The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKBBKH kali ke-33 bagi tahun 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mysz_hana, 2021-06-17 04:18:18

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 bagi tahun 2021

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKBBKH kali ke-33 bagi tahun 2021

MESYUARAT

KALI KE - 33

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

19 JUN 2021 STESEN MASING- 10.00 PAGI
SABTU MASING

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. KANDUNGAN 2
2. KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMKBBKH 3
3. KATA-KATA ALUAN YANG DI PERTUA PIBG 4
4. SURAT PANGGILAN MESYUARAT 5-6
5. JAWATANKUASA MESYUARAT 7-8
6. ATUR CARA MESYUARAT 9
7. AGENDA MESYUARAT 9
9. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31
10. LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020 10-11
11. PENGHARGAAN 12-15

16

2

KATA-KATA ALUAN
PENGETUA

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM


Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...
ALHAMDULLILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat
bersama-sama berkumpul dan berbincang di lokasi masing-masing dalam perisian “Google Meet” untuk
kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 tahun 2021. Kehadiran para ibu bapa amat
dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen
terhadap sekolah ini walaupun kita di dalam pendemik Covid-19.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha
dengan ihklas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SMK Bandar Bukit Kayu Hitam sentiasa
berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan
sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai
oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil
daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak
pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting
untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai
karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahupun idea-
idea yang bernas, sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan
pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.

Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPN, PPD,
PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan.
Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG dan semua ibu
bapa yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan
sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara
sekolah dan masyarakat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK
PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar
Bukit Kayu Hitam Kali Ke-33. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekian, Selamat Maju Jaya.

muhiyidin

………………………………………
TN. HJ. MUHIYIDIN BIN OMAR
PENGETUA
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

3

KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi
ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-33 SMK Bandar Bukit Kayu Hitam. Saya
amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa yg hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini
dengan menggunakan perisian “Google Meet”. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi
sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan
agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan
mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan
modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk
bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli
PIBG.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui
pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan
semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat
di alu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat
menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini.
Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras
dengan saranan ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi
atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang
terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi
komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memancu persatuan ini menjadi lebih dinamik.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi
kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih
banyak kejayaan akan dicapai walaupun di dalam pendemik Covid-19 sekarang. Justeru, setinggi-tinggi terima
kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan
kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai
pemangkin kearah kejayaan masa depan. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi pnghargaan dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke- 33 SMK
Bandar Bukit Kayu Hitam. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan
idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa
bertindak atas landasan yang cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

IDRIS

Idris bin Hashim,
Yang Dipertua PIBG
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam.

4

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
06050 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

TEL: 604 9221008 FAX: 04 9221008

Ruj. Kami: PIBGSMKBBKH 100-1/6/1(20)
Tarikh: 21 April 2021

AJK PIBG, IBU BAPA DAN GURU
SMKBBKH

Tuan/ Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT
KAYU HITAM KALI KE-33

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam Kali ke-33 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Jun 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Stesen masing-masing

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama tuan/ puan untuk hadir bagi melancarkan
perjalanan majlis tersebut.

4. Segala kerjasama serta sokongan tuan/ puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

Fariz

(MOHD.FARIZ BIN ASRI)
Setiausaha PIBG SMK BBKH

s.k
1. Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri
2. Pengetua SMK BBKH
3. YDP PIBG SMK BBK

5

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
06050 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

TEL: 604 9221008 FAX: 04 9221008

Ruj. Kami: PIBGSMKBBKH 100-1/6/1(22)
Tarikh: 24 Mei 2021

AJK PIBG, IBU BAPA DAN GURU
SMKBBKH

Tuan/ Puan

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BUKIT
KAYU HITAM KALI KE-33

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah

Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam Kali ke-33 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Jun 2021

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Stesen masing-masing

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama tuan/ puan untuk hadir bagi melancarkan
perjalanan majlis tersebut.

