PERPADUAN
KESEPADUAN DAN
PENYATUAN
DALAM AMALAN
BUDAYA
&
ADAT RESAM
PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA
KESENIAN & KEBUDAYAAN
PERMAINAN TRADISIONAL
MAKANAN TRADISIONAL
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan m/s 1
Penghargaan m/s 2
Perpaduan m/s 3 - 4
A) Kesenian
I ) Artikel m/s 5
II ) Alat Muzik Kaum Melayu m/s 6
III ) Alat Muzik Kaum Cina m/s 7
IV) Alat Muzik Kaum India m/s 8
V ) Alat Muzik Kaum Iban m/s 9
B) Kebudayaan
I ) Artikel m/s 10
II ) Tarian Tradisional Kaum Melayu m/s 11
III ) Tarian Tradisional Kaum Cina m/s 12
IV) Tarian Tradisional Kaum India m/s 13
C) Permainan Tradiosional
I) Artikel m/s 14
II) Permainan Kaum Mel
ayu m/s 15 - 17
III) Permainan Kaum Cina m/s 18 - 20
III) Permainan Kaum India m/s 21 - 24
D) Pemakanan
I) Pemakanan m/s 25
II) Artikel m/s 26 - 27
III) Resipi m/s 28 - 31
IV) PermaBinAaCnK -INTeka Kata Silang m/s 32
BUSINESS
E) Rujukan m/s 33
DARI TANGAN KE HATI
BICARA
TINTA
NUR AFRINA SYAHIRAH Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan kerana
KWEK SHI TING dengan izinnya kami dapat menyiapkan tugasan
SITI SYAZA SYAHIRAH RUSLAN kerja kursus (emajalah) ini mengikut masa
yang diberikan.
Pertama sekali, saya dedikasikan ucapan ini
buat pensyarah, Pn Khadijah binti Aiyub
kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan
dapat kami menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga, buat rakan-rakan
yang telah mencetuskan idea sepanjang proses
penyiapan eMajalah ini.
Semoga eMajalah ini dapat memberi manfaat
dan menambahkan ilmu kepada semua yang
membaca.
AFRINA. SHI TING. SYAZA
PERPADUAN
Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri
daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Malaysia juga
terkenal sebagai negara yang memiliki pelbagai kaum
kaum dan agama yang merupakan identiti unik yang
dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan.
Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan
memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan
negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara
rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga
daya tarikan pelancong asing.
Perpaduan kaum merupakan tonggak utama negara.
oleh itu, berbagai langkah dan usaha dilakukan oleh
kerajaan untuk mengekalkan keharmonian ini.
MOMEN-MOMEN
PERPADUAN
SUKAN SENI & BUDAYA
MAKANAN
MUZIK MEDIUM
PENYATUAN KAUM
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 10 FEBRUARI 2020
SABAK BERNAM - Usaha memartabatkan alat muzik tradisional diyakini mampu memupuk
semangat perpaduan dan menjadi perantara penyatuan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Seorang guru matematik, Idi Johan Mohd Zohdi, 38, yang bergiat aktif dalam seni muzik
kreatif beranggapan kepelbagaian yang dimiliki itu perlu dihayati semua pihak.
Beliau berkata, seni muzik merupakan sesuatu yang istimewa kerana rakyat boleh
mempelajari, memahami dan mengukuhkan keakraban antara kaum. “Malaysia merupakan
sebuah negara unik kerana terdapat tiga bangsa terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.“Muzik
ini subjektif dan kepelbagaian seni muzik di negara terdiri pelbagai kaum seperti Malaysia
membantu kita mengenal antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di Studio Cikgu
Johan, Kampung Sungai Leman di sini semalam.
Beliau yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mustaffa, Pasir Panjang
di sini berkata, kemahirannya menggunakan alat muzik angklung misalnya diharap menjadi
medium penyatuan bangsa. “Saya memilih angklung kerana muzik tradisional dari Nusantara
menyatukan keharmonian dalam kalangan kaum. “Misalnya dengan angklung kita boleh
mempersembahkan lagu dari malar hijau hingga pelbagai genre muzik lain,” katanya.
Katanya, muzik juga menjadi medium terbaik bagi memupuk semangat perpaduan rakyat
berbilang bangsa di negara ini. “Kalau kita lihat ada masyarakat Cina yang boleh bermain
kompang dengan baik, manakala masyarakat India bermain gendang Cina dengan penuh
kesungguhan dan penghayatan. “Tidak salah sekiranya kita rakyat Malaysia berbangsa
Melayu bermain alat muzik Cina kerana melaluinya kita berpeluang mengenali kemajmukan
budaya satu sama lain,” katanya.
ARTIKEL PENUH : HTTPS://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/ARTICLE/69418/KHAS/
Rebana Ubi: Kesenian- Alat Muzik Kaum Melayu (Rebana Ubi & Kompang)
1) Digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan iaitu dari amaran mengenai
serangan musuh hinggalah pengumuman majlis perkahwinan.
2) Digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.
