif ibu bapa
Ibu bapa yang menunjukkan ekspresi emosi negatif me
mberi impak negatif kepada kemahiran tingkah laku emosi
kanak-kanak.
Emosi kanak-kanak tidak stabil dan bersifat negatif.
5) Perbezaan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur
Terdapat perbezaan kemahiran meng
ekspresikan tingkah laku emosi antara kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.
Didapati kanak-kanak berumur 5 tahun menunjukkan tahap simtop emosi yang lebih tinggi berbanding dengan
kanak-kanak berumur 6 tahun
Kemahiran sosioemosi kanak-kanak akan berkembang mengikut kematangan. Pengurusan emosi dan tingkah laku
akan lebih matang pada peringkat umur yang lebih tinggi.
Emosi dan Perkembangan
Fadzli, M.A.B. (n.d.). Emosi dan Perkembangan. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/6308/1/bab_11.pdf
Emosi seperti suka, sayang, gembira, marah, sedih, takut dan sebagainya merupakan ekspresi perasaan
individu. Emosi atau perasaan boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang, boleh dikatakannya emosi
dan tingkah laku adalah saling berkaitan. Menurut Fadzli (n.d.), emosi adalah suatu bentuk daya
kognitif yang terbentuk dan berkembang secara peringkat demi peringkat sejak awal kelahiran. Faktor
yang mempengaruhi pembentukkan dan perkembangan emosi termasuk faktor warisan dan faktor
persekitaran.
Faktor Warisan
Faktor genetik memainkan peranan penting dalam membentuk variasi dalam setiap individu. Setiap sel
memiliki informasi genetik tersendiri yang diwarisi dari ibu bapa ke generasi seterusnya.
Setiap individu membawa genetik dan maklumat baka dari ibu mapa mereka masing-masing. Oleh sebab itu,
pembentukkan emosi dan tingkah laku positif atau negatif manusia tidak lari daripada pewarisan genetik.
Faktor Persekitaran
Pemakanan Pencemaran
Pemakanan adalah penting dalam mengekalkan kesihatan Perubahan persekitaran boleh menjejaskan
badan dan membekalkan nutrisi ke tubuh badan untuk kestabilan emosi dan tingkah laku manusia.
memastikan setiap organ dan sistem badan berfungsi Pencemaran alam sekitar telah memberi
secara optimum. kesan negatif terhadap pengurusan emosi
Pemakanan yang tidak seimbang atau terlampau boleh manusia.
memberi kesan kepada perubahan emosi dan tingkah laku
seseorang. Pencemaran bunyi
Kanak-kanak yang mengambil gula yang melampau dari
pemakanannya boleh menyebabkan tingkah laku Bunyi yang tidak diingini dalam tempoh masa
hiperaktif dan emosi impulsif. yang panjang boleh menyebabkan gangguan
Pemakanan yang tidak seimbang atau tidak mencukupi emosi.
boleh menyebabkan kanak-kanak lemah, tidak Pencemaran bunyi jalan raya, muzik yang
bermotivasi, kurang interaksi dan bersosial, bising, jeritan atau tangisan yang berpanjangan
ketidakstabilan emosi serta bersifat pemarah. merupakan sejenis tekanan yang boleh
mengganggu emosi seseorang.
Bencana alam
Pencemaran udara
bencana alam termasuklah banjir, tanah runtuh, kemarau,
tsunami, wabak virus dan sebagainya. Pencemaran jerebu dan partikel kimia yang
Kanak-kanak yang sedang atau pernah mengalami membawa bau busuk boleh mengganggu
bencana boleh memberi kesan terhadap peningkatan atau kesihatan dan emosi kanak-kanak.
penurunan emosi dan tingkah laku.
Kanak-kanak akan mengalami emosi negatif seperti Pencemaran udara boleh mempengaruhi emosi
kemurungan, ketakutan, kebimbangan dan perasaan tidak kanak-kanak pada aspek penghasilan rasa yang
selamat. tidak selesa.
Implikasi perkembangan sosioemosi
kanak-kanak
Norly, J. 2010. TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN EKSPRESI EMOSI IBU BAPA. Retrieved from http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-
UPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LAKU_EMOSI_KANAK-KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDF
Perkembangan sosioemosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat
penting sebab ia mempengaruhi kebolehan kanak-kanak belajar dengan berkesan.
