SPSK PK 07/3
SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN
KAMPUNG BUKIT CHERAKAH, MERU 41050 KLANG
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID
BILANGAN 3 TAHUN 2021
Tarikh / Hari : 19 November 2021 / Jumaat
Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : Rumah masing-masing (Google Meet)
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1 Puan Hajah Khadijah binti Ishak PK Hal Ehwal Murid (Pengerusi)
2 Puan Kalsum binti Sidek PK Pentadbiran (PKP)
3 Puan Hajah Alifah binti Katim@Iksan Guru Kanan Mata Pelajaran
4 Puan Jormiah binti Asmoni Guru Kanan Mata Pelajaran
5 Puan Siti Zurina binti Romallani Guru Kanan Mata Pelajaran
6 Puan Salmah binti Sabtu Guru Kanan Mata Pelajaran
7 Encik Nurrul Azmi Bin Mohd Hattar AJK Disiplin dan Pengawas
8 Encik Mohd Rahmat bin Mat Yatim AJK Disiplin dan Pengawas
9 Cik Noraimi Ainaa binti Omar Setiausaha PPDa dan Bencana
10 Encik Muhammad Syahir bin Md Halim Setiausaha Hari Kebesaran
Islam
11 Encik Mohd Amiruddin bin Jani Setiausaha Keselamatan
12 Puan Nurhasnira binti Ab Ghani Setiausaha SPBT
13 Puan Nurfarhanah binti Hariri Penyelaras Tingkatan 3
14 Puan Hidayati binti Abd Hadi Setiausaha Musolla
15 Puan Norliza binti Md Zainal Setiausaha Majlis Ketua
Tingkatan
16 Puan Siti Norehan binti Mohd Yusof Setiausaha Kelab Pencegahan
Jenayah
17 Cik Salazzuin binti Abdul Salam Setiausaha Kantin
18 Puan Norhasliza binti Abdul Rahim Penyelaras Tingkatan 3
19 Cik Nor Hasyimah binti Hassan Penyelaras Tingkatan 4
20 Puan Amal Basyirah binti Othman AJK Aktiviti Dakwah
21 Puan Nor Azmin binti Azizan AJK Program Sahsiah
22 Puan Siti Rosni binti Md. Hashim Guru Kelas
23 Puan Nurulhuda binti Nordin AJK Program Sahsiah
24 Puan Siti Ruhayu binti Ahmad AJK Program Sahsiah
25 Puan Nadyah binti Mahamud Setiausaha Sahsiah Unggul
Murid
1
SPSK PK 07/3
Tidak Hadir (Bersebab)
Bil Nama Guru Catatan
1 Tuan Haji Mohd Norhisam bin Ahmad(P.P.T) Urusan Peribadi
2 Puan Laili binti Rahairudin Urusan Peribadi
3 Puan Roseaini binti Che Rus Urusan Peribadi
4 Puan Arshida Fairus binti Arshad Urusan Peribadi
5 Puan Rujilah binti Mohd Yusof Urusan Peribadi
6 Encik Mohd Jamelludin bin Yusof Urusan Peribadi
7 Puan Hajah Rabiatul Adawiyah binti Urusan Peribadi
Khalid
8 Puan Noorjehan binti Baharudin Program Qudwah Hasanah T3
9 Puan Azimah binti Mahamud Program Qudwah Hasanah T3
Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha Hal Ehwal Murid
1. Puan Siti Salwah binti Mat Mopal
1. PERUTUSAN PENGERUSI (Puan Hajah Khadijah binti Ishak, PK Hal Ehwal
Murid)
1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengajak semua guru untuk
membaca surah al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli
mesyuarat.
1.2. Pengerusi menyampaikan salam daripada Pengetua kerana tidak dapat
menghadiri mesyuarat HEM ke-3.
1.3. Pengerusi menyatakan pihak pentadbir sekolah menerima sokongan yang
padu daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi
menaik taraf kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP). Antaranya
ialah membeli 4 buah Smart TV hasil daripada sumbangan seorang
individu dan memperbaik tandas pengawal keselamatan. Selain itu, lampu
di bahagian hadapan sekolah juga telah dipasang hasil sumbangan ibu
bapa.
1.4. Pengerusi menyampaikan hasrat YDP PIBG untuk mengadakan Hari
Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun bersama-sama barisan guru dan AJK
PIBG.
1.5. Pengerusi juga menyatakan YDP PIBG menyokong penuh usaha menaik
taraf kemudahan internet di sekolah terutama di bilik-bilik khas untuk
dibelikan router.
Makluman
2
SPSK PK 07/3
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bilangan 2 Tahun 2021 telah diterima
dan disahkan sebulat suara tanpa pindaan.
3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 (Tiada)
4 PERKARA-PERKARA BAHARU/LAPORAN UNIT
4.1 Pengerusi menyatakan bahawa beliau telah mendapat kerjasama yang
baik daripada guru-guru dalam melaksanakan program suntikan
vaksin bagi murid SAM Nurul Iman.
Makluman
4.2 Sekiranya terdapat kes positif di sekolah, guru-guru perlu memberi 2
borang yang perlu diisi kepada murid iaitu Google Form tentang
maklumat murid yang positif dan maklumat kontak rapat dan PK HEM
perlu membuat laporan sebelum 24 jam.