3) Diameter rebana ubi sekurang-kurangnya 70cm dan tinggi hampir 1m. Rebana ubi boleh
digantung melintang atau diletak di atas lantai bergantung kepada saiznya.
4) Rebana ubi dimainkan dengan cara memukul dengan alat pemalu atau menepuk dengan
tapak tangan.
Kompang:
1) Digunakan di pelbagai majlis seperti erarakan Hari Kemerdekaan, majlis rasmi, serta
majlis perkahwinan.
2) Berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, Kompang
selalunya dimainkan secara berkumpulan.
3) Kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina, kulit lembu atau kulit kerbau.
4) Cara memalu kompang ialah menepuk kulit kompang dengan bahagian jari atau tapak
tangan mengikut rentak.
Guzheng: Kesenian- Alat Muzik Kaum Cina (Guzheng, Pipa, Erh Hu)
1) Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang
leper. Di atas kotak resonans itu dipasang utas tali yang diregang dengan disokong oleh
kayu penongkat (tiang kayu kecil).
2) Guzheng dimainkan dengan cara dipetik. Jari-jari untuk memetik perlu memakai alat
bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik.
3) Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas.
Pipa: Erh Hu:
1) Alat bertali mempunyai 4 tali logam. 1) Alat muzik bertali dua-tali, panjang 80cm
dan bentuknya ringkas.
2) Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat
dan belakangnya cembung tetapi 2) Jenis- jenis Erhu termasuklah Zhonghu,
permukaan dadanya mendatar. Gaohu, Banhu, Jinghu, dan sebagainya.
3) Digunakan dalam orkestra untuk 3) Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan
mengiringi opera Cina; juga sebagai alat dan juga digunakan dalam orkestra untuk
solo atau mengiringi nyanyian. mengiringi opera Cina.
4) Pipa dipegang untuk berdiri atas paha 4) Erhu didirikan tegap pada riba pemain
pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung- semasa dimain. Tali digesek dengan sebelah
hujung jari dan kuku. tangan manakala jari-jari tangan lain
memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan
pelbagai pic, dan digesek seperti Cello.
Sitar: Kesenian- Alat Muzik Kaum India (Dholak & Sitar)
1) Alat bertali yang mempunyai 5 hingga 7 tali dawai di mana 2 hingga 4 tali digunakan
untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung.
2) Dasar sitar diperbuat daripada kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.
3) Sitar dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.
Dholak:
1) Sejenis alat gendang dua muka berbentuk tong yang dimainkan di pangkuan pemain
atau semasa berdiri.
2) Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan ke atas
permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
3) Dholak mempunyai permukaan lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka treble
detutuo dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.
4) Manakala sebelah muka yang lebih besar iaitu muka bes dipasang dengan kulit yang
mempunyai lapisan khas yang diperbuat dari campuran tar, tanah liar, pasir halus
untuk menghasilkan pic yang rendah.
4) Gholak digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Sape: Kesenian- Alat Muzik Kaum Iban (Sape)
1) Sejenis gitar tradisional masyarakat Iban di
Sarawak.
2) Alat muzik ini dihias indah dengan pelbagai
corak ukiran yangberwarna-warni, diperbuat
daripada sebatang kayu yang ditebuk.
3) Sape pada mulanya dimainkan secara solo
sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah
alat muzik sosial.
4) Sape dimainkan mengikut tema yang berbeza
bagi mengiringi tarian seperti Ngajat.
kompang
Sape
pipa
dholak
TARIAN SATUKAN
MALAYSIA
BERNAMA | | 16 SEPTEMBER 2019
KUALA LUMPUR - Menyusun gerak dan langkah lemah gemalai yang senada tatkala mempersembahkan seni tarian
tradisional bukan sahaja mampu memberi kepuasan kepada si penari malah dapat membangkitkan elemen perpaduan.
Biarpun berlainan bangsa dan agama, seni tarian tradisional ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia dapat
menyuntik semangat muhibah, menghormati kepelbagaian dan memberi sokongan antara satu sama lain dalam
kalangan mereka yang berkecimpung dalam cabang seni tersebut.
Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Mohd Kipli Abdul
Rahman menjelaskan penterjemahan karya kreatif tarian tradisional negara dapat mengharmonikan kaum dan
memperlihatkan 'Malaysia' kerana penari perlu mempelajari warisan dan sejarah di sebalik setiap langkah tari itu.
"Apabila mereka (penari) ingin hasilkan karya kreatif dalam bentuk persembahan, mereka harus berfikir dengan cara
yang sama... jadi elemen perpaduan itu muncul dan mereka sedar bahawa 'aku harus pamerkan bahawa inilah budaya
yang aku ada'. "Secara tak langsung mereka mengamalkan makna seni itu berdasarkan penghargaan mereka bahawa
'Inilah (warisan) milikku'. Selepas amalan tersebut, semangat itu meresap ke dalam jiwanya sebagai budaya Malaysia,"
ujarnya bahawa setiap negara akan menggunakan budaya dan bahasa sebagai agen perpaduan.
