The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uhamidah8, 2023-03-10 18:31:55

BIDANG TUGAS GURU

92-104 BIDANG TUGAS GURU

BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 92 BIDANG TUGAS GURU 1.0 GURU PENDAFTARAN DAN REKOD 1.0 Mengurus pendaftaran pelajar yang baru ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan memberitahu pelajar tentang nombor pendaftaran mereka. 1.1 Mengendalikan pertukaran pelajar keluar masuk bersama dengan guru tingkatan yang berkenaan. 1.2 Mengatur dan menempatkan pelajar di tingkatan masing-masing. 1.3 Menyelia Buku Jadual Kedatangan pelajar supaya tiap ruangan dan butir-butir peribadi pelajar tercatat atau di tulis dengan betul oleh guru-guru tingkatan. 1.4 Menyimpan rekod bilangan pelajar masuk dan bilangan pelajar keluar setiap masa. 1.5 Menyimpan rekod perangkaan pelajar mengikut aliran masing-masing dari semasa ke semasa. 1.6 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 2.0 GURU TINGKATAN 2.1 Senarai Tugas 2.1.1 Pengurusan dan Organisasi Kelas: 2.1.1.1 Membentuk organisasi dan jawatankuasa bilik darjah serta membimbing organisasi bilik darjah yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna. 2.1.1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut terdapat di dalam kelas : i. Jadual waktu. ii. Jadual tugas. iii. Carta organisasi bilik darjah. iv. Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan hitam diinventorikan. v. Moto kelas. vi. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah. 2.1.1.3 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 2.1.1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 2.1.1.5 Memastikan bilik darjah dalam keadaan bersih, tersusun dan ceria. 2.1.1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut : i. Keceriaan kelas. ii. Kebajikan murid. 2.1.2 Buku Kedatangan Murid: 2.1.2.1 Menanda buku kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku tersebut di pejabat. 2.1.2.2 Menentukan semua butiran yang dikehendaki ditulis dalam buku kedatangan murid. 2.1.2.3 Sentiasa mengemaskini data murid di dalam kelas.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 93 2.1.2.4 Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang diarahkan : i. Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan. ii. Menjamin keselamatan buku tersebut. 2.1.3 Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad M001 : 2.1.3.1 Memastikan setiap murid mempunyai Rekod Kemajuan Murid. 2.1.3.2 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam Rekod Kemajuan Murid bagi setiap penggal. 2.1.3.3 Menyampaikan Rekod Kemajuan Murid kepada ibu bapa. 2.1.3.4 Mengambil kad M001 dari Penyelaras kad M001. 2.1.3.5 Menyediakan dan mengisi : i. Rekod Markah bagi setiap peperiksaan sekolah. ii. Kad M001. iii. Sijil berhenti dan surat akuan bagi murid yang meneruskan persekolahan. 2.1.4 Perihal Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin. 2.1.4.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik. 2.1.4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). 2.1.4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid. 2.1.4.4 Melaporkan kepada guru bimbingan dan kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid. 2.1.4.5 Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan. 2.1.4.6 Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah. 2.1.4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut : i. Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang “Kesalahan Disiplin” yang dapat diperolehi dari penyelaras tingkatan atau bilik disiplin. ii. Menyerahkan satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa. 2.1.5 Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan: 2.1.5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. 2.1.5.2 Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa. 2.1.5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT. 2.1.5.4 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan. 2.1.5.5 Melaporkan kepada guru penolong kanan (HEM) dan guru biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa. 2.1.6 Kutipan Bayaran Persekolahan dan Derma: 2.1.6.1 Mengutip bayaran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 94 murid membayar kesemuanya sekaligus. 2.1.6.2 Mengutip derma PIBG. 2.1.6.3 Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat. 2.1.6.4 Menyerahkan wang kutipan bayaran persekolahan dan buku resit kepada guru penolong kanan (Pentadbiran) atau bendahari sekolah. 2.1.6.5 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG. 2.1.7 Pendaftaran Murid Baru: 2.1.7.1 Menerima kemasukan murid baru dari guru pendaftaran atau penyelaras tingkatan. 2.1.7.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid baru dari guru pendaftaran atau guru penolong kanan (HEM). 2.1.7.3 Menentukan penerimaan borang SPBT dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks. 2.1.7.4 Mengenal pasti jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. 2.1.7.5 Menerima Rekod Kemajuan Murid, Buku Rekod Disiplin, Buku Rekod Kokurikulum dan Kad M001 dari sekolah yang terdahulu. 2.1.7.6 Menentukan rumah sukan. 2.1.7.7 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. 2.1.8 Murid keluar : 2.1.8.1 Memastikan borang SPBT, Rekod Kemajuan Murid, Buku Rekod Disiplin, Buku Rekod Kokurikulum dan Kad M001 dihantar ke pejabat. 2.1.8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi semua murid. 2.1.8.3 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima. 2.1.8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan. 2.1.8.5 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat. 2.1.8.6 Memastikan segala bentuk bayaran dan yuran telah dijelaskan. 