The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwahmat, 2021-11-19 00:48:11

Minit Mesyuarat 2 HEM Tahun 2021

Minit Mesyuarat 2 HEM Tahun 2021

SPSK PK 07/3

SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN
KAMPUNG BUKIT CHERAKAH,MERU 41050 KLANG

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID
BILANGAN 2 TAHUN 2021

Tarikh / Hari : 15 Julai 2021 / Khamis

Masa : 3.00 petang

Tempat : Rumah masing-masing (Google Meet)

Kehadiran : Nama Guru Jawatan
Bil

1 Datin Hajah Rafidah binti Mokhtar PK Hal Ehwal Murid (Pengerusi)
2 Puan Kalsum binti Sidek PK Pentadbiran (PKP)
3 Puan Jormiah binti Asmoni Guru Kanan Mata Pelajaran
4 Puan Laili binti Rahairudin Guru Kanan Mata Pelajaran
5 Puan Siti Zurina binti Romallani Guru Kanan Mata Pelajaran
6 Puan Salmah binti Sabtu Guru Kanan Mata Pelajaran
7 Puan Hajah Alifah binti Katim@Iksan Guru Kanan Mata Pelajaran
8 Encik Azmi bin Subhi Ketua Guru Disiplin
9 Encik Mohd Rahmat bin Mat Yatim Guru Pengawas
10 Cik Noraimi Ainaa binti Omar Setiausaha PPDa dan Bencana
11 Puan Arshida Fairus binti Arshad Setiausaha Biasiswa dan KWAMP
12 Encik Muhammad Syahir bin Md Halim Setiausaha Hari Kebesaran Islam
13 Encik Mohd Amiruddin bin Jani Setiausaha Keselamatan
14 Puan Hajah Rabiatul Adawiyah binti Khalid Setiausaha Kesihatan
15 Puan Azimah binti Mahamud Setiausaha Badan Dakwah & Rohani
16 Puan Hidayati binti Abd Hadi Setiausaha Musolla
17 Puan Nadyah binti Mahamud Setiausaha Sahsiah Unggul Murid
18 Puan Norliza binti Zainal Setiausaha Majlis Ketua Tingkatan
19 Puan Siti Norehan binti Mohd Yusof Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah
20 Cik Salazzuin binti Abdul Salam Setiausaha Kantin
21 Puan Nik Norhazirah binti Nik Wil Penyelaras Tingkatan 2
22 Puan Norhasliza binti Abdul Rahim Penyelaras Tingkatan 3
23 Cik Nor Hasyimah binti Hassan Penyelaras Tingkatan 4
24 Encik Nurrul Azmi bin Mohd Hattar AJK Unit Disiplin
25 Puan Amal Basyirah binti Othman AJK Aktiviti Dakwah
26 Puan Nor Azmin binti Azizan AJK Program Sahsiah
27 Puan Nurulhidayah binti Yusoff AJK Program Sahsiah
28 Puan Nur Hanim binti Hairi AJK Program Sahsiah
29 Puan Syazlin binti Mahmudin Guru Kelas
30 Puan Siti Rosni binti Md. Hashim Guru Kelas
31 Puan Yusnida binti Yusof Guru Kelas

1

SPSK PK 07/3

Tidak Hadir (Bersebab)

Bil Nama Guru Catatan
1 Tuan Haji Mohd Norhisam bin Ahmad(P.P.T) Menghadiri mesyuarat dengan BPI
2 Puan Hajah Khadijah binti Ishak Menghadiri mesyuarat dengan BPI
3 Puan Roseaini binti Che Rus Cuti Bersalin
4 Puan Nurhasnira binti Ab Ghani Cuti Bersalin
5 Puan Rujilah binti Mohd Yusof Masalah log in
6 Puan Noorjehan binti Baharudin Melaksanakan Ujian Pra UTH SMA
7 Puan Nurfarhanah binti Hariri Cuti sakit
8 Encik Mohd Jamelludin bin Yusof Masalah capaian internet

Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha Hal Ehwal Murid
1. Puan Siti Salwah binti Mat Mopal

1. PERUTUSAN PENGERUSI (Datin Hajah Rafidah binti Mokhtar, PK Hal Ehwal Murid)
1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengajak semua guru untuk
membaca surah al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

1.2. Pengerusi meminta Encik Mohd Rahmat bin Mat Yatim untuk membacakan doa
selamat sebelum meneruskan agenda mesyuarat.

1.3. Pengerusi menyatakan beliau memahami kesibukan guru-guru melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) di rumah di samping memantau
pembelajaran anak masing-masing.