Perkara ini turut diakui penari UPSI Alton Leo John, 21, yang dididik oleh keluarganya untuk mempelajari tarian etnik
dan kaum lain sejak daripada kecil. Anak muda kelahiran Sabah etnik Dusun itu yang turut berkecimpung dalam tarian
kontemporari, juga berkongsi kepentingan rakyat Malaysia memelihara warisan tradisi yang mencerminkan
kebanggaan tanah air dan menyatukan kaum. "Kita sudah merdeka tapi apa gunanya merdeka kalau kita lupa identiti
kita? Maksudnya minda kita masih dijajah dengan budaya luar negara," jelasnya yang juga penuntut Fakulti Muzik
dan Seni Persembahan UPSI.
Bagi rakan Alton, Sharron Ow Chui Chyi, 21, yang juga merupakan penari UPSI, minatnya terhadap seni tari tradisional
mendedahkannya kepada kepelbagaian budaya Malaysia yang unik meskipun mendapat bantahan keluarga pada
awalnya. Beliau mula meminati bidang itu sejak berusia 13 tahun apabila menyertai kelab kebudayaan di sekolah dan
merasai keindahan seni itu kerana tiada tembok yang memisahkan antara kaum apabila mempersembahkan
tarian."Pada awalnya, seluruh keluarga saya sangat membantah saya masuk dalam bidang tari ini...tetapi saya
menunjukkan kesungguhan dan usaha saya untuk memartabatkan warisan Malaysia kita. Lama kelamaan mereka pun
boleh faham dan sokong saya. "Malaysia adalah negara unik yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya...saya rasa
semua kaum dan etnik mempunyai tanggungjawab untuk mengangkat budaya kita. Untuk ini, saya harap dapat
mempengaruhi komuniti saya dan yang lain juga," ungkapnya bahawa usaha itu dapat memupuk rasa cintakan
terhadap negara.
Sharron yang berasal dari Langkap, Perak, dan mempelajari tarian antaranya zapin serta joget, turut melihat tarian
tradisional tidak membataskan setiap kaum untuk melihat sesebuah tarian itu hanya perlu dipersembahkan oleh
sesuatu kaum sahaja sebaliknya keunikan hayunan langkah tarian adalah milik seluruh rakyat Malaysia.
Oleh itu, warga Malaysia harus sentiasa mempertahankan khazanah seni tari agar ia terus bernafas tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Mengamalkan warisan tradisi seperti seni tari juga mampu mempromosi budaya Malaysia
di persada dunia dan membuktikan Malaysia itu cantik, seindah bahasa dan warisannya.
Selamat Hari Malaysia, "Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih".- Bernama
ARTIKEL PENUH : HTTPS://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/ARTICLE/48032/PILIHAN-EDITOR/TARIAN-SATUKAN-MALAYSIA
TARIAN KAUM
MELAYU TARIAN JOGET
TARIAN ZAPIN Tarian joget dipengaruhi oleh kebudayaan
Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada
Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian tarian Coridinho.
rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting
dipercayai berasal dari Tanah Arab yang daripada gerakan tangan. Tarian Joget di tarikan
gerakannya adalah cepat dan tidak banyak dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri
gerakan bunga tarinya. orang tua, muda, lelaki dan wanita secara
Struktur utama persembahan zapin Melayu ialah berpasangan.
pembahagian persembahan kepada tiga bahagian Orang yang sedang menari dikatakan berjoget
iaitu taksim, ragam dan kopak, dan wainab. atau bertandak sementara pengiring tarian
Penari tarian zapin mengenakan busana baju dikatakn pencak joget.
kurung Teluk Belanga dikancing dengan butang Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju
emas ataupun suasa, kain sampin, seluar dan Melayu lengkap dengan songkok dan samping.
songkok. Pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul
Penari wanita juga berbaju kurung Teluk Belanga atau bunga diatas kepalanya.
dan sampin dagang luar, bersanggul atau
bertudung dipadankan dengan aksesori rantai
emas..
FAIRHILL
HOSPITAL
TARIAN KAUM
CINA
TARIAN SINGA TARIAN KIPAS
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam Tarian kipas ini menunjukkan bahawa kipas
kebanyakan adat orang Asia. Tarian singa cina mempunyai erti yang sebati dalam
menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian alat keperluan.
yang berbeza. Angin merupakan satu tradisi masyarakat cina
Dua tarian singa yang amat popular ialah yang mana masyarakat cina mempercayai
"Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan
Kostum singa dimainkan oleh dua penari iaitu masyarakat cina umumnya tentang suatu
seorang memainkan di bahagian hadapan pentanda yang baik dan buruk terhadap
dengan menggerakan kepala kostum, manakala sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu,
pasangan penari akan memainkan bahagian jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini
belakang kostum singa tersebut. boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui"
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan yang baik kepada seluruh anggota
singa di atas pentas yang disediakan. Tarian masyarakat.
singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan Tarian kipas ialah tarian yang berasal dari
dentuman mercun yang dikatakan akan korea pada mulanya merupakan tradisi Korea
membawa tuah. Shamanisme dan kemudiannya berkembang
menjadi satu bentuk tarian telah mempunyai
3000 tahun sejarah.