2.1.9 Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain: 2.1.9.1 Memastikan setiap murid mempunyai rumah sukan. 2.1.9.2 Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan pertubuhan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. 2.1.9.3 Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. 3.0 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN Senarai tugas: 3.1.1 Hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah masa persekolahan berakhir. 3.1.2 Memastikan bilik-bilik darjah telah dibersihkan, sampah-sarap telah dibuang s e r t a lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat masa persekolahan. 3.1.3 Mengawasi disiplin murid di luar waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 3.1.4 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 95 sekolah. 3.1.5 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 3.1.6 Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital /ke rumah. 3.1.7 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon. 3.1.8 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 3.1.9 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 3.1.10 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 3.1.11 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, pertubuhan beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. 3.1.12 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara- perkara yang dicatat ialah : 3.1.12.1 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan. 3.1.12.2 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit. 3.1.12.3 Lawatan-lawatan / pelawat. 3.1.12.4 Ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan. 3.1.12.5 Laporan perhimpunan ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan. 3.1.13 Membuat laporan di dalam buku laporan bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada guru penolong kanan (Pentadbiran) atau pengetua / guru besar supaya tindakan segera dapat diambil. 3.1.14 Perhimpunan: 3.1.14.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan. 3.1.14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan. 3.1.14.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas. 3.1.14.4 Menyelia dan memastikan kebersihan bangunan dan kawasan sekolah dan melaporkan kepada Penolong Kanan (Pentadbiran). 3.1.14.5 Memastikan Bendera Malaysia, Negeri, YIK dan Sekolah dinaikkan. 3.1.14.6 Memastikan doa dibaca dan murid-murid beratur sebelum masuk kelas dan sebelum pulang. 3.1.14.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa. 4.0 GURU BUKU TEKS / RUJUKAN GURU 4.1 Mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain. 4,2 Mengurus dan mengemaskini buku stok. 4.3 Memesan buku-buku teks untuk kegunaan guru. 4.5 Bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada guru pada akhir tahun atau bila guru bertukar / berhenti kerja. 4.6 Bertanggungjawab menjaga almari buku rujukan di bilik guru. 4.7 Mengisi borang pesanan pada setiap pembelian. 4.8 Bekerjasama dengan Pembantu Tadbir dalam membuat urusan pembelian buku teks dan buku rujukan.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 96 5.0 GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH 5.1 Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa. 5.2 Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 5.3 Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti : 5.3.1 Kempen Kebersihan. 5.3.2 Pertandingan Kebersihan Kelas. 5.3.3 Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan. 5.3.4 Ceramah-ceramah kebersihan. 5.3.5 Pertandingan poster kebersihan. 5.3.6 Menanam pokok bunga / pokok di kawasan sekolah. 5.3.7 Lawatan ke sekolah-sekolah lain. 5.4 Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah. 5.5 Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini. 5.6 Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan kemajuan kerja. 6.0 GURU DAKWAH 6.1 Merancang program pembangunan syakhsiah. 6.2 Melantik naqib dan naqibah usrah. 6.3 Melaksanakan program-program dakwah, latihan dan kepimpinan. 6.4 Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam. 6.5 Mengadakan Program Ihya’ Ramadhan. 6.6 Merancang dan menyelenggara masjid dan musalla sekolah. 6.7 Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah di surau. 6.8 Menyelaras program-program dakwah yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar. 6.9 Memastikan program-program penghayatan akhlak dilaksanakan mengikut jadual. 6.10 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan tarbiyah islamiyyah. 6.11 Memastikan syakhsiyyah islamiyyah dipraktikkan oleh pelajar sepanjang waktu persekolahan. 7.0 GURU KEBAJIKAN 7.1 Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 7.2 Mengenalpasti sesiapa yang memerlukan bantuan kebajikan. 7.3 Menyediakan borang permohonan, mengumpulkan dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 7.4 Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain. 7.5 Menguruskan semua derma dan bantuan dalam / luar dari semasa ke semasa.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 97 8.0 GURU KELAB STAF SEKOLAH 8.1 Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan guru. 8.2 Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Pengetua. 8.3 Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf. 8.4 Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf. 8.5 Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar / pencen dan menyambut staf baru. 8.6 Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal dunia. 