The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rnaishahrajamamat, 2021-11-20 07:27:43

Tugasan 1 - Buku Cerita Kanak-Kanak

Tugasan 1 - Buku Cerita Kanak-Kanak

Di hujung kampung, terdapat sepasang suami isteri
yang baru berkahwin. Suami isteri ini tinggal di sebuah
rumah usang. Suami isteri ini bernama Badar dan Anom.
Badar merupakan seorang nelayan. Isterinya pula tidak
bekerja. Suami isteri ini hidup serba kekurangan. Anom
sentiasa merungut kepada suaminya. Dia menginginkan
sebuah rumah yang cantik dan besar seperti istana.

1

Pada suatu hari, Badar pergi ke laut untuk menangkap
ikan bagi meneruskan kehidupannya. Pada hari tersebut,
hasil tangkapan Badar hanya seekor ikan sahaja. Kemudian
dia pulang ke rumahnya. Apabila tiba di rumah, dia
memberikan hasil tangkapan kepada isterinya. Anom tidak
gembira dengan pemberian itu. Anom sentiasa marah-
marah kerana tidak puas hati.

2

Kemudian Anom berkata kepada suaminya, “tengok rumah
usang ni, dahla busuk, siang malam aku bersihkan tetapi
tetap buruk.” Anom tidak pernah puas walau apa pun yang
dilakukan oleh suaminya. “Oh sayang, apa yang patut aku
lakukan untuk menggembirakan kau?” Tanya Badar kepada
isterinya. Anom pun menjawab, “bawa aku pergi dari rumah
usang ni, pasti aku akan gembira.” Badar terkedu
mendengar jawapan dari isterinya itu.

3

Hari demi hari telah berlalu. Hidup Badar dan Anom
juga tidak berubah. Anom sering memarahi suaminya.
Badar pula menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa
iaitu pergi ke laut untuk menangkap ikan. Keadaan cuaca
pada hari tersebut sangat baik. Laut kelihatan tenang.
Badar pun memulakan kerjanya. Dia menangkap ikan
menggunakan jala.

4

Beberapa jam telah berlalu. Dia mula gelisah kerana
tiada seekor ikan pun yang dapat ditangkap. Dia juga
semakin penat kerana kehausan. “Hurmmm, saya rasa kita
perlu bergantung kepada buah-buahan harini.” Bisik hati
kecilnya. Lalu Badar membuat keputusan untuk ke hutan.
Tetapi hasratnya terbantut. Jala kepunyaan Badar
kelihatan bergerak-gerak. “Oh sekejap, saya rasa ada
sesuatu yang tersangkut pada jala ni.” Kata Badar kepada
dirinya sendiri. Lalu dia mengambil jala tersebut . Tiba-tiba,
terdapat seekor ikan yang tersangkut pada jala itu.

5

Badar begitu teruja. “Isteriku pasti gembira kerana aku
berjaya mendapatkan seekor ikan. Ikan itu berwarna emas
dan sisiknya bersinar. “Oh ikan emas, cantiknya kau.” Kata
nelayan kepada ikan itu. Tanpa diduga, ikan emas telah
menjawab percakapan Badar. “Terima kasih nelayan
kerana memujiku.”

Badar sangat terkejut. “Adakah ikan emas ini bercakap
dengan aku?” Bisik hati kecilnya lagi. Pelbagai persoalan
timbul di fikirannya. Lalu ikan emas berkata, “aku bukan
ikan emas biasa tetapi aku seekor ikan emas ajaib.
Lepaskan aku nelayan.”

6

Badar semakin terkejut. “Tolong jangan bunuh aku” Kata
ikan emas itu lagi. “Aku tidak akan bunuh kau. Pergilah
kau.” Jawab Badar kepada ikan emas. “Terima kasih
nelayan, kau sungguh baik hati.” Kata ikan emas.

Badar teruja sekali untuk memberitahu isterinya apa
yang berlaku. Dia bergegas pulang. Setibanya di rumah, dia
memanggil isterinya. Si isteri pantas berjalan ke arah
suaminya dan berkata “apa, tiada ikan harini?” Badar
menajawab, “oh tidak, aku berjaya tangkap ikan tapi dia
bercakap. Dia memberitahu bahawa dia ikan emas ajaib.”
“Lalu, apa yang telah terjadi?” Tanya Anom kepada
suaminya. “Aku telah melepaskannya.” Jawab Badar.