TARIAN KAUM
INDIA
TARIAN TARIAN KATHAKALI
BHARATA Kathakali adalah tarian yang berasal dari
Kerala (India Selatan).
NATYAM Tarian ini merupakan drama musikal yang
bermakna permainan cerita dan ditarikan
Bharatanatyam adalah tarian tradisional untuk menggambarkan kemenangan
masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah kebenaran atas kesalahan.
“bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku Para penari Kathakali menggunakan riasan
kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), wajah serta kostum tarian yang berwarna
“ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian meriah. Ini melambangkan bahawa karakter-
dramatik). karakter yang dimainkan merupakan mahkluk
Terdapat dua bahagian utama dalam tarian dari dunia lain.
bharatanatyamiaitu nritta dan nritya. Nritta Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan
merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa
usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan ksatria), dan tamasik (rupa setan).
membuat persembahan bharatanatyam. Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik
Manakala bahagian nritya adalah bahagian Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah
“cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang legenda dan mitologi Hindu.
akan menyampaikan sebuah kisah kepada para
penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh
ekspresif tanpa suara.
PERMAINAN TRADISIONAL PUPUK PERPADUAN RAKYAT
KUALA LUMPUR – Masih
Penulis sendiri masih teringat
ingatkah anda dengan “Sayang seribu kali sayang jika bermain batu seremban bersama
permainan lompat getah, batu permainan tradisional ini terus teman baik, Chew It Meng dan rakan
seremban, teng-teng, tuju tin, dilupakan,” kata Timbalan Ketua lain, ketika bersekolah menengah di
bola beracun, congkak, dam
aji, datuk harimau dan Pengarah (Kebudayaan & Johor Bahru.
pelbagai lagi permainan Kesenian) Jabatan Kebudayaan Mesra dipanggil Meng, 32, pegawai
tradisional yang menceriakan
hari-hari anda sewaktu kecil dan Kesenian Negara (JKKN) bank yang berbangsa Cina dan
Datuk Mod Zaky Din. berasal dari Sipitang, Sabah itu
dahulu? langsung tidak kekok bermain
Kalau dahulu, pantang Katanya, keunikan permainan permainan tradisional berkenaan.
menunggu dering loceng di tradisional Malaysia, meskipun Ini kerana di kampung halamannya
sekolah, murid lelaki menunjuk secara asasnya lahir dari sesuatu di sebuah rumah panjang di Sipitang
kehebatan dengan menjentik kaum, namun ia kemudiannya yang beliau tinggal ketika kecil,
ceper dan guli atau berpolis
sentri, manakala yang diwarnai dan dimainkan permainan tradisional seperti
perempuan asyik dengan bersama, tanpa mengira bangsa, membentuk gelang getah, cop tiang,
bermain lompat getah atau
juga dipanggil ‘zero point’, latar belakang dan usia. baling guli dan biji getah dijadikan
selain batu seremban. Tambahnya, permainan permainan harian dengan rakan
Itu belum lagi apabila tradisional juga bukan sahaja
berkumpul di kampung dimainkan di semenanjung taulan.
halaman bersama sepupu semata-mata, malah di Sabah “Biji getah siapa tidak pecah dia
sepapat, bermain pelbagai dan Sarawak, serta di Wilayah
yang menang… teringat
permainan rakyat. Persekutuan Labuan. keseronokan bermain permainan
Pastinya generasi terdahulu Lihat sahaja, permainan lompat lagenda ketika kecil itu… tambah
rindu akan kenangan sukan lagi ia dapat mengeratkan hubungan
tradisi ini yang sudah lama getah, batu seremban, galah
mereka tinggalkan. Kanak- panjang, konda-kondi dan persahabatan dan mengenal
kanak zaman ini pula tidak karakter rakan-rakan,” kata ibu
congkak misalnya, boleh kata
mengenali keseronokan semua pernah melalui saat-saat beranak dua itu.
permainan tradisional yang itu, yang mana tanpa disedari, ia Bagi Rozelinanna Geling, 32, anak
sebenarnya memupuk perpaduan
cukup menghiburkan. dan merapatkan hubungan sejak kelahiran Kuching, Sarawak,
Apa tidaknya, senario kini permainan tradisional kesukaannya
amat berbeza, permainan kecil lagi.
rakyat kini digantikan dengan “Kita semua tidak mengira apa ketika kecil dahulu tentunya batu
permainan yang memerlukan jua bangsa membesar dengan seremban dan tuju selipar.
pemainnya menatap tablet bermain permainan yang sama…
“Pada hari minggu, ketika berusia
atau gajet berjam-jam permainan tradisional bukan dalam 12 tahun saya selalu bermain
lamanya, yang pastinya tidak setakat permainan. Main, penat dengan jiran termasuklah seorang
dan jemu. Bukan… ia lebih dari
punya ‘aura’ untuk kanak-kanak lelaki berbangsa
mengeratkan hubungan. itu,” katanya. Cina… dia lagi hebat bermain batu
Mod Zaky berkata permainan seremban dari saya,” katanya yang
tradisional seharusnya dipelihara kini menetap di Mukah, Sarawak.
bagi memastikan ia tidak terus Bagi seorang Copywriter, Shalina
ditelan zaman, yang mana Shahrizal, 27, beliau merindui
generasi dahulu seharusnya zaman kanak-kanak ketika
menerapkan rasa cinta dan
keseronokan bermain permainan bersekolah jenis kebangsaan Cina di
tradisi kepada anak muda dan Johor Bahru. Ketika itu Shalina selalu
bermain ‘string games’ dan cop tiang
kanak-kanak.
bersama rakan-rakan berbangsa
Cina.