1.4. Pengerusi turut meminta guru-guru menyesuaikan diri dengan norma baru,
membiasakan diri dengan situasi semasa seterusnya mengambil peluang untuk
memperbaik diri dari semasa ke semasa. Usaha mempelajari perkara baharu
dapat mengelakkan kebosanan dan stres.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bilangan 1 Tahun 2021 telah diterima dan
disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 (Tiada)

4 PERKARA-PERKARA BAHARU/LAPORAN UNIT
4.1 Unit Disiplin
4.1.1 Encik Azmi bin Subhi melaporkan bahawa laporan disiplin murid
telah dihantar ke PPD Klang termasuk laporan ketidakhadiran Nur

2

SPSK PK 07/3

Amirah binti Asmadi. Amaran 1 dan 2 telah dikeluarkan pada tahun
2020 tetapi tidak dapat diteruskan kerana masalah Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh ini, pihak sekolah tidak
dibenarkan mengambil tindakan kerana ketidakhadiran murid ke
sekolah. Mulai awal tahun ini, Amaran 1 telah dikeluarkan oleh guru
kelas. Sekali lagi Amaran 2 tidak dapat dikeluarkan kerana PKP.

Makluman

4.1.2 PK HEM mengingatkan guru-guru agar lebih giat untuk merekod
amalan baik murid di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Dalam keadaam PdPR seperti sekarang, murid-murid boleh dinilai
dari segi kehadiran kelas PDPR, penyertaan di dalam kelas,
menghantar tugasan dan lain-lain sahsiah terpuji yang ditunjukkan.

Semua guru

4.2 Unit Pengawas
4.2.1 Encik Mohd Rahmad bin Mat Yatim melaporkan bahawa banyak
program Unit Pengawas dilaksanakan dengan kolaboratif daripada
Unit BADAR. Antara program yang telah dilaksanakan ialah
perhimpunan norma baharu iaitu E-Perhimpunan, Iklim Dini, Spot
Check Kekemasan Diri dan Pencalonan Pengawas Percubaan
2022.
Makluman

4.3 Unit Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
4.3.1 Menurut Cik Noraimi Aainaa binti Omar, Unit PPDa telah memulakan
pelaksanaan program dan akan meneruskan dalam talian seperti
program 5 Minit Antidadah, Promosi Gaya Hidup Sihat dan Minda
Sihat. Program-program ini dilaksanakan dengan membuat hebahan
melalui guru kelas masing-masing dan media sosial Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS).
Penasihat PPDa dan PRS

4.4 Unit Kebajikan
4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Unit Kurikulum dengan kerjasama
daripada Unit Kebajikan dan PIBG telah menghantar permohonan
sumbangan daripada Yayasan Taqwa bagi mendapatkan
peruntukan membeli gajet untuk murid-murid SAMNI yang
menghadapi masalah pembelajaran disebabkan tidak mempunyai
gajet mahupun tambah nilai data. Permohonan sumbangan kepada
ibu bapa melalui PIBG juga akan dilancarkan bagi tujuan ini.

Makluman
4.4.2 Dalam situasi pandemik ini, terdapat 9 orang murid SAMNI telah

positif dijangkiti COVID-19. Justeru, Unit Kebajikan telah
memutuskan akan memberi sumbangan sebanyak RM200.00 bagi

3

SPSK PK 07/3

setiap murid yang terlibat. Sehingga hari ini, hanya tiga orang
mangsa sahaja yang telah menerima sumbangan iaitu Fatin
Sumayyah binti Isa (4 Al-Hanafi), Aina Awatif Zuhairah binti Kamarul
Zaman (4 Al-Maliki) dan Adam Farish bin Herie Darwan (2 Al-Maliki).

Puan Rosezaini binti Che Rus &
Puan Arshida Fairus binti Arshad

4.4.3 Guru-guru diminta lebih cakna tentang murid masing-masing dan
memaklumkan kepada PH HEM sekiranya terdapat murid yang
memerlukan sumbangan pada waktu pandemik ini.
Makluman

4.5 Unit Kesihatan
4.5.1 Puan Hajah Rabiatul Adawiyah binti Khalid memaklumkan bahawa
Klinik Pergigian telah meminta senarai nama murid untuk rawatan
gigi yang akan datang dan tindakan telah diambil bagi tujuan
tersebut. Aktiviti-aktiviti lain tidak dapat dilaksanakan sehingga sesi
persekolahan secara bersemuka dibuka semula.
Makluman

4.6 Unit Biasiswa dan KWAMP
4.6.1 Puan Arshida Fairus binti Arshad melaporkan bahawa Bantuan Kecil
Persekutuan (BKP) telah diluluskan kepada murid yang layak. Surat
tawaran telah diserahkan kepada murid terbabit dan mereka telah
diarahkan untuk membuka buku akaun bank. Namun, terdapat
beberapa orang murid lagi yang belum dapat membuka akaun bank
kerana kekangan PKP.

4.6.2 Untuk bantuan KWAMP pula, pihak sekolah belum menerima
peruntukan setakat ini. Seramai tujuh orang yang disenaraikan
oleh pihak sekolah telah layak menerima bantuan tersebut
termasuk seorang calon e-kasih.

Puan Arshida Fairus binti Arshad

4.7 Unit Majlis Ketua Tingkatan
4.7.1 Pengerusi meminta guru-guru memberikan peranan seperti
memaklumkan kehadiran, menyampaikan maklumat kepada rakan-
rakan dan lain-lain lagi kepada setiap ketua dan penolong kelas
yang dilantik sebagai tanda menghargai pelantikan mereka.

