ATUR CARA PROGRAM SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK
10.00 pagi Ketibaan rombongan sekolah BATU 8, JALAN SUNGAI PUSU
53100 KUALA LUMPUR
Sesi Fotografi MALAYSIA
10.15 pagi Minum Pagi 12 Mac 2019 | Selasa | 10.00 pagi - 2.00 petang
10.45 pagi Bacaan Doa
* High Performing School * School of Global Leaders *
Tayangan Video Korporat Sekolah ATUR CARA PROGRAM
Ucapan Wakil Sekolah
Ucapan Pengetua
Puan Nor Hayati binti Yusoff
11.15 pagi Hala Tuju Selepas UPSR
11.35 pagi Ice Breaking
Sharing Session & To Love You Is To Know You (INTEGOMB)
12.54 tgh Makan Tengah Hari
2.00 ptg Solat Zohor
Bersurai
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK
Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Kuala Lumpur
Telefon / Faksimili : 03-61863050 / 03-61865742
Laman Sesawang : www.sbpigombak.edu.my
Emel : [email protected]
PROFIL SEKOLAH PROFIL SEKOLAH / BARISAN PENGURUSAN
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau singkatannya INTEGOMB mula
beroperasi pentadbirannya pada Disember 2002 dan menerima kemasukan murid
ulung pada 17 Februari 2003. Seramai 162 orang murid telah mendaftar pada hari
tersebut yang terdiri daripada 82 orang murid tingkatan 1 dan 80 orang murid
tingkatan 4. INTEGOMB terus menjadi pilihan ibu bapa sehingga kini bilangan murid
melebihi 500 orang dengan kapasiti 20 bilik darjah pada tahun 2019. INTEGOMB terus
berkembang selari dengan keperluan negara sehingga menempatkan diri sebagai salah
sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Sekolah ini juga telah dinobatkan sebagai
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2011 dan School Of Global Excellence (SGE)
pada tahun 2014. Semoga INTEGOMB terus unggul di persada dunia pendidikan
antarabangsa seiring dengan slogan baharu sekolah iaitu School Of Global Leaders.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Pendidikan di Sekolah Berasrma Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi
menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk
memupuk dan memperkembangkan kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah
kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab
terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
Benar, Tepat dan Efektif