Oleh :
My News Hub
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
GALAH PANJANG
Permainan ini terdiri daripada dua kumpulan.
Terdiri daripada kumpulan penyerang dan bertahan.
Salah seorang akan dilantik sebagai ketua.
Tugas ketua pasukan sebagai orang yang mengawasi setiap penyerang yang
keluar masuk dari gelanggang.
Pemain lain hanya akan menjaga garisan melintang di dalam gelanggang
Wan tu som akan dijalankan sebelum memulakan permainan dan dilakukan
oleh ketua pasukan.
Yang menang akan menjadi pasukan penyerang.
Penetapan pengiraan akan dilakukan terlebih, dahulu sama ada hanya cubitan
ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
GASING Gasing pinang kebiasaanya dimainkan oleh
kanak-kanak.
Buah pinang muda dikupas sabut dan kulitnya,
dipangkaskan bahagian atas dan bawahnya.
Kemudian, dicucukkan lidi buluh melalui
pulurnya menjadi paksi dan pemegang gasing.
Ia boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75cm
dan sepanjang 3 - 5 meter dililtkan pada
jambuhnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing.
Kemudian, gasing itu akan dilemparkan ke atas
tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
BATU SEREMBAN
Dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Kebiasaannya, kanak-kanak perempuan gemar bermain permainan ini.
Bermain secara individu dan berkumpulan.
Berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Kemahiran bermain batu seremban ini ialah melambung dan menangkap.
Permainan ini cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah , anak batu
kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya
sebanyak lima biji.
Karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, dan pasir.
Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah
atau di mana-mana sahaja.
Para pemain akan duduk di atas lantai dan bermain mengikut giliran.
MPERMAINAN TRADISIONALNG
KAUM CINA
AHJO
Mahjong atau Mahjung merupakan
permainan untuk empat orang yang
berasal dari China.
Ia membabitkan kemahiran, strategi
dan pengiraan termasuk juga satu
tahap iaitu nasib.
Mahjong sangat popular sebagai
perjudian dan sebagai permainan
komputer di Asia.
Nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
yang membawa kepada utama kejayaan.
Cara permainan adalah dengan membina
set lengkap, atau gabungan, biasanya
bertiga. Sama ada 13 atau 16 keping.
Orang pertama yang mnedapatkannya akan
dikira sebagai pemenang.
Kepingan yang memberi kemenangan
melengkapkan set pemain sama ada 14
atau 17 keping.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM CINA
Merupakan sebuah permainan
papan cina
Dimainkan oleh dua orang.
Mempunyai persamaan
dengan catur.
Berasal dari China dan
dipanggil Catur Cina.
Merupakan salah satu
permainan yang paling
popular di dunia.
Xiang Qi
Mempunyai ciri-ciri yang unik.
Pergerakan unik Poao (meriam),
peraturan melarang panglima
seperti raja di dalam catur
daripada bertemu dalam garis
yang sama, serta sungai dan
istana yang menghadkan
pergerakan sesetengah buah
catur.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM CINA
Yoyo Cina Permainan dari
China yang
Pemain akan memegang mempunyai dua
hujung kedua-dua kayu cakera yang sama
dan mengimbangi yoyo saiz.
daripada jatuh. Ia dihubungkan oleh
Yoyo ini diperbuat daripada gandar yang
buluh, dimana ianya panjang.
mudah patah dan tidak Ia akan sentiasa
sesuai untuk aksi-aksi berpusing pada tali
lasak. yang diikat pada dua
Sesetengah yoyo ini batang kayu kecil.
dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi
apabila dipusingkan
dengan laju.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
CHATURANGA
Chaturanga bermaksud ''memilik empat
bagian''.
Awal permainan diperkenalkan dua pihak
yang bermian, perbezaan buah catur dengan
kekuatan yang berbeza.
Kemenangan tergantung kepada buah
terakhir, atau dalam catur moden
difahamkan dengan tumpasnya si RAJA.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
CHATURANGA
Dalam catur kuno, papan catur
memiliki 100 kotak ataupun lebih.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan memberi
rincian tentang penggunaan catur
yakni sebagai sebuah alat strategi
militer, matematik, perjudian dan
terkadang dihubungkan dengan
ramalan nasib di India dan tempat
lainnya.
Terjadi evolusi pada permainan ini
yang dikenal sebagai Shatranj
Kho Kho
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
Permainan tradisonal yang popular dalam
kalangan orang India.