National Research Council and Institutes of Medicine dalam kajian Norly (2010)
menyatakan kanak-kanak yang mempunyai kestabilan secara sosial dan secara
emosinya lebih baik di sekolah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, ada hubungan
yang baik dengan orang lain, berani memegang tanggungjawab yang mencabar dan
berkomunikasi dengan lebih baik. Pengesanan emosi dan tingkah laku bermasalah
dalam kalangan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan kesihatan mental dan
perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Implikasi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
PERANAN GURU DALAM MEMBANTU
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI MURID
PFDcoffee. (n.d.). Peranan Guru Dalam Membantu Perkembangan Sosioemosi Murid. Retrieved from https://pdfcoffee.com/peranan-guru-dalam-
membantu-perkembangan-sosioemosi-murid-pdf-free.html
Guru yang prihatin
Guru penyayang yang memenuhi keperluan kasih sayang dan perhatian kanak-kanak
Membina jalinan yang erat dan mesra dengan kanak-kanak sehingga kanak-kanak boleh meluahkan
perasaan dan masalah mereka hadapi kepada guru.
Guru yang mengambil berat keperluan kanak-kanak dan mengetahui latar belakang keluarga setiap
kanak-kanak.
Guru yang mengaplikasikan strategi PdP berpusatkan murid
Strategi berpusatkan murid menggalakkan perkembangan
sosial murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Guru memberi kebebasan untuk kanak-kanak belajar
mengikut tahap dan keperluan sendiri
Penggunaan pendekatan kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif menggalakkan interaksi antara kanak-kanak dan memupuk
sikap bekerjasama, tolong menolong
Guru sebagai pembimbing untuk mengurus konflik di antara kumpulan kanak-kanak
Menggalakkan komunikasi dan interaksi dua hala
Memperkenalkan pelbagai jenis emosi
Merancang aktiviti seperti cerita, lagu atau lakonan untuk mengenali pelbagai jenis
emosi
Membantu murid menguasai kemahiran emosi dan cara mengurus emosi diri sendiri
Menyediakan ruang spesifik untuk murid mengurus emosi seperti tenang korner
PERSEPSI GURU PRASEKOLAH TERHADAP
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SOSIOEMOSI
KANAK-KANAK
Ilyanah, N.O. (2021). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kepentingan Pembelajaran Sosioemosi Kanak-Kanak. Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-030.pdf
Guru prasekolah berperanan memastikan perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat berkembang dengan
Persepsi Guru Prasekolah Terhadappositif dan seimbang. Penerapan elemen pengenalan dan pengurusan sosioemosi dalam pembelajaran adalah
Gpuernutinpgradseaklaomlahpbereirnpgekraat nparnasmeekmolaasht.ikTaunnpjaenrgkekmebtearnagmapnilasonsiodeirmi odsialkaamnakd-okkuamnaekn dsatpaantdabredrkkeumribkaulnugm dan
pendtaeknsgiraannp(DosSiKtiPf)dmaenmsebiemribpaennge.kPaennaenrkaeppaandaelmemenegnenpaelni gdeannamlaenngduarnuspeemngousirsuesnadnirsiosseioretammoseimdbailnaamkemahiran
Kepentingan Pembelajaran Sosioemosipseomsibale.laGjaurruanbaedrpaelarahnapnenmtienmgbdianlaamkepmearhinirgaknatsopsrioaesemkoosliahk.aTnuankj-aknangakketseercaamrapiblaenrkdesiraindadleanmgadnokmuemweunjudkan
stpaenlduaarndg kpuermikbuellaujmardananmpeelnaltuaikspierlaanks(aDnSaKaPn) mruetminb, ehrairpiaenn, eiknatenraankskie, pdaadnaamkteinvigtienpaelnigdaajanrmanendgaunrupsemembeolsaijaran
Kanak-Kanakse(nKdeimrienseterrtiaanmPeemnbdiidniakaknemMaahlaiyrsaina,s2o0si1a6l.).Guru berperanan membina kemahiran sosioemosi kanak-kanak
secara berkesan dengan mewujudkan peluang pembelajaran melalui pelaksanaan rutin, harian, interaksi,
Strategidpaenmauksattivanitimpuernidgmajearruapnakdaannkpaeemdabhelpaejnagraajnar(aKneymaenngtdearpiaant mPeenmdbidainktaunpeMrkaelamybsaian,g2a0n 1s6o)s.ioemosi kanak-
kanak. Dalam strategi ini guru sebagai pembimbing yang memandu kanak-kanak menjalankan aktiviti
pembelajaran dalam kumpulan atau secara individu. Komunikasi dan interaksi antara guru dengan murid dan
murid dengan murid adalah aktif dan nilai seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur dapat
dipupuk.
Peranan guru dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak:
Guru mengajar kemahiran menyelesaikan masalah mengikut emosi kanak-kanak. Pembelajaran
ini dapat membantu kanak-kanak mengawal emosi individu dengan berkesan.
Merancang aktiviti pembelajaran yang melibatkan interaksi antara rakan sebaya dapat
menyokong kemahiran membina hubungan persahabatan.
