SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH KLANG 2023 Masa Skrip Tindakan 7.00 am Bersedia Hadirin diminta untuk bersedia kerana majlis akan bermula sebentar Sahaja lagi Fatin & Irwan 7.20 am Ketibaan Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR, TIMBALAN PEGAWAI PPD, SEKTOR PERANCANGAN, Yang Dihormati, SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA, serta tetamu jemputan untuk naik ke atas pentas. Irwan Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor (Muzik lagu negaraku & negeri Selangor terus dimainkan) - Ikrar Rukun Negara Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis akan bermula dengan bacaan Ikrar Rukun Negara. Majlis mempersilakan pengawas bertugas, Wan Aliff Qaiyum Bin Wan Mohd Amri untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara. -------------------------------------------- BACAAN IKRAR---------------------------------------------- ----- Terima kasih diucapkan kepada Wan Aliff Qaiyum Bin Wan Mohd Amri di atas bacaan ikrar sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk Fatin Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, Intan permata cantik tersemat, Dihias indah corak melati, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh pengawas bertugas, Mohd Akmal Darwisy Bin Mohd Nuri. ----------------------------------------------------BACAAN DOA------------------------------------------- ----- IRWAN
Aminn aminn ya rabbal alamin, terima kasih diucapkan kepada Mohd Akmal Darwisy di atas bacaan doa sebentar tadi. KATA ALUAN MC Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Assalammualaikum W.B.T, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam Anak Baik lagi cerdik, Salam JPN selangor sentiasa berkualiti dan terus unggul, Salam Klang cemerlang dan terbilang, salam serantau hebat. ---------------------------------------------(BACA SALUTASI)---------------------------------- ----- Alhamdulillah, pada pagi ini, kita berkumpul di Dataran SK Rantau Panjang ini, dengan satu tujuan yang sama iaitu Pelancaran Duta Sahsia Pemangkin Pembentukan Karamah Insaniah peringkat daerah Klang bagi tahun 2023. Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). FATIN ALUAN MC Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai Polis Diraja Malaysia sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah. IRWAN ALUAN MC Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai duta sahsiah pada peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. FATIN UCAPAN YDH KP DAERAH KLANG UTARA Hadirin yang dimuliakan, Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dihormati, SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ----------------------------------------------(UCAPAN)-------------------------------------------- ----- Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA atas ucapan sebentar tadi. IRWAN UCAPAN PERASMIAN Para Jemputan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian, FATIN
YBRS TIMBALAN PPD Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput YANG BERUSAHA, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR TIMBALAN PEGAWAI PPD, SEKTOR PERANCANGAN untuk menyampaikan ucapan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Daerah Klang bagi tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan. ----------------------------------UCAPAN PERASMIAN---------------------------------------- ----- Dijemput Tn. Haji Badrul Hisham untuk menarik bunting yang disediakan sebagai simbolik perasmian DUTA SAHSIAH PEMANGKIN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH KLANG 2023. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG BERUSAHA, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR di atas ucapan dan penyempurnaan simbolik perasmian disampaikan sebentar tadi. GIMIK PELANCARAN DUTA SAHSIAH Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh, Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh Hadirin sekalian, Tibalah masa pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah peringkat Daerah Klang bagi tahun 2023, dijemput sekali lagi, YANG BERUSAHA, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTA bersama-sama dengan YANG DIHORMATI SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Hazi Bin Kadir untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. IRWAN GIMIK PELANCARAN Hadirin sekalian, Gimik pelancaran pada pagi ini adalah pemakaian selempang sebagai simbolik pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah peringkat SK Rantau Panjang, Klang dalam kalangan murid. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, 10 murid yang dilantik terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 yang cemerlang tidak kira di dalam sahsiah, akademik dan juga kokurikulum. DUTA SAHSIAH 1. MUHAMMAD AQIL BIN SYAHRUL NAZMI (4 AZALEA) FATIN
Bersama bapanya, Encik Syahrul Nazmi Bin Yahaya dan ibu nya, Puan Nurul Ain Binti Anuar 2. FATIMAH HANA BINTI MOHD SALMAN (4 AZALEA) Bapa : Encik Mohd Salman Bin Abdul Rahim Ibu : Puan Sofiah Binti Baidawi 3. Ad Deen Nul Haq Bin Norafidi (5 AZALEA) Bapa : Encik Norafidi Bin Mohd Jaludin Ibu : Puan Misrifah Binti Mohd Noh 4. Nurhadirah Binti M. Khairol Hamizi (5 AZALEA) Bapa : Encik M. Khairol Hamizi Bin Mat Mokhtar Ibu : Puan Zulfahanim Binti Mohamad Sidek 5. Muhammad Al-Fayyadh Bin Mohd Azlan (6 AZALEA) Bapa : Encik Mojd Azlan Bin Saidon Ibu : Puan Nooraishah Binti Yahaya GIMIK PELANCARAN 6. Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah (6 AZALEA) Bapa: Encik Mohd Khuzaifah Bin Zainal Abidin 7. Muhammad Aqil Bin Hamidi (6 LILY) Bapa: Encik Hamidi Bin Mohamad Saruman 8. Nur Husna Humairah Binti Mohamad Hazril Bapa: Encik Mohammad Hazril Bin Othman 9. Nur Qaleesya Balqis Binti Mohd Yunus Bapa: Encik Mohd Yunus Bin Mohd Yasin 10. Nur Iman Qaisara Binti Mohd Zamri Bapa: Encik Mohd Zamri Bin A. Rahman Ibu: Puan Suraya Binti Ramli Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR di atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran sebentar tadi. Hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput wakil duta sahsiah SK Rantau Panjang Klang bagi tahun 2023 iaitu Muhammad Al Fayyadh Bin Mohd Azlan dan Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah untuk menyampaikan mesej duta murid. IRWAN
--------------------------PENYAMPAIAN MESEJ DUTA MURID--------------------------- - MESEJ DUTA MURID Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil duta murid, Muhammad Al-Fayyadh Bin Mohd Azlan dan Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah di atas penyampaian mesej duta murid sebentar tadi. Semoga duta sahsiah yang dilantik ini dapat membantu memberi kefahaman dengan lebih mendalam kepada rakan-rakan berkaitan salah laku kes buli dan seksual. FATIN PENYAMPAIAN CENDERAHATI Hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati untuk tetamu jemputan. Bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Yang Berusaha, Encik Hazi Bin Kadir, Guru Besar SK Rantau Panjang, Klang untuk menyampaikan cenderahati. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERUSAHA TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR TIMBALAN PEGAWAI PPD SEKTOR PERANCANGAN B.P PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PPD KLANG Untuk menerima cenderahati Seterusnya, pihak majlis menjemput YANG DIHORMATI SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA untuk menerima cenderahati Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Hazi Bin Kadir, di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi IRWAN SESI BERGAMBAR Hadirin sekalian, Majlis kita sudah sampai ke kemuncaknya. Sebelum itu, saya mewakili pihak majlis menyusun 10 jari memohon maaf seandainya ada tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini. Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan diadakan. Oleh itu, dijemput, semua tetamu jemputan, duta sahsiah SK Rantau Panjang bersama ibu bapa untuk ke Dataran 1 LOVE SKRP untuk sesi bergambar. Selepas sesi bergambar tetamu jemputan boleh melwat ke tapak pameran. IRWAN