The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Melanie Jerry, 2023-11-15 07:46:44

BUKU PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SK ULU SUNGAI SIONG

BUKU PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2023

TAHUN 2023 PENGAWAS KEM KEPIMPINAN 16 - 17 NOVEMBER 2023 SK ULU SUNGAI SIONG Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGENALAN Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Ulu Sungai Siong. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023/2024. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. OBJEKTIF Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin. Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan. Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi. Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri Berikut merupakan objektif-objektif Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2023: JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT : EN. PUTERA BIN CHALI (GURU BESAR) PENGERUSI : PN. JELIHA BINTI LEBENI (PK HEM) NAIB PENGERUSI : EN. NICHOLAS EMPUSUT ANAK ANGGIT (PK PENTADBIRAN) EN. ROLAND ANAK ROBERT IMBANG (PK KOKURIKULUM) PENYELARAS : PN. MELANIE ANAK JERRY BENDAHARI : PN. MARTHA DHWIE AJK PELAKSANA Kawalan dan Disiplin Murid : En. Zulfikar Fariz bin Ahmad Penyediaan Alat dan Bahan : Pn. Jeliha binti Lebeni Pn. Melanie anak Jerry Pengacara Majlis Penutupan : En. Nicholas Empusut anak Anggit (murid) Dokumentasi : Semua guru Sijil dan Hadiah : Pn. Melanie anak Jerry Aktiviti Senaman Pagi : En. Jeffery bin Wahid (Ketua) Ice Breaking : Pn. Jeliha binti Lebeni Bengkel Kepimpinan : Cik Lilyantie binti Adris (Pengawas PSS) En. Jeffery bin Wahid (Pengawas) LDK 1 - Team Building : En. Nicholas Empusut anak Anggit Pn. Lily Ting Suk Chiew Aktiviti Memasak : Pn. Jeliha binti Lebeni Pn. Melanie anak Jerry LDK 2 – Kemahiran Berkomunikasi: En. Saiful Azrie bin Sahari Cik Lilyantie binti Adris En. Zulfikar Fariz bin Ahmad LDK 3 – Pengurusan Emosi : Cik Rahimah binti Md. Zohadi En. Roland Anak Robert Imbang


16 NOVEMBER (KHAMIS) 17 NOVEMBER (JUMAAT) TENTATIF PROGRAM 0730 am Pendaftaran dan Taklimat 0750 am Pembahagian Kumpulan Senaman Pagi 0820 am Ice Breaking 0900 am Bengkel Kepimpinan • Pengawas • Pengawas Pusat Sumber 1000 am Rehat 1030 am Latihan dalam Kumpulan 1 (Team Building) 1130 pm Aktiviti Memasak/Merarau/Rehat 1330 pm Latihan dalam Kumpulan 2 (Kemahiran Berkomunikasi) 1500 pm Bersurai 0745 am Latihan dalam Kumpulan 3 (Pengurusan Emosi) 0900 am Sesi Refleksi 1000 am Rehat 1030 am Majlis Penutupan PENUTUP Di akhir kem ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas keprihatinan dan sokongan pihak sekolah, jutaan terima kasih diucapkan. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DIRAKAMKAN KEPADA: Barisan Pentadbir AJK Pelaksana Semua warga SKUSS Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung


ICE BREAKING Peserta mendengar dan peka terhadap mesej yang disampaikan. Peserta dapat menyampaikan mesej yang betul. Setiap kumpulan berdiri dalam satu baris secara memanjang. Peserta berdiri paling hadapan akan diberi sepotong ayat untuk diingat. Setelah diberi masa untuk mengingat ayat yang diberi, peserta dikehendaki untuk menyampaikan ayat yang diingat kepada rakan di belakangnya. Apabila sampai ke peserta yang berdiri paling belakang, peserta tersebut akan menulis ayat yang disampaikan kepadanya. Objektif: 1. 2. Masa: 20 minit Bahan: Marker, mini whiteboard Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat menyatakan mesej yang betul di akhir permainan. Rumusan: Jangan menyampaikan sesuatu yang belum pasti kesahihannya kerana perbuatan itu boleh membawa keburukan. Aktiviti 1: Tajuk: Radio Rosak Fasilitator: Pn. Jeliha binti Lebeni & Pn. Melanie Anak Jerry Aktiviti 2: Tajuk: Mencipta Nama & Logo Kumpulan Fasilitator: Pn. Jeliha binti Lebeni & Pn. Melanie Anak Jerry Memupuk kerjasama dan kesepaduan kumpulan Setiap kumpulan membincangkan nama kumpulan dan logo bagi kumpulan mereka dan mesti selesai dalam masa 15 minit. Fasilitator memberi setiap kumpulan 1 minit untuk membentang nama dan logo kumpulan. Objektif: 1. Masa: 20 minit Bahan: Marker, kad manila, alat tulis Langkah-langkah: 1. 2. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat memberi kata sepakat dalam pemilihan nama dan bentuk logo kumpulan masing-masing. Rumusan: Dalam sesuatu organisasi, adalah penting untuk kita mengenali kebolehan dan kelebihan satu sama lain untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Mesej: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah. Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah. Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.