4. Segala kerjasama serta sokongan tuan/ puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

Fariz

(MOHD.FARIZ BIN ASRI)
Setiausaha PIBG SMK BBKH

s.k
1. Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri
2. Pengetua SMK BBKH
3. YDP PIBG SMK BBKH

6

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKBBKH KE-33

Penasihat : Tn. Hj. Muhiyidin bin Omar (PENGETUA)
Pengerusi PIBG : En. Idris bin Hashim (YDP PIBG)
Naib Pengerusi PIBG : En. Johar bin Jaafar (NYDP PIBG)

Naib Pengerusi : En. Syeidi bin Mohd Akhir (PK PENTADBIRAN)
: En. Dunian bin Ahmad (PK HEM)
Setiausaha : Pn. Mastura binti Mat Min (PK KOKURIKULUM)
Bendahari : En. Mohd.Fariz bin Asri
: Pn. Norida binti Ibrahim

AJK PELAKSANA

PENYELARAS : PN. SAADIAH BINTI SAAD
PN. KAMARIAH BINTI ISMAIL

Jemputan Pendaftaran / Kehadiran
Pn. Kamariah binti Ismail
AJK PIBG Pn. Norida binti Ibrahim
Semua Guru Kanan Pn. Hajar Sharipah binti Mohamad
Pn. Norazimah binti Yusof
Banner / Publisiti / Backdrop Google
Meet

En. Mohd Jadwi bin Abdul Halim

En. Abdullah Sani bin Abd Rahman
En. Rudzuan bin Md Dali
En. Mohd Ridzhuan bin Md Isa

7

PENYELARAS : PN. SALMAH BINTI ABDUL RAHMAN

Pencatat Minit Pengacara Majlis
Pn. Azraimah binti Abdul Hamid Cik Arifah binti Abidin
Pn. Nurul Hazani binti Mohd Radzhi Pn. Nadhirah binti Mohd Amin
Pn. Sarirah binti Shuib
Doa
En. Mohd Ridzhuan bin Md Isa

PENYELARAS : PN. CHE SALMIAH BINTI CHE COB

Buku Program Dokumentasi
Pn. Erny Umirah Bt Mohd Wasis
Pn. Ritadeve A/P Marimuthu Pn. Norzalina binti Zalizilah
En. Mohd Fariz bin Asri Pn. Nolymalis Jazzurina binti Kamarudin
En. Mohd Hafaris bin Hassan Pn. Shahida binti Samsudin
Pn. Nur Jawahir Syazwani binti Jafri

Teks Ucapan
Pn. Nhasroh binti Rosli
Pn. Noriani binti Hashim
Pn. Juwita binti Taib

8

TARIKH ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33
HARI
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
MASA
TEMPAT : 19 JUN 2021
: SABTU
: 10.00 PAGI
: STESEN MASING-MASING

ATUR CARA MESYUARAT

10.00 PAGI:
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 SMK Bandar Bukit Kayu Hitam dimulakan

• Ucapan aluan pengerusi majlis
• Bacaan doa
• Ucapan aluan YDP PIBG
• Ucapan penasihat PIBG

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM KALI KE-33

AGENDA 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG/ Pengerusi Mesyuarat
AGENDA 2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke32
AGENDA 3 Perkara berbangkit
AGENDA 4 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021
AGENDA 5 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31 Mac 2021
AGENDA 6 Membahas Usul-usul
AGENDA 7 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019 / 2020
AGENDA 8 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021 / 2022
AGENDA 9 Ucapan Penangguhan

9

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 32 TAHUN 2020
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

TARIKH : 29 JULAI 2020

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

KEHADIRAN : IBU BAPA : 146 ORANG

GURU : 25 ORANG

JUMLAH : 171 ORANG

AGENDA I ( UCAPAN PENGERUSI)

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al- Fatihah. Pengerusi
mengalu-alukan kedatangan ibu-bapa dan guru. Pengerusi mengucapkan tahniah dan
terima kasih diatas kehadiran guru-guru.
2. Pengerusi juga memohon maaf kepada semua ibu-bapa serta guru-guru sekirannya
Beliau membuat kesilapan sepanjang 32 tahun menjadi pengerusi PIBG SMK Bandar Bukit
Kayu Hitam.
3. Beliau memaklumkan bahawa tugas dan amanah guru-guru amat berat dalam mendidik
anak bangsa . Selain itu beliau juga menasihati ibu-bapa agar memantau perkembangan
anak –anak dari segi kehadiran dan disiplin anak-anak.

AGENDA II : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE 32

4. En Mohd Fariz Bin Asri membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 31 bermula
pada halaman 11 sehingga 13 ( Rujuk Buku Mesyuarat)
5. Pn Azura Bin Mohd mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan
disahkan .
6. Pn. Sakdiah binti Abu menyokong cadangan tersebut.

