TAHAP PENGUASAAN RUKUN QAULI DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU HARUN AIMAN BIN CHE MOOD PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024
ii KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iv v vi vii BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 4 4 4 5 5 5 6 9
ii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Model Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 10 10 12 14 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 17 17 17 18 18 19 20 20 21 22 RUJUKAN LAMPIRAN 23 28
ii SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 3.1 Prosedur Penganlisisan Data 22
ii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1PENGENALAN Istilah Rukun Qauli diambil daripada perkataan ‘qaul’ bermaksud kata-kata. Rukun ini adalah rukun berasaskan sebutan dan bacaan yang memerlukan seseorang melafazkan bacaan sekadar didengari telinga sendiri ketika takbiratulihram, membaca Surah al-Fatihah, membaca tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir dan melafazkan salam. Andai kata satu sahaja daripada lima rukun qauli tidak dipenuhi (cukup syarat), maka tidak sah solat seseorang itu. Bacaan-bacaan tersebut wajiblah kita melafazkannya melalui kata-kata dan tidak boleh menambah atau tersalah bacaannya. Jika kita tidak melaksanakan Rukun Qauli ini dengan baik, bimbang rosaknya solat dan boleh membawa kepada batalnya solat tersebut (tidak sah). Antara syarat sah rukun qauli pula menyenaraikan kewajipan menyebut bacaan makhrajnya (cara sebut serta tempat keluar dari rongga mulut) yang tepat, meneliti dan membaca tasydid (baris sabdu) dan menjaga bacaan supaya tidak terputus di pertengahan ayat atau kalimat.
ii 1.2 PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dilakukan untu mengatasi, menyelidiki dan menganalisis tahap penguasaan Rukun Qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Sebahagian besar umat Islam di negara in mash menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam sebagaimana memenuhi tuntutan syarak ke atas mereka (Hilmi Ismail, 2010). Pengkaji menyedari bahawa perkara sebegini diambil ringan oleh majoriti umat Islam sekarang sedangkan perkara ini adalah perkara yang sangat besar dan penting dek kerana boleh menjadi asbab tidak sahnya solat seseorang. Ada dalam kalangan Muslim masa kini solat, tetapi terlepas pandang mengenai perkara ini. Apa yang mereka tahu, solat dan solat tanpa mengambil cakna perkara wajib sah solat ini. Pada tingkat yang lebih spesifik, beberapa pertanyaan penelitian yang ingin dijawab melibatkan pemahaman mendalam terkait faktor-faktor yang memengaruhi penguasaan rukun qauli ini. Pertanyaan-pertanyaan tersebut merangkumi sejauh mana pengaruh lingkungan, apakah terdapat perbedaan dalam pencapaian nilai akhlak berdasarkan pendidikan formal, dan bagaimana interaksi sosial serta pengaruh budaya membentuk nilai-nilai moral pada usia sematang ini. 1.2TUJUAN KAJIAN Penelitian in bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, kelancaran dan kemahiran rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Selain itu, pengkajijuga ingin menentukan kesan atau hubungan antara penguasaan rukun qauli dengan aspek lain seperti kefahaman terhadap agama, penghayatan dalam solat dan beberapa aspek lagi melalui intrumen yang diedarkan kepada para pelaiar melalui peranti Google Form. Di samping itu, Tujuan kailan pengkaji juga melibatkan menilai tahap penguasaan rukun qauli
ii dalam kalangan pelajar IPGMKT, menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan tersebut, serta melihat hubungan antara penguasaan rukun qauli dengan tahap kekhusyukkan solat dan penghayatan cara hidup Islam yang benar. Dengan demikian, pengkaji boleh memberikan wawasan tentang bagaimana nilai dan prinsip agama diterapkan dalam konteks penghayatan cara hidup Islam yang mumi. Solat mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Orang yang mendirikan solat menunjukkan perwatakan orang yang bertaqwa, perwatakan orang yang beriman, perwatakan orang yang patuh dan tunduk dengan perintah Allah, perwatakan orang yang berjaya dan ungkapan syukur atas nikmat Allah, Rizky Banjary (2014). 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti pengetahuan terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. 2. Mengenalpasti kelancaran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. 3. Mengenalpasti Kemahiran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. 4. Mengenalpasti hubungan diantara pengetahuan dan Kemahiran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau.