Berasal dari Maharastra.
Pada mulanya dimainkan menggunakan
kereta kuda.
Diubahsuai menjadi satu permainan '' lari ''
dan '' kejar ''.
Seorang pemain akan berlari mengejar serta
menyentuh pemain lain.
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
KHO KHO
Setiap kumpulan mempunyai 12 pemain. 9 pemain akan
bermain bagi satu perlawanan.
Mempunyai 2 giliran. Setiap giliran diberikan 7 minit untuk
berlari dan kejar.
Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di
tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
8 peserta akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang.
Pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.
Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan
dengan menggunakan tapak tangan.
Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul",
pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya
ataupun lambat sampai ke had garisan.
Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh
ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho"
PERPADUAN | NOVEMBER 2021
MAKANAN
SYAZA SYAHIRAH
TITIK PERMULAAN PERPADUAN
PERPADUAN | NOVEMBER 2021 19
Kepelbagaian Makanan Etnik
Pemangkin Perpaduan.
Oleh Muhammad Muqris Alif bin Zairiasdi
Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri latar Konteks ruang bukan awam selalunya dikaitkan dengan satu ruang
belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. yang berkait dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Sebagai
Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu contoh majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi
yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian majlis tersebut itu tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam.
sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini Walaupun begitu, mereka, merujuk kepada bukan Islam, masih
menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu boleh hadir tetapi hendaklah diberikan hidangan yang berbeza dan
walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang penulis percaya hal ini bukanlah satu bebanan untuk tuan rumah.
berbeza.
Dalam kehidupan harian, kesepaduan sosial boleh dilihat menerusi
Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik kaum Melayu,
negara dengan identiti nasional tersendiri, penubuhan ini diikuti restoran mamak yang biasanya beroperasi 24 jam, restoran
dengan pembentukan satu bangsa Malaysia yang saling bertolak kopitiam yang selalunya dimiliki oleh kaum Cina atau Melayu, atau
ansur dan sentiasa memahami segala adat atau kepercayaan setiap di tempat-tempat makan yang eksklusif. Pelbagai bangsa dan
kaum atau dengan kata lain menghormati antara satu sama lain. agama bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang
Kumpulan etnik di Malaysia telah diberikan kebebasan dalam juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung dapat dilihat
mengamalkan cara hidup masing-masing termasuklah perkara yang atau diperhatikan interaksi antara mereka berlaku yang secara
berkait dengan warisan budaya.
tidak langsung dapat membentuk kesepaduan sosial yang lestari.
Antara aspek yang menyumbang pada keunikan masyarakat Makanan daripada pelbagai jenis mi, sup atau kuih pau misalnya,
Malaysia ialah kepelbagaian makanan yang dijadikan sebagai salah antara makanan yang menjadi kegemaran etnik Cina tetapi
satu warisan etnik-etniknya. Aspek ini memberikan ruang pada makanan tersebut juga digemari oleh etnik Melayu. Begitu juga
pembentukan kesepaduan sosial yang secara tidak langsung dalam hal makanan seperti roti canai, tosai yang popular dalam
mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia.
kalangan etnik India, ambuyat yang popular dalam kalangan
Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang masyarakat di Sabah dan Sarawak menjadi kegemaran masyarakat
beraneka jenis, warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Hal
yang menarik untuk diketahui dan dipelajari bersama.
ini secara tidak langsung telah menjalinkan kesepaduan sosial.
Model sosial makanan masyarakat di Malaysia terbahagi kepada Kesimpulannya, kita dapat lihat betapa makanan merupakan satu
dua, iaitu ruang awam dan ruang bukan awam. Dalam konteks ruang aspek yang penting dalam mengukuhkan jalinan sosial antara etnik
awam, seperti majlis perkahwinan atau jamuan raya, pelbagai aneka di Malaysia. Kesepaduan sosial yang terbina daripada aspek ini
juadah dihidangkan supaya tetamu yang hadir mempunyai pilihan dapat membuktikan kepada dunia bahawa negara Malaysia boleh
untuk memilih makanan yang tidak dilarang mengikut kepercayaan dijadikan sebagai sebuah negara contoh, iaitu walaupun
agama mereka. Tindakan kolektif seperti ini menunjukkan bahawa masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik, ras dan agama,
tahap kefahaman dan sikap hormat-menghormati terhadap budaya namun masih dapat bersatu dan saling hormat menghormati.
dan agama etnik yang berbeza dapat mengeratkan kesepaduan
sosial.
Apabila ditanya tentang keunikan Malaysia, OLEH: Di dalam nasi lemak ada
saya yakin rata-rata akan menyatakan Young Syefura Othman elemen Melayu, Cina
MAKANANNYA! Dengan kepelbagaian
budaya,kaum dan agama, makanan Malaysia Ada yang hanya sekadar suka makan, tetapi dan India.
memang terkenal seluruh dunia dengan ada juga yang pergi lebih jauh termasuklah Kalau nasi goreng pula,
kepelbagaiannya. pandai untuk menyediakan makanan kaum
lain dan juga mengetahui sejarah dan budaya ada nasi goreng
Setiap kaum dan negeri di Malaysia di sebalik satu-satu jenis makanan itu. Begitu kampung, nasi goreng
mempunyai makanan tradisi mereka yang mudah untuk mengaitkan perpaduan antara
tersendiri. Susah hendak saya senaraikan seluruh rakyat Malaysia dengan mencari satu cina, nasi goreng
semua, terlalu banyak dan pelbagai, dan takut titik persamaan seperti kita suka makanan mamak
terliur juga yang membacanya. yang sama.