Makluman
4

SPSK PK 07/3

4.8 Unit Kantin
4.8.1 Pengerusi memberitahu bahawa mulai bulan Julai 2021 pengusaha
kantin perlu membayar sewa kantin. Pihak pengusaha telah
menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin disebabkan
penutupan sekolah. Namun begitu, masalah tersebut dapat
diselesaikan kerana pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah
menarik semula ketetapan tersebut.

Makluman

4.9 Unit Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
4.9.1 Puan Azimah binti Mahamud melaporkan bahawa beberapa program
Unit BADAR telah dilaksanakan seperti Usrah, Tamrin Nuqaba’ dan
bacaan Surah Yasin atau Al-Kahfi. Aktiviti bagi murid Tingkatan 4
masih dalam perancangan untuk dilaksanakan secara atas talian.
Unit BADAR

4.10 Unit Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
4.10.1 Puan Siti Zurina binti Romallani berkongsi makluman program
SUMUR yang telah dilaksanakan sehingga bulan Julai. Antaranya
ialah Pelancaran Program SUMUR, Pelancaran Modul Budi
Bahasa, Pelancaran Modul Mutadayyin, dan Pelancaran Modul
Penampilan Diri. Setiap pelancaran modul-modul tersebut akan
dikuti oleh aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan modul tersebut.
Pelaksanaan program-program tersebut dibantu oleh Unit Disiplin
dan Pengawas dan dilaksanakan secara dalam talian. Pihak Sektor
Pendidikan Islam dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan
mengeluarkan Modul Penilaian Khas bagi tujuan penghantaran
laporan seperti tahun lalu.
Unit SUMUR

4.11 Unit Kaunseling
4.11.1 Menurut Cik Noraimi Ainaa binti Omar, terdapat banyak program
terpaksa ditangguhkan akibat pandemik. Sebagai alternatif,
beberapa program dilaksanakan secara dalam talian seperti
program Orentasi Tingkatan 1, Minda Sihat, Konsultasi Ibu Bapa,
Slot Motivasi dan Guru Penyayang. Semua program tersebut
dilaksanakan dengan melibatkan pasukan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS).

4.11.2 Masalah disiplin seperti ketidakhadiran kelas PDPR dapat
dikurangkan dengan pelaksanaan program Konsultasi Ibu Bapa
yang telah dijalankan oleh kaunselor dan PK HEM. Guru kelas

5

SPSK PK 07/3

memberi maklum balas positif dalam hal ini kerana kehadiran murid
dalam kelas PDPR telah meningkat berbanding sebelumnya.

Makluman

4.11.3 PK HEM mencadangkan supaya diadakan aktiviti khusus buat
murid tingkatan satu. Hal ini adalah kerana masalah PKP
menyebabkan mereka mungkin kurang mengenali sekolah mereka
sendiri.
Kaunselor

4.12 Unit Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
4.12.1 Puan Siti Norehan binti Mohd Yusof melaporkan bahawa terdapat
kekangan untuk melaksanakan program-program pada tahun ini.
Selain situasi pandemik, kekurangan ahli dalam kalangan murid
senior membantutkan pelaksanaan program KPJ. Pada tahun ini,
ahli KPJ terdiri daripada 9 murid Tingkatan 1 dan 1 orang murid
Tingkatan 4. Hal ini terjadi kerana salah faham semasa pendaftaran
kelab pada awal tahun ini. Namun begitu, Unit KPJ telah berjaya
melaksanakan Program Hari Pertama Persekolahan dengan
menjemput Pegawai Polis Seranta.
Makluman

5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
5.1 (Tiada)

6 HAL-HAL LAIN
6.1 PK HEM memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke SAM Jeram
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran berkuat kuasa pada 15 Julai 2021.
Namun, beliau memohon penangguhan selama 1 minggu bagi
menyelesaikan beberapa urusan sebelum berpindah.
Makluman

6.2 PK HEM meminta guru kelas merekodkan kehadiran murid dari bulan Januari
sehingga Mei dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Setelah itu,
guru-guru kelas perlu menyimpan analisis kehadiran murid dalam bentuk
softcopy dan salinan hardcopy perlu diserahkan kepada PK HEM setelah
sekolah dibuka semula.
Tindakan: Semua Guru Kelas

6.3 Sepanjang PKP, murid-murid tidak dibenarkan berurusan di pejabat.
Sekiranya murid memerlukan sebarang dokumen atau sijil, mereka akan
diberi dokumen atau sijil dalam bentuk PDF.

6

SPSK PK 07/3

7 PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang dengan bacaan
Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr bersama-sama guru. Tarikh mesyuarat
akan datang akan ditentukan kemudian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SITI SALWAH BINTI MAT MOPAL) (DATIN HAJAH RAFIDAH BINTI MOKHTAR)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Pengerusi Mesyuarat
SAM Nurul Iman
Tarikh : 21 Julai 2021

7


Click to View FlipBook Version