ii 1.3.2 SOALAN KAJIAN 1. Sejauh manakah pengetahuan terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau? 2. Sejauh manakah kelancaran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau? 3. Apakah hubungan diantara pengetahuan dan Kemahiran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau? 4. Sejauh manakah Kemahiran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau? 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN HA: Terdapat hubungan yang signifikan diantara pengetahuan dan kelancaran terhadap penguasaan rukun qauli. HO: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pengetahuan dan Kemahiran terhadap penguasaan rukun qauli dalam kalangan pelajar. 1.3SKOP DAN BATASAN KAJIAN
ii Kajian ini menumpukan sepenuhnya sejauh mana pengetahuan, kelancaran dan pemahaman terhadap rukun wajib dalam solat, iaitu rukun qauli. Kajian ini menyasarkan pelajar Muslim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau Sahaja. Ianya terdiri daripada pelajar obsyen Pendidikan Islam, Bahasa Melayu serta Bimbingan dan Kaunseling sahaja daripada PISMP ambilan 2021 keluaran 2025, PISMP ambilan 2021 keluaran 2026, PISMP ambilan 2022 keluaran 2027 dan PPISMP ambilan 2023 keluaran 2028. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 1. Kajian ini menawarkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan rukun qauli. Maklumat ini akan membolehkan institusi menggunakan maklumat ini untuk membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Secara tidak langsung, meningkatkan tahap pengetahuan mengenai ruku qauli kepada pelajar. 2. Kajian ini membolehkan menilai kesan program rukun qauli yang sedia ada, yang membolehkan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi pelajar. 3. Faktor seperti persekitaran pembelajaran, teknik pengajaran, dan penglibatan pelajar yang berkaitan dengan penguasaan rukun qauli boleh dikenal pasti melalui kajian ini 1.6 DEFINISI OPERASIONAL 1. Tahap Penguasaan Rukun Qauli: Konsep Operasional: Kemahiran pelajar dalam menggunakan dan memahami elemen rukun qauli, seperti kefasihan, kebolehan bertutur, dan kecekapan menulis.
ii Contoh ukuran termasuk penilaian oleh pensyarah, keputusan peperiksaan rukun qauli, dan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dengan bahasa yang jelas dan berkesan. 2. Pelajar IPGM Kampus Tawau : Konsep Operasional: Individu yang telah mendaftar dalam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau dan sedang mengikuti kursus PPISMP dan PISMP. Contoh ukuran termasuk keterlibatan pelajar dalam program pembelajaran tambahan, tahap pengetahuan pelajar dalam rukun qauli dan sumber ilmu atau rujukan keseluruhan. 1.7 RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana persekitaran pembelajaran digital mempengaruhi penguasaan rukun qauli yang lebih baik dalam kalangan pelajar IPGMKT. Kajian ini akan mengkaji sejauh mana pengkaji dapat menggariskan pembelajaran rukun qauli boleh memberi manfaat kepada kemahiran bacaan, kefasihan bacaan, dan pengamalan IPGMKT pelajar. Kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang tahap penguasaan dan pengamalan pelajar IPGMKT ini dengan kecaknaan terhadap rukun qauli. Data dikumpul melalui analisis, soal selidik dan pemerhatian.
ii BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Menurut Amri Merdali (2017), tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal buku prosiding dan lain-lain dokumen yang menjelaskan maklumat lepas dan terkini berkaitan yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Selain itu, proses ini bertujuan untuk menentukan sama ada penyelidik lain telah menjalankan kajian yang dimaksudkan sebelum ini. Bab ini akan membincangkan model yang telah digunakan oleh pengkaji untuk memulakan kajian ini, iaitu model Kurt Lewin (1948) dan model Kemmis dan McTaggart (1988). Ia juga akan memfokuskan pada kajian terdahulu dengan merujuk kepada artikel yang berkaitan. Selain itu, ia akan memberikan kerangka konstruktual untuk memberi gambaran awal tentang cara kajian ini dijalankan. 2.2 TEORI ATAU MODEL KAJIAN Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan terdiri daripada dua komponen, menyelidik dan bertindak. Kemudian, kedua-dua komponen ini ditambah dan diperincikan untuk model penyelidikan yang diikuti oleh penyelidik tindakan. Model penyelidikan tindakan yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dijadikan sebagai rujukan dalam kajian ini adalah Model Kurt Lewin (1948). Kurt Lewin merupakan pelopor kepada kajian tindakan (action research). Model beliau yang dikenali sebagai Kurt Lewin’s Action Research Spiral bertujuan menunjukkan penambahbaikkan yang berterusan dalam pembelajaran
ii mengenai apa yang telah dikaji. Apabila isu kajian telah dikenal pasti dan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka pada proses pengajaran dan pembelajaran, model Kurt Lewin ini biasanya digunakan. Lewin menjelaskan dalam model ini bahawa dalam satu penyelidikan tindakan, satu kitaran terdiri daripada empat langkah, yang termasuk berfikir, merancang, bertindak dan memerhati. Dalam konteks kajian pengkaji, apabila pengkaji mengenalpasti sejauh mana tingkat atau sejauh mana tahap pemahanan responden terhadap rukun qauli ini, pengkaji boleh mengesan di mana yang perlu dibaiki demi membantu menyelasaikan krisis mereka yang masih belum menguasai secara menyeluruh mengenai rukun ini. Ini sangat penting kerana rukun ini adalah syarat wajib seseorang Muslim untuk solat mereka menjadi sempurna dan diterima oleh Allah SWT. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa majoriti kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi untuk membuat tinjauan awal (pengakuan awal) terhadap keadaan sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Apabila masalah sebenar mengapa siswa guru gagal menguasai rukun ini dapat diketahui, pihak bertanggungjawab dapat membantu untuk merencana rancangan dan pelan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Apabila sudah dirancang dengan baik, perlaksanaan pula perlulah mengikut perancangan. Contohnya mengadakan bengkel khas mengenai kewajipan dan asas-asas utama dalam solat peringkat kampus. Perancanagan dan gerak kerja yang rapi lagi Ikhlas perlulah dilakukan dengan niat untuk membantu siswa mempraktikkan amalan solat yang tepat dan sah seperti mana cara nabi Muhammad solat.
