The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KK2 MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR PISMP TESL C.pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TSL10621 MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR, 2023-07-17 17:49:56

KK2 MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR PISMP TESL C.pdf

KK2 MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR PISMP TESL C.pdf

Keywords: KK2 MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR PISMP TESL C.pdf

NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER 3 / JUN 2023 Nama : MUHAMMAD NAZIRUL MUKHLIS BIN MUHAMAD NASIR Angka Giliran : 2021212350056 Nombor Kad Pengenalan : 020816080217 Kumpulan / Unit : PISMP TESL C JUNE 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.....................................................................................................................3 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN .................................................................................................3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN ..................................................................................................................3 4.0 PERSATUAN BAHASA MELAYU..........................................................................................3 5.0 OBJEKTIF PERSATUAN ........................................................................................................4 6.0 AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU ........................................................................4 7.0 ANALISIS SWOT ......................................................................................................................4 8.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN ..........................................................................6 9.0 KESIMPULAN ...........................................................................................................................6


LAPORAN KAJIAN KES 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, persatuan dan kelab dapat didefinisikan sebagai kumpulan beberapa orang dalam sesebuah pasukan yang mempunyai tujan yang sama ( Kamus Dewan Edisi Keempat). Tamsilnya, kelab memanah mempunyai ahli yang mempunyai minat dalam sukan tersebut bertujuan untuk meluaskan pengalaman mereka dalam sukan tersebut. Penubuhan persatuan dan kelab telah diwujudkan dari sekolah rendah sehingga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, setiap penubuhan persatuan akan merancang aktiviti yang menarik mengikut kalendar tahunan. Justeru, setiap perancangan aktiviti merangkumi kiraan dana dengan jumlah yang tertentu. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Merujuk kepada tugasan yang telah diberikan, saya dikehendaki memilih satu persatuan bagi melaksana sebuah laporan kajian kes. Oleh itu, saya memilih Persatuan Agama Islam yang telah ditubuhkan di SK Kampung Dato’ Seri Kamaruddin.. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk memperkasakan ilmu Pendidikab Islam dalam kalangan murid khususnya murid yang beragama Islam. Tambahan pula, dapat meningkatkan keimanan pelajar-peleajr Islam dalam penulisan dan lisan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Oleh hal yang demikian, dapat memberi peluang kepada murid Islam untuk mermpelajari Ilmu agama dengan lebih baik kerana mempelajari ilmu agama adalah wajib bagi umat Islam. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan beberapa objektif iaitu : a) Dapat mengenal pasti sejarah penubuhan Persatuan Agama Islam SK Kampung Dato’ Seri Kamaruddin. b) Mengetahui kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikkan dalam persatuan ini. c) Menganalisis proses pengumpulan dana bagi menjalankan aktiviti yang dirancang. 4.0 PERSATUAN AGAMA ISLAM Penubuhan persatuan ini bermula dengan menyediakan kertas cadangan persatuan bagi menubuhkan persatuan ini di sekolah. Kemudian, unit kokurikulum akan memulakan proses perlantikan jawatan kuasa dalam persatuan ini apabila diluluskan oleh pihak atasan. Tambahan lagi, terdapat juga perbincangan perancangan aktiviti, kewangan dan pendaftaran ahli baru pada tahun tersebut. Oleh itu, setiao proses penubuhan telah mendapat kelulusan daripada guru besar dan mendapat kerjasama daripada guru-guru yang berpengalaman untuk melaksanakan persatuan ini.


5.0 OBJEKTIF PERSATUAN Terdapat beberapa objektif yang dapat dilihat di dalam penubuhan tersebut seperti: a) Menanam kesedaraan beragama dan beramal dalam diri murid-murid b) Melatih murid-murid melakukan perkara-perkara yang bermanfaat kepada diri, ibu bapa dan orang Islam. c) Melahirkan anak anak soleh dan mukmin yang professional dalam memajukan negara. 6.0 AKTIVITI PERSATUAN AGAMA ISLAM Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Persatuan Agama Islam SK Kampung Dato’ Seri Kamaruddin seperti yang tertera di bawah: BIL PERKARA 1 MESYUARAT AGUNG 2 BENGKEL TULISAN JAWI DAN KHAT 3 PENGENALAN ASAS BAHASA ARAB 4 PERTANDINGAN NASYID 5 TAHSINUL SOLAT 6 CERAMAH IHYA’ RAMADAN 7 JAMUAN AIDILFITRI 8 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER 9 KUIZ PENDIDIKAN ISLAM 7.0 ANALISIS SWOT 7.1 KEKUATAN Pertama sekali, kekuatan yang dapat dianalisis daripada persatuan tersebut ialah setiap ahli diberi hak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam menjalankan aktiviti atau memilih pemimpin dalam persatuan ini. Sistem demokrasi yang telah dijalankan dapat menjamin kesejahteraan antara sesama ahli. Hal ini kerana, setiap ahli seharusnya diberikan peluang untuk bersuara tentang keinginan dan keperluan mereka dalam persatuan. Toleransi dan kerjasama dengan ahli yang lain dapat membentuk organisasi yang lebih sistematik dan harmoni tanpa ada perselisihan faham dengan yang lain. Kedua, pengumpulan dana dalam kewangan persatuan ini juga melibatkan aktivitiaktiviti seperti karnival dan hari kantin pada minggu pendidikan Islam dan kutipan Ihya’ Ramadan di bulan Ramadan untuk menambahkan dana dalam persatuan ini. Hal ini akan menjadikan setiap ahli lebih bertanggungjawab untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang


yang lain seperti usahawan di samping penguasaan mereka dalam ilmu agama. Penglibatan daripada semua ahli dapat membantu mereka untuk lebih aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau persatuan. Justeru itu, melalui penjualan ini telah mendapat kutipan yang tingi serta menampung aktiviti persatuan mereka. 7.2 KELEMAHAN Walaupun terdapat pelbagai kekuatan, masih terdapat kelemahan yang dapat dianalisis daripada persatuan ini seperti tidak mendapat dana daripada agensi bukan kerajaan atau NGO swasta dalam memberikan dana tambahan untuk memajukan persatuan ini. Merujuk kepada data yang telah ditulis hanya terdapat sumbangan daripada ahli dan aktiviti amal yang dilakukan. Kekurangan ini dapat mengakibatkan masalah dalam menjalankan aktiviti yang lebih tinggi seperti aktiviti melibatkan penyertaan pihak luar atau penceramah luar dalam meluaskan pengetahuan mereka dalam Ilmu agama. Dengan itu, sekiranya persatuan ini mendapat dana yang lebih sudah tentu dapat merancang aktiviti di peringkat daerah atau ke peringkat yang lebih tinggi. 7.3 PELUANG Merujuk kepada kekuatan yang telah dinyatakan di atas, penglibatan yang aktif dalam persatuan menunjukkan sikap kepimpinan antara satu sama lain. Dengan itu, pihak sekolah atau persatuan dapat menghantar mereka untuk melibatkan diri dalam kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau agensi luar untuk meningkatkan kepimpinan mereka dalam mengelola persatuan dengan lebih baik. Penyertaan ini dapat dibuka kepada ahli jawatan kuasa dalam persatuan tersebut dalam memantapkan ciri-ciri yang berkaliber dalam diri masing-masing. Oleh hal yang demikian, peluang ini seharusnya diaplikasi dalam menambahbaik hubungan antara ahli di dalam Persatuan Agama Islam. 7.4 ANCAMAN Melihat kepada perkara di atas, terdapat satu ancaman yang akan mengakibatkan masalah kepada murid dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan. Hal ini kerana, waktu perlaksanaan aktiviti akan mengambil masa murid dalam pdp di sekolah sehingga murid tidak memberi komitmen yang tinggi dalam akademik. Oleh hal yang demikian, guru penasihat seharusnya memilih waktu yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan lebih tepat dan sesuai. Impaknya, jadual murid dalam akademik dan kokurikulum akan lebih seimbang di sekolah.


7.5 CADANGAN Cadangan yang dapat diberikan ialah menjalankan kerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah untuk mencari agensi yang dapat memberikan dana dalam kewangan persatuan. Tamsilnya, persatuan bekas alumni sekolah dan agensi kebajikan sekolah. Dana yang diberikan akan membantu melaksana aktiviti yang telah dirancang dalam takwim persatuan. Dengan itu, setiap aktiviti persatuan akan berjalan dengan lebih lancar. 8.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN Berdasarkan analisis data yang telah dikaji, pengurusan dana dan kewangan bukanlah dalam skala yang besar. Hal ini kerana, pengurusan dana persatuan yang telah dipegang oleh bendahari hanya memungut yuran sebanyak RM 2.00 sahaja bagi setiap ahli. Sudah tentu yuran tersebut tidak mencukupi bagi persatuan tersebut. Dengan itu, terdapat sumbangan daripada perlaksanaan aktiviti amal dan sumbangan daripada pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, setiap dana yang diperoleh akan membantu melancarkan urusan aktiviti di sekolah. 9.0 KESIMPULAN Pengurusan persatuan yang sangat baik dapat membentuk organisasi yang lebih baik kerana perancangan aktiviti dan kewangan persatuan memerlukan perbincangan dalam kalangan ahli persatuan serta guru penasihat dalam mencapai objektif Persatuan Agama Islam. Justeru itu, semua pihak seharusnya bijak merancang pengurusan persatuan dalam memastikan aktiviti persatuan akan lebih aktif dan sistematik.


Click to View FlipBook Version