8.7 Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-guru Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas. 8.8 Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah untuk ahli. 8.9 Memastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli. 8.10 Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang / Lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan. 8.11 Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf. 9.0 SETIAUSAHA KURIKULUM 9.1 Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 9.2 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran. 9.3 Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar. 9.4 Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran. 9.5 Merancang strategi pengajaran / pembelajaran. 9.6 Menetapkan garis panduan penyeliaan Rancangan Kerja. 9.7 Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu. 9.8 Mengadakan mesyuarat. 9.9 Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan. 9.10 Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan sempurna. 9.11 Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan. 9.12 Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru. 9.13 Mengkaji analisa keputusan peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan. 9.14 Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah. 9.15 Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran. 9.16 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 10.0 GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH 10.1 Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek. 10.2 Memperbanyakkan koleksi PSS. 10.3 Mempertingkatkan penggunaan PSS.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 98 10.4 Memastikan kelengkapan & keselesaan PSS. 10.5 Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar. 10.6 Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar PSS. 10.7 Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya. 10.8 Memastikan buku stok kemaskini. 10.9 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS. 10.10 Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi. 10.11 Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan. 11.0 GURU MAKTABAH 11.1 Mengurus perlantikan pengawas maktabah. 11.2 Menyediakan peraturan Am dan peraturan Khas penggunaan maktabah. 11.3 Melatih pengawas maktabah yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di maktabah. 11.4 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. 11.5 Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan. 11.6 Menguruskan pembelian buku. 11.7 Merekodkan buku perolehan dalam buku stok. 11.8 Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah. 11.9 Melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, meneka buku, bercerita perbincangan mengenai buku, ceramah, seminar dan pertandingan membaca. 11.10 “Merawat” buku. 11.11 Menguruskan hapuskira buku. 11.12 Membuat laporan tahunan untuk rekod. 11.13 Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik maktabah. 11.14 Menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan peperiksaan untuk rujukan. 11.15 Menyediakan rekod penggunaan perpustakaan termasuklah mencatat bilangan pengguna perpustakaan setiap kali ia dibuka, senarai peminjam-peminjam buku dan senarai kekerapan murid meminjam buku. 12.0 KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 12.1 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam setiap peperiksaan. 12.2 Menyediakan rancangan pelajaran dan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan yang berkaitan. 12.3 Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia. 12.4 Memperbaik dan meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 12.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan bank soalan. 12.6 Meningkatkan prestasi dan berusaha untuk mendapatkan strategi pengajaran inovatif dan boleh mendorong serta mengerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. 12.7 Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 99 12.8 Menyelenggarakan fail panitia, minit mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan. 12.9 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 12.10 Mengadakan dan mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya empat kali setahun. 12.11 Menyelia anggaran perbelanjaan tahunan. 12.12 Menentukan buku-buku kerja yang hendak digunakan setelah diadakan mesyuarat dengan guru-guru lain. 13.0 GURU JADUAL WAKTU 13.1 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 13.2 Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 13.3 Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 13.4 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 13.5 Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok. 13.6 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar. 13.7 Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan. 13.8 Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua. 13.9 Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran dan opsyen guru mata pelajaran dan lain-lain lagi. 13.10 Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan. 14.0 SETIAUSAHA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 14.1 Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 14.2 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan. 14.3 Memastikan keselamatan. 14.4 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan dan disusun 14.5 Memastikan skema jawapan disediakan 14.6 Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan 14.7 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincang kemajuan pelajar. 