ii 2.3 DAPATAN KAJIAN LAMPAU Kepentingan rukun qauli ini adalah sangat dititikberatkan di dalam ibadah solat yang merupakan ibadah wajib bagi seorang mukmin. Menurut (Johari Yaman dan Junaid Talip, 2003).Solat menurut syara’ditakrifkan sebagai beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan.Maksud solat yang betul dan sempurna ialah solat yang didirikan dengan menepati segala rukun sah solat iaitu rukun qauli(bacaan), fi’li( perbuatan) dan qalbi(hati). Sempurna iman dan sahnya Islam serta yang membezakan muslim dan kafir itu adalah solat mereka. Solat itu adalah agama manakala amalan amalan lain itu hanyalah dinding, tingkap pintu dan lain lain. Walaupun ada segala yang disebut tadi, jika tiada tiang, ia tidak akan berguna jua dan runtuh begitu sahaja. Menurut Hasna Bidin (2015), Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana iatermasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya dalam keadaan seseorang sakit teruk sekalipun, jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada’. Solat yang tidak sah, tiada bezanya dengan solat yang ditinggalaka. Maka kita perlulah memeriksa Kembali solat kita, adakah sudah menepati hukum dan rukun, ataupun masih ada rukun yang wajib tetapi kita tinggalkan dan tidak menyempurnakan nya dengan baik dan sempurna.
ii 2.4 KERANGKA KONSTEPTUAL KAJIAN Kerangka konsteptual ini dibina untuk memberi gambaran awal tentang pelaksanaan kajian yang akan dijalankan. Rajah 2.4 : Kerangka konsteptual kajian PENGETAHUAN KELANCARAN KEMAHIRAN
ii 2.5 Rumusan Akhir sekali, bab ini membincangkan konteks kajian yang dikaji. Ia juga menjelaskan dengan lebih jelas hubungan antara tajuk dan model yang dipilih oleh pengkaji. Hasil kajian juga disertakan mengenai isu yang sama tetapi dengan mata pelajaran yang berbeza. Oleh itu, bab ini amat penting untuk memberikan gambaran yang lebih baik tentang tajuk dengan menyediakan kerangka konstruktif.
ii BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan metodologi kajian. Bab ini membincangkan reka bentuk kajian, persampelan, alat kajian, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, pengumpulan dan analisis data yang berjaya. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai alat utama untuk persoalan kajian. Kajian in adalah kajian kuantitatif dengan inferensi atau korelasi pearson dan diskriptif. Menggunakan alat soal selidik Google Form, kajian ini dikaji dalam tempoh yang singkat. Dalam sains sosial, pendekatan kuantitatif digunakan. Ini bermakna penyelidik menganalisis data, memahami data dan menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perkara yang wajib dan fardhu bagi orang Muslim untuk melakukan solat. Pengetahuan dan kemahiran pelajar IPGMKT tentang rukun qauli, yang sedang dikaji ini.
