jenis-jenis dadah dan KESAN PENYALAHGUNAANNYA BUKU SKRAP DIGITAL tema : lebih baik cegah : murid ceria guru bahagia sekolah bitara
DISEDIAKAN OLEH: NUWAIRAH RASHIDAH BINTI MOHD NAZRI 01 02 03 TAHUN 6 SK PENGKALAN RAJA JBA6017 AUNI NAZURAH BINTI ZULKEFLI TAHUN 6 SK PENGKALAN RAJA JBA6017 NURDHIA BATRISYA BINTI MOHD IRWAN TAHUN 6 SK PENGKALAN RAJA JBA6017 GURU PEMBIMBING : SITI ROHAYATI BINTI AHMAD SIDEK PENYELARAS UNIT PPD SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN RAJA
Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. APA ITU DADAH? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh. Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu.
1 5 dadah dan ciri-cirinya Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) 2 3 4 ciri-ciri dadah adalah seperti berikut: Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Diperolehi secara haram. Membawa kepada kebergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
JENIS-JENIS DADAH 1. 2. 3. 4. OPIAT Dadah opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari Candu (opium) yang diperoleh dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkn dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein. Jenis-jenisnya adalah : Opium, Heroin, Morfin, Kodein STIMULAN Stimulan jenia Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS) Ia merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia. Jenis-jenisnya adalah : Amphetamin (Kuda, WY, yaba) , Methamphetamine (ice. syabu, sejuk, batu) , Estacy. GANJA Nama saintifik tumbuhan ini adalah Canabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai Marijuana dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan. Jenis-jenisnya adalah : Kanabis herba, Resin Getah Kanabis(Hashish, Charas), Minyak Hashish DEPRESEN Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang dan merawat pesakit yang mempunyai masalah tidur. Walaubagaimanapun ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan
JENIS-JENIS DADAH 5. 6. 7. 8. HALUSINOGEN Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan halusinasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar. Jenis-jenisnya adalah : LSD, DMT, PCP, Meskalin, Psilosibin&Psilosin, Ketamin INHALAN Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda. Jenis-jenisnya adalah : Pelarut / Cecair, Bahan Gas, Aerosol, Bahan Nitrik KETUM Nama saintifik pokok ketum iailah Mitragyna Speciosa Korth. Suatu ketika dulu ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit. Jenis-jenisnya adalah : pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil. 2 jenis dedaun bertulang, satu berwarna merah dan satu berwarna putih. NPS -NEW PSYCHOACTIVE SUBSTANCES Dadah ini dikenali sebagai legal high, research chemicals, plant food and bath salt. NPS merupakan dadah atau bahan yang mengancam kesejahteraan penggunanya. Terdapat lebih dari 340 jenis NPS yang telah dikenalpasti di seluruh dunia secara akumulatif sejak dari tahun 2009. NPS memberi kesan yang merbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian.
kesan penyalahgunaan dadah 01 02 kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan: Kebersihan dan kesihatan diri Prestasi pelajaran Kesihatan mental Hubungan sosial Status Kewangan Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan: Penggunaan pelbagai jenis dadah Aktiviti jenayah Kaum keluarga Masalah perubatan Masalah psikiatri Kanak-kanak dan remaja umur kurang 18 tahun
penutup Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama Negara. sekian. terima kasih.