14.8 Merancang pelaksanaan semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan penggal, ujian bulanan, ujian lisan, peperiksaan percubaan) 14.9 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan memeriksa kertas jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran. 14.10 Mengemaskini stok peralatan peperiksaan. 14.11 Menguruskan penyediaan dewan peperiksaan. 14.12 Mengurus penyediaan borang kemasukan peperiksaan awam. 14.13 Menyediakan senarai nama untuk ujian lisan semua peperiksaan awam.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 100 14.14 Menyempurnakan segala borang maklumat yang dikehendaki oleh pihak-pihak tertentu mengenai keputusan peperiksaan. 14.15 Menganalisis keputusan-keputusan peperiksaan. 14.16 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 15.0 GURU DISIPLIN 15.1 Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah. 15.2 Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam dipraktikkan di sekolah. 15.3 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. 15.4 Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar. 15.5 Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua. 15.6 Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 15.7 Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku laporan disiplin. 15.8 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEP seminggu sekali. 15.9 Menghubungi pihak polis (jika perlu). 15.10 Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check). 15.11 Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEP berhubung kes-kes yang serius seperti: Penyalahgunaan dadah, Gambar lucah, Video lucah, Majalah lucah, Peras ugut, Kumpulan haram, Bohsia / bohjan, Zina, khalwat dan lain-lain. 15.12 Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti: Hari terakhir peperiksaan awam, Hari Sukan, Hari Keluarga, Majlis-majlis sekolah. 15.13 Berkerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk membantu serta menyelesaikan masalah pelajar. 15.14 Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah. 16.0 GURU KAUNSELING DAN KERJAYA 16.1 Bimbingan Pelajar iaitu membantu pelajar mengatasi masalah peribadi dan pelajaran melalui sesi kauseling individu atau kelompok. 16.2 Bimbingan Kerjaya iaitu mengelolakan pertandingan, ceramah-ceramah, kursus-kursus yang berkaitan dengan kerjaya. 16.3 Bimbingan Sosial, Sahsiah, Psikologi, & Pencegahan Dadah / Aids. 16.4 Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 16.5 Mengelolakan program orientasi. 16.6 Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya (UBKK) secara berkesan. 16.7 Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 16.8 Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya (UBKK). 16.9 Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling). 16.10 Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar. 16.11 Mengumpul maklumat setiap pelajar yang bermasalah.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 101 16.12 Membantu pelajar mengatasi masalah peribadi dan pelajaran melalui sesi kaunseling individu atau kelompok. 16.13 Membantu pihak-pihak lain di sekolah dalam menghadapi keadaan semasa seperti pihak guru dan lain-lain. 16.14 Menyediakan laporan dan maklumat yang dikehendaki oleh pejabat dari masa ke semasa. 16.15 Mengelolakan lawatan sambil belajar. 16.16 Mengurus permohonan menyambung pelajaran ke pusat-pusat pengajian lain. 16,17 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa 17.0 GURU KESIHATAN 17.1 Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 17.2 Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay). 17.3 Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan/penyelaras tingkatan. 17.4 Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan. 17.5 Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan. 17.6 Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan, kempen dan lain-lain. 17.7 Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan. 17.8 Mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan kepada seluruh warga sekolah. 18.0 SETIAUSAHA KOKURIKULUM 18.1 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang / Pendek. 18.2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 18.3 Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 18.4 Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 18.5 Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. 18.6 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan. 18.7 Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 18.8 Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. 18.9 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan Aktiviti tahunan serta mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikkulm. 18.10 Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. 18.11 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. 18.12 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 19.0 GURU PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN 19.1 Menyelaras semua aktiviti, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat gelanggang dan padang.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 102 19.2 Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MASSAK / KESSUMA. 19.3 Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. 19.4 Menetapkan pelajar baru dan lama dalam Rumah Sukan masing- masing. 