ii 3.3 PERSAMPELAN Menurut Chua (2011) persampelan adalah proses memilih sebilangan sampel daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Malah menurut Ang (2016) pula, persempelan yang tepat dan jitu sememangnya mempengaruhi proses pengumpulan data dalam kajian ini. Kajian ini menyasarkan pelajar Muslim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau Sahaja. Ianya terdiri daripada pelajar obsyen Pendidikan Islam, Bahasa Melayu serta Bimbingan dan Kaunseling sahaja daripada PISMP ambilan 2021 keluaran 2025, PISMP ambilan 2021 keluaran 2026, PISMP ambilan 2022 keluaran 2027 dan PPISMP ambilan 2023 keluaran 2028. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini adalah tinjauan konstruktif. Sebagai instrumen kajian, borang soal selidik telah digunakan. Menurut Johari (2013), borang soal selidik adalah alat pengumpulan data yang paling biasa digunakan oleh pengkaji. Ini kerana soal selidik mempunyai keupayaan untuk mengumpul data secara terperinci dan tersusun mengikut piawaian. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap penguasaan rukun qauli oleh guru pelatih IPGMKT. Oleh itu, soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian, jumlah keseluruhan mengandungi tiga puluh soalan yang strukturnya jelas dan mudah difahami oleh responden. Bahagian A mempunyai soalan yang berkaitan dengan maklumat responden dari segi latar belakang demografi responden seperti jantina, ambilan dan opsyen yang diambil di Institut Pendidikan Guru Malaysia Mampus Tawau. Bahagian B pula pengkaji akan menyediakan soalan yang berbentuk konstrak bagi mengukur tahap pengetahuan am dalam rukun qauli dalam kalangan guru pelatih. Seterusnya Bahagian C ditumpukan kepada soalan yang berkaitan dengan tahap kelancaran pembacaan rukun qauli. Akhir sekali, Bahagian D juga turut
ii disediakan oleh pengkaji bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap pembacaan ruku qauli. Oleh itu, melalui soalan-soal selidik yang telah disediakan ia akan membantu pengkaji untuk mencapai sesebuah objektif kajian yang telah dibina dengan baik. 3.4.1 KESAHAN Mengikut Azizi Hayyi (2007), penyelidik mesti memikirkan kesahihan data yang dikumpulkan dan sejauh mana data itu boleh memberi maklumat dan pengukuran yang tepat. Oleh itu, selepas penyelidik membuat instrumen kajian dengan menggunakan soal selidik yang sesuai, mereka telah pun memastikan instrumen itu sah dan boleh dipercayai. Selepas pakar pengesahan mengesahkan kandungan kajian, borang soal selidik boleh digunakan untuk kajian. Selepas pengesahan instrumen, borang boleh dihantar ke responden secara atas talian (Google Form). 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan instrumen kajian boleh ditakrifkan sebagai ketekalan instrumen kajian untuk mengukur pembolehubah seterusnya, atau kebolehpercayaan penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama dilakukan sebanyak beberapa kali. Kebolehpercayaan instrumen kajian boleh dinilai dengan menggunakan alpha cronbach (1946), yang bermakna soalan yang mengukur apa yang hendak diukur mestilah sepadan dengan nilai alpha cronbach (1946). Jika item soal selidik yang diuji menunjukkan nilai melebihi 0.6, (Muhammad Aziz Shah Muhammad Arif et al 2004) maka item soal selidik itu berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk kajian sebenar.
ii 3.5 KAJIAN RINTIS Muhammad Najib (1999) menyatakan bahawa penyelidik mesti menguji kualiti soal selidik untuk mengekalkan kualiti dan membantu mencapai objektif penyelidikan. Kajian rintis adalah kajian awan yang dijalankan sebelum kajian sebenar dan bertujuan untuk menguji ketepatan dan kesesuaian soalan dan format yang digunakan. Muhammad Majid (2015) juga menyatakan bahawa kajian rintis menguji ketepatan dan kesesuaian soalan dan format yang digunakan. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Menurut Uzairi Yahya (2007) pengumpulan data adalah kaedah yang digunakan untuk mengutip data melalui persempelan yang telah ditetapkan. Pengumpulan data untuk kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada sampel kajian rintis. Selepas kajian rintis selesai dan dianalisis untuk memastikan bahawa borang soal selidik itu sah dan boleh dipercayai, pengkaji boleh memulakan kajian sebenar pada sampel kajian yang telah ditetapkan. 3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA Semua data yang dikumpul daripada borang soal selidik telah dianalisis dan diproses secara kuantitatif dengan menggunakan perisian spss 26. Keputusan analisis data diproses menggunakan statistik deskriptif dijadualkan yang berdasarkan kekerapan peratus min dan sisihan piawai.
ii Selain itu, ujian koreasi keputusan statistik interprestasi digunakan untuk menentukan hubungan antara dua pembolehubah yang dikaji. 3.8 RUMUSAN Secara ringkasnya, kajian ini tertumpu kepada pelajar di institut pendidikan guru kampus Tawau, terutamanya pelajar Islam. Selain itu, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini akan dirintis dan dianalisis supaya pengkaji dapat menghasilkan set soal selidik yang sah dan boleh dipercayai. Selain itu, perisian spss 206 akan digunakan untuk memudahkan pengiraan dan analisis data kuantitatif yang diperolehi. Diharapkan hasil kajian ini akan membantu menjadikan siswa guru lebih peka dan cakna terhadap rukun wajib dalam solat ini.
ii