Ruj. Kami : SKHMA 600-4/2/4( ) Tarikh : 5 April 2023 Semua Guru SK Haji Mohamad Ariff, 06700 Pendang, Kedah darul Aman. Tuan/Puan, MESYUARAT PBS KALI PERTAMA SESI 2023/2024 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali pertama sesi 2023/2024 akan dilaksanakan seperti berikut: Tarikh : 6 April 2023 Hari : Khamis Masa : 1.00 tengah hari Tempat : Makmal Komputer SKHMA 3. Berikut adalah agenda mesyuarat yang akan dijalankan: i. Aluan Pengerusi ii. Penjaminan Kualiti iii. PBD iv Pembudayaan PBS iv. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum v. Hal-hal Lain 4. Sehubungan dengan itu, dipohon tuan/puan agar dapat menghadirkan diri ke mesyuarat yang telah ditetapkan ini. 5. Segala kerjasama yang pihak tuan/puan berikan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG’ Yang menjalankan amanah, ……………………………………….. (MOHAMAD ASRI B HAJI ABU BAKAR) Guru Besar, SK Haji Mohamad Ariff SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MOHAMAD ARIFF 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN (KBAA068) Tel :04 7594629 Email : [email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MOHAMAD ARIFF 06700 PENDANG KEDAH. MINIT MESYUARAT PBS KALI PERTAMA 2023/2024 Tarikh : 6 April 2023 Hari : Khamis Masa : 1.00 tengah hari Tempat : Makmal Komputer SKHMA Kehadiran : 1 Mohamad Asri Bin Haji Abu Bakar (Guru Besar) 2 Abdullah Bin Man (PK Pentadbiran) 3 Saubri Bin Othman (PK HEM) 4 Naimah Binti Ghazali (PK Kokurikulum) 5 Faizatul Rohayu Binti Che Shopi (Setiausaha PBS) 6 Rosnani Bt Salleh (Setiausaha PBD) 7 Azizan Bin Othman 8 Noor Jannah Binti Shariff 9 Jamaliah Binti Mohamad Desa 10 Lashirim Binti Che Amii 11 Jawaheir Binti Baharum 12 Mohamad Bin Ghazali 13 Che Som Binti Mansor 14 Munirah Bt Md Nawawi 15 Nik Rohaida Binti Nik Mohamad 16 Normawati Binti Hassan 17 Ahmad Bin Omar 18 Ahmad Syauqi Amin Razi Bin Hussain 19 Suraini Binti Shamsudin
20 Siti Najihah Binti Bedun 21 Siti Noor Sharida Bt Muhd Shabudin 22 Suriawati Binti Sulaiman 23 Syazwani Bt Mokhtar 24 Umi Kalsom Bt Zakaria @ Ramli 25 Za'idah Bt Khalib 26 Hariz Shazri Bin Ahmad Nadzri 27 Fadzilah Binti Abu Khasim 28 Zamilah Bt Said 29 Zulkifli Bin Azit 30 Nurul Izzah Marzuki 31 Hariswani Bt Khamis Tidak Hadir Bersebab: 1 NurulAin Bt Abdul Wahab (CRK) AGENDA I. ALUAN PENGERUSI 1.Pengerusi mengucapkan salam dan syukur ke hadrat Ilahi, dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat ini. Pengerusi turut berharap guru-guru dapat memberikan sepenuh komitmen bagi melaksanakan PBS bagi sesi 2023/2024. Makluman dan Tindakan : Semua Guru AGENDA II. PENJAMINAN KUALITI 2. Pengerusi memaklumkan PBS terbahagi kepada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. 3.Kategori akademik adalah terdiri daripada Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah. Manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan PAJSK. Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif.
4. Guru-guru diminta menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam suatu matapelajaran. Antara instrumen yang boleh digunakan ialah pemerhatian, soal jawab, ujian bertulis, persembahan, projek, produk, amali, lembaran kerja, karya penulisan, kuiz, senarai semak, tugasan rumah, penilaian rakan sebaya, latihan/kerja harian, buku skrap, demonstrasi, portfolio, tilawah dan simulasi. 5. Guru-guru diminta mempelbagaikan penggunaan instrumen bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. 6. Ujian atau peperiksaan adalah termasuk dalam PBD. Namun pentaksiran sumatif tidak semestinya ujian atau peperiksaan. 7. Guru matapelajaran perlu merujuk kepada Standard Prestasi bagi penentuan tahap penguasaan(TP). Guru juga diminta membuat pertimbangan professional dalam melaksanakan pentaksiran. 8. Guru-guru diminta memahami konsep penjaminan kualiti di dalam PBS yang dilakukan melalui pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan. Pementoran berfungsi menyampaikan maklumbalas mengenai pelaksanaan PBS, pemantauan berfungsi mengawalselia pelaksanaan PBS, penyelarasan berfungsi memastikan keseragaman penskoran dan pengesanan bertujuan menilai instrument yang ditafsir. 9. Semua Ketua Panitia diminta merancang program PS mengikut mata pelajaran masing-masing. Di antara menyediakan pelan tindakan, melaksanakan program pementoran kepada mentee seperti LADAP, melaksanakan pemantauan bagi memastikan guru-guru membuat perekodan di dalam rekod perkembangan murid dan melaksanakan aktiviti dan program PS. Makluman dan Tindakan : Semua Guru AGENDA III. PBD 10. Guru Besar meminta semua guru matapelajaran menyediakan Headcount PBD. Guru matapelajaran diminta menetapkan sasaran Tahap Penguasaan (TP) bagi setiap murid pada TOV, OT1 dan ETR. Bagi guru yang mengajar Tahun 1, guru-guru hanya perlu mengisi OT1 dan ETR sahaja.
