PENDIDIKAN SYARIAH
ISLAMIAH TINGKATAN 4
FOLIO KERAJAAN BANI UMAYYAH
GURU: USTAZAH ZATUN NAJAHAH BT AHMAD
SEK MEN KEB MUNSHI ABDULLAH
NAMA: NUR DAMIA IRDINA BT NOR IRWAN SHAH
KELAS: 4P1
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan Folio Pendidikan Syariah Islam ini. Ribuan terima
kasih diucapkan kepada Pengetua, En. Mohd Yusri bin Seman kerana sentiasa memberi
galakan kepada kami untuk menyiapkan Folio Pendidikan Syariah Islamiah ini. Ucapan
terima kasih diucapkan kepda Guru Pendidikan Syariah Islamiah saya, Ustazah Zatun
Najahah bt Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapakan Folio Pendidikan Syariah Islam ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
ditujukan kepada kedua ibubapa saya yang sentiasa memberi sokongan moral, tenaga
dan juga sokongan kewangan untuk membantu saya menyiapkan Folio Pendidikan
Syariah Islam ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada kawan saya,
Imanina yang telah memberi idea untuk menyiapkan Folio Pendidikan Syariah Islamiah
ini.
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang Kerajaan Bani Umayyah 3
1.1 Tempoh Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah 4
1.2 Perkembangan Dan Kegemilangan Tamadun Islam Pada 4
5
Zaman Bani Umayyah
1.3 Faktor-faktor Kegemilangan Islam Pada Zaman Bani Umayyah 7
1.4 Tokoh-tokoh Terkemuka Zaman Bani Umayyah 8
1.5 Tindakan Bagi MenyelesaikanPermasalahan Dalam Kehidupan 10
11
KESIMPULAN 12
LAMPIRAN
2
PENGENALAN
Nama kerajaan Bani Umayyah diambil sempena moyang Muawiyah bin Abi Sufian bin
Harb bin Umaiyyah. Muawiyah bin Abi Sufian merupakan khalifah pertamanya.
Keturunan Bani Umayyah berasal daripada Umayyah bin Abdul Syams bin Abdi Manaf.
Nasab ini bertemu dengan nasab Rasulullah (SAW) iaitu Muhammad bin Abdullah bin
Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdi Manaf. Keturunan yang memerintah Kota Suci
Mekah sebelum kebangkitan Rasulullah. Kerajaan Umayyah memerintah selama 92
tahun (40 Hijrah - 132H / 600 - 750M) dengan 14 orang khalifah. Dasar pemerintahannya
berbentuk Monarki dan pusat pemerintahannya di Damsyik.
3
1.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI UMAIYAH
o Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah
b. Abdu Shams bin Abdu Manaf (peniaga terkenal).
o Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa
daripada Saidina Hassan b. Ali untuk mengelakkan perpecahan umat Islam.
o Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan gelaran khalifah,
diasaskan oleh Khalifah Muawiyah.
o Tahap 2- berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul
Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I).
o Keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama akibat serangan geakan Abbasiyah.
o Hampir keseluruhan kerabat Bani Umaiyah terbunuh.
o Abdul Rahman berjaya melarikan diri dari Futsat ke Palestin, Afrika, Maghribi dan
Sepanyol lalu mendirikan B.U. tahap II
1.1 TEMPOH PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Tempoh pemerintahan 41H - 132H
Khalifah pertama Muawiyah bin Abi Sufyan
Pusat pemerintahan Damsyik
4
1.2 PERKEMBANGAN DAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN
BANI UMAIYAH
SEKTOR PERKEMBANGAN DAN KEGEMILANGAN ZAMAN
BANI UMAIYAH
SOSIAL o Menjamin kebajikan masyarakat dengan membela golongan
yang lemah
o Berjaya membasmi kemiskinan
KETENTERAAN o Jabatan ketenteraan berkembang dan mempunyai sistem
gaji yang berterusan. Terdapat seramai 40 ribu orang tentera
yang berdaftar di Mesir, 60 ribu orang di Iraq.
o Membina kapal perang untuk menghadapi ancaman musuh
daripada kerajaan Rom melalui Laut Mediterranean.
o Menubuhkan tiga aramada tentera laut di Syam, Mesir dan
Afrika Utara bagi menghadapi ancaman tentera Rom.
o Perluasan wilayah Islam di negara-negara Asia, Afrika dan
Eropah sehingga Andalus (Sepanyol) di barat dan India
Timur.