Mengamalkan interaksi dua hala antara kanak-kanak dan guru dapat membawa kepada suasana
emosi kanak-kanak yang sihat.
Menggunakan teknik memanggil nama murid dapat menggalakkan penglibatan kanak-kanak
yang pendiam sewaktu menjalankan aktiviti.
Mewujudkan pusat-pusat pembelajaran yang ceria di dalam kelas dapat membantu
perkembangan emosi kanak-kanak untuk menjadi lebih ceria.
Susun atur kelas yang kemas dan teratur dapat memberikan suasana yang selesa kepada emosi
kanak-kanak.
Melaksanakan aktiviti dalam kumpulan kecil dapat memberi peluang kepada kanak-kanak
berinteraksi antara satu sama lain.
Menggunakan kaedah ganjaran dapat memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menjadi
lebih baik.
Aktiviti yang menyokong
perkembangan emosi dan tingkah laku
kanak-kanak
Nubailah, S. M.Y. (n.d.) Terapi bermain dalam membantu masalah sosio-emosi kanak-kanak. Retrieved from https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-
our-words-ms/terapi-bermain-dalam-membantu-masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-2-2-2/
Terapi bermain merupakan aktiviti yang menggunakan permainan untuk berkomunikasi dan
membantu kanak-kanak untuk meluahkan masalah dan menyelesaikan cabaran yang
dihadapi atas bantuan penjaga atau guru. Melalui bermain mental kanak-kanak berasa
releks dan lebih senang untuk mengekspresi emosi sebenar dan meluahkan masalah yang
sedang menghadapi. Selain itu bermain juga dapat melegakan tekanan dan kebosanan,
menghubungkan kanak-kanak dengan orang lain menggunakan cara yang positif,
merangsang penerokaan dan pemikiran kreatif dan mengawal emosi (Nubailah, n.d.).
Aktiviti bermain sama ada main sendirian atau main berkumpulan dapat menyokong kepada
perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak:-
Kanak-kanak membina perhubungan sosial dengan rakan sebaya. Sebagai contoh
dalam mainan berniaga, kanak-kanak berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi
dengan rakan-rakannya.
Kanak-kanak bersoal jawab dan bertutur secara bebas dalam permainan membina
suasana pembelajaran yang ceria dan secara langsung dapat merangsang
perkembangan kognitif dan sosioemosi.
Kanak-kanak belajar cara menyelesaikan masalah menerusi permainan. Kanak-kanak
berfikir dan mencari jalan bersama ahli kumpulan untuk mengatasi masalah yang
dihadapi dapat memupuk nilai bersatu padu dan membina semangat berkolaborasi.
Kanak-kanak belajar bekerjasama, bertolak ansur dan hormat menghormati. Nilai
murni dapat ditanam dalam hati kanak-kanak menerusi permainan. Kanak-kanak
perlu berkongsi permainan dan menunggu giliran dalam permainan secara langsung
membina kesabaran mereka.
Aktiviti yang menyokong perkembangan
emosi dan tingkah laku kanak-kanak
Tan, J. (2020). Mewarna, Melukis: Asah Kreativiti Anak. Retrieved from https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/mewarna-melukis-asah-kreativiti-anak/
Hanifah, S., Zainab, H.N.K., Sefiah, A,K., Chantirasekar, K. (2016). NYANYIAN DAN MUZIK MEMBINA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI POSITIF KANAK-KANAK PRASEKOLAH. Retrieved from
http://digilib.mercubuana.ac.id/manager/t!@file_artikel_abstrak/Isi_Artikel_824314379864.pdf
Aktiviti mewarna dan Aktiviti menyanyi
melukis
Menurut kajian dari Hanifah et al. (2016) nyanyian
Aktiviti seni merupakan cara yang berkesan untuk dan muzik dapat mengurangkan perasaan negatif
mengendali dan menguruskan emosi dan tekanan pada dan menggembirakan hati individu. Nada and
kanak-kanak. Aktiviti mewarna dan melukis yang melodi yang dihasilkan daripada sebuah lagu boleh
melibatkan kreativiti yang dapat membantu kanak-kanak menenanhkan hati seseorang.
