DIRASMIKAN OLEH: TN. HJ ROZANI BIN MOHAMAD TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN, PPD KULAI 11 DISEMBER 2023 (ISNIN) HARI SHOWCASE PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) STEM BERSEPADU PROGRAM SEKOLAH STEMEC KOHORT 3 MAJLIS PERASMIAN
Pendahuluan Pendidikan STEM merupakan agenda penting dalam dunia pendidikan global abad ke-21. Seiring dengan itu, pendidikan STEM adalah antara perkara penting yang diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. KPM semakin rancak memantapkan pendidikan STEM bagi menarik minat lebih ramai pelajar memasuki bidang STEM di peringkat sekolah. Antara inisiatif KPM termasuklah melaksanakan Program STEMEC (STEM Executive Consultation) yang dimulakan sejak 2019 hingga 2020 dan telah dilaksanakan di 32 buah sekolah rintis Kohort 1 dan 2 di seluruh negara. Seterusnya, mulai 2023 bagi Kohort 3, KPM meneruskan satu usaha sama di bawah inisiatif #49 Pengukuhan Pendidikan STEM. KPM menerusi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) komited melaksanakan pengukuhan pendidikan STEM dengan fokus membangunkan pedagogi guru melalui pelaksanaan PBL STEM bersepadu di sekolah-sekolah. Alhamdulillah, SMK Taman Kota Kulai telah dipilih sebagai sekolah rintis Program STEMEC Kohort 3 pada tahun 2023 bagi sekolah menengah di daerah Kulai. Sehubungan itu, SMK Taman Kota Kulai telah melaksanakan beberapa projek PBL STEM bersepadu. Semoga dengan usaha ini, sebagai sekolah rintis PBL STEM bersepadu, SMK Taman Kota Kulai boleh menjadi rujukan dalam daerah Kulai bagi sekolah STEMEC untuk peluasan pada kohort seterusnya. SMK TAMAN KOTA KULAI
Aturcara 11.00 pagi 11.10 pagi 11.15 pagi 11.20 pagi 11.30 pagi 11.50 pagi 12.20 tengahari 12.50 tengahari 1.20 petang KEHADIRAN TETAMU BACAAN DOA KATA ALU-ALUAN PENGETUA VIDEO MONTAJ PERJALANAN PBL STEM DI SMK TAMAN KOTA KULAI UCAPAN WAKIL PPD KULAI DAN PERASMIAN MAJLIS PEMBENTANGAN PROJEK PBL STEM BERSEPADU TINGKATAN 3C: HARUM MEMIKAT HATI PEMBENTANGAN PROJEK PBL STEM BERSEPADU TINGKATAN 3B: TO THE RESCUE PEMBENTANGAN PROJEK PBL STEM BERSEPADU TINGKATAN 3A: THE WISE WATTS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA SMK TAMAN KOTA KULAI
24 10 Mata pelajaran terlibat secara interdisiplin. Projek 3 Arif-Wise Watts (Sains (Hos), Matematik, B.Melayu,B.Inggeris dan Pend Islam) Projek 3 Bestari-To The Rescue (PJPK(Hos), RBT dan Sains) Projek 3 Cemerlang- Harum Memikat Hati (P.Seni (Hos), Bahasa Melayu, Sains dan RBT) 89 89 orang murid telah melaksanakan PBL STEM Bersepadu tahun ini. 24 guru mata pelajaran Tingkatan 3 telah dibimbing tentang PBL STEM Bersepadu. 2 3 10 & NOMBOR Fakta Menarik PBL STEM BERSEPADU DI SMK TAMAN KOTA KULAI Tahukah anda?.... PBL STEM Bersepadu yang dilaksanakan perlu menggabungkan 2 mata pelajaran daripada bidang STEM dan sekurangkurangnya 1 mata pelajaran bukan STEM 3 Projek PBL STEM Bersepadu telah berjaya dilaksanakan merentas pelbagai mata pelajaran pada tahun 2023 . 3 kelas iaitu Tingkatan 3 Arif, 3 Bestari dan 3 Cemerlang telah melaksanakan PBL STEM bersepadu. SMK TAMAN KOTA KULAI
Fokus diberikan kepada bimbingan guru dan pihak sekolah dengan objektif berikut: Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur PBL STEM Bersepadu kepada guru serta kepimpinan sekolah. Membimbing guru melaksanakan PdP PBL STEM bersepadu yang mengintegrasikan pelbagai mata pelajaran bidang STEM dan bukan bidang STEM secara interdisiplin. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru merancang dan melaksanakakan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu sebagai pedagogi terpilih 1 2 3 4 SMK TAMAN KOTA KULAI Membangunkan persekitaran pembelajaran yang mengaplikasikan Pendidikan STEM yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Pihak JPN dan PPD khususnya SISC+ bekerjasama melaksanakan bimbingan PBL STEM bersepadu kepada guru-guru dan akhirnya diharapkan PBL STEM bersepadu ini dapat: Memberi peluang kepada murid, pengalaman dan penghayatan pembelajaran konstektual serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan dunia sebenar. Meningkatkan minat murid terhadap STEM di sekolah Meningkatkan keberhasillan murid dalam literasi STEM Objektif Murid SMK TAMAN KOTA KULAI