EKONOMI o Mengeluarkan mata wang dinar sendiri bagi menguatkn
ekonomi wilayah-wilayah Islam daripda saingan dan
ekonomi asing.
o Mata wang terdiri daripada emas, perak dan tembaga yang
telah menyatukan wilayah-wilayah Islam dengan satu sistem
kewangan yang seragam.
o Memajukan kegiatan pertanian dengan memperkenalkan
sistem perairan dan teknik penanaman yang baharu.
o Perkembangan bidang perniagaan dan perdagangan yang
diberi perhatian oleh kerajaan.
5
o Pembinaan jalan raya bagi memudahkan perhubungan
antara wilayah-wilayah Islam terutamanya untuk
menunaikan haji di Mekah.
POLITIK DAN o Perubahan sistem pelantikan khalifah secara syura kepada
PENTADBIRAN sistem monarki.
o Mengubah pusat pemerintahan keraajaan ke Damsyik oleh
Muawiyah bin Abi Sufyan.
o Melaksanakan dasar pengasingan kuasa antara pemerintah
dan hakim secara penuh.
o Mewujudkan jawatan polis bagi menjaga keselamatan
pemimpin dan menjaga keamanan negara serta masyarakat.
KEILMUAN o Kemunculan tokoh-tokoh mazhab fikh seperti Imam Abu
Hanifah di Iraq dan Imam Malik di Madinah.
o Kemunculan ulama'-ulama' yang terkenal seperti Imam al-
Zuhri, Imam al-Auza'i, dan Imam Jaafar Assadiq.
o Pengumpulan dan penulisan hadis dilakukan pada zaman
Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi mengelakkan berlakunya
pemalsuan hadis.
o Tulisan al-Quran dikemas kini dengan meletak tanda-tanda
yang memudahkan bacaan seperti kasrah, fathah, dhammah
dan syaddah.
o Perkembangan ilmu kalam yang meluas mendorong
wujudnya pemikiran-pemikiran dan kelompok-kelompok
baru seperti Khawarij, Mu'tazilah, Jahmiah, dan Murji'ah.
Antara permasalahan ilmu kalam yang sering dibincangkan
ialah permasalahan al-Qadar dan al-Ikhtiar serta kedudukan
iman pelaku dosa besar.
6
SAINS DAN o Aktiviti keilmuan berkembang dan bertambah pesat
PERUBATAN sehingga Damsyik menjadi kota ilmu yang terkemuka.
o Khalid bin Yazid telah menterjemahkan ilmu perubatan dan
kimia daripada bahasa Grik serta Qibti kedalam bahasa Arab.
o Pembinaan hospital pertama diDamsyik oleh khalifah Al-
Walid bin Abdul Malik yang telah melantik doktor-doktor
pakar dan memberikan mereka gaji yang khusus.
