KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA SPP30143 MINI PROJEK DISEDIAKAN OLEH : KHAIRUNNISA BINTI SUPARLAN (S06SPP22F006) FLORIDA AUDRA JUSTIN (S06SPP22F018) DISEMAK OLEH: NURHIDAYU BINTI HUSIN 1 2023/2024
2 ISI KANDUNGAN NO. PERKARA MUKA SURAT 1. Profil Perniagaan 3 ➢ Nama Perniagaan 4 ➢ Alamat Perniagaan 4 ➢ Visi dan Misi 4 ➢ Logo Perniagaan 5 ➢ Bentuk Perniagaan Yang Dijalankan 5 2. Cabaran Syarikat Multinasional 6 ➢ Struktur Organisasi 6 ➢ Kawalan Pengurusan 6 ➢ Politik dan Perundangan 7 ➢ Ekonomi 7 ➢ Sosiobudaya 7 3. Risiko Syarikat Multinasional 9 ➢ Risiko Ekonomi 9 ➢ Risiko Politik 9 ➢ Risiko Kredit 9 ➢ Risiko Pemilikan Negara 9 ➢ Risiko Penghantaran Balik Modal dan Dividen 10 ➢ Risiko Pertukaran Matawang 10 4. Rujukan 11
3 PROFIL PERNIAGAAN (GARDENIA BAKERIES)
4 1.0 NAMA PERNIAGAAN: GARDENIA BAKERIES 2.0 ALAMAT PERNIAGAAN: Lot 3, Jalan Pelabur 23/1, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 3.0 ALAMAT SURAT MENYURAT PERNIAGAAN: Lot 3, Jalan Pelabur 23/1, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 4.0 VISI Menjadi syarikat utama dalam industri bakeri dan industri makanan dan minuman yang dikenali dan dicontohi untuk memberikan produk yang berkualiti dan terbaik yang akan menggembirakan pengguna. Ia akan menjadi kebanggaan setiap pekerja, pelabur, rakan kongsi perdagangan, dan pihak berkepentingan. 5.0 MISI Misi kami adalah untuk berkhidmat kepada pengguna dengan pelbagai kualiti terbaik produk makanan dan minuman yang lazat, dengan kemudahan pembuatan bertaraf dunia dan rangkaian pengedaran di seluruh negara yang cekap. Dengan itu, ia akan memberikan pulangan yang sewajarnya ke atas pelaburan pemegang saham.
5 6.0 LOGO PERNIAGAAN 7.0 BENTUK PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN Merupakan syarikat pembuat produk roti terbesar di Asia Tenggara. Gardenia mengusahakan kilang-kilang roti di Malaysia dan mengeluarkan 53 jenis produk setiap hari, termasuklah roti, ban, roti berinti krim, kek, wafel, wrap, dan produkproduk lain seperti lepa serta mee kuning.
6 Derrick Khoo (Marketing, Business Development, and Strategic Planning Manager) Sai Ming Loh (Production Manager) Rosli Mohd Nor (Human Resources and General Affairs Manager) Mohd Aswad Abas (Operations Manager) Hazlinah Harun (General Manager) Koh Chin Huat (Chief Excecutive Officer Tan Sri Syed Mokhtar ShahBin Syed Nor AlBukhary (Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd Owner) CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT MULTIONASIONAL a) Struktur Organisasi Syarikat Gardenia menggunakan struktur organisasi matriks yang menggabungkan dua jenis struktur asas iaitu struktur fungsian dan juga struktur produk yang bertujuan untuk memaksimumkan kekuatan dan meminimumkan kelemahan syarikat multinasional. Syarikat gardenia perlu untuk mengikut citarasa rakyat Malaysia, agar perniagaan mereka dapat berkembang. Oleh itu, syarikat Gardenia memerlukan pekerja dalam negara yang pakar untuk membantu syarikat dalam membuat makanan mengikut citarasa Malaysia. Untuk menentukan citarasa pembeli di Malaysia, syarikat perlu mempunyai komunikasi yang mantap