WORKPLACE DRUG PREVENTION PROGRAM Program Pencegahan Dadah Di Tempat Kerja Dadah dan tempat kerja Penyalahgunaan dan penagihan dadah dan bahan, termasuk alkohol, menjadi barah yang merebak dengan pantas mengikis nilai dan jati diri negara bangsa. Tidak terkecuali ia telah secara sedar dan tidak sedar merebak ke tempat kerja, kecil ataupun besar, industri mahupun korporat, memberi kesan kos yang menjangkau berbilion ringgit setiap tahun dalam bentuk absenteeism, presenteeism, hilang masa produktif, kemalangan, kesihatan dan masalah perundangan. Selain itu, penyalahgunaan dan penagihan dadah dan bahan boleh menimbulkan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika pekerja yang terlibat tidak mampu membuat pertimbangan, koordinasi, kawalan motor, penumpuan dan kepekaan dalam persekitaran kerja, yang boleh membawa kepada peningkatan risiko kecederaan atau kemalangan kepada dirinya atau orang lain. Rakan-rakan sekerja mungkin akan berada dalam situasi sukar dan merbahaya serta mungkin menanggung kesan akibat daripada keadaan ini. Pihak Pejabat Pengurusan Personel (OPM, 2021), Perkhidmatan Pentadbiran Penyalahgunaan Bahan dan Kesihatan Mental (SAMHSA, 2021) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC, 2021) Amerika Syarikat telah menyenaraikan empat bidang utama kesan yang dialami oleh tempat kerja akibat daripada penyalahgunaan dan penagihan dadah, iaitu: ▼ kematian pra-matang, masalah kesihatan kronik dan peningkatan kos kesihatan ▼ peningkatan risiko kecederaan dan kemalangan di tempat kerja dan luar waktu kerja ▼ peningkatan kadar ketidakhadiran dan penyalahgunaan kemudahan cuti rehat dan cuti sakit ▼ kehilangan produktiviti, prestasi merosot dan kualiti kerja yang rendah Kesemuanya ini akan menimbulkan pelbagai isu dan masalah di tempat kerja – kepada syarikat, majikan, pekerja dan ahli keluarga terdekat. KOOPLAK TRAINING & CONSULTATION ALAMAT: Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah I TEL: 04-420 7881 I E-MEL: [email protected] “to ensure the right training at the right time to the right people” KOOPLAK Training & Consultation National Antidrug Agency Training Center Sungai Petani, Kedah
KOOPLAK TRAINING & CONSULTATION ALAMAT: Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah I TEL: 04-420 7881 I E-MEL: [email protected] “to ensure the right training at the right time to the right people” Cabutan laporan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (2022) dan Kementerian Sumber Manusia (Statistik Pekerjaan dan Pemburuhan, 32, 2022), mendedahkan bahawa Penyalahguna dan penagih dadah dan substan yang dikesan adalah PEKERJA (610 : 100,00) 64.3% 65.9% Penyalahguna dan penagih dadah dan substan yang dikesan adalah BELIA atau tenaga produktif Penggunaan dadah jenis amphetamine type stimulants sebagai DADAH UTAMA ATS64.8% Tidak semua pekerja menyalahguna dadah atas kehendak sendiri untuk mendapatkan keseronokan. Mereka mungkin menyalahguna dadah atas faktor… peristiwa hidup yang sukar, seperti trauma atau tekanan melampuan persekitaran negatif dan mendesak kesihatan mental (emosi, pemikiran, perasaan dan kesakitan mental) genetik atau biologi Jangan biarkan mereka terus menderita, tapi bantulah mereka …
PROGRAM 1 (ID: 10001259758) SEMINAR KESEDARAN PENCEGAHAN DADAH (DRUG AWARENESS PREVENTION PROGRAM) Penyalahgunaan dadah & kesannya kepada tempat kerja Pengenalan kepada dadah disalahguna Tanda dan simptom penyalahgunaan dadah Mengenalpasti pekerja berisiko tinggi menyalahguna dadah Strategi dan pelan tindakan pencegahan dadah di tempat kerja # IN-HOUSE and PUBLIC program (1 HARI) Bagi mengatasi isu penyalahgunaan dan penagihan dadah di tempat kerja, empat program diperkenalkan di bawah inisiatif Tempat Kerja Bebas Dadah 2023 akan dilaksanakan di Pusat Latihan AADK di bawah dana HRD Corp. iaitu Skim Bantuan Latihan (SBL) Khas (claimable courses) bagi merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan persekitaran dan warga kerja di semua sektor ekonomi dan sosial negara bebas daripada masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah. PROGRAM 2 (ID: 10001269997) PROGRAM PERSIJILAN SARINGAN DAN PENGUJIAN DADAH (DRUG SCREENING & TESTING CERTIFICATION PROGRAM) Isu dan masalah dadah di tempat kerja Pengenalan saringan dan pengujian dadah Prosedur saringan dan pengujian Praktikal: Saringan dan pengujian Penilaian pengetahuan dan kemahiran # IN-HOUSE and PUBLIC program (2 HARI) KOOPLAK TRAINING & CONSULTATION ALAMAT: Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah I TEL: 04-420 7881 I E-MEL: [email protected] “to ensure the right training at the right time to the right people” PROGRAM 3 (ID: 10001263833) PROGRAM BANTUAN PEKERJA (PENYALAHGUNAAN BAHAN) (EMPLOYEE ASSISTANCE PROFESSIONAL (SUBSTANCE ABUSE)) Dadah dan tempat kerja EAP dan perhubungan menolong Saringan, penilaian dan perancangan intervensi pekerja Intervensi – teknik dan makmal simulasi Pengurusan kes – rujukan dan penyelarasan kes Penilaian pengetahuan dan kemahiran # IN-HOUSE and PUBLIC program (3 HARI) PROGRAM 4 (ID: 10001259846) PROGRAM KHIDMAT NASIHAT PENCEGAHAN DADAH DI TEMPAT KERJA (WORKPLACE DRUG ADVISORY PROGRAM) Dialog kesedaran pendidikan pencegahan dadah Pengurusan risiko Penilaian risiko, saringan dan pengujian dadah Intervensi ringkas pekerja berisiko Pengurusan kes # IN-HOUSE and PUBLIC program (2 HARI)
FASILITI & KEMUDAHAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF YURAN BERPATUTAN DIKENAKAN (Akan dimaklumkan dari masa ke semasa) (yuran adalah termasuk bahan pembelajaran, sijil, makan/minum dan penginapan) BERMINAT atau INGIN MAKLUMAT LANJUT? KOOPLAK TRAINING & CONSULTATION (KOPERASI KAKITANGAN PLAK KEDAH BERHAD) (MyCOID: 202163301070) ALAMAT: Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah I TEL: 04-420 7881 I E-MEL: [email protected] Hubungi: “to ensure the right training at the right time to the right people” Pusat Latihan AADK berupaya mengendalikan program latihan dalam kapasiti 200 peserta dalam satu-satu masa – mempunyai 4 bilik kuliah, sebuah dewan utama, sebuah dewan makan, sebuah pusat sumber, 4 blok penginapan, 6 unit rumah penginapan dan fasiliti sukan seperti padang bola, futsal, badminton, bola keranjang, takraw dan bola tampar. Yuran penyertaan boleh dituntut semula daripada HRD Corp. Pn. Siti Rosmarina bt. Mohd Bokri (019-525 1874) Cik Nurul Afiqah bt. Mahayadin (011-3666 1700)