The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by man, 2025-02-24 10:23:51

Tema 8

TEMA : 8 Disediakan oleh ; amirul hadziq bin daud 5 melewar Melancong mencari makna


apakah kepentingan pelancongan arkeopelancongan? Arkeopelancongan merupakan pelancongan yang berfokus kepada tapak-tapak arkeologi, tinggalan sejarah dan warisan.Sebagai cetusan minda yang pertama, arkeopelancongan membantu dalam pemiliharaan tapak beesejarah supaya tidak dimusnahkan oleh pembangunan moden atau aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab . Ia juga membolehkan generasi muda memahami dan menghargai sejarah nenek moyang mereka. Sebagai contoh ,Lembah bujang,Kedah yang merupakan tapak tapak tamadun buddha tertia di Malaysia. Sebagai cetusan minda yang kedua, arkeopelancongan dapat menjadikan tapak arkeologi yang terkenal boleh menarik ribuan pelancongan setiap tahun yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan.Perniaga kecil seperti restoran,hotel,dan kedai cenderamata juga mendapat manfaat.


apakah kepentingan pelancongan arkeopelancongan? Sebagai kesimpulannya, arkeopelancongan bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi juga memainkan peranan penting dalam pemiliharaan warisan sejarah, pendidikan, dan pembentukan identiti nasional. Dengan pengurusan yang baik, ia dapat membantu mengekalkan khazanah sejarah untuk generasi akan datang.


Mengapa Cameron Highlands Menjadi Pilihan Pelancong? Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia.pelbagai aktiviti dan keindahan alam yang menjadikan tanah tinggi cameron menjadi tumpuan pelancong.Sebagai cetusan minda yang pertama warisan dan kebudayaan selain keindahan alam, Cameron Highlands juga mempunyai unsur warisan dan kebudayaan yang unik. Pengaruh penjajahan British masih dapat dilihat melalui bangunan dan rumah peranginan lama yang masih terpelihara. Selain itu, masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan ini turut memainkan peranan dalam mengekalkan warisan tradisional mereka.Meninjau dari skop yg lebih luas, Cameron Highlands juga kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti bukit-bukau yang menghijau, ladang teh yang luas, dan taman bunga yang menawan. Ladang teh seperti Boh Tea Plantation bukan sahaja menawarkan pemandangan yang memukau tetapi juga memberi peluang kepada pelancong untuk memahami proses pembuatan teh.


Mengapa Cameron Highlands Menjadi Pilihan Pelancong? Selain itu, Taman Agroteknologi MARDI dan Taman Rama-Rama juga merupakan tarikan utama yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan flora dan fauna.Kesimpulan Secara keseluruhannya, Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam, cuaca sejuk, dan pengalaman budaya yang unik. Dengan pelbagai tarikan yang tersedia, tidak hairanlah kawasan ini terus menjadi pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Cameron Highlands wajar dipromosikan sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik di Malaysia.


SEKIAN TERIMA KASIH DARI BOBBY


Click to View FlipBook Version