BENGKEL KEPIMPINAN Fasilitator: En. Jeffery bin Wahid & Cik Lilyantie binti Adris Peserta mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin. Peserta mempunyai keyakinan untuk memimpin. Fasilitator memberi penerangan tentang tugas seorang pengawas/pengawas pusat sumber. Peserta membuat aktiviti hands-on. Objektif: 1. 2. Masa: 1 jam Bahan: Marker, kertas mahjong Langkah-langkah: 1. 2. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat tugas seorang pengawas/pengawas pusat sumber. Rumusan: Ia adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami skop tugas untuk menjalankan tanggungjawab kita dengan baik. Tajuk: Team Building Fasilitator: En. Nicholas Empusut anak Anggit & Pn. Lily Ting Suk Chiew Membentuk keyakinan diri dan membina jati diri peserta sebagai pemimpin. Meningkatkan tahap disiplin kepada pemimpin peserta. Membentuk semangat kerjasama dalam satu organisasi. Objektif: 1. 2. 3. Masa: 1 jam Bahan: Straw, benang putih tebal, tali rafia Langkah-langkah: Kriteria Kejayaan: Peserta dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ahli kumpulan. Rumusan: Adalah penting untuk kita mengeratkan silaturahim dan saling mengenali satu sama lain untuk membentuk semangat kerjasama yang jitu dan harmoni dalam satu organisasi. LDK 1


LDK 2 Fasilitator: En. Saiful Azrie bin Sahari, Cik Lilyantie binti Adris & En. Zulfikar Fariz bin Ahmad Peserta boleh memahami dan mendalami nilai kasih sayang. Pilih orang yang paling disayangi. Lukiskan pada belon tadi menggunakan marker. Fasilitator akan memilih secara rawak seorang peserta untuk menceritakan perihal orang yang dilukis tadi. Kemudian, fasilitator akan menanyakan beberapa soalan kepada peserta berkenaan orang yang dilukis tadi seperti “Kenapa adik sayang orang ini?”. Kemudian fasilitator akan menerangkan kenapa kita perlu ada orang yang kita sayang. Objektif: 1. Masa: 15 minit Bahan: Marker, belon dan benang Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4. 5. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat melukis dan memberi respons kepada soalan tentang orang yang mereka sayang. Rumusan: Jika kita sayang seseorang, orang lain pun akan sayang pada kita. Tajuk: Belon Aktiviti: Kemahiran Berkomunikasi Tajuk: Jangan Tanya Fasilitator: En. Saiful Azrie bin Sahari, Cik Lilyantie binti Adris & En. Zulfikar Fariz bin Ahmad Untuk menerangkan kepada peserta kepentingan menanyakan soalan apabila berada dalam keadaan kabur. Berdasarkan gambar yang disediakan, fasilitator diminta memberi arahan kepada peserta untuk melukis gambar tersebut di atas sekeping kertas kosong. Fasilitator dibenarkan untuk mengulangi arahan tetapi peserta tidak dibenarkan bertanya apa-apa soalan kepada fasilitator. Gambar sebenar tidak dibenarkan tunjuk kepada peserta semasa proses arahan. Setelah selesai, peserta diminta menunjukkan lukisan masing-masing dan fasilitator boleh menunjukkan gambar yang sebenar. Fasilitator membincangkan tujuan sebenar aktiviti ini dijalankan iaitu kepentingan bertanyakan soalan dan membolehkan pelajar mendapat input yang lengkap. Objektif: 1. Masa: 15 minit Bahan: Kertas A4 Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4.