dalam membolehkan maklumat diproses dengan lebih cepat dan banyak. Hal ini secara tidak langsung, akan meningkatkan kerjasama antara kalangan pekerja yang berlainan fungsi, dan dapat memupuk persekitaran yang ceria dan damai semasa bekerja. b) Kawalan Pengurusaan Gardenia mengamalkan kawalan pengurusan tidak berpusat, yang mana, anak syarikat yang akan membuat keputusan, kerana mereka lebih tahu selok-belok perniagaan mereka. Akan tetapi, syarikat induk sukar untuk mengawal aktiviti anak syarikatnya. Sebagai contohnya, syarikat Gardenia telah meneliti citarasa rakyat Malaysia dan mendapati bahawa rakyat di negara ini gemar akan roti yang berinti. Oleh itu, syarikat
7 Gardenia telah mengeluarkan produk yang dikenali sebagai “squiggles” dan “twiggies”, iaitu produk roti yang berisi dengan krim, dari pelbagai jenis perisa. c) Politik dan Perundangan ➢ Politik Kestabilan politik memberi kesan kepada urus niaga di antara syarikat multinasional. Sekiranya pergolakan politik dan keadaan huru-hara, sering berlaku di negara yang berurusniaga, syarikat multinasional akan mengalami masalah. Ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa untuk campur tangan dalam menangani masalah ini. Selain itu, hubungan antara pemimpin yang kurang baik juga, akan memberikan impak kepada syarikat multinasional kerana peluang untuk bekerjasama akan terjejas. ➢ Perundangan Sistem undang-undang yang diamalkan oleh setiap negara adalah berbeza. Sesebuah syarikat multinasional, seperti syarikat Gardenia perlulah memahami akta dan peraturan perniagaan, syarat pelaburan, dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara. d) Ekonomi Setiap negara mempunyai sistem ekonomi yang berbeza, yang mana akan mempengaruhi aktiviti perniagaan antarabangsa. Perubahan dalam keadaan ekonomi akan mempengaruhi perniagaan syarikat multinasional. Sebagai contohnya, peningkatan inflasi. Hal ini akan menjejaskan perniagaan syarikat Gardenia, kerana harga bahan mentah akan meningkat dengan drastik, dan akan menyebabkan syarikat terpaksa meningkatkan harga roti di pasaran. Ini juga akan menyebabkan lebihan produk di pasaran, kurang mendapat sambutan oleh masyrakat. Selain itu, pendapatan per kapita di setiap negara, adalah berbeza, yang mana ianya juga akan menjejaskan ekonomi. Sebagai contohnya, pendapatan per kapita di Malaysia, adalah rendah. Hal ini dapat menjejaskan syarikat Gardenia, kerana kuasa beli dan permintaan penduduk terhadap keluaran turut terjejas. e) Sosiobudaya Faktor budaya setempat perlu diberi perhatian utama dalam menjalankan perdagangan antarabangsa, kerana ia menjurus kepada tahap penerimaan penduduk terhadap produk yang ingin dipasarkan oleh syarikat multinasional. Perbezaan seperti adat, bahasa, dan cita rasa individu adalah berbeza dari satu tempat dengan yang lain. Corak pembelian
8 terhadap sesuatu produk adalah berbeza antara masyarakat yang berlainan disebabkan oleh sikap dan kepercayaan. Sebagai contohnya, Gardenia di Singapura menawarkan Fruit & Nut Loaf, dan di Filipina pula Amazing Black Forest Loaf. Manakala, di Malaysia pula Roti Pandan Gula Melaka Toast’em ditawarkan.