7

“Kau tangkap ikan emas ajaib dan lepaskan begitu sahaja?
Kenapa buat begitu? Sekurang-kurangnya kau boleh minta
sebuah rumah baharu darinya.” Jawab Anom dalam
keadaan marah. Badar berkata lagi, “mana mungkin seekor
ikan boleh berikan kita rumah. Kita mesti bersyukur dengan
apa yang ada.” Isterinya menjawab, “aku akan gembira
sekiranya tinggal di rumah batu. Bukankah kau cakap ikan
itu ikan emas ajaib? Kau telah selamatkan dia. Dia
sepatutnya membalas budimu. Pergi semula ke laut dan
minta sebuah rumah batu.”

8

Badar teragak-agak untuk meminta sebuah rumah
dengan ikan emas. Lalu dia pergi semula ke laut. “Ikan
emas ajaib, dengarkah engkau? Badar memanggil ikan
emas.

Sekelip mata ikan emas ajaib telah timbul. “Isteriku tidak
gembira.” Luah Badar kepada ikan emas. “Apa mahunya?”
Tanya ikan emas. Lalu Badar menjawab, “isteriku mahu
sebuah rumah baharu.” Ikan emas menjawab, “pulanglah,
dia sudah mendapatnya.”

9

Badar segera pulang ke rumah dan mendapati isterinya
Anom sedang berdiri di hadapan sebuah rumah batu yang
besar. Rumah itu bersih dan dilengkapi dengan pelbagai
jenis perabot.

10

“Sayang, rumah kita sudah berubah menjadi besar dan
cantik.” Kata Anom. Badar pun berkata, “kita boleh tinggal
di sini untuk selama-lamanya.” Mari kita makan dan
berehat.” Kata isterinya.

Pada malam itu, Anom terjaga dari tidurnya. Lalu dia
berfikir apa yang boleh membahagiakannya. Keeseokan
harinya, Anom memberitahu suaminya bahawa dia ingin
menjadi wanita yang paling cantik di dunia ini. Dia
menyuruh suaminya pergi ke laut lagi untuk memenuhi
permintaannya.

11

Badar berkata, “tetapi kau sudah cantik isteriku.” Anom
tetap dengan keputusannya.

Demi menggembirakan isterinya, Badar pergi ke laut. “Ikan
ajaib, dengarkah kamuuuuuuuu?” Panggil nelayan. Sekelip
mata, ikan emas ajaib timbul. “Kenapa nelayan? Apa yang
kau mahu?” Tanya ikan emas ajaib.

12

“Isteriku masih tidak gembira, dia ingin menjadi wanita
yang paling cantik di dunia.” Kata Badar. “Pulanglah,
isterimu sudah menjadi cantik.” Jawab ikan emas.

Apabila sampai di rumah, nelayan melihat isterinya sudah
kelihatan cantik. Anom pula sangat gembira.

13

Sebulan sudah berlalu. Anom kagum dengan
kecantikannya tetapi dia tidak bersyukur. Pada suatu pagi,
Anom telah diculik oleh seorang ahli sihir tua. Ahli sihir tua
itu ingin menjadikan Anom sebagai isterinya kerana wajah
Anom yang menawan.

14

Setelah selesai menangkap ikan, Badar pulang ke rumah
dan mencari isterinya. “Sayang kamu dimana? Aku sudah
pulang ni.” Laung Badar memanggil isterinya. Panggilannya
tidak disambut.

Dalam keadaan sedih, Badar ke laut untuk meminta
pertolongan ikan emas ajaib. “Ikan emas ajaib, tolong
penuhi permintaanku. Isteriku hilang. Sudah puas aku
mencarinya.” Kata Badar.

15

Ikan emas ajaib pun berkata, “pulanglah, isterimu sudah
berada dirumah.”

Badar bergegas pulang dan mendapati isterinya sudahpun
berada di rumah. Rumahnya kembali usang.

16

“Sayang, kemanakah kau pergi?” Tanya Badar kepada
isterinya. “Aku telah diculik oleh seorang ahli sihir tua
tetapi aku telah diselamatkan oleh pari-pari sakti. Pari-pari
sakti ini dihantar oleh ikan emas ajaib untuk
menyelamatkanku.” Jawab Anom kepada suaminya.

17

Tanpa membuang masa, Badar dan Anom pergi ke laut
untuk mengucapkan terima kasih kepada ikan emas ajaib
kerana membantu mereka. Sejak itu, hidup Badar dan Anom
mula berubah. Anom juga telah menjadi seorang yang
bersyukur dan tidak memarahi suaminya lagi. Hubungan
Badar dan Anom bertambah erat dan mereka pun hidup
bahagia bersama-sama.

18


Click to View FlipBook Version