11. Headcount tersebut mesti dibuat salinan dan diserahkan kepada SU PBD sekolah dan Ketua Panitia matapelajaran masing. 12. Guru-guru diminta melaksanakan intervensi bagi murid yang masih di bawah pencapaian minimum iaitu TP1 dan TP2. Intervensi tersebut perlu didokumentasikan untuk dirujuk oleh pihak yang berkenaan. 13. Penentuan tahap penguasaan perlu dilakukan selepas guru selesai mengajar satu SK/bidang/kelompok/tema dan setiap guru matapelajaran mestilah mempunyai dokumen perkembangan murid untuk merekod Tahap Penguasaan setiap matapelajaran. AGENDA IV. PEMBUDAYAAN PBS 14. Terdapat empat sasaran di dalam membudayakan PBS iaitu murid, guru, Ibubapa, jalinan dan jaringan. 15. Aktiviti untuk membudayakan PBS di kalangan murid adalah seperti program Transisi Tahun Satu, persembahan secara berkumpulan dan individu, sudut karya terbaik di dalam setiap kelas, program penerapan nilai murni setiap penggal anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Matapelajaran dan Karnival PBS melibatkan Unit Sukan dan Permainan, Unit beruniform dan Ko-Akademik. 16. Pembudayaan PBS di kalangan guru pula adalah seperti berikut; taklimat PBS tentang konsep Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan, Penyediaan Instrumen Pentaksiran dan Suasana bilik darjah yang kondusif. 17. Pembudayaan PBS di kalangan ibubapa adalah seperti Taklimat Pendaftaran Tahun 1, penyebaran maklumat PBS di program-program sekolah seperti mesyuarat PIBG, Hari Penyampaian Hadiah, Dialog Prestasi dan program motivasi. 18. Agensi kerajaan seperti Bomba, Jabatan Penjara, AADK juga turut memberi ceramah, demonstrasi dan motivasi sebagai membudayakan PBS. Manakala NGO/swasta memberi penajaan, kepakaran dan sumbangan. 19. Hari Pelaporan PBD akan diadakan sebanyak dua kali setahun, waris dapat bertemu guru-guru untuk membincangkan perkembangan dan kemajuan anak-anak di dalam aspek akademik dan bukan akademik. 20. Dialog Prestasi pula akan dilaksanakan secara berfokus dan keseluruhan pada masa yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah. Dialog Prestasi ini akan membolehkan pihak sekolah dan para waris berkomunikasi secara dua hala untuk mencapai matlamat sekolah. Makluman dan Tindakan :Guru berkenaan
AGENDA V. PAJSK, SEGAK, KOKURIKULUM DAN EKSTRA KOKURIKULUM 21. Dimaklumkan, Ujian SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu penggal 1 dan penggal dua. Ujian SEGAK penggal 1 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei. 22. Semua guru kelas Tahap 2, guru penasihat unit beruniform dan guru penasihat persatuan mengemaskini maklumat murid di dalam buku PAJSK secara berkala. 23. Dimaklumkan juga, pentaksiran psikometri aptitud dan personaliti hanya melibatkan murid Tahun 3 dan murid Tahun 6. 24. Setiausaha PAJSK, SEGAK dan Kaunselor diminta menyediakan jadual pelaksanaan program masing-masing. Taklimat juga perlu diberikan kepada guru-guru bagi menyebarluaskan maklumat yang diterima. Pemantauan perekodan PAJSK dan SEGAK juga mesti dilaksanakan. Makluman dan Tindakan : Guru berkenaan AGENDA VI: HAL-HAL LAIN 25. Guru kelas diminta mengepilkan bersama laporan pentaksiran PBD bagi murid yang ingin bertukar sekolah. 26. Semua guru matapelajaran diingatkan supaya menyediakan bahan atau catatan yang menunjukkan berlakunya pentaksiran bagi sesuatu matapelajaran. 27. Guru diminta memberi Tahap Penguasaan dengan merujuk deskriptor di dalam DSKP. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 2.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ----------------------------- -----------------------------
(FAIZATUL ROHAYU BT CHE SHOPI) (ABDULLAH B MAN) Setiausaha PBS, PK Pentadbiran, SK Haji Mohamad Ariff. SK Haji Mohamad Ariff.