Makluman
4.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada JK Ujian Kendiri iaitu Puan
Hajah Rabiataul Adawiyah binti Khalid dan Puan Salamiah binti Giman
kerana bertindak pantas mengendali murid yang bergejala di sekolah.
Makluman
4.4 Guru kelas perlu mengingatkan murid supaya tidak hadir ke sekolah
sekiranya murid tidak sihat dalam kumpulan Whatapps atau Telegram
kelas masing-masing. Jika terdapat kes positif, murid lain perlu
mendapatkan surat kuarantin daripada Pejabat Kesihatan Daerah
yang berdekatan atau daripada MySejahtera.
Makluman
4.5 Guru Bertugas Mingguan perlu mengagih-agihkan tugasan sesama
rakan guru yang lain. Semasa murid hadir ke sekolah, guru perlu
memastikan murid mengimbas suhu badan dan tidak melebihi 37.5°
celcius. Jika melebihi suhu tersebut, murid perlu diarahkan ke bilik
isolasi, menjalani ujian kendiri dan ibu bapa murid akan dihubungi.
Pada waktu pulang pula, guru perlu sama-sama memantau
penyuraian murid. Sebahagian guru perlu berada di wakaf
berbumbung, kantin dan tempat letak motorsikal. Hal ini kerana untuk
memastikan penyuraian murid dalam keadaan teratur dan mengikut
Prosedur Operasi Standard (SOP).
Makluman
3
SPSK PK 07/3
4.6 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada JK Kantin iaitu Cik Salazzuin
binti Abdul Salam kerana berjaya menguruskan tempahan makanan
murid dan guru-guru. Berkenaan isu murid tidak hadir setelah
tempahan dibuat, pihak pentadbir telah mumutuskan bahawa
tempahan makanan perlu dibuat oleh guru kelas dengan murid
masing-masing sewaktu slot perhimpunan pagi pada hari Isnin jam
7:30 pagi. Menu makanan akan diedar kepada murid pada petang
Ahad dan bayaran akan dibuat oleh guru kelas masing-masing kepada
pengusaha kantin.
Makluman
5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
5.1 Puan Siti Salwah binti Mat Mopal telah membentangkan kertas kerja
Majlis Apresiasi Budi SAM Nurul Iman yang dijadualkan pada 10
Disember 2021 pada pukul 3:30 petang secara dalam talian. Pautan
program akan dikongsikan kepada semua warga sekolah pada hari
tersebut. Dalam pembentangan kertas kerja, maklumat skop tugas
setiap unit, unjuran kewangan dan tentatif program juga telah
dikongsikan.
Makluman
5.2 Puan Siti Rosni binti Md Hashim meminta setiap unit yang terbabit
untuk menyediakan slide ringkas bagi memudahkan Unit Montaj dan
Video mengedit dan menyediakan bahan tayangan bagi majlis
tersebut.
Tindakan: Semua AJK program
5.3 Pengerusi menyatakan hasrat YDP PIBG untuk memberi anugerah
khas daripada PIBG dalam Majlis Apresiasi Budi tahun ini. Anugerah
tersebut akan diberikan kepada mana-mana murid yang telah
mengharumkan nama sekolah di peringkat tertinggi sama ada
daripada Unit Akademik, Hal Ehwal Murid atau Kokurikulum. Pihak
sekolah perlu memikirkan nama anugerah yang sesuai bagi tujuan
tersebut dan mengenal pasti murid yang layak menerima anugerah
tersebut.
Tindakan: Setiausaha setiap unit
6 HAL-HAL LAIN
6.1 Encik Mohd Amiruddin bin Jani mencadangkan agar cat garisan di tempat
parkir kenderaan dicat semula dan garisan tepi longkang di sekeliling
4
SPSK PK 07/3
sekolah perlu dicat juga sebagai langkah keselamatan warga sekolah.
Selain itu, lampu dan kipas yang rosak di Blok A (Kelas 1 Al-Maliki) juga
telah rosak dan mohon ditukar. Perincian tugasan ini akan dibincangkan
dengan lebih lanjut bersama PK HEM.
Tindakan : Encik Mohd Amiruddin bin Jani
6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kes murid yang tidak hadir ke sekolah
(Nur Amirah binti Asmadi) telah dimaklumkan kepada ibu bapa murid.
Pihak sekolah telah meminta bapa murid tersebut untuk menulis surat
berhenti kepada pihak sekolah dan beliau bersetuju untuk berbuat
demikian.
Makluman
6.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa permohonan pindah sekolah bagi
murid Nurul Ainul Mardhiah binti Khairul Azmi (Tingkatan 5) tidak
diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Guru-guru
diminta untuk meraikan keberadaan murid tersebut di sekolah.
Makluman
6.4 Encik Mohd Amiruddin bin Jani menyuarakan hasrat Pengetua untuk
mengadakan Hari Keluarga bersama AJK PIBG dan guru-guru selama 2
hari 1 malam. Tempat dan tarikh program masih dalam perbincangan dan
beliau akan mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bagi tujuan
ini.
Tindakan : Encik Mohd Amiruddin bin Jani
6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.50 petang dengan
bacaan Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr bersama-sama guru. Tarikh
mesyuarat akan datang akan ditentukan kemudian.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(SITI SALWAH BINTI MAT MOPAL) (HAJAH KHADIJAH BINTI ISHAK)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Pengerusi Mesyuarat
SAM Nurul Iman
Tarikh : 25 November 2021
5