1.3 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN BANI
UMAIYAH
o Mengamalkan syura dalam pentadbiran hah ehwal negara bagi menjamin
kemaslahatan rakyat dapat ditegakkan seperti yang dilakukan oleh Saidina
Muawiyah yang sentiasa bertanya kepada orang yang lebih pakar .
o Kebebasan bersuara yang diberikan oleh khalifah kepada rakyat. Sebagai contoh
Abu Muslim Al-Khaulani telah menasihati Muawiyah dengan lantang dan tegas
tetap beliau tidak menerima sebarang ancaman daripada khalifah.
o Menguatkan pertahanan negara Islam dari aspek ketenteraan. Antara usaha yang
dijalankan seperti menaikkan gaji tentera dan memastikan kebajikan mereka
terpelihara serta meningkatkan jumlah kapal perang sehingga mencecah
1800buah pada zaman pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik.
o Menjaga kebajikan rakyat dan membateras kemiskinan seperti memperuntukkan
bantuan khas bagi setiap individu miskin, memerintahkan bagi setiap individu
yang buta seorang pemandu dan bagi setiap lima orang anak yatim seorang
penjaga.
7
o Menggalakkan aktiviti pertanian dengan mengusahakan tanah-tanah kerajaa yang
subur sehingga hasilnya mencecah 5 juta dirham bagi sesetengah tanah yang
diusahakan . Selain itu, terusan-terusan dibina bagi membolehkan sumber air
sampai ke kawasan-kawasan yang berjauhan.
o Menggalakkan perkembangan aktivitiperniagaan dengan menyediakan
kemudahan kepada peniaga-peniaga danmeluaskan jaringan mereka sehinggakan
Damsyik menjadi pusat pertukaran barang dagangan antara wilyah-wilayah Islam
yang datang dari sebelah timur dan barat.
o Memberikan tumpuan dalam teknologi pembuatan kapal perang dengan
menubuhkan pusat embinaan kapal di Syam yang himpunkan pakar-pakar
daripada seluruh pelosok negara Islam pada zaman pemerintahan Muawiyah.
Selain daripada pembuatan kapal perang, kapal perniagaan juga turut dibina oleh
kerajaan bagi memudahkan perniagaan antara wilayah-wilayah Islam melalui
jalan laut.
1.4 TOKOH TERKEMUKA ZAMAN BANI UMAIYAH
➢ IMAM ABU HANIFAH
Nama beliau ialah Annu’man bin Sabit Attaimi Al-Kaufi dan dikenali sebagai Imam Abu
Hanifah. Beliau berketurunan Parsi yang berasal dari Kabul Afghanistan. Datuk beliau
telah memeluk Islam pada zaman pemerintahan Umar Al-Khatab (r.a.) dan telah
berpindah ke Kufah di Iraq. Beliau lahir pada tahun 80H iaitu pada zaman pemerintahan
Abdul Malik bin Marwan dan wafat pada tahun 150H.
Pada permulaannya, beliau terkenal sebagai seorang ulama’ yang menguasai ilmu kalam
dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk berdebat. Beliau telah berdebat dengan
8
golongan yang sesat seperti Jahmiyyah, Mu’tazilah, Khawarij, dan Syiah sehingga berjaya
mematahkan hujah-hujah mereka.
Beliau kemudiannya terkenal sebagai seorang ulama yang menguasai ilmu fikh sehingga
beliau pernah diminta untuk menjadi hakm di Kufah tetapi beliau menolaknya. Fatwa
beliau telah diikuti oleh masyarakat Iraq pada masa tersebut dan majlis pengajarannya
didatangi oleh ramai anak murid sehingga terbentuknya Mazhab Hanafi.
➢ TARIQ BIN ZIYAD
Nama beliau ialah Tariq bin Ziyad Al-Barbari. Beliau merupakan seorang tentera yang
berkhidmat di bawah kepimpinan Musa bin Nasir yang telah dihantar oleh Khalifah Al-
Walid bin Abdul Malik untuk membuka Afrika Utara. Melihatkan ketangkasan beliau
beperang, beliau telah dilantik memimpin sebahagian tentera oleh Musa bin Nasir.
Setelah memenangi beberapa siri peperangan di Afrika Utara, beliau seterusnya dilantik
menjadi Gabenor Tanjah di Maghribi.