Terutamanya ada golongan yang
Kalau cakap tentang nasi goreng sahaja, kita Begitu mudah juga untuk menggambarkan
ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, perpaduan dengan mengatakan kita ada tidak bertanggungjawab yang cuba
nasi goreng mamak malah nasi goreng USA. kawan daripada kaum yang lain dan
menyambut perayaan kaum lain bersama- mencetuskan perasaan syak
Makanan tradisi kita melalui pengubahsuaian sama.
termasuklah penerapan unsur-unsur budaya wasangka dan kebencian antara kita
dan kaum yang lain yang akhirnya menjadi Kita boleh mengiktiraf makanan kaum lain
cita rasa Malaysia.Ada juga makanan yang melalui keenakan mereka dan bagaimana kerana merasakan mereka dapat
terhasil daripada percampuran semua unsur mereka sudah menjadi sebahagian daripada
kaum dan budaya dalam Malaysia seperti nasi apa yang didefinisikan sebagai makanan mendapat faedah daripada
lemak. Malaysia.
perpecahan antara kita.
Di dalam nasi lemak ada elemen Melayu, Cina Adakah kita masih tidak mampu untuk
dan India. Dan bergantung kepada tempat, mengiktiraf sesama kita yang berlainan latar Oleh itu, Marilah kita bersama-sama
ada juga unsur-unsur daripada kaum-kaum belakang sebagai warganegara Malaysia yang
yang lain juga. sama-sama cintakan negara ini? menanam kerelaan hati untuk
Perubahan kepada semua makanan ini Kita dapat menyelami perbezaan antara membina hubungan dan pemahaman
sebenarnya menggambarkan keadaan sosial makanan tradisi antara semua kaum tetapi
dan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia. kenapa kita masih belum dapat meraikan yang lebih mendalam sesama kita.
Kita mungkin Melayu, tetapi bukan 100 perbezaan antara kita semua.
peratus Melayu, kita mungkin Cina tetapi Hayati dan raikan perpaduan yang
bukan 100 peratus Cina, kita mungkin India Kita boleh belajar menyediakan makanan
tetapi bukan 100 peratus India. kaum lain namun kita tidak pernah cuba untuk bukan sahaja berlandaskan
memahami budaya dan sensitiviti kaum lain.
Ada elemen-eleman kaum lain dalam diri kita persamaan namun juga
tidak kiralah dari segi keturunan, bahasa, atau Selepas berpuluh tahun lamanya, kita perlu
budaya. Dan tentunya dalam setiap diri kita membina perpaduan yang lebih daripada berlandaskan perbezaan dan
ada elemen Malaysia yang sama seperti suka sekadar berbentuk luaran semata-mata.
nasi lemak, sokong sukan badminton dan kepelbagaian.
memperlahankan kenderaan untuk melihat Terutamanya selepas sekian lama, perpaduan
kemalangan jalan raya. Kita sendiri juga suka yang ada seperti begitu rapuh apabila kita Seperti ahli keluarga dan adik-
kepada makanan kaum dan budaya lain. Ada senang diuji dengan isu-isu yang melibatkan beradik yang ada persamaan dan
orang Melayu yang suka makan char kuey kaum dan agama. perbezaan, kita tetap satu keluarga,
teow, orang Cina suka putu mayam, dan orang dan negara Malaysia ini adalah
India yang suka lemang. rumah kita bersama.
www.lush.com | 45
MAKANAN KESUKAAN RAKYAT MALAYSIA
RESIPI
CINA.INDIA.MELAYU
KARI AYAM
KAPITAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
6 helai daun limau purut
2 tangkai daun dan akar ketumbar
1/2 ayam yang telah di goreng
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, masuk bahan dikisar tadi. Tumis sampai
naik bau. Kemudian, Masukkan cili kisar 3 atau 4 sudu besar
dan tumis sehingga pecah minyak. 2. Masukkan ayam yang
telah digoreng. Kemudian, Masukkan air asam jawa 2 sudu,
Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan santan dan 1 cawan air.
4. Perasakan dengan 1 sudu gula juga garam secukup rasa.
Kacau lagi hingga kuah jadi pekat. Tabur daun bawang dan
dan ketumbar.
PERPADUAN | NOVEMBER 2021
BAHAN-BAHAN:
500gms Tepung thosai.
6 Cawan air.
2 Sudu tepung metabolic sauver.
1 Sudu kecil minyak kelapa dara.
CARA-CARA:
1) Campurkan 500gms tepung thosai dengan 6 cawan air kacau sehingga sebati dan biarkan selama
30 minit untuk penapaian.