Kriteria Kejayaan: Peserta dapat melukis gambar mengikut arahan yang diberikan. Rumusan: “Malu bertanya sesat jalan” menerangkan kepentingan bertanyakan soalan terutamanya sekiranya kita berada dalam keadaan kebingungan ataupun keliru. Tajuk: Menara Kejayaan Fasilitator: En. Saiful Azrie bin Sahari, Cik Lilyantie binti Adris & En. Zulfikar Fariz bin Ahmad Membina keyakinan dalam mengatasi tekanan secara positif dan memupuk saling membantu dan memerlukan dalam apa jua situasi dan cabaran. membentuk kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat dan juga membina komunikasi berkesan di antara ahli kumpulan. Setiap kumpulan diminta membina negara dengan menggunakan straw dan mestilah meletakkan ketiga-tiga belon pada menara mereka. Jika belon pecah, kumpulan boleh mendapatkan dari fasilitator dengan kadar RM 50 sekeping. Setelah tamat, fasilitator akan menilai keteguhan setiap menara. Objektif: 1. 2. Masa: 15 minit Bahan: Straw, belon (3 keping), pita pelekat, gunting/pisau Langkah-langkah: 1. 2. 3. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat membina menara yang teguh dan memastikan belon mereka tidak pecah. Rumusan: Kerjasama berpasukan boleh membawa kepada kejayaan. LDK 3 Tajuk: Termometer Emosi Fasilitator: En. Roland anak Robert Imbang & Cik Rahimah binti Md. Zohadi Aktiviti: Pengurusan Emosi Mengenal pasti tahap emosi diri, Menyatakan tahap emosi diri, Menilai tahap emosi diri Objektif: 1. 2. 3. Masa: 45 minit Bahan: Lembaran Aktiviti Termometer Emosi


Fasilitator menerangkan tentang jenis emosi dan ciri-ciri setiap emosi secara umum. Murid menerima lembaran aktiviti Termometer Emosi. Murid memahami tahap emosi diri secara umum dengan betul. Murid mengenal pasti tahap emosi diri mereka dengan betul. Murid menyatakan tahap emosi diri mereka dengan betul. Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4. 5. Kriteria Kejayaan: Peserta dapat menilai tahap emosi mereka dengan skala 0-5 berdasarkan lembaran aktiviti menulis melukis emoji atau perkongsian lisan. Rumusan: Bagai air di daun talas - Emosi kita selalu berubah ubah oleh itu perlu sentiasa dibuat penilaian dan muhasabah diri. Mengenal pasti teknik pernafasan yang betul, Melakukan teknik pernafasan yang betul, Menilai tahap ketenangan emosi diri menerusi teknik pernafasan. Murid duduk dengan tegak, fokus dan bayangkan diri mereka dalam keindahan alam yang mendamaikan. Murid mengamati poster ‘Mudahnya Kawal Kebimbangan’ (Teknik Daun Luruh) Murid memahami teknik pernafasan 5-3-5 iaitu 5 saat menarik nafas (melalui hidung), 3 saat menahan nafas dan 5 saat menghembus nafas secara perlahan lahan (melalui mulut). Murid melakukan teknik pernafasan 5-3-5 (seperti langkah 3) Murid mengulangi teknik di atas sehingga lengkap satu kitaran daun. Murid menamatkan satu kitaran dan berkata ‘relakslah’ sambil menepuk-nepuk bahu. Murid melakukan aktiviti ini sebanyak 3 kitaran daun. Murid menilai tahap kebimbangan pada skala sangat tenang tenang atau tidak tenang secara lisan. Objektif: 1. 2. 3. Masa: 30 minit Bahan: Poster “Mudahnya Kawal Kebimbangan ’’(Teknik Daun Luruh) https://youtu be/JsuqnzqZimQ (Muzik Instrumental) Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kriteria Kejayaan: Peserta berasa tenang setelah menggunakan Teknik Daun Luruh. Rumusan: Angin sepoi-sepoi bahasa itu lebih damai berbanding tiupan taufan kawal kebimbangan diri dengan mengamal teknik pernafasan sebelum ianya lebih memudaratkan diri. Tajuk: Teknik Daun Luruh Fasilitator: En. Roland anak Robert Imbang & Cik Rahimah binti Md. Zohadi


MAJLIS PENUTUPAN Tarikh : 17 November 2023 Tempat : Kelas Tahun 5 1030 PAGI Ketibaan tetamu Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Nyanyian Lagu Sekolah Bacaan Doa Bacaan Ikrar Ucapan Penyelaras Program Ucapan Guru Besar Ucapan Wakil Peserta Penyampaian Hadiah dan Sijil Nyanyian Lagu Fly Kenyalang Fly, Fly High Bersurai


Click to View FlipBook Version