Setelah mendapat persetujuan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik , Musa bin Nasir
menyerahkan tugas untuk membuka Andalus (Sepanyol) kepada Tariq Bin Ziyad. Melalui
strategi peperangan yang disusun oleh Tariq bin Ziyad, Andalus (Sepayol) akhirnya jatuh
dibawah pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 92H.
➢ UMAR BIN ABDUL AZIZ
Nama beliau Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Al-Umawi Al-Qurasyi. Beliau
telah menjadi halifah kerajaan Bani Umaiyah bermula pada tahun 99H sehingga 101H.
Beliau terkenal dengan ketegasannya dalam menegakkan keadilan dalam
pemerintahannya. Keilmuan Umar bin Abdul Aziz juga diiktiraf oleh para ulama.
Sebelum menjadi khalifah, beliau telah dilantik menjadi gabenor Madinah pada tahun
87H oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Pada ketika itu, beliau telah menubuhkan
sebuah majlis syura yang terdiri daripada 10 orag ulama Madinah yang masyhur. Seiap
9
keputusan beliau dalm urusan pentadbiran akan dirujuk terlebih dahulu dalam majlis
syura ini.
Setelah menjadi khalifah, beliau bertindak memulangkan harta yang dirampas secara
zalim oleh pemerintah dan pegawai-pegawai kerajaan sebelumnya. Beliau juga bertindak
memecat semua gabenor dan pegawai kerajaan yag terbukti melakukan kezaliman serta
melantik golongan yang lebih amanah. Beliau selanjutnya memerintahkan gabenor di
setiap wilayah Islam untuk memulangkan semula hasil negara yang diperolehi secara
zalim kepada pemilik asalnya termasuklah kepada golongan bukan Islam. Beliau juga
menghalang rakyat dari memukul binatang tunggangan secara zalim dan tidak
memaksanya membawa muatan berlebihan sehingga beliau menetapkan kadar tertentu
bagi barang yang boleh dibawa oleh binatang tersebut.
Selain itu, beliau ambil berat mengenai kebajikan masyarakat dengan memerintahkan
supaya golongan yang miskin diberikan bantuan secukupnya dan mengagihkan harta
Baitulmal secara meluas. Beliau juga mengarahkan supaya hutang-hutang rakyat
dilunaskan menggunakan harta Baitulmal sehinggakan orang yang ingin berkahwin dan
tidak mempunyai mahar perkahwinan boleh mengambilnya dari Baitulmal. Disebabkan
dasar yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz ini, orang yang ingin mengeluarkan
zakat sukar menemui golongan yang layak menerimanya.
1.5 TINDAKAN BAGI MENYELESAIKAN PERMASALAHAN DALAM KEHIDUPAN
o Mengamalkan ajaran Islam yang tulin dengan besungguh-sungguh mencontohi
amalan para ulama silam.
o Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan supaya dapat
berdikari serta memajukan diri.
o Mengikuti perkembangan sains dan teknologi supaya dapat supaya dapat
memanfaatkan aspek-aspek positif dan menjauhi aspek-aspek negatif.
10
o Mengelakkan pergaduhan dan perpecahan dan menghormati pandangan-
pandangan yang berbeza serta tidak memaksa orang lain mengikuti pandangan
kita sahaja.
o Meyakini janji kemenangan daripada Allah (SWT) dan bersikap positif dan
optimis dalam berusaha mencapai kejayaan.
KESIMPULAN
Saya amat bersyukur kerana dapat meyelesaikan tugasan Folio Pendidikan Syariah
Islamiah ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan tugasan ini,
banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat saya pelajari. Saya dapat pelajari latar
belakang sebenar tentang Kerajaan Bani Umaiyah ini. Selain itu, saya telah dapat
mengetahui perkembangan dan kegemilangan tamadun pada Zaman Bani Umaiyah.
Pelbagai nilai yang saya perolehi juga seperti nilai tolong-menolong sesama manusia dan
nilai kerajinan untuk mencapai sesuatu kejayaan.
11
LAMPIRAN
12