2) Kemudian masukkan tepung metabolic sauver.
3) Panaskan kuali dan sapukan minyak kelapa dara kemudian ambil satu senduk adunan dan masak
seperti masak lempeng.
THOSAI
NASI LEMAK
NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN: BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis
2 cawan beras 3-4 biji bawang besar
1/4 cawan susu 3 ulas bawang putih
3 1/2 cawan air 1/2 mangkuk cili kisar
1 1/2 halia Air asam jawa
Secubit garam Garam
1 Helai daun pandan
3 sudu besar gula
CARA-CARA: Sedikit gula Melaka
Basuh beras dan masukkan kesemua
bahan. Kemudian tanak nasi sehingga
masak
CARA-CARA:
1) Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan
minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan
tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh
diceduk keluar. 2) Tumis bahan kisar dan cili kisar
sehingga cili dan bawang sehingga masak dan garing. 3)
Masukkan sedikit gula dan kacau rata. 4) Masukkan air
asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api
perlahan.
MAKANAN KEGEMARAN
RAKYAT MALAYSIA
MENEGAK MELINTANG
1. DISEBUT “WAH-DEI” DAN MERUPAKAN MAKANAN 5. DIKENALI SEBAGAI HIDANGAN KEBANGSAAN
TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA. MALAYSIA
2. NAMA LAINNYA IALAH DOSA, DOSAI, DAN DOSE 7. HIDANGAN TERKENAL DARI SARAWAK YANG
3. HIDANGAN TERKENAL DI SABAH DAN SEJENIS MENGGUNAKAN MEE SANGGUL
RUMPAI LAUT
4. HIDANGAN WAJIB KETIKA MAKAN BESAR 8. MAKANAN BERKUAH ISI IKAN YANG
MERUPAKAN MAKANAN TRADISI BABA & NYONYA
6. RAMUAN DARI SANTAN, JELI HIJAU, GULA MELAKA
DAN AIS KISAR.
RUJUKAN
Aainaa, N. (2012). ALAT MUZIK. Retrieved from
http://cikgu-enn.blogspot.com/p/keunikan-masyarakat-melayu.html
Bernama. (2019). Tarian satukan Malaysia. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/48032/PILIHAN-EDITOR/Tarian-satukan-
Malaysia
Deva Bhargunan. (2021, Ogos 30). Thosai Diet Sihat. Retrieved from Mstar:
https://www.mstar.com.my/travel/selera/2021/08/30/jom-cuba-pakar-pemakanan-
ini- kongsi-3-resepi-sarapan-kegemaran-rakyat-malaysia-yang-lebih-sihat
Izzatul, M.I.T. (2020). Muzik medium penyatuan kaum. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/69418/KHAS/
KANNISHAH, S. (2014). JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA. Retrieved from
http://trendypinkygirl.blogspot.com/2014/01/permainan-tradisional-kaum
india.html
L. R.B.C. (2016). JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA. Retrieved from
http://gkkpresentation.blogspot.com/2016/09/jenis-permainan-tradisional-kaum-
india.html
Mahani, I. (2019). Seni budaya pemangkin keharmonian kaum. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/11/631068/seni-budaya-
pemangkin- keharmonian-kaum
Mimbar, K. (n.d.) Warisan : Tarian Zapin. Retrieved from
https://mimbarkata.blogspot.com/2014/07/warisan-tarian-zapin.html
Muqris. (2020, Ogos 31). Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan. Retrieved
from Dewan Bahasa dan Pustaka: http://lamanweb.dbp.gov.my/
Resipi Bonda. (2021, Ogos 24). Retrieved from Masakan Baba Nyonya Kari Ayam Kapitan:
https://resepibonda.my/masakan-baba-nyonya-kari-ayam-kapitan/
Sharmila, A., Nageswarey, P.S, Sazira, S., Gunasundri, K.K & Hatimah. (n.d.). MUZIK
TRADISIONAL INDIA. Retrieved from https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-
video-4/muzik-tradisional/muzik-tradisional-india/
Successful Malaysia. (2017). Kesenian di Malaysia. Retrieved from
http://successfulmalaysia.blogspot.com/2017/05/kesenian-di-malaysia.html
Sock Wai. (2015). Tarian di Malaysia. Retrieved from
http://tariandimalaysiac5.blogspot.com/2015/12/tarian.html
Sundram. (2018). TARIAN – TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA. Retrieved from
https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tarian-tradisional-di-
malaysia/
Syazwani Hasaan. (2020, May 26). Resipi Nasi Lemak. Retrieved from CeriaSihat:
https://www.ceriasihat.com/resepi-nasi-lemak-sihat/
Young Syefura. (2019, Ogos 31). Perpaduan nasi lemak dan nasi goreng. Retrieved from
AlesmtraokA-wdaann-in: hatstip-gso:/r/ewnwgw-2.a1s6t3rB6o5BaUwASaCnIiNK.coEImSN/Sberita-malaysia/perpaduan-nasi-
PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUAN
DALAM AMALAN BUDAYA DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA
ADVENTURES