AGENDA III: PERKARA BERBANGKIT

7. Tiada perkara berbangkit.

AGENDA IV: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019/2020

8 . En Mohd Fariz Bin Asri membentangkan laporan PIBG 2019/2020 pada halaman muka
surat 15 ( Rujuk Buku Mesyuarat )
9. Pn Norzalina Bin Rahim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan
disahkan .
10. Pn. Sufirabi Binti Ahmad menyokong cadangan tersebut.

10

AGENDA V: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019/2020

11. Pn. Norida Bt Ibrahim membentangkan penyata kewangan PIBG bertarikh 1/2/2019
sehingga 28 /7/2020 untuk diterima dan disahkan
12. Pn. Sakdiah Binti Abu mencadangkan agar penyata kewangan yang lalu diterima dan
disahkan .
13. Pn. Eveline binti Joe menyokong cadangan tersebut.

AGENDA IV: HAL-HAL LAIN

14. Tuan Pengetua memaklumkan kepada semua supaya mematuhi segala SOP yang
telah disarankan.

15. Tuan PK HEM memaklumkan supaya waris membuat surat kepada guru kelas jika
pelajar tidak hadir ke sekolah semasa pendemik COVID-19

UCAPAN PENANGGUHAN

16. YDP mengucapkan terima kasih diatas semua kerja buat semua pihak dalam
menjayakan majlis mesyuarat PIBG ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Dicatat oleh:
Pn Azraimah Bt Abdul Hamid

Disediakan oleh:

fariz

MOHD.FARIZ BIN ASRI
SETIAUSAHA PIBG
Smk Bandar Bukit Kayu Hitam
06050 Bukit Kayu Hitam
Kedah Darul Aman

Disahkan oleh:

idris

IDRIS BIN HASHIM
YDP PIBG,
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam,
06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah
Darul Aman

11

LAPORAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN PIBG
BAGI TEMPOH 12 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2021

KEWANGAN PIBG

BERAKHIR 31 MAC 2021

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1 BAKI 2019 2446.64 1 MESYUARAT PIBG 140.00
2 TINGKATAN 1 1920.00 2 KEJOHANAN OLAHRAGA 200.00
3 TINGKATAN 2 1650.00 3 PROGRAM PEMIMPIN MASA HADAPAN (MFLS) 100.00
4 TINGKATAN 3 1640.00 4 PROGRAM ZIARAH CAKNA 50.00
5 TINGKATAN 4 1640.00 5 PROJEK NAIK TARAF TEMBOK SEKOLAH 386.00
6 TINGKATAN 5 1500.00 6 CENDERAMATA EN ROSLI 250.00
7 GURU 480.00 7 PENYUKAT SUHU 200.00
8 CENDERAMATA PN THOALIMI 100.00
9 PEMBELIAN LAMPU GANTIAN UNTUK KELAS 100.00
10 PEMBELIAN RAK 400.00
11 WATER PUMP KOLAM AIR 350.00
12 PASIR KASAR 200.00
13 PROGRAM UNTUK JADUAL WAKTU 200.00
14 KEPERLUAN 2021 150.00
15
2826.00
JUMLAH PENDAPATAN 11276.64 JUMLAH PERBELANJAAN

BAKI 2020 8450.64

12

PENYATA KEWANGAN PRESTASI
BAGI TEMPOH 12 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2021

KEWANGAN PRESTASI

BERAKHIR 31 MAC 2021

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1 BAKI 2019 4265.36 1 FAIL PEKA SAINS 200.00
2 TINGKATAN 1 2100.00 2 CERAMAH MOTIVASI 325.00
3 TINGKATAN 2 1550.00 3 TEKNIK MENJAWAB KESUSASTERAAN MELAYU 250.00
4 TINGKATAN 3 3030.00 4 BUKU RUJUKAN DAN LATIHAN 150.00
5 TINGKATAN 4 1020.00 5 CERAMAH MOTIVASI 325.00
6 TINGKATAN 5 3290.00 6 PROGRAM GURU MUDA 86.00
7 MAKAN MINUM PELAJAR (PEMBUKAAN SEKOLAH SLPS COVID19) 508.00
8 PROGRAM PACUAN CEMERLANG 250.00
9 TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 200.00
10 PROGRAM HALA TUJU PENDIDIKAN SPM 130.00
11 TEKNIK MENJAWAB BAHASA PENDIDIKAN ISLAM 200.00
12 MAJLIS RESTU ILMU 475.00
13 PERSEDIAAN TEMPAT MENGHADAPI SPM 200.00
14 MAKAN MINUM PELAJAR SPM 940.00
15 PROGRAM WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 200.00
16 PROGRAM MOTIVASI SAHSIAH DIRI MURID 200.00
17 PROGRAM JOM KE SEKOLAH 50.00
18 PROGRAM PELANCARAN PPDa 27.00
19 PROGRAM GURU BERI MURID BUAT 200.00
20 PENYEDIAAN DAN PERSIAPAN SEKOLAH ATASI COVID 19 746.00
21 BANNER PELAJAR TARGET 100.00
22