19.5 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 19.7 Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 19.8 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 19.9 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sekolah. 19.10 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 19.11 Sentiasa berbincang dengan Pengetua /Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 19.12 Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Aktiiviti Kokurikulum. 19.13 Menetapkan Ketua guru rumah dan guru-guru rumah. 19.14 Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik di peringkat zon dan negeri (MASSAK), persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya. 19.15 Mencadangkan nama Olahragawan sekolah. 20.0 GURU PERMAINAN 20.1 Bertanggungjawab dalam membentuk jawatankuasa pasukan permainan sekolah. 20.2 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan jagaannya. 20.3 Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 20.4 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 20.5 Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah. 20.6 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat permainan. 20.7 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar. 20.8 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan peringkat sekolah kepada Penyelaras Sukan Dan Permainan. 20.9 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Sukan dan Permainan. 20.10 Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. 20.11 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. 20.12 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri,wakil daerah/negeri dan negara). 20.13 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 20.14 Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. 20.15 Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti minuman, kecederaan dan sebagainya.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 103 21.0 KETUA RUMAH SUKAN 21.1 Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar). 21.2 Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 21.3 Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan. 21.4 Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan. 21.5 Sentiasa berbincang dengan Penyelaras Sukan dan Pemainan /Pen. Kanan H.E.M sekiranya menghadapi masalah. 21.6 Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 21.7 Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Penyelaras Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 21.8 Menetapkan tugas guru-guru rumah. 21.9 Menjadi penasihat kewangan dan kebajikan ahli-ahli rumah. 22.0 GURU RUMAH SUKAN 22.1 Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan oleh Penyelaras Sukan dan Permainan. 22.2 Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatat dalam Buku Kehadiran. 22.3 Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan. 22.4 Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. 22.5 Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. 22.6 Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan. 22.7 Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan. 22.8 Mematuhi arahan Ketua Rumah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 23.0 PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM 23.1 Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform. 23.2 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 23.3 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform. 23.4 Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 23.5 Memastikan peraturan Perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan. 23.6 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 23.7 Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum : 23.8 Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru / guru Tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar . 23.9 Mengutip kembali dari guru / guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.


BIDANG TUGAS GURU 2022/2023 104 23.10 Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. 23.11 Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod. 23.12 Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti & pencapaian kokurikulum sekolah ke YIK. 23.13 Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun. 24.0 GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM 24.1 Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab. 24.2 Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah / YIK 24.3 Memastikan adanya peraturan/perlembagaan. 24.4 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. 24.5 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 24.6 Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 24.7 Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 24.8 Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab. 24.9 Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan Lain-lain. 24.10 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli. 24.11 Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum. 24.12 Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-3 bulan januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan. 24.13 Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum: Pelembagaan/persatuan/kelab/unit beruniform, Senarai AJK, Senarai nama ahli, Rancangan/aktiviti tahunan. 24.14 Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan. 24.15 Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya jika tidak dapat bersama hendaklah mencari wakil. 24.16 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Persatuan dari semasa ke semasa.


Click to View FlipBook Version