mengembangkan kesihatan mental, sosial dan emosi. Nyanyi boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik
Aktiviti mewarna dan melukis dapat mengalihkan atau bertepuk tangan dan sebagainya. Lagu-lagu
tumpuan daripada masalah ke atas aktiviti mewarna. yang berirama ceria, berulang-ulang serta
Individu yang tenggelam dalam masalah akan mencetus menceritakan pengalaman harian kanak-kanak
emosi negatif seterusnya pembentukan tingkah laku seperti “bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai
negatif. Kanak-kanak yang fokus dalam aktiviti mewarna baju, makan roti, minum susu, pergi sekolah senang
dapat mengalihkan perhatian mereka ke atas perkara hati” memberi tarikan yang lebih tinggi kepada
yang menyeronokkan dan menenangkan emosi mereka. kanak-kanak sebab bertemu dengan aktiviti
Kanak-kanak juga dapat menluahkan perasaan mereka seharian. Selain itu lirik lagu seperti “saya sayang
melalui aktiviti seni sebagai contoh mereka melukis pada ibu” juga membantu membina nilai positif,
keadaan keluarga dan keperluan diri sendiri menerusi membina kestabilan emosi dan menyalurkan emosi
lukisan. Selain itu kepelbagaian dan jenis warna yang kanak-kanak menerusi lagu.
digunakan oleh kanak-kanak dalam lukisan mereka juga Aktiviti nyanyian dapat memupuk sosioemosi positif
mewakili emosi dan pemikiran mereka. Penggunaan warna seperti membangunkan keyakinan diri dan
yang cerah mewakil keadaan interpersonal yang ceria meningkatkan keterampilan diri kanak-kanak. Sifat
manakala warna yang gelap atau sejuk mewakili malu, rendah diri dan emosi negatif dapat terkikis
kemurungan dan kesedihan. beransur-ansur dari kanak-kanak menerusi aktiviti
menyanyi.
CASE STUDY: PEMERHATIAN
Nama: Xuan
Umur : 5 Tahun
Jantina: Lelaki
Keadaan Keluarga: Status ekonomi dan pendidikan ibu bapa baik. Duduk bersama ibu bapa
dan datuk nenek.
Pemerhatian: Masalah tingkah laku dan emosi
Pemerhatian:
Berdasarkan pemerhatian dalam kelas, terdapat Xuan mempunyai masalah gangguan tingkah laku iaitu memukul, membaling
objek, sukar mematuhi arahan, hiperaktif; manakala bagi gangguan emosi terdapat emosi Xuan tidak stabil jika permintaan
tidak dipenuhi dan susah ditenangkan.
Dari segi kemahiran sosial, Xuan tidak memberi tumpuan dalam permainan, menjerit, bersuara kuat, kurang bertentang mata,
gagal menunggu giliran, mudah hilang tumpuan dan sebagainya.
Implikasi perkembangan sosioemosi bermasalah:
Mengganggu pembelajaran.
Mengancam keselamatan kanak-kanak dan penjaga.
Menganggu perkembangan keseluruhan termasuk kemahiran fizikal, kominukasi, kognitif, dan sosial.
Cadangan Menangani Masalah Sosioemosi Kanak-Kanak:
Rancang aktiviti yang berstruktur atau rutin harian yang berfaedah.
Gunakan arahan yang jelas, pendek dan tepat.
Sediakan persekitaran yang selamat dan teratur dan selesa
Tingkatkan aktiviti yang memerlukan koordinasi pergerakan motor.
Pembimbing perlu tegas, sabar dan konsisten
** Rujuk kepada pakar klinikal psikologi untuk penilaian dan rawatan
Sumber Rujukan
1. Fadzli, M.A.B. (n.d.). Emosi dan Perkembangan. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/6308/1/bab_11.pdf
2. Hanifah, S., Zainab, H.N.K., Sefiah, A,K., Chantirasekar, K. (2016).NYANYIAN DAN MUZIK MEMBINA PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI POSITIF KANAK-KANAK PRASEKOLAH. Retrieved from
http://digilib.mercubuana.ac.id/manager/t!@file_artikel_abstrak/Isi_Artikel_824314379864.pdf
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pendidikan Prasekolah Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Ilyanah, N.O. (2021). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kepentingan Pembelajaran Sosioemosi Kanak-Kanak. Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-030.pdf
5. Mooreshaven. (2022). 8 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-kanak. Retrieved
fromhttps://ms.mooreshaven.com/factors-that-influence-childrens-social-and-emotional-development-008c8c208c-64d4d
6. Norly, J. 2010. TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN EKSPRESI EMOSI IBU BAPA. Retrieved from
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LAKU_EMOSI_KANAK-
KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDF
7. Nubailah, S. M.Y. (n.d.) Terapi bermain dalam membantu masalah sosio-emosi kanak-kanak. Retrieved from
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/terapi-bermain-dalam-membantu-masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-2-
2-2/
8. PFDcoffee. (n.d.). Peranan Guru Dalam Membantu Perkembangan Sosioemosi Murid. Retrieved from
https://pdfcoffee.com/peranan-guru-dalam-membantu-perkembangan-sosioemosi-murid-pdf-free.html
9. Tan, J. (2020). Mewarna, Melukis: Asah Kreativiti Anak. Retrieved from https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-
kanak/perkembangan/mewarna-melukis-asah-kreativiti-anak/