Ringkasan Projek PBL STEM Bersepadu Tingkatan 3 Arif 1. Projek PBL STEM bersepadu Ting 3A, telah merentas 5 mata pelajaran iaitu Sains (Hos), Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Murid Tingkatan 3A mengkaji isu kesedaran tentang penjimatan elektrik. Mereka telah menjalankan tinjauan kesedaran, kajian pola penggunaan bil eletrik di rumah serta cara-cara menjimatkan penggunaan elektrik yang berkesan. 2.Murid Tingkatan 3A telah melaksanakan Kempen Kesedaran Penjimatan Elektrik menggunakan beberapa pendekatan alternatif berbeza merentas subjek seperti mencipta poster dalam subjek Bahasa Inggeris dan kempen kesedaran penjimatan elektrik diperluaskan merentas daerah dan negeri melalui penulisan surat tidak rasmi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu 3.Dalam subjek Matematik pula, murid telah belajar mengira kos penggunaan elektrik yang mana bacaan penggunaan elekrik ditukar dalam bentuk piawai. Pada masa yang sama murid telah belajar adab-adab dan kemahiran berkomunikasi dalam Pendidikan Islam.Adab-adab berkomunikasi yang dipelajari diaplikasikan dalam membuat pembentangan serta semasa menjalankan kempen kesedaran Penjimatan Elektrik Big Idea: The Wise Watts SMK TAMAN KOTA KULAI
Ringkasan Projek PBL STEM Bersepadu Tingkatan 3 Bestari 1.Projek PBL STEM bersepadu ini telah merentas 3 mata pelajaran iaitu PJPK (Hos), Sains,dan RBT Melalui projek ini, murid Tingkatan 3B telah merekacipta satu produk kecemasan menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari. 3. Murid Ting 3B telah melakar, mereka bentuk dan menghasilkan pek panas dan pek sejuk dalam matapelajaran RBT. Manakala, dalam Sains, murid telah mengkaji, bereksperimen dan menentukan bahan yang sesuai untuk diletakkan dalam pek panas dan pek sejuk setelah mempelajari pengetahuan tentang Tindak balas Eksotermik dan Endotermik. 2.Isu kecederaan semasa latihan sukan di padang dalam kalangan murid tidak boleh diambil ringan. Bantuan segera yang mudah perlu ada sebelum bantuan sebenar diberikan. Pelajar Tingkatan 3B telah mengaplikasikan penggunaan pek panas dan pek sejuk di dalam prosedur R.I.C.E untuk matapelajaran PJPK Big Idea: To The Rescue SMK TAMAN KOTA KULAI
Ringkasan Projek PBL STEM Bersepadu Tingkatan 3 Cemerlang Big Idea: Harum Memikat Hati 1.Murid Tingkatan 3C telah menyelesaikan satu isu bagi menyah-bau busuk dalam bilik tertutup yang dialami mereka bagi beberapa mata pelajaran yang menggunakan bilik-bilik khas. Projek ini telah merentas 4 mata pelajaran iaitu Pendidikan Seni Visual (PSV) sebagai Hos manakala Bahasa Melayu, Sains dan RBT adalah mata pelajaran tetamu 3. Menggunakan pengetahuan tindak balas eksotermik dan endotermik yang dipelajari dalam Sains , mereka dapati pembakaran boleh menyebarkan bau. Sekaligus mencetuskan idea pembakaran bahan seperti lilin jika dicampur dengan bahan tertentu yang sesuai boleh mengatasi bau busuk. SMK TAMAN KOTA KULAI 2. Kesedaran kepentingan kebersihan diri dan keadaan sekeliling dalam kalangan murid diterapkan dalam projek PBL STEM bersepadu ini. Murid belajar menghargai warisan bangsa dengan melagukan seloka berkenaan penjagaan kebersihan dalam subjek Bahasa Melayu. 4. Dalam subjek PSV, murid Tingkatan 3C telah meneroka maklumat dan bereksperimen dalam menghasilkan produk wangian seperti lilin aromaterapi yang mesra alam dan menggunakan bahan kitar semula dari minyak masak terpakai. Seterusnya mereka membuat rekabentuk pemegang lilin dan iklan promosi digital dengan aplikasi yang sesuai..
Guru dan Murid Terlibat PBL STEM Bersepadu Tingkatan 3 Arif Sekalung Penghargaan SMK TAMAN KOTA KULAI
Guru dan Murid Terlibat PBL STEM Bersepadu Ting 3 Bestari Sekalung Penghargaan SMK TAMAN KOTA KULAI
Guru dan Murid Terlibat PBL STEM Bersepadu Tingkatan 3 Cemerlang Sekalung Penghargaan SMK TAMAN KOTA KULAI
AJK HARI SHOWCASE PBL STEM BERSEPADU Sekalung Penghargaan Pengetua : Encik Mohd Khairulnizam bin Abu Hassan Penyelaras STEM : Cik Ong Suu Wan Penyelaras Hari Showcase Encik Tan Wei Xiang GKMP Sains dan Matematik SMK TAMAN KOTA KULAI
Rakan Strategik Pembimbing PBL STEM Bersepadu Sekalung Penghargaan J P N J P P D U T M ENCIK MOHD ASHRAF BIN ABDUL LATIF PENYELARAS PBL STEM BERSEPADU PUAN HAIRUNNISAK BINTI ALIMUN SISC+ SAINS DAN MATEMATIK PEMBIMBING PBL STEM BERSEPADU DR CHUZAIRY BIN HANRI SMK TAMAN KOTA KULAI
HARI SHOWCASE PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) STEMBERSEPADU PR0GRAMSEKOLAHSTEMEC KOHORT3 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN HARI SHOWCASE INI.