• Pengurusan prasarana memastikan kantin sentiasa dibersihkan.
• Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan
berbungkus.
• Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan kantin tidak dibenarkan.
• Tanda penjarakkan diletakkan pada ruang berbaris untuk mengambil
makanan dilaluan ke singki
• Menyediakan sabun cucian di singki.
• Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah-langkah kebersihan
dan keselamatan sebelum sesi persekolahan bermula.
• Ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan dan minuman dari
rumah untuk anak-anak bagi mengurangkan pergerakan pembelian
makanan di kantin.
• Pengusaha kantin tidak dibenarkan menjual makanan secara “drive thru”
• Memastikan pengusaha dan pekerja-pekerja kantin telah mendapat 2
dose suntikan vaksin dan memaklumkan kepada Guru Kantin sebelum
sekolah bermula.
• Bilik rehat guru perlu dikemaskan sebelum sesi persekolahan bermula:
Senitize, sediakan sabun pencuci tangan, kertas tisu
• Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kantin Sekolah akan diadakan
secara “Google meet” bersama pengusaha kantin.
• Tempahan makanan di kantin sekolah akan dibuat melalui applikasi whatsapp kelas
sehari sebelum dengan bantuan guru kelas masing-masing.
• Tempoh tempahan dibuka adalah dari 2.00 petang hingga 8.00 malam. Tempahan
selepas pukul 8.00 malam tidak akan diterima.
• Bayaran perlu diberikan kepada Bendahari kelas pada waktu pertama hari tersebut.
• Bagi murid yang tidak hadir dan telah membuat tempahan perlu membayar
makanan tersebut kecuali murid telah memaklumkan kepada guru tingkatan
sebelum pukul 8:00 pagi
• Makanan untuk guru boleh dibeli diruangan kantin dan guru akan membawa
makanan ke atas sekirannya guru-guru tidak dibenarkan makan di kantin.