JUMLAH PENDAPATAN 15255.36 JUMLAH PERBELANJAAN 5762.00

BAKI 2020 9493.36

13

PENYATA KEWANGAN KECERIAAN
BAGI TEMPOH 12 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2021

KEWANGAN KECERIAAN

BERAKHIR 31 MAC 2021

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1 BAKI 2019 297.00 1 MURAL TANDAS MURID LELAKI 300.00
2 TINGKATAN 1 370.00 2 KERUSI PEJABAT 150.00
3 TINGKATAN 2 270.00 3 BENDERA SEKOLAH 100.00
4 TINGKATAN 3 230.00 4 SEWA LORI BAWA BATU SLAB 250.00
5 TINGKATAN 4 130.00 5 LUKISAN MURAL 300.00
6 TINGKATAN 5 350.00 6 MEMBAIKI PALANG KESELAMATAN 70.00
7 CAT DINDING MURAL SEKOLAH 95.00
8 BINGKAI CERMIN TINGKAP KELAS 155.00
9
1420.00
JUMLAH PENDAPATAN 1647.00 JUMLAH PERBELANJAAN
RM
BAKI 2020 227.00 165.00
69.00
PENYATA KEWANGAN ICT 200.00
BAGI TEMPOH 12 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2021 200.00
764.00
KEWANGAN ICT 58.00
250.00
BERAKHIR 31 MAC 2021 400.00
160.00
BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN 70.00
1 BAKI 2019 856.00 1 INK UNTUK JADUAL WAKTU
2 TINGKATAN 1 430.00 2 INK UNTUK DOKUMENTASI 2336.00
3 TINGKATAN 2 340.00 3 INK BILIK GURU
4 TINGKATAN 3 250.00 4 BAIKI PC MAKMAL KOMPUTER
5 TINGKATAN 4 200.00 5 CPU UNTUK PERPUSTAKAAN
6 TINGKATAN 5 370.00 6 TP LINK WIRELESS LITE-N 150MA
7 INK BILIK GURU
8 PERALATAN PEMBUATAN RADIO
9 INK BILIK GURU
10 BAHAN PDPR RING LIGHT (PSS)

JUMLAH PENDAPATAN 2446.00 JUMLAH PERBELANJAAN

BAKI 2020 110.00

14

PENYATA KEWANGAN KOKURIKULUM
BAGI TEMPOH 12 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2021

KEWANGAN KOKURIKULUM

BERAKHIR 31 MAC 2021

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1 BAKI 2019 1200.00 1 MEDAL DAN HAMPER MERENTAS DESA 400
2 TINGKATAN 1 380.00 2 PAPAN TANDA MERENTAS DESA 100
3 TINGKATAN 2 270.00 3 PETI PERTOLONGAN CEMAS 65
4 TINGKATAN 3 200.00 4 SISTEM OLAHRAGA DAN MERENTAS DESA 50
5 TINGKATAN 4 110.00 5 PASIR DAN SIMEN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA 144
6 TINGKATAN 5 350.00 6 HAMPER KEJOHANAN OLAHRAGA 430
7 KADET REMAJA SEKOLAH 80
JUMLAH PENDAPATAN 2510.00 403.00
PENDAFTARAN VIRTUAL RUN 1672.00
JUMLAH PERBELANJAAN

BAKI 2020 838.00

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

norida hajar

…………………………… ………………………………………………
(NORIDA BINTI IBRAHIM) (HAJAR SHARIPAH BINTI MOHAMAD)
Bendahari PIBG SMKBBKH Juru Audit GURU PIBG SMKBBKH

15

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN
UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

DAN TERIMA KASIH

KEPADA
TN. HJ. MUHIYIDIN BIN OMAR
PENGETUA SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

IDRIS BIN HASHIM
YANG DIPERTUA PIBG SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

JAWATANKUASA PIBG
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
GURU-GURU SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID
SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
WARGA SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN
DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI

TERIMA KASIH

16

17


Click to View FlipBook Version