9 RISIKO SYARIKAT MULTINASIONAL a. Risiko Ekonomi Permintaan roti Gardenia bergantung kepada keadaan ekonomi semasa seperti inflasi. Apabila berlaku inflasi, syarikat Gardenia terpaksa meningkatkan harga barang yang akan dipasarkan, yang mana akan menyebabkan kuasa beli pengguna menurun. Syarikat MNC perlulah peka terhadap sebarang perubahan ekonomi yang sering terjadi di dunia urusniaga, kerana ianya akan menjejaskan tingkat keuntungan. b. Risiko Politik Setiap negara mempunyai sistem pemerintahan yang berbeza, dan akan ada campur tangan politik dalam perindustrian. Sebagai contohnya, semasa covid-19 melanda, penduduk Malaysia mengalami kepanikan, yang menyebabkan rakyat membeli barang dalam skala yang besar, dan menyebabkan sesetengah orang tidak dapat membeli barang kepeluan seperti beras. Alternatif lain yang pengguna boleh guna sebagai pengganti beras, ialah roti gandum yang dikeluarkan oleh syarikat Gardenia. c. Risiko Kredit Risiko kredit ialah risiko yang perlu dihadapi oleh pengeksport, iaitu apabila pembeli (pengimport) tiak membayar wang bagi barang yang diterimanya. Sebagai contohnya, pada tahun 2021, sekotor perindustrian Malaysia tidak dapat berkembang disebabkan oleh wabak yang melanda negara, dan hal ini sangat menjejaskan ekonomi syarikat. Syarikat terpaksa mencari cara untuk terus menjual produknya di pasaran agar teus mendapatkan keuntungan. Hal ini bertujuan agar syarikat Gardenia tidak diselubungi dengan hutang yang banyak. Hal ini juga boleh terjadi kerana negara pengeksport yang menjual keluaran ke negara asing, telah gagal untuk mendapat bayaran daripada negara pengimport. Untuk menangani risiko ini, negara pengeksport boleh menyediakan kaedah pembayaran yang berkesan seperti menyediakan kemudahan surat kredit untuk negara pengimport. d. Risiko Pemilikan Negara Pemilikan Negara merujuk kepada pengambilalihan sesebua perniagaan asing oleh kerajaan tempatan. Namun, hal ini berkemungkinan tidak akan terjadi pada sistem ekonomi campuran kerana banyak kekurangan campur tangan kerajaan dalam sekotor swasta. Risiko ini cenderung untuk berlaku di negara yang mengamalkan sistem komunisme seperti Cuba dan Korea Utara. Dalam menangani risiko ini, dua buah negara
10 yang berdagang boleh membentuk satu memorandum kerjasama sebagai jaminan yang pemilikan negara tidak akan berlaku antara kedua-dua negara tersebut. e. Risiko Penghantaran Balik Modal Dan Dividen Kerajaan akan mengehadkan penghantaran balik modal dan dividen oleh pelaburpelabur asing untuk melindungi industri tempatan. Hal ini boleh berlaku apabila syarikat mengambil pekerja asing dalam mengurus syarikat tersebut, yang mana pekerja asing tersebut akan mengirimkan wang pendapatannya ke negara asal mereka. Sebagai contohnya, Malaysia mengadakan kawalan pertukaran mata wang dengan mengehadkan jumlah wang yang boleh dibawa keluar dari negara semasa menghadapi kegawatan pada tahun 1997. f. Risiko Pertukaran Matawang Kadar pertukaran yang berubah boleh menyebabkan pihak-pihak tertentu mengalami kerugian. Syarikat hendaklah sentiasa berwaspada dengan tukaran mata wang di masa hadapan, kerana ianya memberi kesan kepada perniagaan. Sebagai contohnya, Ringgit Malaysia yang terus menjunam ke bawah telah menyebabkan ekonomi Malaysia merosot. Perkara ini juga telah memberi impak kepada syarikat kerana ianya akan mempengaruhi harga dan kos barangan.
11 RUJUKAN (n.d.). Retrieved from GARDENIA BAKERIES: https://www.gardenia.com.my/ (n.d.). Retrieved from Gardenia Singapore: https://gardenia.com.sg/our-products (n.d.). Retrieved from Gardenia Phliphine: https://www.gardenia.com.ph/ Gardenia: Wikipedia. (n.d.). Retrieved from Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Gardenia#:~:text=(juga%20dikenali%20sebagai%20Gar denia%20Bakeries,termasuk%20Indonesia%2C%20Malaysia%20dan%20Filipina.&t ext=Syarikat%20dimiliki%20oleh%20QAF%20Limited%2C%20yang%20disenaraikan %20di%20Bursa%20Saham%20Singapura. ROTI GARDENIA NAIK HARGA. (26 September, 2023). Retrieved from ecentral: https://ecentral.my/roti-gardenia-naik-harga/ Sidek, N. (n.d.). Retrieved from Iluminasi: https://iluminasi.com/bm/siapa-uncle-slocum-yangmencipta-resipi-roti-gardenia.html